Aug 31, 2011

Juadah di pagi raya pertama

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua.. dan Selamat Hari Kemerdekaan untuk seluruh Rakyat Malaysia.. Merdekakan akal dan fikiran kita dari unsur2 yang negatif.. sentiasa berfikiran positif... maju dan terus maju!.. Hidup aman dan makmur di bawah satu kibaran Jalur Gemilang..


Macam mana hari raya semalam.. seronok tak?? tentulah seronok bila kita di kelilingi anak2 tersayang.. kunjung mengunjung dari rumah ke rumah.. berjabat salam dan bermaaf maafan...
Tahun ni ita tak lah beraya sakan.. Tahun ni banyak habiskan masa dgn anak2 di rumah.. sebab anak2 ita tahun ni ade exam naik raya ni dah mula masing2 sibuk dgn peperiksaan.. tu yg aktiviti beraya di kurangkan.. tak pe lah anak2 pun kata raya tiap2 tahun pun ade... PMR dan SPM sekali aje seumur hidup.. lebih baik itu yg di beri keutamaan...


Semalam ita masak ketupat. Biasa orang Johor hari raya pertama memang ketupat. Kalau tak de ketupat rasa macam tak de suasana hari raya pulak! Kalau ade ketupat mestilah ade rendang, kuah lodeh, sambal kacang dan sambal tumis.. dan ita mmg kena sediakan satu lagi lauk wajib iaitu ayam masak merah, kerana ini adelah fav anak2 tu yg mmg kena buat.

Jom kita tengok apa yg ita sediakan untuk santapan keluarga di pagi Aidil Fitri



KUAH LODEH

Bahan dikisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
secekut udang kering
1 inc belacan - jika suka
1/2 inc kunyit
1 batang serai

1 biji santan
kacang panjang - dipotong
sengkuang - dihiris
carot - dihiris
timun - di hiris
kobis - dihiris
tauhu - dipotong dan di goreng
tempe - dipotong dan digoreng
garam dan serbuk perasa

Tumis bahan yg diblend hingga naik minyak dan garing. Masukkan sedikit air dan biar dia masak dan didih. Masukkan santan dan kacau hingga masak. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa biarkan didih. Selepas itu masukkan kacang panjang, carot, timun, sengkuang, kobis, tauhu, dan tempe. Siap! tutup api.
Lodeh di makan bersama ketupat dan lauk pauk di bawah.


SAMBAL TUMIS UDANG

1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng sebentar agak2 merah aje...jgn sampai garing tau..) angkat dan ketepikan

1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak

Bahan dikisar
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend

Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau (jaga2 ia akan merecik2 penatla... lps ni nak lap dapur..hihihi)
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan..



KUAH KACANG
by: Dayang Jack

300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya

Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan


RENDANG DAGING

1kg daging
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - mayang halus atau koyakkan
2 helai daun limau perut - di mayang halus atau dikoyakkan
garam dan gula - secukupnya
air asam jawa - secukupnya
1 buku gula melaka
rempah tumis (4 sekawan)
1 kiub daging

Bahan dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai - 2 batang di kisar 3 batang dititik
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
2 helai daun limau perut dan sehelai daun kunyit di kisar bersama bahan diatas

Daging dibersihkan dan potong kecil. Basuh dan toskan. Kemudian direbus hingga empuk.
tumis rempah tumis. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar ke dalam kuali besar dan tumis hingga garing dan harum. Masukkan daging dgn air rebusan daging dan serai yg dititik kacau hingga sebati.
Masukkan santan. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
Masukkan gula melaka biarkan ia cair pas tu masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Rasakan garam dan bila telah pekat taburkan daun limau perut dan daun kunyit yg dihiris dan boleh hidangkan.


AYAM ROS PANDAN
by: Che Mat Gebu

7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

Bahan dikisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..


SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

 
 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 
Kami anak2 merdeka mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pemimpin dulu, kini dan selamanya kerana pencapaian Malaysia yang membanggakan hingga di kenali di mata dunia....
Syabas! MALAYSIA
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu 
 
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.  Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Marilah kita imbas kembali saat gilang gemilang upacara kemerdekaan berlansung supaya sentiasa di kenang oleh anak2 kita dan generasai akan datang


Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947. 

Prime Minister of Malaya / Malaysia
31st August 1957 - 22nd September 1970

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘Merdeka’ pada Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara. Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka, pada 31 Ogos 1957.
Aug 28, 2011

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum...

Selamat malam... dah tidur ke?? belum lagi kan.. ni mesti tengah sembang2 kat dapur.. ialah bila dah pulang ke kampung dan bertemu keluarga tercinta tentu banyak yang nak di borakkan... Lama tak jumpa kan.. tentulah rindu..


Ade juga yg masih godek2 kat dapur.. bakar bahulu ke? kacau dodol ke... atau ade yg tengah membakar kek.. tentu seronok bila pulang ke kampung.. sekali-sekala terlepas dari kesibukan kota.. lapang rasa fikiran..

Alhamdulillah anak2 ita pun dah pulang ke rumah. Rumah pun dah siap ita kemas cuma nak beli bunga segar.. Ita suka kalau ade jambangan bunga segar di atas meja pada hari raya. Rasa segar nyaman dan ceria. Mungkin esok ita akan beli sejambangan..


Esok juga dah mula sibuk.. Ingat tadi nak gi pasar beli barang2 keperluan tuk masak di pagi raya. Tapi jalan jam.. nak masuk kat Xmart tu pun tak boleh.. banyak betul kenderan dan manusia yg berpusu2 mencari keperluan di saat2 akhir. Parking keta usah cakaplah.. mmg tak jumpa.. akhirnya balik aje.. esok pergi balik tapi kena datang awal sikit...

Malam ni ita nak masukkan biskut cornflakes madu yg menjadi kegemaran anak2. Ini mmg fav anak2 ita. Biasa mak cu dia yg buatkan.. tapi tahun ni tak balik Kelantan jadi maknya ni kenalah buat. baru siap dah habis sebalang... aduyaiii...


Nampak gayanya ita terpaksa buat semula beberapa kukis yg telah ita buat hari tu.. tadi masa dok kira2 kukis nak masuk dalam balang sekali tengok banyak balang yg dah kosong.. aduyaiii... anak omak ni.. bila masa pulak dia menghabiskan.. laaaa... kena buat lagi lah nampaknya...

Resepi biskut cornflakes madu ni ita ambil dari dapur yatie. Selalu kalau ita buat guna resepi dari adik ipar ita tu.. tapi kali ni nak cuba resepi dari yatie pulak.. tak banyak beza cuma yatie guna gula perang.. tu yg buatkan ita nak cuba rasa resepi dari yatie.. alhamdulillah sedap! dan anak2 pun suka!
Terima kasih pada yatie kerana berkongsi resepi ni, ita minta izin tuk copy kat sini pulak lah ye!


CORNFLAKES MADU
by: Yatie  

Bahan A
125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam cincang panggang/gajus

Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Aug 26, 2011

Salam Lebaran Buat Semua.....

Assalamualaikum...

Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari... hari Jumaat yg terakhir dlm bulan Ramadhan ni..
Minggu ni adalah minggu terakhir umat Islam berpuasa. Minggu terakhir juga untuk anak2 bersekolah. Minggu terakhir juga untuk mereka yg bekerja. Esok juga adelah hujung minggu terakhir untuk kita melengkapkan lagi keperluan untuk menyambut Lebaran.

Bagi suri-suri rumah ini adalah minggu yang paling sibuk sekali. Macam2 nak di siapkan sebelum menyambut Lebaran. Semua terpikul di bahu kini. Mula sibuk memasang langsir, menukar sarung kusyen, mengganti cadar baru, membentang permaidani... alih perabut sana... alih perabut sini.. semua dilakukan untuk mengindahkan lagi rumah bagi menyambut tetamu di Hari Raya.

Minggu ni juga minggu terakhir untuk menyediakan hidangan untuk para tetamu, kuih dalam balang dah mula dikira cukup ke nak di isi dalam bekas kuih raya nanti. Mula mengodek2 kek untuk di hidangkan sebagai pemanis di meja hidangan. Esok lusa dah mula mencari bahan2 dapur pula untuk nak masak di malam raya. Daging, ayam, udang adalah antara yang wajib di beli... bawang, cili, rempah juga tersenarai dalam list.. mula mencari daun ketupat, daun palas dan buluh lemang. Petang raya pasti semua menyinsing lengan dan berpencak silat didapur.


Keperluan anak2 dan suami juga harus di utamakan. Baju raya harus di gosok, supaya semua tampil segak dan bergaya di pagi raya. Bagi yang pulang ke kampung pasti sudah mula memasukkan segala kelengkapan ke dalam bagasi. Jangan ade yg tercicir pula.. aiii... tak beraya pulak karang.. hihi Untuk yang pulang ke kampung jangan lupa matikan semua bekalan eletrik dan gas. Kunci semua tingkap dan pintu dengan sempurna, ini tuk mengelakkan tetamu yg tak di undang. Pastikan juga kenderaan dalam keadaan selamat. Jangan lupa beritahu jiran tetangga bahawa anda sekeluarga pulang beraya di kampung. Pandu dengan cermat dan berhati2 di jalan raya ingat orang tersayang...

JPJ telah mengeluarkan senarai 13 laluan maut di sekitar Johor agar pemandu kenderaan berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung. Ini berikutan kekerapan berlaku kemalangan ngeri di kawasan berkenaan terutama menjelang cuti sekolah atau musim perayaan. Antara 13 laluan maut itu

Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi
Kota Tinggi-Pengerang
Johor Bahru-Skudai
Johor Bahru-Pontian
Kota Tinggi-Mersing-Endau
Mersing-Kluang
Skudai-Kulai-Simpang Renggam
Kulai-Kota Tinggi
Pontian-Batu Pahat-Muar
Batu Pahat-Ayer Hitam
Muar-Yong Peng
Muar-Batu Pahat
Muar-Tangkak.


Mungkin minggu ni adalah minggu terakhir ita bersiaran di alam maya ni. Lepas ni pasti tiada ruang tuk  ita mengucapkan salam Aidil Fitri kepada semua. Di kesempatan ini ita mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada. Kepada rakan2 seperjuangan, saudara - mara dan sahabat handai.... Juga kepada teman2 bloger dan dunia masak2 ita di alam maya ni tak kira lah di ruang mana sekali kita ke udara... samaada di Sembang resepi, Kongsi resepi, blog2 masakan, wall-wall masakan waima di ruang iklan sekali pun kalau ade antara tutur kata yang menyinggung perasaan harap kemaafan juga yg ita pinta. Halal kan segala resepi yg di kongsikan besama.. semoga perkongsian ini memberi rahmat kepada semua....




Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pengunjung setia Masam Manis dan Azlita Aziz FB, Selamat Aidil Fitri buat semua... Ampun dan maaf ita pohonkan dari kejauhan ini.. sekiranya ada antara kata2 yg tercatat menguris perasaan... mungkin ade antara msg yg tak sempat di balas, atau ada antara pertanyaan yg terlepas pandang dan ada resepi yg di pita belum dapat tertunai... jutaan keampunan ita pohonkan.. ita hanya insan bisa dan hambanya yg kerdil yg tak mampu melakukan semuanya dalam satu masa.. insyaalah jika di berikan sedikit ruang ita akan tunaikan segala permintaan... Salam sayang buat semua dan Salam Aidil Fitri...


Terima kasih ita juga buat rakan2 yang tak putus2 kirimkan ucapan Selamat Hari Raya, E Card, Kad Raya dan lagu Raya. Salam Lebaran juga buat semua.. Semoga persahabatan kita dan jalinan ukhwah yg telah terjalin ini berkekalan selamanya...

Thank You B. Berry Curtain & Carpet for the hamper, especially Mr. Foo, Mis Lim and all B. Berry staffs. Selamat Hari Raya to you guys...  

Aug 24, 2011

KEK LAPIS SURABAYA

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.. tentu orang rumah sekarang tengah berpencak silat di dapur menyediakan juadah tuk berbuka puasa.
Ramadhan tinggal berapa hari sahaja lagi akan meninggalkan kita, pas tu Shawal pula menjelang. Tak sabar menanti kepulangan insan2 yg tersayang.. Ibu bapa adalah orang yg benar2 mengharapkan kepulangan anak2 pada hari lebaran.. Pasti hati bonda dan ayahanda tercinta berbunga riang takkala riuh rendah rumah dengan hilai tawa anak2 dan cucu..
Ade yang dah nak bersiap tuk pulang ke kampung..??

Sebelum pulang tentu banyak buah tangan yg anak di bawa.. Pastinya kuih raya berbalang2 di usung ke dalam bonet kereta. jangan lupa buatkan juga sebuku kek sebagai hadiah hari lebaran buat ayah dan bonda tercinta..


Hari ni ita nak kongsikan kek yang ita buat. Dah lama berangan2 nak buat kek ni.. tapi mengenangkan jumlah telur yang di gunakan masyaallah.... kolestrol tuuu.... ayam kat reban pun dah geleng2 kepala.. ade juga yg dah pandai tutup reban sendiri takut telurnya di curi.. haha

Untuk resepi kek ni menggunakan15 biji telur ayam... banyakkk tuuu.... Dapat keknya tak lah besar sebab menggunakan loyang 8x8 inc. Pas tu bila dipotong kiri kanan dapat lah dalam 6x6 inc buku kek yang sedap! lembut dan gebu sekali!


Resepi kek ni ita ambil kat rumah kak Wan.. hihi macam biasa bila tiba musim2 perayaan cam ni mmg ramailah orang bertunggu tangga kat dapur kak Wan selongkar resepi.. aaaa... jangan lupa kemas balik tau..!! kesian kak Wan.. >^< hihi


Jom kita buat kek ni.. buat dia tak lah susah sangat! kalau kita nak buat tuk hari raya pun memang sesuai sangat.. Kita buat malam raya esok dah boleh dihidangkan tuk tetamu.. waaa... fresh from the oven lagi tau!
Terima kasih pada kak Wan yg berkongsi resepi kek yang sedap ni.. tak payah lah ita bersusah payah lagi nak terbang ke Surabaya semata2 tuk merasa kek yg sedap ni! hahaha dah boleh buat sendiri pun... Rasa2 semua orang pun boleh buat kek ni.. Jom kita salin resepi dulu pas tu kita kerahkan ayam2 tu suruh bertelur banyak2... haha


KEK LAPIS SURABAYA
By: Kak Wan

Lapis Vanila
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula caster
70 gm tepung Hong Kong
30 gm susu tepung
200 gm mentega cair
2 sudu kecil ovellete
2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh cream of tatar

Sediaka 2 buah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C

Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Bahagikan adunan vanila kepada 2 bahagian.
Tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan berukuran 8X8 inc 
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Lapis Coklat
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung HongKong
15 gm serbuk koko
10 gm susu tepung
100 gm mentega cair
1/2 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh ovellete
1/8 sudu teh cream of tatar


Sediaka sebuah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C


Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, coklat emulco, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu  dan serbuk koko, sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Tuangkan ke dalam  loyang yang berukuran 8X8 inc 
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Untuk Melapis
Jam secukupnya
Boleh juga guna filing blueberry atau strawberry

Letakkan sekeping kek vanila. Sapukan jam atau filling di atasnya.
Lapiskan puladengan lapisan kek coklat dan sapukan juga dengan jam atau filling tadi.
Akhiri dengan selapis lagi lapisan kek vanila.
Potong tepi dan kemaskan kek.


TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT

Musim membuat kek dan biskut untuk menyambut lebaran sudah pun bermula. Inilah masanya kita mencari-cari resepi kek dan biskut tebaru untuk merai tetamu yang berkunjung ke rumah. Pasti ada antara kita turut berasa 'seram sejuk' apabila mengenangkan kembali pengalaman - pengalaman lalu apabila kek dan biskut yg di buat tidak menjadi.

Hari ni marilah kita sama-sama belajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang ita ambil dari beberapa buku panduan membuat kek dan juga rujukan ita dari internet.

Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.

TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.


Kelajuan memukul telur, mentega dan gula

Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.

Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama 6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama.

Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur.

Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.


BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut.

Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.
Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan butter dan kaedah mencairkan butter.


Berapa lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung

Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.
Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.

Mengantikan butter dengan margerin

Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.

Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.

TIPS MEMBUAT KEK

  • Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada yg arif atau tuan empunya resepi.
  • Sediakan bahan2an yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mixer, dan bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.
  • Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
  • Bahan2an kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan yg telah di ayak.
  • Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan mentega.
  • ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari suhu panas.
  • Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
  • Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan baking paper. 
  • Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
  • Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar. Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek rosak.
  • Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2 sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
  • Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dgn kertas aluminium foil.
  • Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.
  • Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
  • Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna biskut itu telah di bakar sempurna.
MASALAH KEJADIAN KEK

MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH
  • Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
  • Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan ia mencair sedikit
  • Jika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil sehingga kek masak.
  • Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190C.
KEK MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM
  • Suhu ketuhar terlampau tinggi
  • Gula dan mentega di pukul tidak cukup gebu
  • Kekurangan tepung atau telebih gula
  • Masa membakar terlalu pendek
  • Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah ketuhar
  • Serbuk penaik berlebihan
KEK MEREKAH
  • Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangus
  • Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi
  • Kandungan serbuk penaik terlalu banyak
  • Sukatan tepung terlebih
  • Masa membakar terlalu lama
KEK CHIFFON PENYEK
  • Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku
  • Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakar
  • Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.
TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT

Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam peti sejuk.
Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.

Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan kek kering dan keras.

Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yg telah di salut coklat ye!

Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan kek dan biskut yang menjadi idaman kalbu. Happy Baking!


Aug 23, 2011

NASI BERLAUK

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
Hari ni ita nak kongsikan satu lagi menu istimewa masyarakat dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kalau kita tanya lah kan orang Kelantan pasti semua tau akak Nasi Berlauk ni. Nasi Berlauk boleh di katakan salah satu menu istimewa masyarakat Kelantan. Biasa ia di makan sebagai sarapan pagi. Masa mula2 ita menjejakkan kaki ke negeri tanah tumah darah suami ita ni.. rasa pelik jugak bila melihatkan mereka makan nasi sebagai sarapan pagi. Sebab kalau kat Johor kita dah biasa sarapan pagi dengan nasi lemak, lontong, soto, mi atau apa2 juga kuih muih. Tapi rupanya memang dah jadi kebiasaan orang Kelantan makan nasi untuk sarapan.


Orang Kelanatn ni biasa adalah golongan petani dan nelayan. Jadi mereka perlukan tenaga tuk melakukan kerja berat tu.. Oleh itu mereka akan menganbil makanan berat untuk mengalas perut. Dulu masa mula2 ita sampai ke Kelantan ita selalu singah ke warung atau gerai makanan arwah nenek suami ita. Gerai nenek suami ita ni berdekatan dengan sungai, jadi ramailah nelayan akan singah makan di warungnya sebelum mereka turun kelaut. Dan menu istimewa yg di jual salah satunya adalah nasi berlauk ni.


Nasi ni akan di masak dalam periuk besar yg di pangil 'jeluk'. Waaaa... berasap2 nasi bila tutup jeluk di buka. Berselera betul melihat mereka menikmati nasi panas berlauk ni. Gulai untuk nasi ni biasa menggunakan ikan tongkol atau ikan kembung. Nasinya pula adalah nasi putih yg biasa di tanak atau di kukus. Makan pula bersama ulaman timun dan sambal cili. kalau nak lagi sedap boleh lah di makan bersama budu.. waaaa... meleleh2 air liur..


Nasi berlauk adalah kegemaran suami ita selain nasi kerabu dan nasi dagang. Dah lama teringin nak merasa akhirnya ita buatkan setelah puas mencari resepi tuk gulai berlauk tu. Ita ambil resepi ni kat My Resepi. Resepi di kirimkan oleh Marjina. Ita rasa Marjina ni orang Kelantan kot.. sebab gulai ni mmg sedap dan sama rasanya dengan gulai yg di jual di Kelantan. Bertambah2 suami ita makan.. memang berselera betul.. dah lama mengidam nak makan tu.. sebab kat JB ni jarang kita nampak orang jual.. yg biasa ade nasi dagang dan lasam aje..

Terima kasih kepada Marjina yg berkongsi resepi yang sedap ni. Ita minta izin tuk sharekan kat sini pulak lah ye!


GULAI NASI BERLAUK
by: Marjina

Bahan-bahan ( 3 orang )

4 ekor ikan kembong - bersihkan
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 hiris lengkuas
1 hiris asam keping
1 sudu kecil cili blender
1/2 tin santan - about 200 ml
1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
cili merah

Masukkan ikan dalam periuk
Blend semua bahan-bahan kecuali asam keping dan cili merah. Masukkan dalam periuk berisi ikan tadi.
Tambahkan cili blender,air,santan dan asam keping. Masuk serbuk kunyit.
Masak hingga kuah pekat. Kacau sesekali. Elakkan dari terkena ikan. Biarkan kuah menggelegak dan menjadi pekat.
Masukkan garam dan sedikit gula mengikut rasa.
Tutup api dan hidangkan.
Makan bersama nasi kukus 
Sangat sesuai dihidangkan dengan timun, sambal cili dan budu.



Aug 22, 2011

COCO MOCA LAYER CAKE

Assalamualaikum...

Minggu ni minggu ita mula buat kek.. hihi awalnya kan.. memang lah nak kena buat awal sebab ita nak kirim kat MIL. Tahun ni kan tak balik beraya jadi kirimlah buah tangan sebagai pengganti diri.. Tulah yg ita buat kukis dan kek awal sebab nak kirim dekat orang.. Sebenarnya nak kirim dgn SIL, dia nak balik minggu ni.. tu yg terkejar2 membuat..


Ini adalah percubaan pertama ita membuat layer cake.. memang tak pernah buat lagi sebelum ni.. Oleh kerana itu kejam mata lah ye melihatkan rupanya yg tak lawa tu.. adoiii.. malu pulak nak bagi kat MIL cam ni.. >^< Layer senget benget.. pulak tu ita tersilap pecaturan.. dan akhirnya tak sama bahagi adunan tu.. Tak pe kita belajar dari kesilapan dan nanti kita cuba lagi ye!


Resepi Coco Mocca Layer Cake ni ita ambil kat rumah kak Wan. Masa selongkar dapur kak Wan intai2 kukis terskodeng pulak kek ni.. langsung suami ita suruh buat.. Ita seperti biasa mmg banyak alasan ini tak de ... itu tak de.. hihi last2 dia yg gi kedai beli barang2 tuk buat kek ni.. mmm.. mmg kenalah membuat walaupun dalam seram sejuk.. kerana mmg tak pernah buat.. huhu

Jom lah kita lihat bahan2 yg kita perlukan tuk buat kek ni..


KEK LAPIS KOKO MOCA
By: Kak Wan


Bahan A
250 gm mentega
150 gm gula castor
5 sudu makan susu pekat manis
14 biji kuning telur


Satukan mentega, gula castor dan susu dalam mixer dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
Kemudian tuangkan adunan ini dalam satu bekas dan ketepikan.


Bahan B
150 gm gula castor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk tatar


Dalam bekas lain pukul pula putih telur sampai berbuih
Tambahkan gula dan serbuk tatar dan pukul lagi hingga kaku. 
Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan tu tak jatuh
Ketepikan


Bahan C
160 gm tepung Hong Kong
40 gm serbuk Holick
1 sudu teh baking powder


Satukan semua bahan C dan ayak.
Masukkan semua bahan C yang telah di ayak ke dalam adunan A dan gaul perlahan hingga sebati
Tuang pula adunan B dan gaul lagi hingga bercampur sempurna.



Bahan D
1. 1/4 sudu teh pewarna kuning telur campur dengan 1 sudu kecil esen vanila
2. 1 sudu besar moca emulco atau moca paste
3. 1/2 sudu besar choc emulco campur dengan 2 sudu besar serbuk koko dan 3 sudu besar air suam

Bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian
Bahagian pertama  VANILA  campurkan dengan bahan D 1 dan gaul rata
Bahagian kedua  MOCA campurkan  dengan  bahan D 2 dan gaul rata
Bahagian ke tiga KOKO campurkan dengan bahan D 3 dan gaul rata

Sediakan loyang berukuran 8X8. Letakkan kertas pembakar kek di dasarnya dan oleskan dengan butter.
Panaskan oven pada suhu 170C bergantung pada kepanas oven. Buka api atas bawah.

Layer yang pertama  KOKO
Ambil satu senduk (74 - 80 gm ) tuangkan dalam loyang dan bakar lapisan pertama ini dengan api atas bawah selama 7 - 10 minit. Hingga permukaan nya perang.

Keluarkan kek dari oven. Tukar pula oven kepada api atas sahaja.


Bahan Sapuan
3 sudu makan butter campurkan dengan 2 sudu makan susu pekat manis


Lapisan pertama tadi yg telah masak tadi di cucuk atasnya dengan lidi atau garfu.
Kemudian tekan atas kek dengan alat penekan kalau tak de boleh guna belakang gelas. Ini untuk menghalang ruang udara.
Sapukan atas kek dengan bahan sapuan tadi.
Kemudian tuang pula 1 senduk lagi lapisan kedua..
Ulang cara yg sama hingga habis semua adunan KOKO

Lapisan ke dua MOCA
Buat cara yg sama

Lapisan Ke tiga VANILA
Buat kaedah yang sama juga seperti dua lapisan di atas.
Untuk lapisan yang terakhir tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar dengan api atas bawah selama 15 minit.
Bila dah siap sapukan atas kek dengan butter supaya permukaan kek tidak kering.
Tunggu kek benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang dan boleh lah di potong.


MEE GORENG BASAH

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... Apa khabar semua pagi ni.. harap2 sihat lah ye kan... Semalam sibuk sangat sampai tak de peluang nak masukkan N3. Sibuk dok mengajar Dalili yg nak periksa. Hari ni dia tak sihat pulak! demam.. aiii... cam mana lah tu.. esok ade exam.. harap2 Dalili cepat sembuh.. Pagi ni ingat nak bawa dia gi klinik sekejap panas sangat badan dia tu..


Tak boleh nak celoteh panjang sebab banyak sangat urusan yg perlu di segerakan.. Jom lah layan mee goreng basah yang tak berapa nak basah dari ita ni.. hihi. Pas tu lupa pulak letak kicap.. tu yg colour pun tak hitam.. tah macam mana boleh terlupa pulak! aiii... layan je le... janji sedap!

Resepi dari Tulip77 ita ambil dari My Resepi. Nampak ramai yg dah buat dan menyatakan sedap mee ni.. tu yg nak cuba tu.. dan memang sedap! Terima kasih pada Tulip yg sudi berkongsi resepi. Ita minta izin tuk sharekan kat sini pulak lah ye!


MEE GORENG BASAH
By: Tulip77

Bahan-bahan ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong - ita ganti daging
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sb pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat - lupa letak
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
2 keping Tauhu - di potong kecil dan goreng - ita tambah
1 biji tomato - ita tambah
garam,
gula  
ajinomoto - ita ganti kiub ikan bilis

Lada Jeruk
cuka
gula & garam
lada besar hijau

Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

Lada Jeruk
Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.