Follow if you like

Jan 7, 2012

BISKUT DONUT

Assalamualaikum..

Selamat petang semua dan selamat berhujung minggu..
Hujung minggu yang perlu di maanfaatkan dengan sebaik-baiknya..
Hari ni lewat bersiaran, banyak sangat tugasan yang menanti.. aduyaii.. terasa sengal semua lutut dan sendi.. penatnya tak terkata.. barulah terasa badan ni dah semakin uzur..


Hujung minggu buat apa lah kan.. Selain mengemas rumah memasak untuk keluarga ita juga melakukan aktiviti yang tak dapat di lakukan pada hari biasa..   Al-maklumlah hari biasa semuanya telah terjadual dengan rapi..

Hari ni nak kongsikan bekalan yang di bawa anak ita sewaktu pulang ke asrama. Ita buatkan beberapa kuih dan biskut untuk Azrul bawa pulang. Ada beberapa permintaan yang wajib di buat tapi ita tak sharekan lah kan sebab dah selalu sangat ulang tayang resepi yang sama nanti jemu pulak! ok ita buatkan cheese tart yang ni memang wajib di buat sebab banyak permintaan.. hihi pas tu ita buat kuih Biskut Bebola Cornflakes dari Kak Ummi yang ni ita tak sempat nak ambil gambar sebab ita buat dah malam dan esok pagi terus paking semua.. ita tak tinggalkan pon sebab ita tengok sikit sangat.. tak sampai hati nak minta tinggalkan sikit.. tak pe lah nanti ita buat lagi.. ye.. sebab tak rugi buat biskut ni sedap tau! terima kasih pada kak Ummi kerana sharekan biskut yang mudah dan sedap ni..


Yang ita akan kongsikan hari ni adalah biskut yang pernah di war-warkan oleh kawan ita supaya ita cuba.. katanya sedap! dan dia selalu buat.. Ita memang menghitung hari yang sesuai untuk membuat biskut ni.. nak tunggu raya pon lama lagi kan jadi bila Azrul minta buatkan biskut untuk bawa pulang ita terus teringat akan biskut ni.. ini lah peluang untuk ita mencuba dan merasa.


Biskut ni telah di kongsikan oleh kak Wan pada Hari Raya tahun lalu. Tapi masa kak Wan sharekan tu dah suntuk dan balang kuih semua dah terisi dengan biskut yang lain.. jadi tak dapat lah ita nak mencuba. Kali ni tercapailah hajat nak merasa dan benar bagai dikata biskut ni memang sedap! tak letak coklat yang salut diluar tu pon dah sedap dah!


Terima kasih pada kak Wan yang telah sudi sharekan resepi biskut yang sedap ni.. Semoga rezeki kak Wan semakin murah hari demi hari dan mendapat keberkatan dari Nya. Terima kasih juga pada rakan baik ita Azita yang menyarankan ita mencuba biskut ni..
Jom kita intai resepi dari kak Wan ni..


BISKUT DONUT / SNOW WHITE COOKIES
By : Kak Wan
Rujukan : Resepi Citarasa Wan

Bahan A
150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B
200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum ~ dikisar
3 sudu besar susu tepung

Hiasan
Coklat masakan putih
Manik berwarna warni


Satukan bahan A dan pukul hingga sebati
Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna
Setelah masak susun atas redai hingga sejuk

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Celupkan sebelah permukan biskut
Taburkan manik
Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara .

19 comments:

atie @ ejay said...

salam kak..
nak sebalang:) hihihi

Lady Milo said...

wow! sangat menarik appearance biskut ni..

ShaSha The Baker said...

Boleh tri ni.. Nmpk sedap dan cntik rupenye.. Lma dh kite x wat cookies.. Hukhuk.. Bizi skrg bile skolah dh buke .. Byk hw laa

Amie said...

selamat petang Ita,
cantik2nya rupa paras dia... siap bermanik2 lagi menambah kemeriahnnya!

Yatie said...

cantiknya biskut donut ni..geram je tngk...ingat masa cuti sklh aritu berangan gak nak cuba buat biskut mcm2 yg tak sempat di cuba..tapi still tak sempat gak...ntah bilalah sempatnya..dah start sklh lagilah makin busy..he3...

Ummi said...

Assalam Ita cayang...wee mana leh kata dah tua..nnt akak rasa lg akak tua...hahahhaa. Biskut cornflakes tu nnt buat, hantar ke dapur akak sikit eh..xpun bgtau, akak dtg tumpang makan...hehe... Thanks sbb sudi try ye. Tp tengok biskut donut ni lg menawan...cantiiikk lak tgk butiran merah atas gula putih tu.. :). Gambar2 sudah sememangnya mantopss!

umieaisyah said...

waaa..kak ta..rasa cam nk raya plak tgk gambo sekut-sekut ni...hasil tgn k ita mmg semuanya tip-top

umie said...

Gambar cantik.. mesti sedap..

norhanim md zain said...

resepi yang ringkas but menarik sangat bila di letak coklat dan hiasan tu..

dah masuk dalam resepi biskuit yg akan di cuba..

thanks for sharing this resepi...ya ITA..

Mas said...

As salam kak ita...
Cantik betul biskut donut akk tu, rasa mcm nak mintak satu hehehe...

Tiap2 hari sy mst jengah blog akk. Sy suka dengan setiap gambar2 yg akk post. Tersangat la cantik!

..::Zue::.. said...

wahh.. menariknyer..
lawa dan sedappp...

nuwairani ismail said...

ada aje sesuatu yg menarik di blog kak ita ni...suke sgt!

rahel said...

Selamat malam Kak Azlita..
Rahel singgah sekejap tengok biskut donut yang cantek...leh bawak balik skali ngan box comel tu..

Fafau De Craft ( Zana ) said...

cantikkk...mesti cuba try test nnt!Thanks akak... :)

Yat Maria said...

Beautiful pics Ita! kalo wat ni, gerenti a hit with the kids! cantek!

liza hasliza said...

Ade jual ke acuan bentuk donut yg kecik kak ita?lawa lah...mana nk cari acuan tu ek..

katakkecik said...

assalamualaikum akak...nak tanya la emplex tu ape?..blur lak..

HadSha said...

Asalamualaikum kak ita. Saye tringin sgt nak cube biskut ni. Kalau tak letak yg emplex tu boleh ke? Blog i bkn saje gambar nye menyelerakan, tapi bile dah dicube menu2 dkt sini, mmg sedap. Thanks for sharing,. :)

Puteri said...

Assalamualaikum Ita. Akak nak ucapkan terimakasih kerana share resipi nie. Memang sedap dan terbaik,,,, anak akak yang bujang tak henti-henti makan. Hai... nampaknya tak sampai untuk dihidangkan untuk tetamu pada raya nanti.. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Powered by Blogger.