Follow if you like

Jan 31, 2012

EMPRESS CHARLOTTE

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..
Dah bersarapan ke? Saran apa ye? mesti yang sedap-sedap dan lazat2 belaka..
Entah kenapa dua tiga hari ni mood nak berblog macam kurang sikit.. Adakah di sebabkan faktor kemalasan telah melanda atau akibat line tenet yang semakin aduh! bosannya.... lambat macam kura-kura
Atau juga faktor berat badan yang dah semakin mengembang.. membuatkan nak masak pon macam alahaiiii...

Bila tengok blog kawan-kawan yang rajin memasak dan mencuba masakan baru.. hati macam melonjak-lonjak nak mencuba. Bila kenangkan jarum timbangan yang dah melepasi paras berbahaya.. terpaksa fikir 2 tiga kali nak masak atau lupakan sahaja..


Lagipun tahun ni rasa masa macam semakin tak terhambat.. Terlalu sibuk dan tekejar-kejar. Ita kena jadualkan balik masa ita sebaiknya.. kalau tak memang kelang kabut dan tak tentu arah di buatnya. Kalau dulu ita akan lakukan shoot photo pada sebelah pagi.. sekarang dah tak boleh dah.. nak kena masak, nak ambil Dalili balik sekolah, pas tu nak hantar dia ke sekolah agama.. balik dah petang.. semua masakan tak dapat nak diambil gambar bila dah petang..

Lepas ni ita rasa mungkin masa untuk berblog terpaksa dikurangkan.. Tumpuan lebih harus diberikan pada suami dan anak-anak.
Kadang kala bila dah terlalu seronok berblog , kita dah terlupa tanggung jawab yang lain. Ada masa ita terfikir sendiri, macam mana lah kawan-kawan dapat memberikan 100% komitmen pada blog, menjawab setiap msg dan mengomen di setiap blog. Ita dah cuba sedaya mungkin tapi memang ita tak dapat nak laksanakan dengan sebaiknya.. kalau ita dok mengadap komputer semua kerja dalam rumah terbengkalai.. Oleh itu ita pasrah.. " ita memang tak boleh buat 2 , 3 kerja dalam 1 masa"


Berbalik pada resepi yang nak ita sharekan hari ni. Ini adalah resepi yang mudah untuk kita buat jika terpaksa menerima tetamu di saat akhir. Tak cukup persediaan dan masa amat terbatas.
Resepi ni adalah daripada Dato Chef Wan dan ita ambil dari buku masakan beliau Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan


Sebenarnya cara penyediaan ia adalah jugak sedikit rumit, dimana kita kena sediakan kek gulung sebagai bahan asasnya. Tapi jika kita terpaksa sediakn di minit-minit masa penamat jalan mudah beli ajelah kek gulung kat kedai kek.

Ita buat Charlotte ni dah lama sebenarnya.. dah jadi lipatan sejarah dah pun.. Masa tu ita menerima kunjungan tetamu last minit. Dengan persedian yang sangat minima dan tak tau apalah yang akan ita sediakan, ita godek lah Charlotte ni untuk disajikan. Kebetulan mereka datang masa tea time memang sedang elok lah tu.. kan.. memang sesuai sangat buat untuk minum petang.


Charlotte ini amat terkenal di Perancis. Ia menggunakan kastard telur, puri buah-buahan di bancuh bersama krim pekat. Perisa yang paling digemari, coklat, rasberi, oren dan lemon. Untuk resepi ita ni ita gunakan kek gulung pandan dan coklat. Mulanya ita cari juga kek strawberry tapi tak de pulak.. jadi ita jadikan kek pandan ni sebagai bidan terjun. Masa tu nak buat kek memang dah tak cukup masa.. ita beli aje lah jawabnya... hihi

Charlotte dibuat dengan menyusunkan kek span atau genoise yang dipotong pelbagai bentuk. Setelah disusun kepingan kek span, ia diisi krim bavarian atau krim putar.
Di Amerika, kek seperti ini disebut kek icebox kerana cara ia dibuat dan terpaksa di simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan

EMPRESS CHARLOTTE
By : Dato Chef Wan
Rujukan : Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan


Bahan Kek Gulung
33 gm tepung kek atau tepung serbaguna
23 gm tepung jagung
2 biji telur gred A
3 biji kuning telur gred A
100 gm gula halus
3/4 camca teh esen vanila
2 biji putih telur
1/4 camca teh krim tarta
1 camca besar gula halus ~ tambahan
1/2 cawan jem rasberry

Satukan tepung kek dan tepung jagung dan ayak ke dalam mangkuk
Satukan 2 biji telur dan tiga biji kuning telur, putar bersama gula hingga kembang ~ ketepikan
Masukkan esen vanila dan putar rata
Masukkan sebahagian telur dan kacau cepat2. Masukkan sebahagian tepung lagi dan kacau cepat2 hingga rata ~ Adunan kena kacau cepat2 jika tidak angin akan keluar
Putar 2 biji putih telur hingga separuh kembang
Kemudian masukkan krim tarta ~ tujuan masukkan krim tarta supaya putih telur tidak mendap
masukkan 1 camca besar gula halus dan putar selama 5 minit hingga kental dan ringan
Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur
kacau sebati
Apabila siap tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah dialas kertas minyak dan dilapik baking paper.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 220 C
Setelah kek masak, keluarkan dan renjiskan dengan gula halus pada permukaan kek baru terbalikkan pada sehelai kain untuk mudah digulung
Buang kertas lapik kek
sapukan jam rasberry atas kek
Kemudian dgn menggunakan kain lapik gulung kek menghala ke dalam hingga ke hujung
balut kek dengan plastik dan simpan dalan peti ais selama 1 jam
~ Pastikan kek digulung ketika panas.


Bahan Bavarian / Krim putar / Mousse
1 2/3 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
5 biji kuning telur
65 gm gula halus
1 camca besar serbuk gelatin
secubit garam
1 cawan krim putar / Whipping cream

Putar krim putar hingga kental dan simpan dalam peti ais
Satukan susu dan esen vanilla
Masak hingga didih. Ketepikan
Putar kuning telur bersama gula, serbuk gelatin dan secubit garam hingga kembang
Masukkan susu ke dalam adunan telur dan kacau rata ~ adunan ni kita panggil krim
Kemudian tuangkan semula krim ke dalam periuk
Masak menggunakan api perlahan hingga krim tadi melekat di belakang senduk kayu
Kemudian tuangkan adunan kedalam bekas yang di letakkan di dalam bekas yang berisi ketulan ais.
Kacau selalu supaya tidak bergentil
Apabila krim hampir beku masukkan krim putar
Kacau rata
Sediakan Loyang bulat ukuran 8 inci
Letakkan plastik dalam loyang biarkan plastik terlebih dari loyang supaya mudah kek di keluarkan.
Potong roll cake dan susun disekeliling loyang hingga penuh
Tuangkan krim ke dalam mangkuk berisi kek gulung dan simpan dalam peti ais hingga beku
  untuk charlotte ita ni ita gunakan kek gulung yang segera beli kat kedai kek

28 comments:

Qasey Honey said...

asslm...
Ya Allah kak...suka tgk semua gmbr2 ni...resepi tu ape la lg...tliur dibuatnya...cepat2 dh buh kat list...hehehe

oshin-jamel said...

sedapppppnye kak ita ;)

..::Zue::.. said...

slm...
suka btl bila kak ita tayangkan kek baru yg jarang dicuba orang lg.. sedap tu...

Gee® said...

Kalau Ita bukak kedai kek gerenti kena serbu...semua cantek2 n sedap belaka...

Person who adores cooking.... said...

Salam Kak Ita...Hmapir setiap ari bukak blog kak Ita...Selalu jugak jenguk2 kat FB..Teruja jangan cakaplah. Besarnya pahala kak Ita, bukan setakat berkongsi resepi, tapi secara tak langsung memberi inspirasi/motivasi pada kami2 yg baru nak berjinak2 ni....Thank bebanyak kak Ita!! - Teruskan berblog ye....:)

quinnie said...

sedapnya..saya suka kek gulung..:)

CT Delima said...

As'salam Ita

selalunya macam tulah kita ni surirumah tangga. Mana nak cukup masa kalau nak dibandingkan orang yang bekerja tu. ct ni pun kadang2 nampak macam duduk senang lenang. padahal kerja rumah menimbun2 kena buat dari celek mata sampai nak tido pun masih pikir kerja2 yang nak dibuat esoknya.

Sebab tulah ct jarang nak on9 bila hari cuti2. sebab masa itu jerlah ct dapat luangkan masa dengan insan2 tersayang dirumah. malam pun bila suami ct lambat balik ct curi2 masa duduk depan laptop. lepas tu tengok anak buat kerja2 sekolah. sekarang pun jarang dapat balas komen ni Ita.bila sempat jer ct balas.

kek ni nampak simple tapi ia nampak cantik dan sedap :)

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita..gue ngeces banget tengok itu empress charlotte..aiyak..nak sebut nama pun terlipat lidah..hehe..

Cantek sangat dan menarik hatiku..

Ummi said...

Assalam Ita cayang...eemm itulah rutin kita wanita, kalau bekerja ofis pun, balik rumah tetap nak kena buat jugak kerja rumah spt memasak, membasuh, menggosok dan melipat kain dsbnya. Memang xleh tertunda2 lgsung, kalau ada la tetamu ke, aktiviti x dirancang menerjah, alamat mmg tdo lewat malam la akak...

Sungguhpun begitu, jadi surirumah sepenuh masa lg byk masa ada, lg byk hal dan kerja nak dibuat, mmg xkan habis punya, tambahan pula melayan karenah anak2 yg ada atau pulang bercuti jugak....hadeeehh... Itu semua wanita yg berkeluarga sudah sedia maklum kan.

Namun, kita x harus lah memaksa diri, andai ada masa terluang kita boleh berblogging dan beramal jariah jugak di alam maya ini, jika tidak kita selang-seli aje lah dgn rutin harian yg x boleh lgsung nak selang seli eks.. Apapun, jika Ita sayangkan blog, kena jugak cipta cari masa untuk update, jangan tinggalkan terus ya Ita, sayang nnt dan ramai yg gegar2 pintu dapur Ita nnt...hehhee..

Cubalah buat apa sahaja dengan sebaik mungkin dalam keterbatasan waktu yg kita ada kaann... Akak mahu semangat Ita terus ada okeh...lebiiiuuu, muaaahh!

Pastu, hulur2 la kat akak charlotte tuh! Teringin nak makan, nak buat malas...hehe

chikadakbiru said...

sedapnyer...tertarik tul dgn idea kek nih..

Mas said...

perhhhhh..mengancammmmmmmmm

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak..
Setuju sangat dengan komen kak ummi tu, Akak update bila ada masa terluang, jangan paksa diri, utamakan yang lebih penting, InsyaAllah Yang Maha Esa akan sentiasa membantu hambaNya untuk berbuat kebaikan. Think positif dan pastikan akak gembira dengan apa jua yang dilakukan.

Wanieyra said...

Tiap kali singgah sini kalau tak buat kita terliur tak sah...huhuhuhu

Mohamad Azizi Md Said said...

ish ish, sedapnya charlotte nie .. grr. hee. kak ita mmg chef blogger terhebat la ^^Y

x kisah lah pasal tak update blog selalu. yang penting kami sentiasa sokong akak :D chaiyok akak ! ^^

aJa said...

....:).....

*
*
*

tu air liur da kuar...semlam baru lepas makan swiss roll ngan mousse tapi asing2...tengok resipi ni..aduh...walllahhhh....

zuwaidah said...

aduhhhhh cantik, kemas dan pastinya sedap.

Alin Marlini said...

sangat salute ngan kak ita..kalau alin tak taulah ada kesabaran ke idak nak buat camtu

atIEsAyAnGkAmU said...

sgt suke jenguk blog akak..
wish akak dpt bukak kedai bakery suatu hari nanti..
sgt kreatif la akak...

Ida,Japan said...

slm k'ita..wow..wow gojesnyer...sumernyer menggoda tekak ida bila masuk dapur kak ita ni..adoiii, tidur sini jer la he..he

Yatie said...

singgah sini nak tngk Ita...he3..mmng busy takleh nak citerkan...btw itulah rutin kita seharian, yatie mmng geram nak terkam je kek2 yg Ita buat ni tawwww...makin teringin nak jumpa mcm dulu sambil menikmati kek2 Ita yg mengancam ni...wat terliur je..

Shasha Catering said...

Bagusnya resepi ni.
Mintak izin letak kat blog saya ya. Tq.

Takper, teruskan berblogging, kalau satu posting tak dapat siap dalam sehari, mungkin 2 atau 3 hari. Buat sikit2 dah siap publish la kalau takder masa kan?
Betul ke?

Rohah said...

Salam Kak Ita, terhambat hati hambe melayan pic nie..sedapnye kalau ade di depan mata, memang tak ingat dah jarum timbang yang semakin laju ke depan..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ita.. setuju denga akak.. memang seronok berblog jumpa kawan2 semua tapi terkadang kekangan masa memang tak boleh buat kerja 2=3 dalam satu masa..

yumyum sedapnya nampak kak kek tu

Azira...Nozie...Kechik said...

mempersonakan....

Nur-nba said...

Memang kalau masuk blog Kak Ita ni sure Nur terpegun.. Cantik kek ni..

Bakriaah Ibrahim said...

sedapnyerr.....
nak tanyer krim dgn krim putar tu kena kacau sekali ker?
atau biarkan krim mengeras dan masukkan krim putar...


nak try wat tp takut tak jadik.. :)

Bakriaah Ibrahim said...

Kemudian tuangkan semula krim ke dalam periuk
Masak menggunakan api perlahan hingga krim tadi melekat di belakang senduk kayu
Kemudian tuangkan adunan kedalam bekas yang di letakkan di dalam bekas yang berisi ketulan ais.
Kacau selalu supaya tidak bergentil
Apabila krim hampir beku masukkan krim putar
Kacau rata


Maksud instruction di atas nie kena mix krim dan krim putar tu ker? sorry byk tanyaa... nak try tp takut tak jadikk

AZLITA AZIZ said...

ya bila krim hampir beku masukkan krim putar (campurkan kedua2nya)
selepas tu kacau hingga adunan rata

Powered by Blogger.