Dec 31, 2011

SELAMAT DATANG 2012

Assalamualaikum..

Beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. Setahun masa berlalu dengan begitu pantas. Terasa-rasa macam baru semalam ita mengetuk papan kekunci untuk mengucapkan selamat tahun baru buat 2011, kini sudah setahun rupanya masa berlalu.


Kenangan 2011 masih berlegar - legar dalam kotak ingatan. Banyak kenangan masam dan manis yang harus ditelan. Tak disangka sudah setahun ita menjadi blogger masakan. Memulakan kerjaya sebagai blogger masakan yang tak pernah terlintas dalam kotak ingatan sebelum ini.

Kini kehidupan harian ita yang selama ini tersimpul rapi telah terurai di blog ini. Tiada lagi rahsia antara kita walaupun sebelum ini tidak pernah ita kongsikan walau dengan rakan terdekat sekalipun.

Kehidupan yang ita lalui hari-hari semakin ceria dengan kehadiran blog yang amat ita sayangi. Bermula dunia ita di papan kekunci. Setiap inci tercatat dengan rapi. Setiap yang masam dan manis di kongsi bersama.

Kehadiran blog ini sedikit sebanyak mengubah perjalanan seharian hidup ita. Ita dapat lakukan apa yang ita suka lakukan sebelum ini. Mencuba setiap resepi yang tak pernah terfikir untuk di cuba. Kadang kala menjadi dan adakala hasilnya tak seperti yang ita harapkan. Namun banyak yang ita belajar.. kata orang kita belajar dari kesilapan.. Tiada seorang pun yang tak pernah silap dan tiada insan yang sempurna di muka bumi Allah ini.

Minat ita memasak bermula selepas ita melahirkan anak yang pertama. Walaupun sebelum ini, ita tidak suka ke dapor sebenarnya. Namun demi kehadiran cahaya mata ita gagahi diri ini kerana mereka yang ita sayangi.

Photography, adalah kejaya terbaru yang ita minati. Bermula dengan kamera poket ita belajar untuk memahirkan diri dalam dunia photography yang ita minati. Melihatkan minat ita yang mendalam dalam bidang photography, suami ita belikan ita camera DSLR. Mulanya memang payah untuk ita mengayakan camera ni, maklumlah dengan maklumat yang amat terbatas dan masa yang tidak mengizinkan. Ita cuba belajar dari sehari ke sehari untuk memahirkan diri. Banyak yang ita belajar dan banyak lagi yang ita perlu pelajari.

Semakin banyak yang ita belajar semakin mendalam minat ita tentang food photography, hingga timbul cadangan dari anak2 supaya ita buat blog dan abadikan setiap photo yang ita ambil. Dari sini ita dapat menilai kemahiran ita sehari ke sehari. Setiap hari ita akan belek gambar yang telah ita ambil sebelum-sebelum ini untuk di nilai sejauh mana pencapaian ita dalam bidang photography yang baru bermula..

Food styling banyak mengajar ita tentang kesabaran, ketelitian dan kemahiran. Gambar yang cantik tidak semestinya dari pinggan-pingan yang mahal dan mewah. Ita cuba bawakan diri ita seadanya dalam setiap hasil sentuhan ita. Ita cuba abadikan setiap kenangan ita bersama setiap resepi dalam photo yang ita rakamkan. Ita cuba mencari identiti dalam setiap photo dan kembalikan setiap nostalgia yang pernah ita lalui. Kerana setiap kenangan dan pengalaman yang ita lalui sebelum ini, banyak mendewasakan ita. Kenangan yang tak mungkin akan ita lupakan dan akan bersemadi bersama jasad ita kelak.

Memasak, hobi yang tak akan pudar. Semakin hari ita semakin galak mencuba setiap resepi baru. Suami adalah insan yang banyak memberi galakan. Setiap hari ita di cabar untuk mencuba pelbagai resepi yang kadang kala ita sendiri tidak sangka ita mampu lakukannya. Semakin di cabar semakin berkobar-kobar semangat ita untuk mencuba dan melakukan yang terbaik.

Semoga kedatangan 2012 merubah kehidupan ita kepada yang lebih baik.

Terima kasih buat insan-insan yang ita sayangi. Galakan, dorongan dan kata-kata semangat dari keluarga tersayang adalah penguat semangat ita selama ini.

Terima kasih buat insan-insan yang tidak pernah lokek berkongsi resepi dan ilmu. Setiap perkongsian ini semoga mendapat keredaan dari Allah dan di berkati.
Halalkan setiap resepi yang telah di cuba, semoga ianya berkat di dunia dan di akhirat

Terima kasih buat pengunjung-pengunjung setia Masam Manis, kalian adalah nadi Masam Manis selama ini. Tanpa kalian pasti degupan ini akan terhenti dan bernoktah di sini.

Terima kasih kepada semua friends dan followers, anda adalah yang terbaik di mata ita.

Kepada semua rakan-rakan blogger, teruskan usaha murni kalian dengan ikhlas dan jujur. Semoga tahun yang mendatang ini menjanjikan yang lebih baik buat semua. Blog masakkan bukanlah blog picisan. Buktikan kita juga punya keistimewaan tersendiri. Bangkit dan buktikan kehebatan anda. Jangan cepat mengaku kalah.. Lakukan yang terbaik bukan untuk sesiapa tapi untuk diri kita sendiri.. Kerana hanya kita sahaja yang dapat menghargai diri kita.

Maaf dari ita andai selama kita bersahabat di alam maya ini ita ada tersilap kata... atau menguris perasaan kalian...
Maaf juga kepada semua andai ita tak berkesempatan untuk membalas setiap kunjungan...  ita hanyalah manusia biasa yg dijadikan Allah hanya sebagai hambanya yg lemah... 



Kepada semua, selamat menyambut kedatangan 2012
Dec 30, 2011

SOTO TULANG

Assalamualaikum...

Tadi ita dah kongsikan cara bagaimana nak buat begedil yang rangup dan mudah. Kalau ada begedil sudah semestinya adalah sotonya.. Ibarat irama dan lagu  .. yang pastinya tak boleh di pisahkan kalau rosak lagu pincanglah irama...


Hari ni ita nak sajikan pula hidangan Soto yang pada ita cukup lengkap dan sedap! Resepi macam biasa hasil merayap ita ke dapur My Resepi yang dah cukup sinonim untuk ita dapatkan resepi yang terbaik. Resepi kali ni di kongsikan pula oleh as75. Menurut as75 resepi soto tulang ni di peroleh dari kakak angkat beliau yang mengusahan perniagaan soto. Biasa kalau resepi dari otai-otai ni memang lah sedap kan.. lebih lagi mereka dah selalu sediakan resepi ni untuk santapan pelangan2 mereka.


Satu kelainan pada soto ni, apabila ada tambahan sos tiram untuk melengkapkan lagi rasanya. Dan inilah percubaan pertama ita memasukkan sos tiram dalam resepi soto kali ni. Ternyata hasilnya memang sedap! dan menambat selera kami sekeluarga. Percubaan yang ternyata berbaloi untuk di cuba dan anda juga akan dapat menikmati satu sajian soto tulang yang lazat tak terkata.


Sekalong ucapan terima kasih yang dapat ita ucapkan pada as75 atas perkongsian ini. Jutaan terima kasih juga kepada tuan empunya resepi dan sudah semestinya buat My Resepi yang sentiasa menemani ita setiap kali ita ingin cuba kelainan dalam setiap sajian buat keluarga tersayang..


SOTO TULANG
by : As75
Rujukan : My Resepi

1kg tulang lembu atau kambing ~ di rebus hingga empuk
1/2 kg daging ~ ita tambah juga di rebus hingga empuk ~ kalau guna batang pinag tak payah rebus
1 senduk rempah soto Syarifah atau  apa2 juga rempah soto yang terdapat di pasaran
Rempah tumis 4 sekawan
1 labu bawang besar ~ di kisar
4 ulas bawang putih ~ di kisar
Halia sebesar ibu jari ~ di kisar
Sedikit lengkuas ~ ita tambah
2 kiub pati ayam ~ ita guna pati daging
3 sudu sos tiram
1 biji tomato ~ dipotong baji
1 cawan santan
2 btg serai ~ di ketuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa
1 liter air- ikut suka


Bahan untuk di makan bersama
Nasi impit atau mi
Taugeh
bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ diracik halus
kacang tanah
soon goreng ~ jika suka
Begedil
sambal kicap

Tulang dan daging di rebus hingga empuk
Tumiskan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga ( rempah tumis 4 sekawan) hingga harum
Masukkan bahan yang di kisar dan tumis lagi hingga garing
tambahkan serai dan rempah soto dan tumis lagi hingga garing
Setelah pecah minyak masukkan sos tiram
tambahkan air rebusan tulang
masukkan kiub ayam atau daging dan garam secukup rasa
Kemudian masukkan tulang dan daging tadi bersama air rebusannya dan masak hingga didih
Perasakan secukupnya
akhir sekali masukkan santan ~ jika suka
Siap untuk di hidangkan bersama bahan yang di makan bersama
Enak di sajikan hangat-hangat




BEGEDIL RANGUP


3 biji kentang
3 keping daging buger atau boleh guna daging cincang
daun sup ~ di racik halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu rencah soto yang telah ditumis 
garam secukup rasa

1 butir telur ayam ~ dikocok
sedikit lada hitam
serbuk roti ~ untuk menyalut
minyak ~ untuk mengoreng

Kentang dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam
Angkat kentang, toskan minyaknya dan lecek halus
Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis ( perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto )
Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum
Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil

salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti
Kemudian celupkan ke dalam telur
Salut sekali lagi dengan serbuk roti
Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam
Angkat dan toskan
Siap di hidangkan bersama soto nasi atau mi.
Enak juga di makan bersama sos cili


SAMBAL KICAP
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
Kicap manis secukupnya
jus limau kasturi secukupnya

Kisar cili, bawang, garam dan kicap manis hingga lumat
Perahkan jus limau kasturi
Sedia di nikmati


BEGEDIL RANGUP

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun kesyurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta."
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:
  • Jika berkata ia berdusta
  • Bila berjanji ia mungkiri
  • Jika berjanji sumpah ia langgar
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: "ketika Luqmanul-Hakim ditanya: "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman: "Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya  dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya: "Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w. : " Ya." Ditanya pula : " Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w. " Tidak".

Assalamualaikum...
Sekali lagi kita bertemu di pagi Jumaat penghulu segala hari.. Dengan lafaz Bismillah.. mulakan hari anda dengan senyuman...


Hari ni ita nak sharekan 2 resepi yang sangat sinonim bagi rakyat Johor khasnya. Kita mulakan dengan resepi pertama dari ita iaitu begedil.
Begedil sebagaimana yang kita ketahui di makan bersama soto ayam atau daging. Begedil di buat menggunkan kentang yang dilecek, daging cincang atau daging ayam yang di siat halus. Rangup di luar dan lembut di dalam dengan aroma rempah ratus yang menyelerakan.

Bagai aur dengan tebing, begitulah kombinasi antara begedil dan soto. Dimana ada soto di situ pasti ada begedil. Jika kurang salah satu darinya ibarat lagu yang tak berirama... Tiada kenikmatan ketika menghayati keenakan soto itu sendiri.


Banyak versi dalam pembuatan begedil dan kesemuanya mengikut kreativiti dan selera masing-masing. Hari ni ita nak sharekan begedil yang biasa ita buat, yang ringkas-ringkas aje.. 

BEGEDIL RANGUP

3 biji kentang
3 keping daging buger atau boleh guna daging cincang
daun sup ~ di racik halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu rencah soto yang telah ditumis 
garam secukup rasa

1 butir telur ayam ~ dikocok
sedikit lada hitam
serbuk roti ~ untuk menyalut
minyak ~ untuk mengoreng


Kentang dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam
Angkat kentang, toskan minyaknya dan lecek halus
Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis ( perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto )
Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum
Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil

salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti
Kemudian celupkan ke dalam telur
Salut sekali lagi dengan serbuk roti
Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam
Angkat dan toskan
Siap di hidangkan bersama soto nasi atau mi.
Enak juga di makan bersama sos cili



Dec 29, 2011

KUIH KERIA ~ KELEDEK OREN

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan bertemu lagi kita di alam maya ni...
Hari ni ita nak sharekan satu resepi kuih tradisional yang merupakan kuih kegemaran ita. Ita sangat sukakan kuih keria ni, Masa ita kecik2 dulu mak ita rajin buatkan ita kuih keria ni. Ada juga yang menyatakan ini lah donut Malaysia. Rasa keledek yang lemak manis di dalam dan di saluti pula dengan gula memang menambat selera ita.


Jangan tak tau ita boleh habiskan berkeping-keping kuih ni dalam sekelip mata aje.. hihi
Biasa ita kalau buat kuih ni macam mak ita juga , tiada sukatan yang tepat.. main agak-agak aje adunan kuih tu. Semua bahan kata orang tu main campak-campak aje..


Kali ni ita gunakan resepi dari Kak Wan. Jadi mudah lah sikit sebab dah ada sukatan yang tepat. Kita tak lah bimbang adunan terlembik atau terkeras.
Ita memang pengunjung setia dapur kak Wan atau lebih di kenali dengan Citarasawan. Setiap kali kak Wan masukkan N3 baru, ita pasti tidak melepaskan peluang untuk mengintai resepi terbaru dari kak Wan. Memang sangat teruja bila singah dapur kak Wan. Banyak sangat resepi yang menarik yang telah kak Wan kongsikan. Sudah semestinya biskut dan kek yang akan menambat selera setiap pengunjung.


Sentuhan kak Wan memang cantik dan kemas. Kak Wan yang ita kenali di alam maya ni bukan sahaja berbakat besar dalam dunia masakan, tapi beliau juga adalah seorang insan yang tidak lokek ilmu. Walaupun kak Wan seorang usahawan dan menjalankan perniagaan kuih muih, tapi kak Wan tetap juga kongsikan setiap resepi untuk di cuba oleh peminat dunia masakan. Ibarat ular menyusup akar, takan hilang bisanya....Terima kasih kak Wan atas segala ilmu yang di kongsikan.. Budi baik kak Wan hanya Allah juga yang dapat membalasnya. Doa dari ita semoga kak Wan di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa di murahkan rezeki..


Ita tertarik untuk mencuba resepi yang baru kak Wan konsikan ni kerana penggunaan tepung ubi atau tepung pulut dalam adunan. Selalu ita hanya letak tepung gandum aje.. Tak sangka bila kita letakkan tepung ubi adunan lebih cantik bila di goreng, tidak serap minyak dan tidak pecah.


 Ita menggunakan keledek oren untuk adunan ni. Kebetulan ita baru aje beli keledek untuk di buat mee. Sebelum buat mee ita buat lah kuih kegemaran ita ni dulu.. hihi
Terima kasih kak Wan atas resepi yang sedap! ita minta izin untuk sharekan resepi ni di sini pula ye!.. dan minta di halalkan semua resepi yang telah ita cuba..



KUIH KERIA
By: Kak Wan
Rujukan : Citarasawan

250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam


Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk


Untuk menyalut keria
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera
* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut



Dec 28, 2011

SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamualaikum...

Anak-anak ita memang suka makan spaghetti bolognese. Biasa kalau makan kat luar mereka akan order spaghetti. Ita memang kurang sikit lah minat kalau makan spaghetti ni.. mungkin tekak ita masih lagi tekak anak kampung hehe


Kemarin anak ita Azrul minta buatkan spaghetti. Selalunya ita bukak aje botol Prego tu..  sebab ita ni tak berapa suka spaghetti jadi memang malas betul nak membuatnya. Entah macam mana bila di minta buatkan kemarin ita terpanggil untuk mencuba dan membuat sendiri sosnya.

Ada beberapa resepi spaghetti bolognese dalam simpanan ita, rata2 semuanya seperti ada persamaan. Bila ita cuba cari resepi dari My Resepi, ita tertarik dengan resepi yang di kirimkan oleh Mutiarazura. Kebetulan pula ita lihat ramai yang dah mencuba dan semuanya memberikan reaksi yang cukup positif. Hati terus berbisik "harus di cuba ni.. nampak menarik!"


Ita suka cari resepi dari My Resepi. Satu sebab utama, ianya mudah!  masukkan aje apa2 resepi yang kita inginkan dalam ruangan cari resepi, pasti setiap permintaan tidak pernah menghampakan. Satu sebab lagi kerana kita dapat ketahui yang resepi tu sedap atau tidak dengan feed back yang diberikan oleh mereka2 yang telah mencuba. Kalau ramai yang dah mencuba dan menyatakan kesedapan resepi tu...bermakna kita juga haruslah mencuba..

Resepi kali ni tak kurang juga hebatnya. Bagi pengemar2-pengemar spaghetti, ita cadangkan supaya mencuba resepi dari Mutiarazura ni. Memang sedap! anak-anak pon suka dan bertambah-tambah mereka makan. Ita yang tak berminat ni pon terminat sekali.. hihi memang sedap!

Terima kasih kepada Mutiarazura yang sudi berkongsi resepi yang lazat tak terkata ni..
Juga jutaan terima kasih kepada My Resepi yang membuatkan kerja memasak ita semakin hari semakin mudah!


SPAGHETTI BOLOGNESE
By: Mutiarazura
Rujukan : My Resepi

Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gram spaghetti ~ sepeket
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning ~ dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum ~ didadu
1 batang carrot ~ didadu kecil
2 batang celery ~ didadu kecil
1 tin cendawan butang ~ dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun ~ kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang 
NOTA : 
Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa. 
Resipi asal juga ada masuk 200 ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.


Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam.
Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.
Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat.
Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.



SOS BOLOGNESE
Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging cincang. 
Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. 
Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan susu. 
Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. 
Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. 
Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. 
Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : 
Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian! 


Dec 27, 2011

My Love Cake

Assalamualaikum...

Ini adalah percubaan pertama ita menggunakan Heart Tasty ~ fill Cake Pan Set. Terlalu excited nak mencuba loyang ni. Dan tak sabar rasanya nak mengintai apakah yang bakal terjadi pada love di dalamnya.. hihi betul ke jadi bentuk love atau nanti love tu terbalik ke.. haha takut dan berdebar-debar juga..

Pada kotak atau buku tu tak di berikan panduan dan cara-cara bagaimana kita nak menggunakan loyang ni. Tapi bila ita belek-belek rasa-rasa taulah kan cara menggunakannya.
Loyang ni di berikan 2, satu untuk bahagian atas dan satu untuk bahagian bawah. Pada loyang bahagian atas dan bawah tu juga kita kena pastikan bahagian yang mana yang kita nak letakkan adunan kek dan bahagian mana yang kita nak letakkan bahagian cream.


Kek di bakar dalam 2 loyang yang berasingan. Mujur oven ita boleh muat 2 loyang ni, jadi mudah untuk ita membakar kedua2 loyang dalam satu masa. Bila kek dah siap di bakar ia terenggang sendiri dari loyang. Pada mulanya bimbang juga kalau kek melekat atau susah nak keluarkan kek dari loyang. Rupanya loyang ni adalah non-stick pans dan kek memang mudah sangat tanggal dari loyang. Ia keluar licin dan cantik!


Kerana adunan ita tak sampai ke bibir loyang, ita tak pasti berapa ketinggian love dari permukaan kek. Oleh sebab itu ita tak potong bahagian atas kek kerana bimbang kek terlalu rendah. Bila dah potong baru lah tahu dan next time ita harus potong bahagian atas yang sedikit keras tu supaya kek nampak lebih cantik! dan rata.

Untuk percubaan pertama ni ita menggunakan Marble Chocolate Banana Cake, resepi dari Chef Zubaidah yang ita pernah kongsikan resepinya sebelum ni di SINI
Cuma kali ni ita tak lah marblekan kek ni. Ita buat plane aje.. Kebetulan ada sesisir pisang yang dah masak ranum atas meja, ini lah peluang untuk ita menghabiskan pisang tu dari terbuang.. hihi


Kerana ita tak ada resepi yang sesuai untuk kek ni. Percubaan pertama ni ita gunakan resepi Bavarian dari Chef Wan untuk filling love dia. Untuk filling love tu kita kena gunakan adunan cream yang stiff, ia tak boleh lembik atau berair sebab kita nak kena terbalikkan kek  tu kalau cream dia jenis cream yang lembik masa terbalikkan kek, cream dia akan jatuh.

Insyaallah ita akan cuba lagi buat kek ni menggunakan bahan kek yang lain pula dan resepi kek yang berlainan. Ita akan tunjukkan cara bagaimana nak gunakan loyang ni kemudian.. hihi sebab ni percubaan pertama ita tak lah buat step by step sebab mula2 takut tak jadi.. Bila dah jadi ni barulah ada keyakinan nak cuba dengan resepi yang lain pula..


Untuk topping kek kali ni ita gunakan Whip Topping Base. Ini juga adalah percubaan pertama ita menggunakan topping ni dan atas cadangan dari tuan empunya bakery yang selalu ita kunjungi. Katanya kalau gunakan whip toping ni lebih mudah. Warna toping juga lebih putih dan lebih gebu. Kita tak bimbang bila terlebih pukul kerana dia tak berair seperti Whipping Cream. Tapi jangan terlebih pukul sangat dia akan kaku dan tak cantik bila kita nak sapu pada kek. Ia juga tahan lama di luar dan kita tak bimbang cream mencair. Mudah untuk kita paip kan dan bentukkan atas kek. Boleh lah kalau nak letakkan pewarna dan nak buat bunga dengan cream ni. Memang sangat mudah. Penggunaan nya pula adalah dengan kaedah 2:1. iaitu 2 bahagian Whip Topping dan satu bahagian cecair. Kita boleh lah letakkan bahagian cecair tu dengan jus, susu atau apa2 aje yang kita nak letak untuk gantikan bahagian cecair. Tak perlu tambahan gula kerana ia dah cukup manisnya. Kali ni ita letak Whipping Cream. Rasanya macam buttercream.  


MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE 
By: Chef Zubaidah 

250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco

1 sk esen pisang

Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.

Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali

  • minyak
  • choc emulco
  • pisang
  • esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar  dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.


* Untuk resepi ni ita abaikan penggunaan choc emulco
Ita tuang kan adunan dalam 2 loyang tadi dan bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 45 minit
Setelah kek masak sempurna
Keluarkan kek dari loyang dan biar atas redai hingga kek sejuk sepenuhnya
Buangkan bahagian atas kek yang keras
Sekarang barulah kita sediakan filling untuk love


BAVARIAN ~ untuk filling love
By : Chef Wan

1 1/2 cawan susu segar
1 camca teh esen vanila
5 biji kuning telur
65 gm gula halus
1 camca besar serbuk gelatin
Secubit garam
1 cawan krim putar ~ putar rata dan simpan dalam peti sejuk

Satukan susu dan esen vanila
Masak hingga mendidih dan ketepikan
Putar telur bersama gula, serbuk gelatin dan secubit garam hingga kembang
Masukkan susu ke dalam adunan telur dan kacau rata
Kemudian tuangkan semula krim ke dalam periuk
Masak menggunakan api perlahan hingga krim tadi melekat di belakang senduk kayu
Kemudian tuangkan adunan ke dalam bekas  yang di letakkan di atas bekas yang lebih besar dan berisi ketulan ais. Kacau selalu adunan supaya tidak bergentil sehingga adunan hambir mengeras.
Apabila krim hampir membeku, masukkan krim putar yang kita simpan dalam peti ais
Kacau rata kedua bahan dengan kaedah kaup balik hingga adunan rata
Simpan sekejap aje dalam peti ais jangan lama2 nanti dia beku. Anggaran 5 minit
Kemudian bolehlah tuangkan dalam loyang untuk bahagian love tadi
Apitkan kedua2 kek kemas
Kemudian balut kek dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais dalam 15~30 minit

WHIP TOPPING

2 cawan Whip Topping base
1 cawan whipping cream ~ atau apa2 bahan cecair

Putar dengan speed sederhana hingga berkrim dan gebu

Keluarkan kek dari peti ais, sapukan Whip Topping di seluruh kek
Dan hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

 

Dec 26, 2011

Heart Tasty ~ Fill Terima kasih kak Ummi

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama ita idamkan loyang kek yang ada love kat dalam dia ni.. Ita pernah ternampak loyang ni masa search kat google. Boleh order melalui on line tapi.. makan masa lah sikit kan. Mulanya ita dah nak beli secara on line tapi suami ita kata mesti ada jual di KL.

Puas ita merayau2 sekitar KL tapi tak pernah terjumpa. Rasa macam dah putus asa dah nak dapatkan loyang love ni.. Hingga lah pada suatu hari ita terbaca N3 kak Ummi tentang kunjungannya ke Pantry Magic, boleh jenguk kat SINI
Mulanya suami ita yang baca N3 kak Ummi tu.. Suami ita ni dia mmg suka merayau2 dan baca blog2 rakan2 kongsi masak2 ita. Bila dia terbaca tentang Pantry Magic yang kak Ummi khabarkan terus dia ajak ita ke sana.. Suami ita ni mmg tau apa yang ita suka..


Rasanya Bangsar adalah tempat yang paling ita suka pergi.. sebab ita suka makan kat Restoran Rebung kepunyaan Chef Ismail yang mmg terletak di Bangsar. Tapi entah macam mana ita tak pernah pula terperasan ada Pantry Magic kat area situ.. Mungkin sebab kedainya agak di tengah2 dan tersorok sikit mmg sukar nak perasan kedainya tu.. Tu pun ita dah tersesat.. berapa kali pusing2 kat bangsar tu baru lah jumpa..

Mmg seronok berkunjung ke Pantry Magic dan macam biasa dan macam yang kak Ummi khabarkan harga barang yang di jual di situ agak mahal.. biasalah kan kawasan elit macam tu harga mmg boleh tahan... hihi Ita mula mencari kalau ada di jual acuan love ni.. malangnya tak de lah pulak!

Suami ita pulak mengambil peluang untuk bertanya dengan penjual tu kalau2 adalah kan dia sorokkan loyang tu.. Tapi mmg tak de jual sebenarnya kat situ. Alhamdulillah penjual yang baik hati tu minta kami ke Kota Damansara katanya ada sebuah kedai di Sunway Giza yang jual barangan kuih dari Wilton. Bila tanya pukul berapa kedai tu tutup, penjual tu kata dalam pukul 7 petang. Tanpa berlengah kami terus menuju ke Sunway Giza. Jalan pulak jam sana sini kebetulan dengan cuaca hujan dan time orang balik kerja.

Berpandukan arahan yang di berikan akhirnya ita bertemu lah dengan kedai yang menjadi idaman pengemar2 kek. Macam-macam barangan Wilton yang di jual di sana. Rambang mata ita sekejap.. Rasa macam semua ita nak beli. Rasa macam tak nak balik .. geramnya tengok bahan2 membuat kek di situ.. Dan akhirnya ita bertemu juga dengan loyang love yang dah lama ita idamkan ni..



Kepada yang berhajat nak mencari barangan Wilton atau teringin nak dapatkan loyang love macam ita ni bolehlah ke Sunway Giza. Kedainya terletak di deretan rumah kedai berdekatan dengan Standard Chartered Bank.


International Centre of Cake Artistry ICCA
Jalan PJU 5/15
46150 Petaling Jaya

Tel : 603 - 61408835

Kepada yang nak order melalui on line boleh cari di sini : 

Terima kasih pada kak Ummi.. kalau tak kerana N3 kak Ummi tentang Pantry Magic tu sampai sekarang ita masih tak dapat loyang love ni lagi.. hihi


Terima kasih juga atas kiriman skoteng tempoh hari tu ye kak Ummi.. alahai.. kak Ummi buat susah-susah aje.. segan ita.. hihi siap dengan keropok pon ada sekali.. tapi keropok tu tak sempat ita nak ambil gambar kak Ummi.. hihi kat rumah ni mmg semua hantu keropok .. pantang nampak habis semua di goreng tak sempat kawan tu nak berposing.. hihi
Terima kasih sekali lagi ye kak Ummi mmg tak sabar dah ita nak buat dan merasa apalah rasa skoteng ni kan.. hihi tapi asyik tertangguh aje nak buat sebab asyik ujan aje kat JB ni.. nak kukus susah sebab ita kukus kat luar.. hihi bila hujan dah tak dapat nak kukus kuih..
Terima kasih sekali lagi Kak Ummi jasa baik kak Ummi hanya Allah jua yang dapat membalasnya..




Photos of the week

Assalamualaikum...
Selamat pagi... semua..

Masih ada lagi yang sedang bercuti sempena sambutan Hari Natal
Kepada mereka yang beragama Kristian ita ucapkan Selamat Hari Natal
Sebenarnya kadang kala amat sukar nak tentukan yang mereka ni orang Islam ke atau orang Kristian. Rata-rata kat FB atau blog suka menggunakan nama samaran.. Tu yang kadang kala tak berani nak bagi salam sembarangan takut tersalah identiti.


Ada yang nampak macam Islam tapi nama samaran nama orang putih laa.. pulak!
Ada pula yang nampak macam Islam tapi sambut pulak hari Natal laaa..pulak! dok hiasa pokok krismas tu.. macam sambut krismas aje kan..??
Hihi macam mis identiti pulak rasanya bila dah berblog dan bermuka buku ni..



Apa aktiviti sepanjang cuti umum ni.. Ada yang mengambil peluang untuk membeli peralatan sekolah anak-anak.. Al maklumlah cuti sekolah pon dah nak berakhir.. Segala kelengkapan anak2 perlu di segerakan.. Anak-anak sudah nak kembali ke sekolah..


Semalam ita saje je bawak anak2 pusing-pusing. Mula-mula kita ke Muar, anak-anak nak pekena mee bandung. Nak yang ori dari Muar.. akhirnya masing-masing dok merungut.. emmm... esok mak masak mi bandung lah mak.. tak puas lah makan kat sini macam tak cukup rencah aje.. aik! dah pandai komplen lah pulak..!!


Lama tak singah bandar Muar. Seronok jugak jalan2 kat Muar. Bandar Maharani yang masih kekal dengan kesenian lama dan tak di terjah oleh arus pemodenan. Bandar rendah yang tidak di semakkan oleh bangunan pencakar langit.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dari sungai Muar, mengamat hati anak-anak..


Kemudian anak-anak ajak pulak ke Melaka. Maklumlah mereka berjiran dan nak ke Melaka tak lah jauh sangat.. Akhirnya kita mengambil keputusan untuk ke Melaka.


Sampai Melaka.. Aduyaiii... tersepit lah pulak dalam kesesakan jalan raya yang amat teruk.. Sana jam sini jam. Kereta tak bergerak lansung. Bunyik hon bingit sana sini bagaikan hala lintar.. Sibuknya Melaka kini.. Memang payah nak masuk Melaka.. penuh dengan ratusan kenderaan dari dalam dan luar negara..




Akhirnya terpaksa parking kereta jauh dan menapak dari satu destinasi ke satu destinasi.. penatnya..
Tujuan asal nak ke tempat lain.. Tapi dah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.. kita ikut aje lah langkah kaki...


Yang menyeronokkan ita bertemu dengan rakan alam maya.. hihi tapi lupa lah pulak ita nak tanya nama dua adik kita yang cantik manis ni..
Masa ita jalan tu.. ita ni biasa lah kan rabun.. spec pulak tak nak pakai.. hihi
Nampak lah dua orang adik ni yang asyik memehati ita dari jauh..
Bila ita sampai dekat dia terus sapa.. " akak ni kak Azlita ye.." hihi betul lah tu dik.. hari ni tak masak dapor tutup tu yang dok ronda-ronda..
Terima kasih kerana menegur akak.. Seronok juga kan bila dapat jumpa di alam kenyataan ni.. tapi tak dapat sembang lama.. masing-masing malu2 kucing miaow! miaow! hihi
Semoga hubungan kita di alam maya, dan bertemu pula di alam kenyataan.. akan melahirkan satu ikatan ukhwah yang semakin mesra..

Jom lah layan gambar-gambar yang sempat ita rakamkan..



AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.