Sep 30, 2011

PUDING BLACK FOREST

Assalamualaikum

Dah berapa hari ni hujan aje kan?? Sejuk terasa..  Bila hari hujan ni perut ni memang cepat benar berkeroncong.. kejap2 lapar.. kejap2 lapar.. mulut asyik nak mengunyah aje.. Biasa ita akan buat sesuatu untuk memenuhi selera anak tekak..


Walaupun cuaca beberapa hari hujan tapi tekak ni macam terasa nak pakan puding aje.. Ita pun godek-godek lah kat dapur. Ita buat Puding Black Forest. Resepi puding ni ita ambil dari buku resepi Pelbagai Jenis Puding hasil sentuhan Nunung. Banyak jugak resepi puding ilham dari Nunung yang telah ita cuba dan banyak lagi yg akan menyusul sebab semuanya nampak sedap! Nanti ita sharekan untuk kita merasa sama2 ye!


Puding kali ni pun tak kurang juga sedapnya.. Puding yang mewah dengan rasa coklat. Yang buatkan ita tertarik puding ni di sajikan bersama sos karemel dan coktail buah-buahan.. satu kelainan.. tak lah asyik makan puding dengan kuah kastard je kan.. sesekali kita ubah citarasa dan cuba sesuatu yang baru pulak!

Bila dah cuba memang sedap rupanya bila puding coklat ni di makan bersama sos caramel. Pulak bila tergigit buah-buahan coktail yang masam manis tu.. walla sedap dan menyasikkan...


PUDING BLACK FOREST
by : Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding

1 sudu makan serbuk koko
1 biji kuning telur

koko di bancuh dgn sedikit air suam.
Telur di pukul
Campurkan kedua2 bahan di atas dan kacau rata.


satu peket agar-agar serbuk - anggaran 12-14 gm
150 gm gula pasir - ita kurangkan 120 gm
1/2 sedu teh esen vanila
600 ml susu coklat
300 ml air
50 gm coklat masakan

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut
Tuangkan susu coklat dan masak hingga didih
Tambahkan coklat masakan yang telah di cincang kacau rata
Ambil sedikit adunan agar-agar dan campurkan dengan telur kacau rata
Tuang kembali ke dalam agar2 sambil di kacau
Masak kembali sampai didih
Tambahkan esen dan tapis
Tuangkan ke dalam acuan yg di sukai
Biar hingga sejuk
Simpan dalam peti ais supaya dingin
Hidangkan bersama coktail buah-buahan dan sos caremel

Hulurkan bantuan seikhlasnya...

Assalamualaikum...

Malam semakin gelap dan sunyi.. Di saat ni ita terbuai2 dengan perasan sendiri perasaan simpati yg meluap2 dan juga perasaan sedih. Bila membaca bait2 ayat di blog Kak Jee Bercucuran juga air mata ini.. mungkin perasaan seorang ibu dan perasaan seorang wanita. Hati ita memang mudah sangat tersentuh..

Simpati ita pada nasib dua beranak ini.. Si ibu yg bertarung dengan kanser tahap 4 dan malang menimpa beliau apabila anak kesayangan pula dikhabarkan mengalami masalah jantung.. begitulah sudah jatuh di timpa tangga..



Cukup simpati.. melihatkan kesengsaraan yg di hadapi mereka... Hari ni mungkin hari mereka entah esok atau lusa kita tak pasti nasib siapa pula...

Sebagai seorang hamba Allah ita tak segan silu merayu agar kita sama2 membantu keluarga beliau.. sekurang2nya kita dapat meringankan beban yg di tanggung..

Sedekah adalah amalan yg sangat di tuntut dalam Islam dan pahalanya amat besar di sisi Allah. Sesungguhnya tangan yg memberi itu lebih baik dari tangan yg meminta2... Walaupun beliau tidak pernah meminta untuk di bantu tapi sebagai manusia hanya itu sahajalah kudrat kita untuk membantu mereka..
Panjatkan doa agar Puan Fija dan anaknya kembali pulih seperti sedia kala.. Semoga ada sinar bahagia untuk mereka..

Hulurkan sumbangan seikhlasnya kepada keluarga mereka. Hanya Allah juga yg dapat membalas segala budi baik dan keikhlasan hati kita semua..

SEMUA SUMBANGAN BOLEHLAH DIBANK IN TERUS KE SINI:

CIMB 01220015745524
NOR FARIZAH BT MD NOR
Sep 29, 2011

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum...

Apa khabar semua hari ni.. sihat tak? Alhamdulillah lah kalau semuanya dalam keadaan sihat.. Memandangkan cuaca kat JB yg tak menentu sekarang ni.. memang kena sentiasa pastikan kesihatan kita terjaga.. Hari ni anak ita Dalili tak sihat.. demam. Semalam masa balik tusyen muka dah merah padam macam udang kena bakar.. Pas bagi makan ubat terus suruh dia tidur. Pagi tadi bila tengok demam dia tak kebah lagi, ita tak kejut lah dia tuk gi sekolah ugama.. ingat bila sihat nanti baru gi sekolah. Bila bangun tidur terus siap2 nak gi sekolah kebangsaan.. aik! tak tungu demam kebah lagi dah sibuk nak ke sekolah.. dalili... dalili..


 Dah makan dah? Masak ape ye hari ni tuk minum petang? kadang kala pening kepala jugak tak tau nak masak apa?? Nasib baik member2 request suruh buatkan makaroni bakar. So petang ni kita bermakaroni pulak lah ye!
Ita biasa kalau petang dah makan berat2 macam ni.. malam memang dah tak makan lagi lah.. uik! ni lepas raya badan rasa macam dah berat aje.. tu la.. makan tak ingat.. semua bedal aje.. hihi bila dah terasa berat aje kaki ni melangkah anak tangga baru sibuk cari dacing yg tersorok bawah katil.. aduyaiii...

Ok kita lupakan sekejap hal berat badan tu.. karang ade pulak yg tak mau makan kang.. hehe.. ala naik sikit aje tu.. tak pe.. esok kita joging lah kan??
Resepi makaroni bakar ni ita ambil kat My Resepi.  Dalam banyak2 resepi..  ita berkenan dengan 2 resepi makaroni bakar ni. Satu di kirimkan oleh siapa lagi kalau bukan bloger kesayangan ramai.. che mat kita.. CMG dan satu lagi kiriman dari Dilaohdila


Pening kepala ita sebab tak tahu mana satu nak pilih sebab dua2 nampak sangat menyelerakan. Akhirnya ita ambil keputusan untuk gabungkan kedua2 resepi ni.. haha memandai aje kan ita ni.. Tapi tak pe.. sebab mat kata tak salah kalau kita derhaka.. kat resepi! tak kena sumpah jadi batu pon... hihi sabor je le..

Bila dah di gabungkan tau2 aje lah kan bau dia fuhhh!! mengancam betul.. mengaruk satu rumah bila dah masak.. perut ni pun apa lagi dok mengesek lagu keroncong lah jawabnya... Aduyaiii... sedapnya.... Apa rasanya .. emmm.. mestilah sedap kan! tapi... tapi.. ita tak rasa lagi.. huhuhu kita posa.. jap lagi lepas buka baru ita bagi tau eh! ape rasa dia.. adoiii.. lambat pulak terasa jarum jam ni berputar.. dah tak tahan dah bau dia.. perghhhh!!

Jom kita tengok penyediaan Makaroni yang cukup mudah ni!
Yang ni cara ita buat ita gabungkan antara kedua2 resepi

MAKARONI BAKAR
Gabungan antara resepi:
CMG
DilaohDila


200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
250g daging cincang, dibersihkan
1 tangkai cili merah, dihiris
1 tangkai cili hijau, dihiris
50 g cendawan butang, dihiris nipis
1 labu bawang besar
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan potongan daun kucai
parutan keju cedar secukupnya

Kastard
5 biji telur gred A
200 ml susu cair
2 camca teh tepung gandum
1 camca teh gula
1 camca teh garam
 


Dalam bekas besar, satukan semua bahan2 kecuali bawang besar, rempah kari, daging, keju cedar dan bahan2 untuk kastard. 
Gaul rata dan ketepikan. 


Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
Kemudian masukan daging dan kacau rata hingga daging masak
Tambahkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan makaroni dan bahan2 lain yg telah di satukan tadi dan gaul rata


Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk. 
Tuangkan kastard kedalam makaroni tadi dan kacau hinga bergaul rata
Sediakan loyang untuk membakar.
Sapukan loyang dengan buter.
Panaskan oven pada suhu 180C
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang
Taburkan parutan keju
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak
Ita bakar dengan api bawah selama 20 minit dan kemudian buka api atas bawah dan bakar lagi selama 5 minit.


Jutaan terima kasih kepada kedua2 tuan empunya resepi.. Terima kasih juga pada My Resepi dan majalah RASA
Sep 28, 2011

PAVLOVA

Assalamualaikum...

Selamat petang.. aiik.. dah petang dah?? lewat lagi ita bersiaran..  Mungkin seminggu dua akan datang ita akan lewat bersiaran atau mungkin juga kurang bersiaran.. ini adalah disebabkan anak2 ita yang akan menduduki peperiksaan.. Bila anak2 nak exam maknya pulak yg kecut perut semua yg di pegang serba tak kena..  Suami ita kata "dah.. dah.. lah gi bawak berehat tenang2kan fikiran..." ita mmg mudah gabra.. aduyaiii...


Ok kita lupakan sekejap! kalau ingat balik nanti tak dapat nak menaip.. tah ape.. ape lah kang ita merapek!


Jom tengok apa lah juadah yg ita sajikan untuk resepi kali ni.. Ini adelah resepi permintaan juga. Dalam banyak2 permintaan ini lah rating yg paling tinggi.. setiap kali ita buka msg box pasti ada saranan dari teman2 yg minta buatkan resepi pavlova ni..

Pada mulanya memang malas ita nak buat pavlova ni.. dok mengenangkan adoiii... manis gelemak! tuuu... berlaga2 gigi ni.. tapi bila dah banyak sangat request ita buatkan lah juga... Nanti kalau tak cuba kita tak tau pulak kan apalah rasa pavlova ni..


Buat Pavlova ni tak lah susah sangat.. sama aje macam kita buat macaroon dan kenari. Macaroon lagi payah sebab nak tunggu kering dan kalau tak keluar kaki macaroon dah tak jadik pulak! Yang ni kalau buat mesti jadi punya! Tapi ita nasihatkan kalau yg gula dah terlebih dalam badan tu jangan lah cuba2 nak makan pavlova ni.. memang manis sangat.. walaupun ita dah kurangkan gula ia tetap manis!


Macam mana rasanya ye?? emmm... pernah makan alusmitai tak?? eh betul ke namanya alusmitai.. hihi tapi itulah yg ita panggil dari kecil sampai ke besor ni ha.. nama lain ita tak tau.. ala yg macam kapas tu.. budak2 suka.. yg rasa gula je tu dan berwarna warni.. ha.. kalau pavlova ni yg kulit keras kat luar tu rasanya macam tu lah.. tapi yg kat dalam tu lembut dan gumy2 sikit macam marshmallow emmm... macam tu lah lebih kurang rasanya...


Bila kita makan Pavlova ni kita di sarankan untuk makan dengan buah-buahan segar yg agak masam. Ini adelah untuk menyimbangkan rasanya yg terlalu manis tu.. Kita boleh letak strawberry, kiwi, rasberry, nenas pon boleh dan letak lah buah markisa sebagai penyeri..

Ade yang berhajat nak buat ke? Kalu nak buat boleh lah ikut resepi di bawah. Resepi ni ita ambil dari You Tube dan ita adjust sukatan gula dia tu.. tapi masih manis lagi..


PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.


Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa.

Kalau nak tengok cara buatnya yg mudah boleh lihat di sini :



 
 

Sep 27, 2011

KEK PISANG MARBLE SUSU

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
Sejak dua menjak ni, ita rasa dunia berblog semakin meriah dgn hadirnya banyak bloger2 baru yg cuba berjinak2 dalam dunia blog. Selamat datang ke dunia alam maya.. Ita pun rasa seronok kerana dapat ramai kenalan baru yg berkongsi bermacam2 resepi dan petua terutanmanya dalam masak memasak.. Sekurang-kurangnya kehadiran bloger baru terutamanya bloger masakan dapat membesarkan lagi komuniti bloger masakan disamping dapat menyumbang idea baru dan segala kreativiti dalam segala aspek. Walaupun kita berkenalan di alam maya tapi kadang kala terasa begitu rapat dan mesra walaupun tidak pernah bersua..


Dunia berblog memang sangat menyeronokkan.. disamping kita berfantasi.. kita juga dapat menilai keikhlasan, sikap dan watak setiap bloger2 yg kita kenali melalui pembacaan di setiap ruang blog yg mereka catatkan..
Semakin lama kita semakin faham dgn sikap setengah2 bloger.. Kepada mereka yg baru.. besar harapan ita agar dapat menyesuaikan diri dgn dunia bloger yg kadang kala diluar jangkaan kita.. Kuatkan semangat dan sentiasa bersabar... Sentiasa berfikiran positif dan jangan hadkan keupayaan dan kretiviti anda dalam apa juga situasi..

SELAMAT DATANG


Dah berapa hari ni tekak ita ni macam nak makan kek pisang aje... kek pisang adalah salah satu kek fav ita.. Tak tahu kenapa memang suka sangat makan kek pisang. Mungkin bau kek yg harum dengan bau pisang dan tekstur keknya yg macam sponge yg buatkan hati ita terpaut.

Kek pisang ni tak kira lah bakar atau kukus teksturnya lebih kurang sama.. lembut dan lembab.. Sebenarnya dah lama ita dok intai resepi yg ita skodeng dari dapur Mas resepi asal dari Ros Jintanmanis Ita pun tak pasti adakah resepi ni resepi asal dari Ros atau Ros ada ambil resepi ni dari mana2 kalau adalah tuan empunya resepi asal jangan segan silu tampil dan beritahu jika resepi ni resepi beliau.. Kepada Ros terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resepi kek pisang yang sedap ni.. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas keikhlasan Ros berkongsi resepi. Ita juga minta izin untuk sharekan di ruangan ini untuk dikongsikan bersama rakan2 lain yg juga meminati...


KEK PISANG MARBLE SUSU
by:  Ros Jintanmanis

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.


Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai

Sep 26, 2011

PRETZEL

Assalamualaikum

Selamat pagi Malaysia! 
Pagi ni bumi Johor di basahi hujan.. sejuk dan nyaman. Hujan yg turun mencurah-curah dari malam tadi dengan guruh dan kilat yg sabung menyabung buatkan tidur tak berapa nak lena...


Semalam ita cuba buat Pretzel. Ita suka sangat makan pretzel yg kat Untie Anne tu. Kalau gi KLCC masuk aje hidung ita dah terbau keharuman pretzel dan sos caremelnya tu.. aduyaiiii... memang memanggil-mangil betul.. Kalau beli memang tak cukup satu keping!

Dah lama mencari resepi pretzel ni, tapi bila nak buat bimbang pula tak jadi.. Dan semalam masa dok cari resepi kat My Resepi nampaklah resepi Pretzel ni. Ada 2 resepi pretzel kat My Resepi satu kiriman dari Alma dan satu lagi kiriman dari Beldandy.


Resepi dari alma dah ramai yg cuba dan macam2 feedback yg ita baca. Dari pemerhatian ita nampak macam bun pulak bila dah jadi. Ita ambil keputusan untuk cuba resepi dari Beldandy.
Setelah di cuba dan hasilnya memang lah menjadi pretzel ni. Bila makan masa panas2 memang sedap! pulak bila di cicah dengan sos caremel memang mengancam habis!

Tapi,.. eh! ade tapi jugak! Pretzel ni kena makan semasa dia panas dan fresh from the oven, sebab bila dah sejuk.. mak aiiii... liatnya... nak tercabut gigi den ni ha... aduyaiii.. tak tau lah ape masalahnya.. adekah ita pintal terlalu halus sangat yg buatkan dia liat! wallahuallam.. ita akan cari lagi resepi lain untuk dapatkan resepi pretzel idaman.



PRETZEL
by: Beldandy


1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum

Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka

Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.

Sep 25, 2011

COLOURFUL MELAKA vs COLOURFUL CAREMEL CAKE

Assalamualaikum
Bertemu kita di penghujung minggu. Hari ni ita nak kongsi gambar2 yg sempat ita rakamkan sewaktu berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah semalam.
Jom kita jamu mata.










Entah macam mana boleh terserempak pulak dgn CMG. Wah! menjerit anak ita makkk!!! uncle mat! uncle mat! hihi rupanya tepennya aje.. hihi buat suspen aje kan Dalili ni..

Selepas kita intai2 colourfull of Melaka jom kita intai pulak Colourful caremel cake!
Resepi boleh tengok kat CARAMEL CAKE.

Semoga menceriakan hari anda. 





AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.