Nov 30, 2011

ROJAK PETIS

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
Apalah ita ni pagi-pagi dah tayang rojak, buat sebu perut orang je kan.. haha
Sebenarnya ita buat rojak ni semalam. Anak dara ita tu aii.. macam mak nenek mengidam pulak nak makan rojak. Dah lama tak makan rojak sebenarnya...selalu ita beli aje.. tapi beli ni ada masa sedap ada masa tak sedap jugak kan..


So, semalam ita tunaikanlah permintaan anak dara ita tu sorang dari dia dok pot pet.. pot pet.. baik ita buatkan..
Ita masukkan pagi-pagi ni tak pe lah kan, sebab ita nak bertolak ke Kuala Lipis kejap aje lagi.. Hari ni adalah hari terakhir anak ita Amirul di MRSM. Ni nak pergi ambil dia balik selepas habis kertas Biologi kejap lagi. Mungkin bila N3 ni di tayangkan ita dah pon dalam perjalanan untuk ambil Amirul.
Doa-doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali.. Sebelum tu nak minta maaf lah dulu.. mana lah tau kot-kot ini N3 terakhir ita, sempat lagi ita hulurkan salam kemaafan pada semua pengunjung Masam Manis.. semoga tiada tersimpan apa2 di dalam hati ye.. walaupun banyak lagi janji yang ita belum sempat tunaikan..


Ok lah kita terus aje kepada menu ita ni.. Resepi macam biasa ita akan ambil dari My Resepi. Kali ni resepi dari Zara Klate. Rasa-rasa Zara Klate ni orang Kelantan kot! tapi kat Kelantan ada ke jual rojak petis, sebab sepanjang ita berkhawin dgn orang Kelantan ni ita belum terjumpa lagi orang jual rojak petis di Kelantan. Kalau kat JB memang mudah benor jumpa orang jual rojak petis ni.. Yang paling ita suka di Kelantan tu rojak buah, yang buatkan ita tertarik orang Kelantan ni sedikit unik! rojak buah di Kelantan di campurkan sekali dengan pelbagai jenis jeruk tu yang buat tak sabar2 nak cari rojak buah setiap kali menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang tu.. adoiii... dah mula mengences dah ni.. nasib baik tak de isi kat dalam perut  kalau tak..?? meleleh2 lah air liur anak ita nanti.. haha


Terima kasih pada Zara Klate yang sudi berkongsi resepi rojak ni. Terima kasih juga buat My Resepi yang selalu membantu ita mendapatkan resepi yang terbaik buat keluarga.. Jom kita layan rojak pulak hari ni... LAYANNNN.....


ROJAK PETIS
By : Zara Klate
Rujukan : My Resepi

2 sudu besar petis
1½-2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula hitam ~ gula merah atau gula Melaka
cili kisar ~ ikut kepedasan masing²
sedikit belacan yg dibakar
sedikit air asam pekat
garam jika perlu
kacang tanah ~ digoreng dan ditumbuk kasar

Masukkan petis, cili kisar, gula pasir, gula hitam dlm sebuah bekas.
Kacau hingga gula pasir hancur.
Setelah gula hancur, tambahkan air asam. 
Kacau rata. 
Masukkan sedikit kacang dan  digaul lagi.
Hiris bahan timun, nenas, sengkuang, tauhu ke dalam bahan kuah tadi. 
Gaul rata.
Tambahkan taugeh dan kangkung.
Taburkan kacang tumbuk dan sedia dinikmati



Nov 29, 2011

KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
Sebagaimana yang ita janjikan, ita nak sharekan resepi yg pada ita sangat sedap ilham dari Chef kesayangan ita dan mungkin juga mereka yang di luar sana. Resepi Kari Kambing Istimewa dari Dato Chef Wan.

Resepi ni ita ambil dari buku masakan beliau Sedapnyaaa.. 2 yang dah lama berada dalam simpanan ita dan antara buku masakan kesayangan ita. Ita makan lauk kari kambing bersama Nasi Briyani ilham dari anak beliau iaitu Chef Riz. Gabungan air tangan kedua-dua tukang masak ni memang tidak boleh disangkal lagi.. bak kata orang meletupsss!! terangkat bila makan.. terasa berada di awang-awangan..hihi


Lauk kari kambing ni memang sangat sedap! terasa segala rempah ratusnya bergabung dalam satu resepi yang cukup lengkap sajiannya. Kenapalah ita tak cuba dari dulu lagi resepi ni.. memang sedap sangat pada selera ita dan keluarga. Selain kambing , ita rasa sesuai juga jika digantikan dengan daging atau ayam tapi kambing memang terangkatlah kan.. tapi kalau tak boleh makan kambing bolehlah gantikan dengan daging.

Rasa sajian ni tak sama macam kari biasa yang kita selalu buat tu.. Rasanya memang sangat berlainan dan sangat istimewa bersesuaianlah dengan namanya Kari Kambing Istimewa.. Seindah khabar seindah rasa.. sedap sekali..!!


Terima kasih kepada Dato Chef Wan kerana berkongsi resepi istimewa beliau dengan pengemar-pengemar dunia masakan.. Ita sharekan disini untuk dicuba oleh mereka2 yang suka main masak-masak kat dapur tu.. Kalau nak dapatkan banyak lagi resepi istimewa dari Dato Chef Wan, boleh lah dapatkan senaskah buku ni di kedai buku berhampiran. Banyak sangat resepi istimewa dari Dato Chef Wan yang sedap-sedap dalam buku ni untuk kita mencuba!

KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN
By: Dato Chef Wan
Rujukan : Buku Masakan Sedapnyaaa...2





1/2 cawan minyak sapi
4 tangkai daun kari
1 kg daging kambing batang pinang ~ dihiris ita guna ribs
2 biji tomato ~ potong baji
1 cawan krim putar
1/2 cawan yogurt
gula secukup rasa ~ ita guna gula melaka
Garam secukup rasa
Segengam Daun ketumbar ~ dicincang

Pes Rempah
15 ulas bawang merah
2 labu bawang besar ~ dipotong
3 cm halia ~ dihiris
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili hijau ~ di buang biji dan hiris
4 kaki akar ketumbar
segengam daun pudina
20 biji lada hitam

Rempah Ratus
6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Rempah Serbuk
1 sudu besar garam marsala ~ yang ni ita tak letak sebab tak de
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar


Campurkan bahan-bahan rempah di dlm mesen pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak sapi di dlm periuk atau kuali yang dalam .
Masukkan daun kari, rempah ratus dan pes rempah.
Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.
Bancuhkan rempah serbuk dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Campurkan dalam rempah yang sedang ditumis bersama-sama daging kambing.
Kacau selalu selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.
Tambahkan air secukupnya untuk meliputi bahan-bahan
Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
Masukkan tomato, krim putar dan yogurt
Perasakan secukupnya dengan gula dan garam.
Taburkan daun ketumbar dan kacau rata.
Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.

Nov 28, 2011

NASI BRIYANI 1 MALAYSIA

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Selangkah lagi kita ke minggu baru dan tahun baru dalam klender Islam.  Semoga kita semua mendapat keberkatan, di murahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping insan-insan yang kita sayangi.

Bersempena dengan kedatangan bulan Muharam semalam, ita masak menu yang sedikit special, maklumlah semua bercuti, tapi tak dapat kemana-mana kerana anak yang sulung masih belum lagi pulang. Oleh itu peluang yang ada semalam ita manfaatkan bersama keluarga untuk mencuba resepi yang pada ita sangat istimewa dari dua orang Chef yang popular di tanah air kita.


Resepi yang pertama yang akan ita kongsikan adalah dari Chef Riz yang sekarang ni menjadi salah seorang juri dalam program masakan yang semakin mendapat tempat di hati para penonton.
Sajian hidangan ni pernah Chef Riz tunjukkan dalam segmen Kuliah Master dalam program TV tersebut.


Masa tu ita dok kelang kabut menyalin resepi dengan di bantu oleh anak ita Dalili hihi pulak tu cepat sangat Chef Riz sebut sesuatu bahan sehingga ita semacam putus asa kerana ada bahan2 yang ita tertinggal. Tapi alhamdulillah mungkin rezeki ita untuk merasa air tangan Chef Riz dan akhirnya ita dapat juga mencuba resepi ni yang ita ambil dari Master Chef Malaysia.


Alhamdulillah.. berbaloi juga ita mencuba resepi ni, memang ternyata sedap nasi briyani ni. Biasa nasi briyani yang ada bersekali dengan ayam atau daging cukup sinonim dengan nama Briyani Gam di Johor.
Beras basmathi yang ita beli kali ni tak berapa panjang pulak sebab kedai yang biasa ita beli tu tutup dan tak banyak kedai yang menjual beras basmathi yang panjang2 butiran berasnya. Tak pe lah kan janji nasinya cukup enak sekali dan sedap pula dilawankan dengan lauk pilihan.



Kepada yang teringin nak merasa air tangan Chef Riz, apa kata kita cuba! pasti menjadi kegemaran keluarga.

NASI BRIYANI 1 MALAYSIA
By : Chef Riz
Rujukan : Master Chef Malaysia






500g Beras Basmathi ~ direndam air 40 minit
400ml Stok Ayam
200ml Susu Sejat
1\2 ekor ayam ~ dibersihkan
2 sudu besar Rempah Briyani
60g minyak Sapi
60ml minyak New Vida
Sedikit Daun Pisang
Garam secukup rasa
2 Biji Tomato ~ dicincang
2 Sudu kecil Koma-Koma  atau Zafron ~ direndam
2 sudu besar air panas
60 ml Air Mawar
1\2 cawan Kismis Campuran
1\2 cawan Badam ~ dipanggang

Bahan Tumis
5 Cengkih
6 Buah Pelaga
4 Bunga Lawang
2 Kulit Kayu Manis
2 labu Bawang Besar ~ dihiris
5 ulas Bawang Berah ~ dihiris
4 ulas Bawang Putih ~ dihiris
4cm Halia ~ dititik
2 Batang Serai ~ dititik
4 Daun Pandan ~ disiat & disimpul
 
Bahan Perapan Ayam 
1 cawan Bawang Goreng
1\2 cawan Dadih Asli
1\2 biji Lemon ~ diambil kulit dan jusnya
Sedikit Daun Ketumbar
Segengam kecil Daun Pudina
Bawang putih ~ ambil sedikit dari bahan tumis
Halia ~ ambil sedikit dari bahan tumis
Sedikit lada hitam

Bahan Ayam
Masukan dadih asli, rempah briyani, bawang goreng, bawang putih, halia, dan daun ketumbar, garam serta parutan lemon ke dalam pengisar makanan.
Kisar hingga sebati.
Panaskan minyak sapi dalam kuali.
Ratakan ayam dengan garam dan lada hitam.
Layurkan ayam diatas kuali hingga kuning keemasan tetapi hanya 3 suku masak.
Alihkan kedalam pinggan,sapukan dengan pes rempah.
Ketepikan

Nasi
Panaskan minyak sapi didalam periuk,tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga wangi, masukan bawang besar, merah, bawang putih dan halia.
Goreng hingga kuning keemasan, kemudian masukan badam dan kismis dan buah tomato.
Masukan beras dan kacau rata,kemudian tuangkan air rebusan dan susu.
Tambahkan garam secukup rasa.
Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga nasi menyerap hampir semua air dan mula kering.
Renjiskan nasi dengan air mawar dan air koma-koma.
Susunkan ayam diatas nasi, kemudian taburkan dengan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.
Tutupkan dengan daun pisang, dan kemudian tudung periuk.
Masak selama 25 minit lagi.
Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama lauk ayam Briyani dan sajian sampingan yang lain.


Nasi Briyani ni ita makan bersama lauk yang juga sedap sangat!! resepi dari ayahanda Chef Riz, siapa lagi kalau bukan tukang masak popular dan kesayangan ramai Dato Chef Wan. Lauk ni memang sedap dan memang sangat ngam bila dimakan bersama nasi briyani ni. Ok nanti ita kongsikan resepi sekejap lagi ye!

Popular Song

Assalamualaikum...

Selamat malam..
Mungkin semua dah melelapkan mata. Atau ada yang masih lagi berjaga maklumlah esok cuti.. bagi Negeri Johor.

Sebenarnya ita hanya nak sharekan lagu yang menjadi hit kat blog ita beberapa minggu yang lalu. Ramai yang berminat dengan lagu ni dan boleh di katakan setiap hari pasti ada msg yang bertanyakan tentang lagu ni....dan hari2  ita kena berikan nama lagu siapa penyanyinya dan di mana ita dapatkan lagu tu.

Ok lah kerana lagu tu pun ita dah gantikan dengan lagu lain, hari ni ita akan masukkan videonya yang ita ambil dari Youtube.
Sebenarnya kebanyakkan lagu yang berkumandang di blog ita ni adalah dari citarasa anak ita Dalili. Dia yang dok mencari lagu yang sesuai dan dia yang letakkan dalam blog ita ni hehe... Kalau nak harapkan ita memang ita tak tau..
Budak-budak sekarang kan memang cepat betul belajar.. lagi-lagi benda-benda baru cam ni..
Ok lah jom kita layan lagu yang menjadi kesukaan ramai pengunjung Masam Manis

Penyanyi : Bruno Mars
Judul lagu : Today My Life Begins


Nov 27, 2011

ROTI SILANG INTI KARI DAGING

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Semoga kedatangan tahun baru ini membawa kita ke satu pengijrahan yang sebenar.
Hijrah kan hati dan diri kita. Berbuat baiklah terhadap sesama manusia nescaya kita akan mendapat kententeraman dan kedamaian hati. Ambillah hikmah dari setiap kejadian pada tahun yang lalu dan jadikan ianya sebagai panduan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..

Sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk memperbaiki diri.  Lakukan apa yang kita rasa kita suka lakukan bukan apa yang orang lain suruh kita lakukan. 


Masa hari ni amat mencemburui ita untuk berborak panjang. Kita terus sahaja pada menu yang ingin ita kongsikan hari ini. Hari ni ita meroti. Kali ni ita singgah di dapur Yatie, dan tertarik dengan roti silang sentuhan dari Yatie yang menurut Yatie resepi asal dari Dapur Tanpa Sempadan.

Cara penyediaan roti amat mudah kerana ita menggunakan Breadmaker. Inti pula ita masih lagi gunakan inti dari Quinnie yang masih berbaki dari inti Karipap Daging yang ita buat hari tu. Roti yang sangat lembut dan sedap! amat sesuai untuk sarapan pagi atau hidangan minum petang.

Terima kasih kepada Adnan Ibrahim kerana berkongsi resepi roti yang mudah, menarik dan sedap! Juga pada Yatie yang turut berkongsi dan Quinnie atas resepi inti yang sangat menyelerakan. Minta izin pula untuk sharekan di sini.


ROTI SILANG INTI KARI DAGING
Olahan dari resepi ROTI SILANG INTI CENDAWAN
By : Adnan Ibrahim Dapur Tanpa Sempadan
Rujukan : Yatie Sinar Kehidupanku

250 gram tepung roti - high protein flour
50 gram gula halus atau  gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur - pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang
Bakinya jangan di buang - untuk glaze atas doh
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam - kalau guna Breadmaker guna air biasa

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega,
Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal , kurang lebih 20 minit.
Bulat-bulatkan kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik

BREADMAKER
Satukan semua bahan-bahan untuk doh dalam breadmaker,
pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap
Kebiasannya breadmaker mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2.




INTI CENDAWAN
By : Adnan Ibrahim Dapur Tanpa Sempadan

200 gram cendawan butang, hiris
150 gram daging kisar - daging ayam atau lembu
1 inci halia*
2 ulas bawang putih* - *ditumbuk halus
2 helai bay leaf
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1/2 cawan susu sejat
Garam dan secubit gula
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, hiris

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan juga bay leaf, tumis hingga layu.
Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang susu dan masak hingga daging lembut .
Masukkan cendawan dan juga lada hitam, masak dengan api perlahan hingga cendawan layu dan kelihatan kering.
Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, kacau rata dan sejukkan.


INTI KARI DAGING
By : Qasehqu Quinnie

300gm daging - nak tambah lagi pun boleh...cincang halus daging
8 biji kentang saiz besar - potong dadu
1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
4 sudu besar udang kering *
1 bawang besar*
2 bawang putih*
6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
7 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya

Mula2 masak inti
Panaskan skit minyak dlm kuali
kemudian masukkan bahan2 blend, masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnya
kemudian  masukkan rempah kari daging, kacau2 rata, dan masak hingga terbit minyak
bila dah terbit minyak, masukkan daun kari kacau hingga naik bau dan masukkan daging, gaul2 rata
kemudian masukkan kentang, keledek dan air.
air hendaklah dimasukkan sampai  hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur.
Masukkan  juga santan dan gula, masakkan hingga kering
bila dah agak2 nak kering, masukkan garam kacau lagi hingga kering inti tadi atau  air dia dah tak de

tutup api dan sejukkan.


KAEDAH MEMBUAT ROTI SILANG
Sila rujuk di SINI sebagai panduan

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian.
Ambil satu bahagian, canai 4 persegi seperti dalam gambar.
Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh.
Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega.
Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....


SALAM MAAL HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

 
HIJRAH BERSAMA RASULULLAH

Setelah dikepung Quraish Mekah
kau tinggalkan Ali, menuju Madinah.
“...berselimutlah dengan selimut Al-Hadrami,
yang berwarna hijau ini...,”
begitu pesanmu kepada Ali.

Teringat saat pedihmu di dalam gua
sakitnya kaki Abu Bakar tidak terkira
tapi tetap dibiarkan kau lena
hingga menitis air matanya
dia sahabatmu yang sungguh mulia.

Bertuahnya Ummu Ma’bad
sempat bertemu Muhammad
dan ketika di jalanan
Abu Buraydah kau Islamkan.

Hijrah meninggalkan pelbagai kisah
kau dibantu Abdullah, dikejar Suraqah
dibekalkan susu oleh ‘Amir bin Fuhayrah
teringat kakimu yang melecet
dan pertolongan Abdullah bin Urayqit.

Ketibaanmu di Madinah
disambut meriah
perempuan Ansar menyanyi
meraikan Nabi.

Di tahun baru ini
biarlah aku mengubah diri
meniru Nabi.

Bersama Rasulullah
izinkan aku berhijrah.

– SALMAN SULAIMAN
PADANG RAJA, MACHANG.
Mingguan Malaysia, 13 Januari 2008.

Nov 26, 2011

KARIPAP ROTI SARDIN

assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu.
Hujung minggu datang lagi kali ni mungkinn lebih meriah kerana semua anak2 telah berkumpul dirumah sempena cuti sekolah.
Banyak aktiviti yang telah di rancang sepanjang cuti sekolah ni.
Semoga cuti yang panjang bersama anak-anak dimanfaatkan sebaik-baiknya.



Hari ni ita pun nak keluar jalan-jalan dengan anak-anak. Pergi ronda-ronda kejap!. Hilangkan boring setelah lama teperap dalam rumah. Anak-anak pun dah mula berbunyi.. cuti tak ajak mereka jalan-jalan ke?
Memandangkan abangnya masih belum habis lagi bertarung dengan exam segala perancangan bercuti ditangguhkan sehingga abangnya pulang kelak.



Masih ramai yang mengaru2 kepala tak gatal untuk sajikan hidangan sarapan pagi yang mudah dan ringkas untuk anak-anak. Bila cuti sekolah bermula terlalu banyak aktiviti yang kita kena laksanakan. Pagi dah ke dapur sediakan sarapan. Kemudian bergegas kepasar untuk membeli keperluan untuk masak tengahari pula. Petang dah nak fikirkan juadah untuk minum petang. Dan malam apa pula yang hendak disajikan...


Untuk membantu, disini ita sediakan hidangan yang cukup ringkas dari dapur ita. Rasa-rasa ramai yang dah tahu cara penyediaan menu sarapan pagi yang ringkas ni. Mula-mula segan juga ita nak tayang resepi simple dari dapur ita ni. Hidangan ni mmg cukup ringkas dan selalu ita sediakan untuk sarapan pagi anak-anak.

Macam-macam cara kita boleh sediakan, dengan pelbagai corak mengikut kreativiti masing-masing. Biasa ita gulung aje.. tapi kali ni ita buat dalam pentuk karipap bulat. Mudah aje cara penyediaannya.



Roti sandwitch kita canai nipis. Kemudian kita potong guna cutter bentuk bulat.
Tepung gandum kita campurkan dengan sedikit air untuk di jadikan gam
Telur begantung pada berapa banyak inti yang kita telah sediakan dan berapa keping roti yang ingin kita celup.
Telur kita campurkan secubit garam dan sedikit lada hitam atau lada sulah.
Kemudian kita pukul sedikit.

Setelah siap ketepikan dan kita sediakan inti sardin.
Bawang besar di hiris halus
Lada merah juga dihiris halus
Bawang putih juga dihiris halus
Halia juga dihiris halus.
Begitu juga dengan daun ketumbar
Sardin di buang tulangnya dan dilecek bersama dengan sosnya sekali.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
Kemudian masukkan sardin masak lagi hingga sedikit kering.
Masukkan perahan limau atau boleh juga gantikan dgn sedikit air asam.
Masak lagi hingga sedikit kering
Perasakan dengan garam
Tambahkan lada dan daun ketumbar.
Taburkan sedikit lada hitam jika sukakan sedikit rasa pedas.
Gaul rata sehingga kering.


Letakkan inti atas sekeping roti yang telah dibulatkan
Letakkan bancuhan tepung di sekeliling roti
Rapatkan, kemudian tekan dengan garfu supaya melekat
Panaskan sedikit buter bersama sedikit minyak dalam kuali yang leper.
Celupkan roti dalam telur dan goreng dalam kuali leper tadi.
Balik- balikkan roti.
Bila dah kuning keemasan keluarkan dan toskan atas kitchen towel
Kalau ada lebihan minyak cepat2 lapkan dengan kitchen towel.
Sedia untuk dinikmati


Nov 25, 2011

MASAK LEMAK DAGING SALAI

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah berapa hari ita bercadang nak buat resepi ni, sejak ita melihat Chef Anis buat demo masakan kat kuliah Master Chef dalam program Master Chef yang semakin mendapat tempat di hati para penonton.


Bila melihatkan cara memasak yang cukup simple dengan bahan yang cukup mudah ita pun bercadang nak mencuba. Yang amat membuatkan ita bertambah tertarik untuk mencuba adalah disebabkan pengunaan daun ketumbar dalam masak lemak kali ni. Biasa ita tak pernah menggunakan daun ketumbar untuk diletakkan dalam masak lemak daging. Ita mmg suka sangat aroma daun ketumbar. Tu yang semakin berkobar3 nak merasa air tangan Chef kecil molek dan comel lote ni..


Nampaknya percubaan ita tak sia-sia. Masak Lemak Daging Salai ni memang cukup mengancam rasanya. Aroma daun ketumbar bergabung dengan daun limau perut dan daun kunyit amat membuka selera ita dan keluarga. Ita boleh katakan lauk ni memang cukup sifatnya dan cukup sempurna sekali rasanya . Sedap sangat!


Masak lemak daging salai ni ita boleh katakan ianya sama lah seperti masak lomak cili api. Penggunaan cili api yang banyak dalam masak lemak ni juga memang berasap telinga bila memakannya. Bagi sesiapa yang berhajat nak buat dan rasa2 macam tak berapa tahan pedas,  ita cadangkan supaya kandungan cili api tu dikurangkan.


Untuk menyalai daging pula Chef Anis telah menerangkan kaedah yang cukup mudah dengan membakar dalam oven menggunakan tempurung kelapa. Tapi ita salai atas dapur arang aje.. Tujuan salai ni untuk mendapatkan aroma asap pada daging kita tu nanti. Selepas salai daging perlu di cuci dan buangkan bekas arang dan asap pada daging.

Terima kasih kepada Chef Anis Nabila yang sudi berkongsi resepi yang sedap! untuk para peminat Master Chef. Resepi kali ni ita ambil dari Master Chef Malaysia. Banyak lagi resepi yang menarik untuk kita cuba! Jom rasa menu yang ni dulu...


MASAK LEMAK DAGING SALAI
By: Chef Anis Nabila
Rujukan : Master Chef Malaysia


Daging (dipotong mengikut urat dengan ketebalan 1 inci) - 1 kg
Bawang Kuning (dikisar) - 1 biji
Bawang Merah (dikisar) - 4 biji
Bawang Putih (dikisar) - 6 ulas
Cili Padi (dikisar) - 18 biji
Kunyit Hidup (dikisar) - 1 inci
Daun Ketumbar dan akarnya
Asam Keping - 3 keping
Daun Kunyit - 1 helai
Daun Limau Purut - 4 helai
Serai (dititik) - 4 batang
Lengkuas (dititik) - 3 inci
Santan - 500 ml
Air
Garam dan Gula
Serbuk Kunyit (untuk memerap daging)
Hiasan: Cili Merah, Cili Hijau, Daun Kunyit, Serai

Rendamkan tempurung dan serpihan kayu didalam air untuk seketika dan masukkan ke dalam dulang ketuhar (deep oven tray).
Panaskan seketika didalam ketuhar sehingga menghasilkan asap. Keluarkan dulang tersebut, dan letakkan ‘wire rack’ diatas nya.
Susunkan daging yang telah diperap dengan kunyit dan garam diatas ‘wire rack’ kemudian balutkan dulang dengan pembalut aluminum dan masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar.
Daging perlu disalai sehingga masak. Daging yang telah disalai perlu dihiris nipis (lawan urat).
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar didalam periuk bersama daging dan sedikit air.
Masukkan asam keping, daun limau purut, serai, lengkuas dan rebuskan sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan santan, daun ketumbar, garam dan gula.


CUCUR ROTI BERUDANG

Dalam surat Al-Baqarah ayat 191 dan 217, Allah menyatakan bahwa "fitnah lebih kejam dari pembunuhan". Untuk memahami fitnah sebagai suatu kejahatan, ada baiknya kita ketahui dulu betapa jahatnya pembunuhan.
Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka hukumannya ialah jahanam. Kekal ia di dalamnya. Allah memurkai dan mengutuknya serta menyediakan siksa yang besar baginya.An-Nisa:93
Sebetulnya fitnah memiliki arti lebih daripada "ujian". Kata fitnah diartikan sebagai segala tindakan dan perbuatan yang menyesatkan manusia.



Assalamualaikum...
Salam di pagi Jumaat yang barakah.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok menanti dengan penuh sinar....

Masih ada yang bingung memikirkan sajian untuk hidangan anak-anak sepanjang cuti sekolah. Bila musim cuti di tambah lagi dengan kedatangan musim tengkujuh pastinya perut anak2 sentiasa minta di isi. Kadang-kala tak tahu apalah hidangan yang dapat menambat selera mereka.

Tapi biasanya kalau cuaca sejuk dan dingin, sangat sesuai di sajikan sesuatu yang hangat. Apa kata kita sediakan sajian yang mudah dan ringkas ni. Lebih-lebih lagi menggunakan bahan terbuang..


Biasa kalau kita beli roti sandwitch, roti yang pertama dan terakhir pastinya di buang, kerana roti yang berkulit dan agak keras. Tepi roti yang keras juga adakalanya kita buang. Kali ni jangan di buang dan elakkan dari melakukan pembaziran.. kesian roti tu di buang, dari dibuang baik kita jadikan satu hidangan untuk kudapan anak2 pada musim tengkujuh ni.

Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi yang pada ita akan jadi kesukaan anak2. Resepi Cucur Roti Berudang. Resepi cucur roti ni ita ambil dari My Resepi. Resepi ilham dari Merpati66. Penyediaan cucur roti yang cukup mudah dengan bahan yang sangat minima. Sangat enak di hidangkan panas2 bersama coc cili.

Terima kasih kepada Merpati66 selaku penyumbang resepi dan My Resepi juga sebagai tempat rujukan. Sekarang ita sharekan di sini untuk rujukan dan panduan kita bersama.

CUCUR ROTI BERUDANG
Dari resepi asal : CEKODOK ROTI
By: Merpati66
Rujukan : My Resepi

Nov 24, 2011

ASAM PEDAS KERISIK

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua dan selamat menjamu selera...
Nampaknya cuaca di JB hari ni agak baik. Matahari bersinar cerah. Harap-harap biarlah panas sampai ke petang. Tapi mengikut ramalan kaji cuaca semalam mungkin hari ni akan mendung dan hujan akan melanda di JB. Barangkali pada sebelah petang atau malam hari.

Berita semalam melaporkan telah belaku kenaikan air di beberapa kawasan di sebelah Utara dan Pantai Timur. Bagi mereka2 yang tinggal di kawasan yang sering di naiki air dan selalu mengalami banjir di harap berwaspada lah dari sekarang. Bak kata orang beringat sebelum terkena dan sediakan payung sebelum hujan..


Rumah bapa mertua ita di Kota Bahru, Kelantan adalah kawasan yang sering di landa banjir. Selalu kalau tunjuk kat berita kawasan banjir di Kota Bahru pastilah area kawasan rumah bapa mertua ita. Oleh kerana kawasan rumahnya rendah dan sering di naiki air, maka rumah bapa mertua ita di buat tinggi kira-kira 7- 8 kaki dari paras tanah. Tu kalau banjir tu mmg sedap kalau buat terjun dari balkoni hihi. Tapi ita belum pernah lagi berkesempatan melihat banjir di Kota Bahru. Sebabnya suami ita kalau dah masuk musim tengkujuh dia tak mau balik Kelantan bimbang banyak jalan yang di tutup  akibat tanah runtuh, dan banyak juga bahaya pada musim tengkujuh ni sebab tu kena beringat selalu kerana malang memang tak berbau..


Aii.. cerita-cerita jugak tapi apa pula menu hidangan hari ni. Hari ni sekali lagi Dapur Tanpa Sempadan ita selongkar. Di sebabkan tiada sempadan sesiapa sahaja di izinkan masuk samaada untuk cuci mata atau mencari resepi yang berkenan dihati. Banyak sebenarnya khazanah masakan Melayu kita di sajikan di sana, kalau nak selongkar memang tak cukup sehari. Satu khazanah masakan Melayu yang amat sesuai dijadikan panduan dan rujukan, tidak kiralah samaada pada adik-adik kita yang baru berjinak-jinak kedapur atau para suri rumah tangga yang nak mencuba sesuatu yang baru.. untuk keluarga tersayang..


Asam pedas memang cukup sinonim dengan rakyat Johor. Ibarat kata orang kalau seminggu tak pekena sekali macam motor yang tak letak minyak tuti eh! apa pulak lah ita merapek ni... eh! betul lah tu.. mmg seminggu sekali mesti pekena asam pedas baru lah terasa regang semua tulang dan otot-otot kat badan ni. 

Asam pedas memang fav ita. Pulak tu bila di sediakan denghan ramuan yang cukup lengkap dengan segala rempah ratus dan diletakkan pula sawi atau jeruk asin. Di tambah aroma daun kesum yang menyengat! alamak.. memang tak nampak lah siapa pun melintas tak kira lah melintas kat depan atau kat belakang.. hihi

Menu asam pedas kali ni juga amat merujakan ita untuk mencuba bila di tambahkan pula kerisik sebagai menambahkan sedikit kemanisan dan lemak dari kelapa. Fuh!! memang terangkat! Anak-anak pun asyik menambah aje.. sampai habis nasi seperiuk di colek pula dengan roti kosong.. alahai anak omak...

Jutaan terima kasih buat Adnan Ibrahim, yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu. Semoga segala usaha yang Adnan lakukan memdapat kerberkatan dan di berikan ganjaran pahala di akhirat nanti..
Akak minta izin untuk sharekan pula resepi ni di sini, bagi rujukan kawan-kawan lain yang mungkin teringin mencuba.. boleh ye!


ASAM PEDAS KERISIK
By : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan


500 gram ikan pari, perap dengan jus limau nipis + garam  anggaran 10 minit, cuci bersih dan toskan
Ita guna ikan tenggiri
Sawi jeruk secukupnya, yang ni agak2
1/2 jus asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
3/4 cawan cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa - jika suka
Air secukupnya
Segenggam daun kesom

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping nipis hirisan lengkuas
3 biji buah keras
Secubit belacan
1/2 inci kunyit hidup

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris hingga harum
Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Tambah bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
Masukkan ikan, sawi jeruk, daun kesom dan juga kerisik, kacau perlahan.
Masukkan jus asam jawa.
Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.