Oct 31, 2011

NASI AYAM IPOH PELANGI

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan bertemu kembali kita di minggu baru.. Pastinya dengan hidangan dan sajian yang lebih menyelerakan untuk keluarga tersayang. Setiap hari pasti kita akan mencari resepi yang istimewa untuk di hidangkan buat family. Kalau asyik masak resepi yang sama pasti kita yang memasak ni pun akan terasa bosan juga kan..

Ita suka cuba resepi yang baru, kadang kala ianya cukup menyelerakan.. tak salah jika bertukar citarasa, sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam menyediakan hidangan. Dalam memasak yang paling penting sekali adalah deria rasa. Deria rasa kita mestilah peka dan dapat merasa setiap kekurangan dalam setiap hidangan yang akan kita sajikan.


Tukang masak yang hebat mestilah dapat merasa setiap masakan yang bakal disajikan dengan baik. Memasak dengan penuh rasa kasih sayang juga akan menerbitkan satu kombinasi hidangan yang cukup hebat! Sebab tu bila kita nak sajikan hidangan buat keluarga tersayang, mulakan dengan lafaz Bismillah dan masak lah dengan penuh kasih sayang.. Setiap kali kita memasak kita mestilah tau yang kita nak sajikan itu adalah buat insan-insan yang kita sayangi.. insyaallah anak-anak dan suami pasti akan menikmati setiap inci hidangan yang kita sajikan dengan penuh nikmat.. begitulah sebenarnya apa yang ibu kita lakukan bila memasak untuk kita..

Walaupun hidangan yang di sajikan hanyalah lempeng kosong atau ubi rebus tapi nikmatnya kita rasa hingga ke hari ini..


Hidangan yang ita sajikan hari ini sebenarnya pernah ita sajikan sebelum ini. Ita memang dah jatuh cinta dengan Resepi Nasi Ayam Ipoh dari Quinnie ni. Mungkin ita akan sentiasa gunakan resepi ni untuk di sajikan pada keluarga atau kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Untuk menampakkan kelainan dan mengelakkan rasa bosan bila di hidangkan menu yang sama ita suka lakukan sedikit kelainan dalam setiap masakan yang ita sajikan. Kali ni ita letakkan sedikit pewarna untuk menambahkan tarikan pada hidangan ita dan menampilkan kelainan buat keluarga. Memandai-mandai aje ita ni kan.. harap-harap Quinnie tak berkecil hati ye! akak tidak mengubah resepi sebaliknya menambahkan sedikit pewarna.. hanya untuk menambat selera anak2..

Sekali lagi akak minta izin dari Quinnie untuk sharekan resepi ni di sini. Minta halal ye Quinnie.. hidangan yang dah menjadi kesayangan akak dan keluarga ni.. Hidangan Nasi ayam ni ita hidangkan untuk tetamu yang datang ke rumah ita baru-baru ini.

NASI AYAM IPOH PELANGI
Adaptasi dari resepi : NASI AYAM IPOH
By: Quinnie
Rujukan : Qasehqu Quinnie

 Mula- mula kita buat sup dia dulu sebab nanti sup tu kita akan gunakan tuk tanak nasi


Sup Ayam

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.

Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan  yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang  1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.




Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

Nasi Ayam
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Sedikit warna, merah, hijau, dan oren

Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
Bila nasi hampir masak buatkan beberapa lubang dan letakkan setiap warna dalam lubang -lubang itu.
Tutup periuk.
Bila nasi dah kering gaul rata.


Sekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili  merah

Cili Merah

10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan  gula secukupnya
Ita tambahkan sedikit planta untuk mengilatkan cili

Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Tapi kali ni cili ni ita masak sekejap kerana masa ita buat ni cili ni pedas sangat, mungkin cili kali ni agak sedikit pedas.

Masukkan semua bahan didalam blender kecuali limau kasturi
Kisar halus.
Kemudian ita masak sekejap atas dapur.
Ita tambahkan sedikit planta atau margerin untuk mengilatkan cili
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.



Kita buat pula cili kicap

Cili Kicap
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh  dgn air secukupnya - utk memekatkan
Ita tambahkan sedikit planta untuk mengilatkan cili

Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap! Cubalah..
Oct 30, 2011

Terima kasih muah! muah!

Assalamualaikum...

Dunia berblog sangat menyeronokkan. Bukan sahaja kita dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan merapatkan hubungan silatulrahim sesama Islam, malah ada kalanya ia menguatkan semangat kita. Kata-kata semangat dan sokongan dari rakan-rakan banyak membantu.

Sepanjang ita berblog banyak sangat ita dapat kiriman hadiah, adakalanya buat ita sangat terharu dan merasakan yang diri ini ama-amat di hargai. Tapi itu bukanlah tujuan asal ita berblog. Tiada niat langsung di hati ini untuk menarik perhatian atau menagih simpati. Apalagi untuk mengejar glamour atau mengecapi dunia populariti.

Ita ikhlas, berblog kerana ita amat menyukai dunia baru ita ini. Keseronokan memiliki dan menemui rakan-rakan baru tidak dapat ita gambarkan dengan kata-kata. Rata-rata mereka yang ita kenali baik-baik belaka, tidak pernah pula hati ini terguris atau kecewa. Semua kata-kata yang di lafazkan pada ita adalah satu teguran untuk ita supaya ita buat yang terbaik dan memperbaiki lagi mutu persembahan ita. Terima kasih semua...

Hari ni ita nak sharekan satu lagi kiriman yang ita terima. Bukan ada niat apa-apa ye! ita sekadar ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada adik Norsuzila Ibrahim, kerana bersusah payah kirimkan hadiah ni untuk ita dan Dalili. Ita suka sangat!! dan Dalili pun suka! asyik pakai tudung ni aje..


Potongan tudungnya juga cantik dan kemas. Kainnya juga lembut dan tak panas. Ita ni sebenarnya amat cerewet kalau nak beli tudung. Almaklumlah muka ita ni lebar dan payah juga nak mencari tudung yang sesuai dengan bentuk muka ita yang lebar ni. Sebab tu ita kalau beli tudung kalau ita rasa macam ngam aje dengan muka ita ni,  ita akan borong semua warna tudung yang sama bentuk dan designnya dan mulalah asyik pakai tudung tu aje.. hihi sampai anak-anak pun dah faham sangat dengan perangai maknya ni..

Tudung ni dikirimkan ila pada anak sedaranya yang bersekolah dengan anak ita Amirul. Bila Amirul bawa pulang hari tu sukanya hati bukan kepalang.... aduyaiii... sayu pula rasa hati ni.. Terima kasih banyak-banyak ila.. Bagaimana lah dapat akak balas semuanya...

Tudung ni dengarnya ila jahit sendiri.. pandai sunguh ila ni kan... berseni juga orangnya..
Akak harap biarlah hubungan persahabatan antara kita ni berkekalan biarpun nanti anak ita dah menamatkan alam persekolahan.. Tak sabar nak terima kunjungan dari ila pula..
Terima kasih sekali lagi ila....

Jom lah kita sama-sama saksikan model yang tak bertauliah ni beraksi dengan koleksi tudung-tudung kesayangan.. hehe

 eceh.. eceh...

 cantik kan tudung saya..

 pergh.. yang ni mahal sikit bayaran model ni.. hihi yaaa... adooo... ooopppsss...terlebih sudah!


Terima kasih dari kami berdua... cayang... muah! muah!
Pada sesiapa yang berkenan dengan koleksi tudung dari kami ni boleh lah contact adik  


BLUEBERRY TIRAMISU

Assalamualaikum...

Malam tadi hujan lebat sangat kat rumah ita. Mujur semalam semasa tetamu ita datang tak hujan.
Hari ni pun nampaknya cuaca agak baik cerah dan bersinar aje sang mentari pagi.

Hari ni ita nak sharekan satu resepi dessert yang ita hidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah. Ita sediakan tiramisu. Tiramisu ni penyediaannya cukup mudah dan simple. Tak sampai berapa minit dah siap! tapi bukanlah terus boleh di makan seeloknya kita simpan dalam peti ais sehingga dia keras dan memang sedap di hidangkan sejuk-sejuk!


Sangat sesuai kita hidangkan jika kita tak punya banyak waktu untuk menyediakan hidangan yang rumit. Rasanya memang tak payah cakap lah kan memang sangat creamy dan walllaaa!!
Tetamu yang datang rumah ita pun menyatakan tentang kesedapan tiramisu ni.

Resepi kali ni hasil selongkar ita ke dapur Rabiatun Adawyah. Melihatkan Blueberry Tiramisu di hias cantik dan di hidangkan pula dalam gelas-gelas yang comel, membuatkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya meronta-ronta untuk mencuba. Begitu juga lah yang terjadi pada ita.. macam nak di capai aje tiramisu dalan skrin tu.. memang nampak sangat menyelerakan.


Ita biasa buat yang di celup dalam coffee tu.. tapi, ita memang tak berapa makan yang tu sebab ita memang tak boleh makan coffee nanti mula lah senoneng kepala ita ni satu hari ita dok lembik macam biskut tiramisu yg di celup coffee jugak satu kerja pun tak boleh buat! Tapi bila merasa resepi blueberry tiramisu dari Rabiatun ni... emmm... memang sangat sedap! satu idea yang sangat bagus bila kita gantikan coffee kepada blueberry adoiii... memang selalulah ita buat tiramisu ni.. sedapnya..!!

Terima kasih buat Rabiatun yang sudi berkongsi resepi tiramisu yang sangat istimewa ni. Akak minta izin untuk sharekan resepi ni di sini boleh ye Rabiatun.. semalam pun tetamu akak,  Liana pun dah tanya resepi ni kak ita dah masukkan dalam blog belum??


BLUEBERRY TIRAMISU
Rujukan : Pautan Kasih 

Bahan untuk syrup
dapat 4 cup spt di atas
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
Hiasan
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar
Cherry
Coklat urai - ita tambah


Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

Note Rabiatun
Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas.
Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.
Sesuai dengan strawberry, kiwi, orange, mango dan sebagainya. 

Bagi mereka yang masih tidak dapat membezakan antara whipped cream dan whipping cream. Di sini ita salinkan semula nota yang telah ita copy dari blog Rabiatun. Nota dari Kak Wan pakar masak memasak dan baking membaking. Banyak juga panduan dalam membuat kek dan cookies yang ita dapat dari blog kak Wan, yang sentiasa tak lokek ilmu. Minta izin kepada kedua-duanya untuk ita kongsikan ilmu ini pada mereka-mereka yang berkunjung ke Masam Manis pula.




Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream
By: Kak Wan
Rujukan : Pautan Kasih


Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 

Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 

Kandungan : 
Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : 
Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : 
Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : 
Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.
Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan. 

UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

Kandungan : 
Pepejal susu
Tekstur : 
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : 
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : 
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature


Oct 29, 2011

MAMA QASEH

Assalamualaikum..

Selamat malam semua dah tidur ke??
Hari ni hati ita berbunga ceria.. Ita menerima tetamu dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Tak sangka adik Liana dan suami serta Qaseh hati mereka berdua sudi menjadi tetamu ita hari ni..

Semalam bila Liana kata nak turun JB ita mencongak - congak untuk menjemput Liana datang kerumah ita. Mula-mula bimbang juga kalau Liana datang ke JB atas urusan keluarga, takut menganggu jadual mereka pula. Tapi bila liana dan suami bersetuju untuk singgah suka hati ita bukan kepalang.. tapi dalam hati ni dup dap dup dap juga..


Ita ni sebenarnya pemalu sikit orangnya.. haha malu- malu kucing miau-miau.. Pulak memang sangat terkejut dengan kehadiran mereka sekeluarga tu yg lidah terus kelu untuk berbicara.. Mujur suami-suami kita orang ni peramah bukan main.. Suami ita ni memang peramah dan mudah sangat mesra dengan orang tak kira siapa aje.. semua dia boleh ngam.. Ita aje yang macam ada mutiara dalam mulut ni.. takut jatuh hihi.. tapi jangan tak tau kalau dah lama kenal sampai pagi pun sanggup berborak tau! haha


Ita harap Liana tak serik singgah rumah akak, kehadiran liana dan keluarga buat akak sangat-sangat terharu.. Maaf ye kalau layanan akak kurang memuaskan. Sebenarnya macam2 dalam kepala ni nak ita sajikan.. tapi, disebabkan kesihatan ita tak berapa memuaskan ita hanya dapat sajikan apa sahaja yang termampu.. Dah 2, 3 hari ni ita rasa sakit pada ulu hati, bila sakit ni datang kepala pun mula lah berpusing. Suami ita kata mesti gastrik ita datang balik! tapi rasa ita tak de lah pulak control makan sangat macam dulu.. rasa lagi berselera aje makan semenjak berblog ni..

Bila dengar liana dah sampai terus otomatik sakit tu hilang.. hihi sebab teruja sangat lah tu.. bila liana balik aje.. emmm mulalah macam biskut di cicah kopi.. lembik aje..
Liana dan suami serta anak mereka Qaseh memang best!, peramah dan manis2 semuanya.. Sejuk aje tengok mereka bertiga.. Qaseh yang comel aik! pandai pulak malu.. hihi malu-malu kucing juga ye macam auntie hihi Semoga mereka sekeluarga gembira menghabiskan cuti mereka di bandar JB ni.. semoga kita akan berjumpa lagi.. insyaallah..

Terima kasih ye liana kerana bersusah payah bawakan buah tangan untuk akak.. Suka sangat dengan buah tangan pemberian liana dan keluarga. Macam tau-tau aje.. :D
Masa ita gi Melaka hari tu ita memang nak beli bakul ni lah.. tapi tak jumpa pulak masa jalan-jalan kat Bandar Melaka. Sekali liana bawakan pulak untuk akak.. rasa macam nak melonjak aje tadi.. tapi ita biasa lah kan.. control ayu.. cheeeehhhwah! hihi


Sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga dari akak buat Liana dan keluarga.. Semoga hubungan yang telah terjalin ni berkekalan hendaknya..
Suka sangat bila berblog ni, ita bukan sahaja dapat kenalan di alam maya malah dapat juga merapatkan hubungan silaturahim saudara sesama Islam..

Jumpa lagi liana...

TALAM SAGO PERMATA

Assalamualaikum..

Hari ni ita tak boleh nak sembang lama sebab banyak sangat kerja yang dah menanti. Insyaallah kalau tiada apa aral melintang ita akan di kunjungi oleh tetamu dari jauh.


Dalam kepala dah macam-macam menu yang di rancang untuk di hidangkan pada tetamu ita nanti. Tapi, sebab kesihatan ita dari semalam tak berapa mengizinkan ita sediakan apa sahaja yang termampu.. Tak sabar sebenarnya nak jumpa kenalan baru ita ni.. dup dap dup dap.. juga jantung ita berdegup!

Semalam petang ita sediakan juadah ni untuk minum petang. Kuih Talam Sago Permata. Ita ambil resepi ni dari sebuah buku masakan yang baru ita beli. Buku Aromas of Kuihs dari Chef Amy Wong. Chef yang berasal dari Kapar, Perak ni sangat minat memasak. Beliau telah merantau ke beberapa negera di Asia untuk menghimpunkan koleksi kuih-kuih tradisional. Kebanyakkan kuih yang di sajikan ala kuih nyonya.


Ita tertarik untuk membeli buku ni semasa pergi ke kedai buku tempoh hari. Ita memang pantang jumpa buku masak, kalau boleh semua ita nak beli. Kadang2 sampai buku dalam bahasa China pun ita beli. hihi walau tak faham tapi ita sebenarnya suka sangat tengok gambar2 kuih dalam buku masakan tu.. sekurang-kurangnya ia jadi satu inspirasi apabila ita ingin menyediakan juadah untuk keluarga.

Buku Chef Amy ni juga sebenarnya dalam Bahasa China. Bila ita selongkar-selongkar lagi terjumpa lah buku yang di tulis dalam duwi bahasa, Bahasa China dan Bahasa Inggeris tu yg tak berlengah terus aje beli senaskah.

Dan kali ni ita sharekan resepi yang menarik sangat minat ita untuk memiliki buku resepi ni.. Sedap juga resepi talam ni pulak bila di makan bersama air gula melaka tu.. Ita memang suka sangat makan kuih yang berasaskan ubi kayu.. ialah kita ni kan dari kampung dah biasa makan ubi tu yang tak tahan kalau tengok kuih yg di buat dari ubi mesti nak cuba!


Ubi ni kalau kita nak buat kuih mak ita pesan supaya perah dulu sedikit airnya. Air yang telah kita perah tadi kita biar ia mendak. Pas tu airnya buang dan mendakannya tu kita gaulkan semula dalam ubi. Menurut mak ita air ubi tu macam payau sikit kan jadi kena lah buang separuh kalau nak dapatkan kuih yang sedap! Jom kita cuba resepi ni pulak!


TALAM SAGO PERMATA
By : Chef Amy Wong
Rujukan : Buku Masakan Aromas of Kuihs

40 gm sago merah
40 gm sago hijau

Masukkan sago dalam 2 bekas yang berlainan. Kemudian tuangkan air panas dan kacau rata. Biarkan sebentar sehingga ia separuh jernih.

Bahan A
450 gm ubi kayu putih
140 gm gula
1 biji telur
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
120 gm kelapa parut putih - pilih kelapa yang muda
150 ml santan kelapa
2 1/2 sudu besar jus pandan
sedikit pewarna hijau.

Ubi di parut halus, Kemudian masukkan dalam kain muslin dan perah sedikit airnya. Biarkan air mendak sebentar. Buang airnya dan mendakannya tu ambil dan gaul semula dalam ubi.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Ita masukkan dalam blend dan kisar hingga kembang.
Campurkan telur yang telah di pukul bersama semua bahan A. Kacau rata.

Sediakan loyang 9x9 inc alas dengan plastik dan oleskan dengan minyak.
Panaskan kukusan.
tuangkan adunan bahan A kedalam loyang dan kukus selama 10 - 15 minit.

Bahan B
450 gm ubi kayu kuning - ita guna yang putih juga
140 gm gula
1 biji telur
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
120 gm kelapa parut putih - pilih kelapa yang muda
150 ml santan kelapa
2 sudu teh tepung kastard
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Ubi di parut halus, Kemudian masukkan dalam kain muslin dan perah sedikit airnya. Biarkan air mendak sebentar. Buang airnya dan mendakannya tu ambil dan gaul semula dalam ubi.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Ita masukkan dalam blend dan kisar hingga kembang.
Campurkan telur yang telah di pukul bersama semua bahan B. Kacau rata.

Tuangkan adunan bahan B ke atas adunan bahanA dan kukus semula hingga masak selama 10 - 15 minit.

Tapis sago tadi dan gaulkan kedua2 sago hinga rata.
Taburkan sago atas bahan B dan kukus semula selama 30 minit atau sehingga kuih benar2 masak.
Biarkan kuih benar2 sejuk sebelum di potong.

Hidangkan Talam Sago Permata bersama air gula melaka.


AIR GULA MELAKA
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih
Kecilkan api dan masak hingga agak likat.
Sejukkan sebelum di hidangkan bersama Talam Sago Pemarta

Oct 28, 2011

MEE HAILAM MENYENGAT

Selamat tengahari semua..
Dah makan ke?
Makan apa lah agaknya tu kan..
Hari ni ita masak menu yang simple aje.. Sebab sakit kepala ni menyerang lagi.. badan pon dah terasa letih sangat ni.. nak mengetuk papan keybord ni pun macam dah tak terlarat rasanya..


Walaupun resepi ni simple, mudah dan ringkas tapi jangan tak tau.. rasanya sangat sedap! Buatnya pun sangat cepat dengan menggunakan bahan2 yang sangat mudah!  Ibarat kata orang lagi ringkas lagi umph!
Nak menyediakan hidangan sebegini tak memerlukan masa yang lama. Kejap aje dah terhidang atas meja..
Sesuailah bagi isteri2 yang kurang sihat tapi masih ingin menyediakan hidangan yang istimewa buat keluarga.


Yang seronoknya bila kita memasak ni bila tang makan.. Ita paling suka kalau tengok suami dan anak2 bertambah2 mencedok ke mangkuk.. aiii... ilang segala penat memasak. Pulak bila hidangan yang kita sajikan mendapat pujian dari suami tercinta.. lagi lah kembang kan?? senyum tak yah cakap lah dah sampai ke telinga... hihi

Resepi kali ni ita ambil dari My resepi. Resepi Mee Hailam Menyengat!! waaaa... dengar nama pun dah teruja nak mencuba kan.. Tu lah ita pun sama teruja aje bila membaca nama resepi, macam tu jam jugak nak di cuba!


Resepi hasil dari kiriman Intanredha. Terima kasih intan.. memang betul-bretul menyengat! Berbaloi-baloi mencuba! nanti ita nak buat lagi bila anak2 balik bercuti..
Kalau mee yang macam ni memang anak2 ita suka sangat makan.. Cepat di masak sedap di makan!

Ita minta izin untuk sharekan resepi ni di sini pula lah ye Intan, Semoga ramailah kawan-kawan kat luar sana yang sudi mencuba.


MEE HAILAM MENYENGAT
By : Intanredha
Rujukan : My Resepi

Hidangan ni di sediakan ramuannya untuk 2 orang makan. Sila gandakan bahan2 jika ingin menambah jumlah hidangan.


Daging - Di hiris nipis dan di cuci bersih
Ita cadangkan menggunakan daging batang pinang supaya kita tak perlu merebus
Jika menggunakan daging biasa rebus dahulu daging hingga empuk air rebusan jangan di buang kita gunakan untuk menambahkan, dan memaniskan kuah

10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan separuh kulit di badannya
1 labu bawang besar - di cincang halus
2 ulas bawang kecil - di cincang halus
2 ulas bawang putih - di cincang halus yang ni ita tambah
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar , kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
lobak - dihiris
2 mangkuk air - kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam - secukup rasa


Bahan yang di makan bersama
Mee kuning kasar secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk - jika suka

Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap.
Biar mendidih sekejap
Masukkan udang
Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.

CHECKERED BUN

Firman Allah S.W.T di dalam surah Al- Hadid, ayat 22

     Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang di timpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab ( pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya...
     Tinta pena telah mengering, lembaran -lembaran catatan ketentuan telah disimpan, setiap perkara telah diputuskan dan takdir telah ditetapkan. Maka....
.....tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah di tetapkan Allah bagi kami...
At- Taubah : 51

Assalamualaikum,
Salam di pagi Jumaat yang barakah, penghulu segala hari..
Apa khabar semua..?


Musim tengkujuh telah menjelma.. setiap hari cuaca mendung dan hujan yang tak berhenti. Kadang kala di sebelah pagi hujan petang pula Sang Mentari bersinar cerah. Ada masanya pula Sang Mentari muncul dengan amarahnya dan panas yang menyakitkan kepala tapi tiba-tiba mendung pula di diniharinya... Itulah lumrah alam.. kita terima qadak dan qadar yang telah di tetapkan Allah dengan redo dan penuh kesabaran..

Cuaca yang tak menentu sejak dua menjak ni buatkan kesihatan ita sedikit tergangu. Anak tekak sudah terasa perit, dan kepala mula berdenyut-denyut.. Aktiviti harian masih berjalan seperti biasa.. dah tugas dan amanah kenalah kita pikul juga..


Semalam satu hari tak dapat bersiaran.. Maaf siaran tergendala sebentar sebab memberikan laluan untuk iklan.. hihi
Sebenarnya semalam pada sebelah pagi ita pergi pasar, kemudian gi beli barang-barang dapur sikit. Ita ingatkan nak masukkan N3 bila balik nanti emmm... tak dapat sebab anak dara ita dah tak bergerak depan komputer ni.. aduyaiiii... Dalili sibuk pulak dia nak buat Blog jugak!
Bila dia tanya ita, ita kata memng lah tak tau macam mana nak buat sebab yg ita punya ni pun abang dia yg buatkan.. Mak mana lah pandai Dalili kang ada rosak komputer tu.. nanti tak dapat mak bersiaran Dalili oiiii...
Tak puas hati lagi dok minta ayahnya tolong.. emm.. ayahnya pun kata tak tau juga.. aduyaiii.. kesian Dalili.
Pas tu sibuk nak talifon abangnya.. tanya macam mana nak buat blog..? malang lagi bila abang tak angkat talifon.. huhu pas tu lah yg tak berderak depan komputer tu.. aduyaiii.. Dalili


Nape jadi cam ni?? tu lah sebabnya, dia gi ikut ayahnya gi Bank. Bila dia masuk dalam Bank waaa... terkejut member bila orang kat bank semua kenal dengan dia.. semua dok panggil nama Dalili... Dalili..
siap salam-salam lagi..
Masuk kereta emm.. termenung sekejap! pas tu tanya ayahnya "macam mana orang kat bank tu kenal Dalili ayah? " ayah nya pun jawab lah... "kan Dalili dah fames amos... sekarang...!!  nama selalu keluar dalam blog mak.." waaaa.... member pun apa lagi.. tersenyum simpul lah... tu lah yg sibuk nak buat blog tu.. aduyaiii Dalili.. anak omak!! kwang.. kwang.. kwang.. sabor je le...


Semalam ita dok buat roti, dok melayan anak dara sorang ni.. emm.. bila dah dia dok mengadap komputer semua blog dan FB mak dia habis dia dok selongkar.. Pas tu dia nampak lah ada orang tag roti ni kat wall dan minta maknya buatkan.. katanya macam papan chess yg dia dok selalu main dgn abang dia.. Dalam gambar tu tak di sertakan resepi. Jadi terpaksalah ita terjah dapur Ros untuk cari resepi yang sesuai untuk bun ni.

Resepi dari Ros Jintan manis yang memang pakar dalam pembuatan roti. Sedap roti ni lembut dan sangat gebu. Tapi kali ni ita tak letak inti. Ita buat bun manis aje berperisa coklat dan vanila. Terima kasih pada Ros yang sudi sharekan resepi bun ni. Ita minta izin untuk salinkan semula sekali lagi di sini.
Tapi sebelum tu ita minta maaf sebab ita tukar nama bun ni, bukan apa mudah untuk ita buat rujukan.. maaf ye Ros!


CHECKERED BUN
Di adaptasi dari resepi :
BUN PANDAN
By : Ros
Rujukan : Bukan Sekadar Masakan

250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar waterrox
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit paste vanila
sedikit choc emulco


Kalau ade breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh kecuali paste vanila dan choc emulco dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua , dalam bekas adunan kecuali paste vanila dan choc emulco, dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian
1 letakkan paste vanila
1 lagi letakkan choc emulco
uli sekali lagi hingga adunan rata

Bulat-bulatkan bun 6 biji setiap satu warna.
Susun dalam loyang 8x8 inc
Tutup doh dengan towel dan simpan di tempat yg hangat hingga doh naik 2 kali ganda.
Bakar pada suhu 180 darjah selama  20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.
Setelah masak sapukan butter atas permukaan bun, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.

WATER  ROUX 
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pada suhu bilik baru lah digunakan.

Oct 26, 2011

OPERA CAKE

Assalamualaikum

Selamat bercuti kepada semua.. dan Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu. Semoga kedatangan Hari Deepavali menambahkan lagi cahaya kegembiraan dalam diri kalian semua..

Terlebih dahulu ita ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mengucapkan selamat ulang tahun yang pertama kepada Blog Masam Manis.
Segala kata-kata semangat, galakan dan dorongan dari anda semua adalah pemangkin semangat bagi ita untuk terus berkarya.. Sekiranya ada silap dan salah, atau ketelanjuran kata... ita harap sudi-sudilah menegur.. Ita ibarat budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan..
Insyaallah ita akan tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.. demi semua pengunjung setia Masam Manis. Itulah janji ita..


Sebenarnya ita sangat-sangat terharu apabila membaca setiap ucapan.. Ita tak pernah sangka yang blog ita mempunyai pengunjung yang setia.. Mengalir titisan air di hujung alis.. memang sangat-sangat terharu. Ita berharap kehadiran ita dalam dunia blog dapat diterima semua dengan ikhlas. Ita hanya ingin berkongsi minat dan cerita.. tidak lebih dari itu.. Tidak pernah terlintas di dalam hati untuk bermegah-megah dengan segala anugerah yang Allah kurniakan... Kalau anda kenali ita, inilah ita memang seorang yang sangat suka pada kerja seni.. dan sentiasa ingin mencuba melakukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya semangat ita akan mengalir dalam diri anak-anak ita pula..


Tak tahu bagaimanakah dapat ita balas semuanya.. Semoga Allah juga yang lebih mengetahui...
Sebagai menghargai kunjungan dari rakan-rakan semua hari ini ita ingin kongsikan satu resepi kek yang sangat istimewa dari insan yang sangat istimewa di hati bloger-bloger masakan. Ita juga cukup kagum dengan bakat yang Allah kurniakan pada beliau. Beliau yang ita maksudkan adalah Rima. Beliau mempunyai blog atas nama Bisous A Toi.


Setiap kali mengunjungi blog beliau pasti hati akan terpaut dengan setiap hasil kerja tangan beliau yang cukup halus. Kadang kala cukup seram sejuk membaca setiap inci resepi dari beliau kerana beliau cukup terkenal dengan resepi yang menggunakan telur yang banyak! Ita rasa kalau ayam2 kat dalam reban nampak beliau pun semua keciut perut..hihi

Ita berharap sangat agar Rima memberi keizinan pada ita untuk sharekan resepi ni sebagai hadiah dari ita buat pengunjung setia Masam Manis. Thanks a lot Rima...


Resepi ni cukup istimewa dan ita dah lama simpan impian untuk mencuba resepi ni. Dan kesempatan yang ada pada cuti hujung minggu ita rebut untuk mencuba kek yang dah lama jadi pujaan hati. Walaupun resepi dan cara-cara menyediakan kek nampak panjang lebar, tapi setelah di cuba ianya tidak lah sesukar seperti yang di sangka. Ikut setiap arahan pasti kita akan dapat nikmati kek yang sunguh sedap! emmmm... uphh!! yummy!


Cubalah! pasti anda juga seperti ita sukakan rasanya yang sangat creamy.. Cuma ita tak boleh makan banyak sebab ita ada alahan pada coffee, tu lah bila makan aje kepala jadi senoneng.. tapi percayalah kek ni memang sangat sedap! Dan ita cadangkan kepada sesiapa sahaja di luar sana yang mungkin ingin membuat kek sebagai hadiah ulang tahun buat suami tercinta, jom cuba yang ni sudah pasti suami amat2 menyukainya dan pasti bertambah2lah sayang suami pada isteri tercinta!


OPERA CAKE
By: Rima
Source : Bisous A Toi


Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.


Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste


Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) ita panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.


Kalau ikut resepi,  masukkan buter satu persatu dalam adunan.
Cara ita pula, ita pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream


Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.


Sekarang kita mulakan proses untuk membuat kek Opera


Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.

Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.
Ita gunakan pisau seperti dalam gambar untuk memotong dan ianya  sangat mudah.

Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.

Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
Ratakan.
Ita masukkan butter cream tadi dalam piping bag dan paipkan atas kek.


Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Ita masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.



AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.