Follow if you like

Jan 12, 2012

Buat saudara Mofabisa

Assalamualaikum...

Hari ni gempar lagi kat FB isu curi mencuri dan cilok mencilok. Ita dah malas sebenarnya nak komen.. dan  dah tak tau apalagi yang hendak di katakan.. rasanya dah ramai bloger yang bersuara, luahkan pendapat dan isi hati. Sebagaimana bloger-bloger lain ita juga ada perasaan seumpama itu, sedih, kesal dan kecewa.

Bila kita bercakap pasal etika berblog kadang kala kita sendiri tak pasti apa itu etika berblog sebenarnya. Berblog memang terbuka kepada semua tak kira usia.. pangkat atau darjat seseorang.. asal ada kemahuan semua jadi.. Tapi adakala kita ambil mudah sesetengah perkara..
Dalam kita berblog apa yang paling utama kita haruslah saling hormat menghormati hasil karya seseorang.. jangan ambil kesempatan dan jangan ambil mudah. Hormati hasil usaha mereka, penat lelah mereka dan yang paling utama hargai karya mereka.

Blog masakan pada ita adalah satu blog yang payah untuk menghasilkannya.. Begitu banyak masa yang di berikan dari memikirkan apalah hidangan yang hendak di sajikan..mencari bahan masakan, bertungkus lumus memasak di dapur, food styling, photo shoot, editing, masukkan watermark, nak resaiz gambar, nak mengarang dan membalas setiap komen yang di tanya oleh rakan2.. memang terlalu mencabar... Cabaran bukan sahaja berakhir di situ kadang kala terpaksa pula berhadapan dengan keadaan yang di luar jangkaan.. bila masak gas habis, kuih atau masakan tak menjadi.. sesi photography yang selalu terganggu oleh faktor cuaca dan masalah internet yang tenggelam timbul.. aduyaiii...

Penat tok sah cakap lah kan..  Ada masa terlalu payah nak ambil gambar.. faktor cuaca tak payah  cakap lah kan.. kadang kala faktor emosi juga turut menganggu proses mengambil gambar. Ubah sana tak kena ubah sini tak kena.. semua serba tak kena. Tongang terbalik rumah di buatnya.. itu belum cerita ambil gambar yang kadang kala dah macam spiderman merangkak2, tertongeng-tongeng .. panjat sana.... panjat sini semuanya adalah untuk mendapatkan gambar yang menarik... bukan untuk apa... tapi untuk tujuan perkongsian...

Lebih payah lagi jika nak buat step by step.. dengan tangan yang penuh tepung.. mana  nak pegang camera lagi.... mana nak cari angle lagi.. aduyaiii.. boleh berpeluh ketiak di buatnya.. semuanya tu untuk apa?? untuk tujuan yang sama iaitu perkongsian... Sama-sama berkongsi, sama-sama belajar dan sama-sama merasa..



Oleh itu hargailah setiap perkongsian itu.. biar sama2 dapat maanfaatnya.. jangan ambil jalan mudah..
Kalau kita ambil gambar orang dan letak dalam blog dan kata kita yang masak bukankah sukar nanti bila kita nak jawab semua pertanyaan dari rakan2.. adakah kita perlu pula berbohong???
Apalah salahnya kita cuba buat resepi tu.. ' dayung sudah di tangan, perahu sudah di air'  Bukankah semua resepi telah di kongsikan.. di berikan keizinan oleh tuan empunya resepi untuk kita mencuba dan merasa.. jika sedap kita ucaplah terima kasih.. bukankah budi bahasa itu melambangkan budaya kita..

Kalau kita cuba kita juga dapat pahala.. orang yang menyumbang kan resepi itu lagi berganda2 pahalanya kerana janji Allah,  ilmu yang kita kongsikan besar ganjaran pahalanya. Bagi anak2 makan dengan hasil air tangan sendiri lagi dapat pahala. Biar kita gandakan pahala jangan kita tambahkan dosa..
Bukan kah jika kita cuba kita dapat tahu rasanya, dapat menikmati keenakkannya dan kelazatannya.. dari kita hanya telan air liur setiap kali menatap photo lebih-lebih lagi yang bukan milik kita..

Bila kita sendiri memasak dan kita sendiri yang ambil gambar kita akan dapat satu kepuasan yang hanya kita aje yang tau.. Masa kita rakamkan setiap gambar kita seolah-olah ingin semua mencuba masakan tu.. Tataplah gambar ini.. rasakan nikmat dan kelazatannya... tengoklah betapa besarnya keagungan Allah.. setiap yang di darat dan di laut dalam periuk belanga bertemu juga..

Tak salah kalau kita nak ambil gambar, tapi biarlah beradap dan tau caranya.. Ibarat kata pepatah  'di mana bumi kita pijak di situ langit kita junjung...' kalau kita tanya dengan tuan empunya mesti akan di berikan keizinan.. bersyarat. Bukan pengeras yg di minta sekadar menghormati karya mereka.. beritahu dari mana sumber kita perolehi.. itu sudah cukup memadai..

Kalau kita lihat orang barat, mereka akan letakkan sumber dari mana mereka rujuk. Letakkan nama tuan empunya resepi asal dan penyumbangnya sebagai tanda kita sama2 menghargai hasil karya mereka.. Tak perlulah nak sebut semua nama mereka2 yang dah mencuba... adoiii... bila pulak kita nak masukkan N3, bila masa pulak kita nak memasak.. nak mencari sesiapa yang dah mencuba juga perlukan cabaran bukan sedikit bloger yang dah mencuba.. dan kalau kita letak  dan tertinggal pula sorang dua ada pulak yg berkecil hati.. dan tak bertegur sapa.. jadi jalan terbaik siapa punya resepi asal dan dari mana kita rujuk resepi tu.. itu pada ita sudah cukup.. Sebab mat salleh pun tak tulis semua siapa yang dah mencuba resepi betul tak?? sebab blog ni bukan sedikit..

Sebagai bloger sejujurnya ita juga rasa terkilan akibat sikap tak bertanggung jawab sesetengah pihak.. Tapi apa daya kita bloger2 untuk menghalang.. dan rasa kecewa itu pasti akan berlarutan.. dan mungkin jika parah rajuknya mungkin ada yang akan mengundurkan diri.. siapa juga yang rugi??

Oleh itu cuba lah fahami dan selami hati2 mereka yang mungkin rasa terluka dengan sikap tak bertanggung jawab kita ni.. Ingat! doa insan-insan yang teranniaya di makbulkan Allah.. Amat sukar kita nak minta ampun sebab kita hanya bersahabat di alam maya tak saling kenal mengenali..
'Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya..' 

Ita berharap agar pekara seumpama ini tak berlaku lagi di kemudian hari..
Akhir kata dari ita ' yang bulat tak datang mengolek, yang pipih tak datang melayang'

Angin teluk menyisir pantai 
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai 
    Asal pandai mengambil hati

Buah pelaga makan di kikir
Di bawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak di fikir
Supaya tidak mendapat malu

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat di sukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita di pandang mulia

Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

36 comments:

MiNaH nGokNgEk said...

byk2 brsabar kak....nak buat baik memang banyak halangan....mudah2an segala kebaikan akak ni Allah balas jua dengan kebaikan

Amie said...

Assalam Ita,
panjang lebar luahan hati Ita, bila diteliti satu persatu apa yang Ita tulis memang semuanya benar, tidak semua orang mempunyai minat dan usaha mendalam untuk menghasilkan resepi dari mula memikirkan jenis sehinggalah cantik terpampang dalam blog untuk tatapan ramai, syukurlah sekurang-kurangnya ada insan terpilih yang sudi berkongsi resepi dengan semua orang, tapi itulah... bila sudah kedapatan ciplak menciplak ini memang rasa sakit hati...!

Ucu Faridah said...

salam k.ita...
Bila ucu baca luahan ikhlas dari sanubari ....rasa macam nak tumbuk ye mamat ni..ucu dah jumpa siapa si penama tu kt fb....

Tapi ucu tabik spring la dgn akak sebab akak masih lagi boleh bersabar (w/pun hakikatnya hanya Allah shj yg tahu..)

ok k.ita ...GO..GO..K.ITA MASAM MANIS....

Ummi said...

Asslam Ita, inilah kerja orang yang teringin nak ada blog, tp x tau macamana nak memenuhi masa dia pada blognya...dia hanya tahu copy n paste jek...dengan gambar, dengan resepi, dengan ayat kita pun diaorg sapu belaka...hahaha. Nampak sangatlah kejahilannya pd diri sendiri.. Dia x berlaku adil pada dirinya, menonjolkan keburukan tabiatnya, menggambarkan sifatnya yang sangat naif kita perhatikan.

Orang yang mencuri menciplak hasil orang (dah tentulah tanpa keizinan kan..) ingin menggapai jalan mudah, berada di atas dalam keadaan terdesak, berlumba2 dengan siapa pun x tau laaa... Hanya Allah yang mengetahui akan kekhilafan diri kita ini... Jika kita sudah berkongsi yang baik2..masih juga tidak pandai manusia nak menilai dan berterima kasih...pasrah lah kita, hanya Allah yang bijaksana...

Apapun, kita teruskan saja usaha kita Ita, biarkan insan2 ini hanyut dalam dunia khayalan dia sendiri, dia umpama Pemangsa yang mencari2 aje mangsanya untuk memenuhkan isi perut blognya itu.. Di Malaysia, mmg xda undang2 tegas untuk kita para blogger...so kita pasrah jek laa...selain boleh mengingatkan mereka...

Masam Manis tetap tersendiri dan power!! ^__^ muaaahhsss

HomeKreation said...

Aslmkm Ita.... well said! Sebab dia paham mmg susah nak buat blog hasil sendiri lah buat tabiat menciplak hak orang tu... nampak mmg sengaja perlakuan nya. Patut di tegur.

ShashaCahaya said...

Tak apalah kalau orang ambil. Redha dengan ketentuan Allah.
Semoga Allah jua yang membalas segala susah payah yang dah dilalui.
Ilmu yang dikongsikan tidak akan membawa kerugian kepada kita.
Betul ke?

Mat Gebu said...

Hmm, saya pun macam tatau nak kata apa dah...geram, sakit hati semua ada...biar kita kecoh sebab kita berhak lakukannya...itu hasil kita walaupun ia hanya sekeping gambar, lepas ni puan lebih berhati2...ini yang kita tau, yang kita terlepas pandang, tah2 ada juga...hmmm..

Zack Zachoes said...

2 words dr sy kak: sangat setuju!

mamazieza said...

Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul.. kadang2.. kengkawan boleh kata kita harus redha sebab kita jua yang redha berkongsi.. berkongsi memang kita redha.. tp tidaklah perkongsian tu dikhianati.. dibalas dgn tuba .. walau kita tak minta balasan..

Perkongsian kita setakat berkongsi resipi.. berkongsi rasa.. bukan berkongsi kata-kata yang kita bicarakan diblog kita.. berkongsi gambar .. yang kita ambil dgn kamera kokak kita.. Alhamdulillah kalau ada yang sudi berkongsi mencuba resipi.. mencuba rasa yang dimasak.. bakar.. kukus.. sebagainya.. kemudian diambil gambar sendiri.. lagi lawa nampak .. lagi menarik hidangan..

pedih dan sayu bila kita lihat gambar kita yang bertanda tiba2 hilang tandanya dan mempunyai tanda lain.. redha juga ke kita.. tak ikhlas ke kita..

keredhaan.. keikhlasan.. kesabaran kita ada hadnya.. kerana kita hanya manusia biasa...

tak kena tak rasa..

faa.rosli said...

sabar ye kak. org mcm tu mmg dah xde keje sgt gamaknye..

harleena said...

sabar Ita... kadang2 ada blogger yang tak ambik kisah benda2 cam tu.. Dia tak tahu penat lelah utk menghasilkan sesuatu blog lebih2 lagi blog masakan.. Mungkin sebab tak ada tertulis syarat2 berblog bila dah jadi blogger.. Bukan susah sangat pun nak bagi kredit buat tuan punya resepi or even gambar.

cik permaisuri said...

astaghfirullahalazim..sakit hati kak sy tgk..mcm xbersalah langsung..ade hati nk terbitkan buku masakan plak..sabar ye kak..sy yg bkn tuan pnya badan pon bengang..apatah lg akak..cabaran 2012..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Salam Intan

cik ina silent reader blog intan, malam ni betul -betul cik ina geram, terus pegi blog org tu, Ya Allah ya tuhanku ada gak manusia cam tu ye, simpati cik ina pada Intan, nak buat cam mana pun tak tahu. terkedu cik ina.Cik ina faham perasaam intan, sebab cik ina pun buat entry masak-masak cam intan, terutama nak pegang kamera time masak : (

Cik Ina Do Do Cheng said...

Maaf ye cik ina guna nama intan, sebab tengok URL blog .oo ita.

mokwo® said...

dear ita..sabar banyak2 yek...perbuatan mereka mencuri gambo dan mencuri n3 (apa dah tak dak modal ka!)terutama dari blogger masak yg popular hanyalah umpama membuka pekong mereka sendiri....sekilas sudah tau perangai pemilik blog tersebut macamana...ternyata mereka tuh bukan insan2 yg amanah, lagi pemalas...tak sah dok tempek hadis atau firman Allah bagai kat dalam blog tuh...diri sendiri masih perlu di tarbiyyah lagi!

IBU GEBU said...

jarang dapat lihat kak ita bersuara dlm bab2 seperti ini sebelum ini...

sekali dah bersuara, memang rasa hormat pada kakak

tak perlu nak ulang ulang ulang ulang benda yang sama kan... (takut orang jenuh nak baca)

sebab bila sekali berbicara AMAT BERBISA!

KEEP IT UP KAK AZLITA

AzwanRamli said...

ermmm...sabar kak...

Yat Maria said...

Ita

kita pun dah terkena...cakap baik2 degan orang tu, dia buat tak endah so I report la..very fast, gambar I sia orang 'cabut' dari blog orang itu..
at least I tak sakit hati tgk gambar I kat blog orang tu lagi..

U sabar ok..kalo tak dengar kata gak that blogger, U write in to complain..susah la ramei sgt orang yg pakai cilok jer gambar orang lain..penat kan kita tertonggeng2 amik berpuluh2 gambar...

I'm feel you dear...

Oh Oeya said...

As salam Kak Ita..

Sabar ya Kak Ita..

Diana @ Melley Mey said...

memang sedih ler pkara mcm nie masih lg berlaku.. x abis2... mcm langsung x der kesedaran diri... apa lg nak mnghormati hak org lain kan.. jauh sekali.. haih!!

norlieharumaini said...

sebagai blogger... saya suka dengan kenyataan ita..mewakili blogger2 lain... jangan main tangkap muat je!!

ameris said...

skali tgk gmbr dh tau tu gmbar kak ita. sampai ati la diorg ni. ayat pun amik sebijik2. si malaun tu tukar nama jer.

kononnya fotografer tp cilok gmbar org lain, pastu buh nama sendri. dasar x malu.

sakit gak ati walau x kena kt kita.

Azira...Nozie...Kechik said...

tuh la..geram je rasa orang mencilok-cilok...saya rasa mencilok ni sekadar nak naikkan traffic dia jek...

sabar ye kak...

* tolak plagiat!

Azira...Nozie...Kechik said...

saya dah tengok dah FM empunya nya...

saya cadang akak letag tag akak kat tengah2 gambar...jgn hujung2...senang2 je dia main crop2 compile....tak aci...

waiem said...

Salam

Lepas baca entri ni saya terus google nak tengok hasil cilok blogger tersebut. Simpati saya pada blogger itu. Siap buat buku masakan. Mcm mana rezeki hasil cilok resepi org bagi makan kat anak bini tuuuu...

Sabar la Ita. Allah sentiasa bersama2 org yg sabar :)

Sufaini Bidin said...

Saya panggil kak ajer ek...sbb saya rasa saya muda sikit he he...sejak terbaca blog akak saya hari2 mesti buka..saya tabik lah akak...saya pun minat masak dan baking..tapi hubby saya tak suka makan...jadi slow sikit minat..pulak tu saya kerja....tapi akak memang jadi sumber inspirasi la...keep it up ya...im waiting for ur update..oo sebelum tu saya sue...saya ada blog...namanya the cake apprentice...tapi tak update selalu macam akak...sbb saya buat kek sekali sekala...flickr pun ada...

DaRi DaPuR LiZa said...

ita....memang betul kata2 ita dunia masakkan ni bnyak pergorbanan dari A to Z,jangan la ada sesetengah2 pihak yg ambik kesempatan...ye tak

Sis-Lin said...

Huhuhu saya yg bukan chef blogger ni pun turut terasa dan memahami perasaan Ita...
Takpe, Allah melihat semuanya, byk2 bersabar ye..

Attila razmie said...

Salam kak ita, banyakkan bersabar ye..smalam lepas kak ummi bgtau kat commen tu sy trus bukak page en mofabisa tu..mmg xtahan la tgk dia punye copy sebijik2 ayat akak cuma tukar nama ganti diri tu je..memang xberadab langsung~! saya Doakan agar akak teruskan usaha dan untuk selamatkn copyright tu akak buat TM dan disable right click blog akak ni..kalau org betul2 nak belajar mesti boleh salin balik resepi xsusah..chayok2 ye kak teruskan berusaha~!! :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Just Dila79 said...

Assalmualaikum kak ita....saya bukan setakat suka jer kat blog masam manis tapi kagum sangat2 sebab penjelasan resepi dan gambar2nya boleh buat yg melihatnya rasa gembira dan penuh semangat ke'masakkan...saya pun yg tak seberapa ni pun seringkali menghadapi masaalah pencahayaan dan angle bila nak ambik gambar masakkan...adakalanya sampai kena meniarap menonggeng sebab fokus kena lebih sebab guna camera handphone...walaupun mungkin buruk gambar tu tapi kerana itu hasil saya...saya tetap berbangga....!! semoga kak ita akan sentiasa sabar dan tenang dalam menghadapai segala ujian dan cubaan mencurahkan ilmu yg bermanfaat untuk kami semua...

ikhlas dari saya...
http://tong-gas79.blogspot.com/

Travel&Food Lovers said...

kak ita...

jgn marah yer...sy selalu copy resepi dr page akak...tp gmbr sy xcopy yer kak...

walaupun hasil atau masakan sy xberapa nak cantik, sy usaha jgk letak dlm blog...ape yg sy buat, tulah yg saya tulis..baru puas ht...

Norliha Bakar said...

blog dia has been removed?

dia dah tau kot huhu. takpe la kak..nnt kak wat watermark kat tgh2 ok atau dua 3 watermark kat skeping gambar tuh :)

ASMAH YUSOF said...

Sabar yea k.ita...asz tgk pun sedeh...mmg trk kite nak amik gamba...bak kata anak asz masak je amik gambar...asz mmg tiap2 hari ngadap masam manis....keep it up kak ita!!!!

ASMAH YUSOF said...

Sabar yea k.ita...asz tgk pun sedeh...mmg trk kite nak amik gamba...bak kata anak asz masak je amik gambar...asz mmg tiap2 hari ngadap masam manis....keep it up kak ita!!!!

mimie kesuma said...

sabar kak ita cayangggg...
kang darah naik.... ^_^
mimie pun pernah macam tu kak..
ada yg cilok gambo muffin di blog.
dan diakunya punya dia...
masa tu mimie tak bubuh watermark lg..
mimie komen la kat blog dya...
apekejadah..tak ada tindakan langsung..
sekarang..mimie letak watermark kat tengah gambo tu...hah... bio lah...xixixi
kak ita macam tu jugak kak...
akak bubuh nama kak uta yang comey tu kat tengah2 gambo tu...
berani ke tidak dieorang cilok...
^_^

Nur-nba said...

Salam. Kak Ita, Nur tumpang simpati dengan apa yang terjadi. Nur harap akak bersabar dengan apa yang berlaku. Memang pengunjung setia blog ni nampak kesungguhan dan usaha yang Kak Ita lakukan untuk menghasilkan gambar terbaik. Memang semua hasil masakan dalam blog ni sangat unik sehingga membuat kami semua tertawan.

Lepas ni, Nur cadangkan agar akak letakkan watermark di tengah2 gambar dan bukannya di bahagian hujung gambar.

Semoga Kak Ita tidak berputus asa dan meneruskan perkongsian resepi dalam blog kesayangan akak ini. Moga segala kebaikan dan perkongsian ikhlas dari Kak Ita dan rakan2 blogger masakan yang lain mendapat balasan setimpal di sisi Allah.

Powered by Blogger.