Sunday, January 22, 2012

BOTOK-BOTOK

Assalamualaikum
 

Taukah anda apa itu botok-botok? ceh wah macam soalan periksa aje..
Botok-botok adalah makanan tradisi masyarakat Johor dan Singapura. Sangat terkenal di Johor dan sangat di sukai kebanyakkan oleh generasi lama. Generasi baru rasanya semakin melupakan makanan tradisi ni.
Makanan ini cukup sinonim dengan masyarakat Jawa khususnya. Ada yang kata ia macam pais ikan di sebelah utara Malaysia tetapi sebenarnya ia dari kumpulan makanan yang berbeza. Pais ikan boleh di bakar tetapi botok-botok tidak boleh ianya hanya dikukus sahaja.
Mengandungi ulam-ulaman kampung, tidak hairanlah ia tidak di gemari generasi muda yang lebih gemarkan makanan ringkas dan moden.

Selain ulam-ulaman ia juga mengandungi ikan dan rempah sebagai penyedap rasa. Kebiasannya ikan tenggiri atau ikan kembung yang di gunakan untuk membuat botok-botok.



Hari ni kita berkenalan dengan beberapa ulam-ulaman yang kebiasannya di gunakan untuk membuat botok-botok. Ini antara sebahagian dari ulam-ulaman yang diperlukan, boleh juga jika kita nak letakkan pucuk betik, daun selasih atau lain-lain ulam-ulaman yang kita suka.

Daun Kaduk

Pucuk ubi

Daun Selom

Ulam Raja

 Daun Kesum

Pucuk bebuas

Daun Mengkudu

Daun kunyit 

Puding semangkuk

Ulam-ulaman dikatakan mempunyai banyak khasiat kerana ia di makan mentah atau di celur. Justeru kandungan garam-galian seperti, mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat didalam ulamam-ulaman ini tidak di musnahkan oleh haba.
Selain itu, ia juga dikatakan dapat membekalkan serat yang sangat diperlukan oleh sistem penhadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan sistem perkumuhan.
Ada juga yang menyatakan jika kita mengambil ulam-ulaman kita dapat mengekalkan keremajaan atau dikatakan awet muda... wallahualam..



Sebenarnya banyak lagi ulam-ulaman yng boleh kita gunakan dalam pembuatan botok-botok ni tapi, ini antara ulam-ulaman yang ita gunakan dalam menyediakan botok-botok ita hari ni.



Bila melihatkan botok-botok ni, ita pasti terkenangkan zaman anak-anak ita. Bila teringat kisah lama segera ingatan ita melayang dan seakan tersingkap kembali nostalgia lama dan membuatkan ita tersenyum sendiri.

Masa ita kecik-kecik dulu ita dan adik2 tumpang di rumah mak cik ita di Kg Md Amin. Pada masa tu, kami terpaksa menumpang rumah mak cik ita kerana sekolah yang berhampiran dengan rumah mak cik ita dan rumah ita yang agak jauh dari sekolah, berbatu-batu jauhnya...

Mak cik ita ni berniaga. Selain mempunyai warung yang menjual nasi lemak, lontong, mee dan kuih-muih tradisional mak cik ita juga menjual goreng pisang pada sebelah petang.
Ada kesempatan mak cik ita akan membuat botok-botok untuk di jual pada para pelanggan.

Botok-botok mak cik ita memang sentiasa laris di pasaran, bukan sahaja kerana rasanya yang sedap tapi kandungan ulam-ulaman yang pelbagai yang digunakan sentiasa memenuhi citarasa setiap pelanggan.


Setiap hari ita akan mengadap mak cik ita membungkuys botok-botok. Sikap seperti lipas kudung mak cik ita  di dapur memang  amat ita kagumi. Dengan tulang kederat yang ada dia sesorang sahaja menyediakan beratus2 botok-botok yang ditempah pelangan, selain terpaksa juga menyediakan sajian lain untuk jualan dan hidangan untuk keluarga.
Memang wanita ini cukup hebat di dapur..

Mak cik ita ni sangat garang orangnya. Oleh kerana sikapnya itu setiap kali berada dii rumahnya kita adik beradik seakan menikus. Tak berani bersuara apalagi nak bermanja-manja.


Nak dijadikan cerita, satu hari tu sedang kita menikmati makan tengahari, dan kebetulan mak cik ita pula sedang sibuk menyusun botok-botok kedalam bakul untuk di hantar ke warung. Tiba-tiba adik ita ni dia ralit melihat jari-jemari mak cik ita yang cukup pantas menyusun setiap bungkusan botok-botok ke dalam bakul. Pas tu mak cik ita sergah dan tanya nak ke?? Walau pun kami selalu melihat mak cik ita buat botok-botok tapi kami tak pernah makan apalagi merasa. Melihatkan daun yang bertimbun dalam bungkusan tu dan kebanyakkannya adalah daun yang kami adik beradik selalu kerjakan setiap kali kami bermain pondok-pondok, ia seakan menutup selera kami untuk merasa..

Kerana terkejut di sergah, adik ita terus menganguk kan kepala.. Biji mata ita seakan tersembul keluar dan seakan tersedak bila mendengar adik ita nak merasa botok-botok tu.. aduyaiiii... ni saje nak menempah ajal...

Mak cik ita pula dengan lagak seorang panglima perang, menghulurkan sebungkus botok-botok dan berkata " makan sampai habis.. jangan tingal satu pon.. "
Terkebil-kebil mata adik ita menerima botok-botok itu.. " dengan suara yg terketar-ketar dia berkata"... daaaa... unn.. pisang ni nak makan sekali ke maaaakk longgg???
"eemmm... makan semua..."



Aduyai... nasib kau lah labu... terkulat-kulat adik ita menelan segala daun dan rempah.. Ita hanya memerhati sambil nakal ita berbisik ke telinganya.. " eeee... dah macam kambing.. emmmbekkkkk!!"

Nak dijadikan cerita, sampai di sekolah adik ita terus muntah-muntah, badanyanya panas dan dia segera di kejarkan ke hospital oleh cikgu yang bertugas. Sampai doktor tu tanya dia makan apa??

Kisah adik ita muntah2 akibat makan botok-botok terus tersebar luas satu kampung.. hihi dan pak cik ita yang juga kuat menyakat segera menyakat mak cik ita " habislah jah... botok-botok awak kena bawak gi hospital untuk doktor buat kajian dan jadikan bahan bukti.. "

Sekarang bila tanya dgn adik ita nak botok-botok tak?? dia akan kata .. sampai mati pon tak mau makan.. hahaha ..

Setelah mak cik ita meninggal ita seakan rindu pula dengan botok-botok ni, bau harum rempah ratus dan harum daun ulam-ulaman seakan hilang bersamanya.. Bapa ita pon kata.. payah nak dapat botok-botok yang sama sentuhannya dengan botok-botok arwah..


BOTOK-BOTOK IKAN TENGIRI
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHAN REMPAH
3 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
6 batang serai, hiris halus*(*kisar halus)
2 camca besar kerisik
1/3 cawan santan
3 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Babas)
2 1/2 camca besar cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM
Pucuk ubi secukupnya (kurang lebih 1 cekak)
Pucuk bebuas secukupnya (kurang lebih i cekak)
2 tangkai pucuk betik
3 tangkai pucuk mengkudu, hiris
30 helai pucuk kaduk
5 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun cekur, hiris halus
2 genggam daun selasih
2 genggam pucuk kesom

BAHAN-BAHAN LAIN
5 ekor ikan kembong besar, siang, cuci bersih dan toskan
10 batang lidi pengcungkil gigi
10 helai daun pisang berukuran 8 inci x 10 inci

UNTUK REMPAH BOTOK-BOTOK (BOLEH SIAPKAN AWAL)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus, bersama rempah kari, kacau rata dan masak hingga terbit minyak, gunakan api kecil. Tambah jus asam jawa, kerisik dan santan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Rasa dan jika ok, matikan api. Biar rempah sejuk.

UNTUK BOTOK-BOTOK
Ambil 2 helai daun pisang (atau anda boleh layur atas api sekejap bagi dia lembut dan mudah dilipat). Susun dedaun seperti dalam gambar, mulakan dengan pucuk ubi, pucuk betik (boleh koyakkan kalau besar), daun kadok, pucuk bebuas dan hirisan pucuk mengkudu. Sudukan rempah atas daun2 tadi (kurang lebih 2 camca besar)
Letak ikan atasnya (mat kerat 2 untuk setiap ekor ikan kembong), letak lagi 1 1/2 camca besar rempah dan tabur dengan hirisan daun kunyit, hirisan daun cekur, daun kesom dan daun selasih. Berhati2 bungkus botok2 tadi dan semat kiri dan kanan nya dengan lidi. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan.
Susun dalam kukus dan kukus atas air mendidih selama 30 minit. Biar sejuk sekejap dan boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..Selamat mencuba.


Terima kasih kepada Adnan Ibrahim atas perkongsian resepi botok-botok ni.. hilang rindu akak pada arwah mak cik. 
Al Fateha untuk ibu saudara ku Hajah Azizah binti Ahmad semoga roh beliau dicucuri rahmat dan bersemadi dikalangan hamba-hambanya yang solleh

14 comments:

MaMa aDaMaQiL said...

Really miss malaysian food ;)

Abdul Mujib Arbain said...

perghh rindu sggh nak mkn mskan ni

Gee® said...

Tak pernah mkn botok2...sedap nmpak....

Cik Rose Cute said...

Banyaknya ulam...

susumanis said...

salam ita.my MIL pun org jawa.. sesekali balik de juge dia buat botok botok nih...so yummeh :)

mama sara nur said...

assalam kak Azlita
tak penah makan lg tp menarik botok2 ni byk ulaman mesti sedap tu

mama sara nur said...
This comment has been removed by the author.
gula merah said...

salam kak ita, skali tgk bungkusan daun pisang tuh mcm otak2 yg dijual kat sini tp saya rasa daun2 tu mcam sama jer cuma versi botok2 ni letak ikan seketul. mesti sedap botok2 ni.

kaksu said...

salam azlita, sedapnya botok2, Su tak pernah buat tapi makan suka, banyak ulam yg nak dicari tu yg payah sikit... anyway singgah nak ucap terima kasih tadi selongkar dapur ita, amik resepi donat yg sedap tu... terima kasih yea lain kali Su dtg lagi...

HomeKreation said...

Aslmkm Ita. Wah, lauk macam ni mmg Along suka! Siap dgn ulam2an macam2 pula tu! Puding semangkuk tu tak pnh lagi tau.

KG said...

wah ita, got lagu some more! i like! and tqs for this recipe...and also other recipes! tapi yg ni mmg hubs punya fav...org bugis campur jawa lah katakan!

Sharifah AlQudsi said...

Assalamualaikum, dah lama akak mencari resepi botok2 daun mengkudu, dulu arwah nenek selalu buat (beliau asal Pulau Penyengat), terimakasih kerana sudi berkongsi resepi warisan ini.

Sharifah AlQudsi said...

Assalamualaikum, terimakasih kerana sudi berkongsi resepi warisan yang saya cari selama ini

rauf hamzah said...

Salam..saya pembuat dan pnjual botok botok. Jika berminat boleh hubungi saya Boleh dihntar seluruh malaysia dgn jumlah memadai.wakil penjual Botok botok frozen juga di perlukan. Cal sms whatsap rauf 0127749242 atau yatie 0147755935