Jul 31, 2011

Salam Ramadhan buat semua....


Bersempena dengan kedatangan bulan yg mulia ni sama2 lah kita lipat gandakan amalan agar kita sama2 mendapat ganjaran pahala dan keredaan dari Nya.

Assalamualaikum warah matulallah hi wabarakatuh....

Di kesempatan ini ita mengambil sedikit ruang untuk menghulurkan ribuan kemaafan andai diri ini ada melukakan atau menguris perasaan insan2 yg sering berkunjung dan singah di dapur usang ita ini... Sesungguhnya ita hanya insan biasa yg penuh dengan seribu satu kelemahan.. kadang kala bila terlalu gembira, kita luahkan segalanya hingga tidak mengetahui ade jiwa yg terluka... walaupun kenalan kita di alam maya cuma, namun jalinan ukhwah itu telah terbina  dan biarlah ia kekal selamanya...

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa dari ita dan keluarga buat semua pengunjung setia tidak kira di mana sahaja anda berada...

Terima kasih juga untuk kiriman kad dari teman2

Jul 30, 2011

BLUBERRY CHEESE TART dan step by step

Assalamualaikum....

Bertemu sekali lagi kita di hujung minggu...  Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan step by step. Kali ni ita nak tunjukkan cara2 tuk buat cheese tart. Atas permintaan adik2 kita kat luar sana akak ambil kesempatan tuk tunjukkan step by step membuat cheese tart. Sebenarnya bukan mudah nak buat step by step ni sebab ita sesorang kan mana nak buat adunan dan mana pula tangan yg nak pegang camera.. hihi tapi kerana adik akak kat luar sana minta tunjukkan cara2nya  akak buatkan juga lah cara2 macam mana akak buat cheese tart ni.. semoga apa yg akak tunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu adik2 kita yg gemarkan cheese tart ni... sama macam akak juga.. >^<


Kali ni ita gunakan resepi dari Azita. Nama hampir sama tapi orang tak sama... hehe.. :) Resepi dari Azita ni sangat sedap dan cukup simple cara buatnya.. ok tampa buang masa kita kedapur dan lihat bahan2 yg diperlukan.


Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart


Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.


250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.


Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.


  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba! dan selamat berpuasa! :)
Jul 29, 2011

IKAN TEMPRA NYONYA berbaloi-baloi....!!

Assalamualaikum...

Salam di hari Jumaat penghulu segala hari.. Setapak lagi kita melangkah menuju ke bulan Ramadhan.. dah bersedia ke nak sambut bulan yg mulia ni... marilah kita sama2 memeriahkan bulan yg barakah ini dgn melipatgandakan amalan... memperbanyakkan sedekah dan amal jariah... Semoga setiap apa yg kita lakukan mendapat keberkatan dari Nya...

Hari ni ita tak boleh nak mengomel panjang lebar... Sebab ita baru aje balik dari Lipis ambil anak ita balik.. bercuti sempena kedatangan bulan yg mulia ni.. Azrul tak balik sebab baru aje balik minggu lepas. Minggu ni giliran Amirul pula pulang dan bersekali menyambut Ramadhan bersama keluarga... ya Allah penatnya.... dgn keadaan jalan raya yg sesak dan jam....


Biasa kalau bulan posa... kalau sahur makan apa ye?? apa menu yg disajikan utk keluarga?? Dulu ita pernah bersembang dgn sorang kawan pasal hidangan tuk family bila bersahur... terkezutttt... ita bila dia kata setiap kali bulan posa dia bersahur dgn makan cococrunch aje... aiiii.... biar betullll.... ni baru first time ita dengar tau??? terkezutttt betulll... mula ita terkenang kan anak2 dia yg menahan lapar satu hari dgn bersahur bersama hidangan sereal tu... kesiannya....

Tapi menurut kawan ita tu dia mmg dah biasa dan seluruh family dia pun mmg amalkan makanan yg sama ketika bersahur... memang dah jadi amalan dari datuk dan nenek dia dulu-dulu... oooo... mungkin ita tak biasa... tu yg terkezutttt... tu...maklumlah kita ni org kampung... hihi mesti nak cari nasi jugak tuk bersahur.. Tak apalah walau apa pun hidangan yg kita sajikan utk family di bulan ramadhan ni biarlah dari sumber yg halal dan memberi tenaga utk menahan lapar sepanjang hari...

Ok berbalik pula pada hidangan ita hari ni... lauk ni ita rasa amat sesuai kalau kita sajikan untuk hidangan bersahur... Lauknya tak pedas.. masak pun mudah dgn bahan2 yg cukup simple!. Rasanya pun sedap dan menyelerakan... Ita kalau sahur tak boleh masak pedas2 sebab suami ita kalau sahur dia mmg tak mau makan yg pedas2... Takut perut meragam.. maklumlah sesekali lari jadual... mesti ada yg terkezuttt....


Lauk ni kalau kita makan rasanya ala2 masak asam sikit.. cuma kelainannya ia menggunakan bawang yg di goreng.. Kalau nak buat sahur kita boleh sediakan bawang goreng tu awal2. Malam tu goreng bawang dulu dan ikan.. esok tinggal masak bahan yg lain.. kan seronok sikit bila makan makanan yg baru di masak.. bertambah2 lah anggota keluarga menceduk nasi ke pinggan..

Resepi yg sedap ni di sumbangkan oleh adik kita Diana.. si cantik manis pandang tak jemu... Terima kasih Diana kerana berkongsi resepi yg mudah, dgn bahan yg simple dan yg paling penting sekali.. mmg sedap! suami akak pon kata sedap! Dalili pon kata sedap! licin dia makan.. selalu payah Dalili ni nak makan.. tapi kali ni.. mmg licin pinggan boleh buat cermin... hihi

Ramai juga yg dah mencuba dan merasa resepi dari Diana ni... Yang lain tak nak cuba ke?? cubalah.. sedap tau! berbaloi- baloi.... Akak minta izin tuk copy dan share kat sini pulak ye Diana....


IKAN TEMPRA NYONYA
by: Diana

4 ekor ikan selar atau ikan kembung - di bersihkan (ita guna ikan sagai)
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam - Tak bubuh pun tak apa


Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bahan B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai - di titik
2 biji cili merah - di potong menyerong


Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng  dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan B sehingga wangi.
Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
Setelah mendidih bolehlah di masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.


Jul 28, 2011

KEK CHIFFON OREN gebunya.....

Assalamualaikum...

Selamat pagi... salam satu Malaysia... salam satu benua... Apa khabar semua pagi ni.. alhamdulillah semakin sihat dan ceria.. dah sarapan ke belom?? jangan lah cam tu... diet.. diet jugak.. tapi sarapan tu penting tau! memang kena ambil.. kalau makan malam tak pe kalau nak skip...
Ade yg posa ke hari ni..?? emmm... samalah kita... Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan kan.. aiii... cepatnya masa berlalu.. tak terkejar rasanya...


Dah buat persiapan tuk nak sambut raya ke?? waaaa... awalnya.... nak siapkan?? posa pon belum lagi.. hihi tak malu belom posa dah nak raya.. haha tak de lah.. ita tanya ttg persiapan baju raya anak2 ialah sekarang kan bila dah suntuk mana lah ade org nak ambil upah jahit baju lagi... tapi tak pe... baju yg ready made ada berlambak2 dipasaran antara berkenan dgn tak berkenan aje lah...


hihi tuan rumah nak kepo sikit hari ni.. apa ye tema baju raya tahun ni?? ade lagi ke yg pakai sedondon.. kalau tema hijau baju hijau.... langsir hijau.. sampai kusyen pun hijau... haha biasalah tu.. hihi.. bila sebut pasal raya ni teringat kenangan masa kecik2 dulu..
Biasalah adik beradik ita kan ramai.. jadi mak kalau nak buat baju akan beli kain sepapan.. haaa... senang.. satu warna aje.. dari kakak, abang hingga lah sampai ke adik dan dgn mak2 sekali pakai baju dari kain yg sepapan tadi.. biasa mak ita jahit sendiri.. ialah save bujet..


Waaa... hari raya mmg seronok dapat pakai baju baru.. pas tu nak gi collect duit raya... eiii... dulu kita beraya sakan... satu kampung kita round.. mana aje ceruk rantau semua kita masuk.. haha... budak2 sekarang dah tak mau lagi dah.. malu... hehe..
Tapi sekarang pun ita mmg tak bagi anak2 gi beraya.. kalau rumah kawan2 ok lah itu pun ita hantar dan ambil.. sekarang situasi tak mengizinkan.. banyak buruk dari yg baik.. tgk aje lah kat TV tu macam berita hari2 kita dengar... entah apa lah nak jadi dgn manusia sekarang.. macam dah tak de pertimbangan.. dah hilang akal dan iman.. sampai dah tak mengenal antara dosa dan pahala.. antara halal dan haram...


Berbalik cerita baju raya tadi... nak dijadikan cerita.. beraya lah kita 7 beradik.. dgn berpakaian ala2 boria gitu.. sekali  bila singah kat rumah orang tu kan.. alamakkkk!!! sama lah kain langsir dia dgn baju kita.. waaaa.... malunya... terus balik rumah tak jadi gi raya lagi... hahaha kalau ingat balik...bila kita kumpul adik beradik mmg pecah perut geli hati ingat pasal raya...


Kalau bulan posa mak akan atur jadual tuk anak2 siang2.. sebab anak2 ramai.. pulak tu ramai pompuan senang lah mak nak suruh... Siapa nak basuh pinggan waktu buka posa... siapa pulak nak basuh lepas sahur... siapa nak kena tolong mak masak.. sape pulak nak tolong kemas.. semua mak dah rancang awal.. dan kami dah sedia makhlum dgn tugas masing2...
Itulah untungnya ade ramai anak dan ramai pompuan... sekarang ita sorang2 aje.. ita lah yg masak.. kemas dan basuh pinggan... maklumlah anak2 3 org aje.. lelaki pulak tu.. yg pompuan tu... emmm.... bilalah nak dapat tolong mak dia ni... tolong berserak lagi adelah.. nasib baik dapat suami ringan tulang dapat lah bantu2 ita kat dapur... hehe bodek lah cikit... kan nak raya ni... tau tak peeee....

Ya Allah panjangnya celoteh ita hari ni... adoiii.. tak sedar kita... dapur tak berasap lagi.. asyik dok sembang aje... jom-jom kita masuk dapur... kejap lagi Dalili balik sekolah agama.. alahaiiii... maknya tak masak lagi ni.. emm... maknya kalau dah sembang mmg tak hingat2...


Semalam ita buat kek chiffon.. lama dah ita tak menciffon.. Kek chiffon adelah kek kegemaran ita.. mmg suka sangat dgn kek ni.. sebab dia macam sponge kan??.. Bila nampak orange hari tu.. kepala ni terus mencongak2 nak buat kek chiffon ni.. Dan semalam termakbulah angan2 ita ni..


Suka sangat dengan kejadian kek chiffon ita kali ni.. sangat gebu dan walllaaaa... sedapnya... fuhhh!! berpotong2 masuk dalam molot ni... emmm... lupakan sekejap tentang alat penimbang... kita layan dulu kek ni...

Resepi kek ni ita pernah buat dulu... resepi ni ita ambil dari dapur CMG. Ita ade tambah situ sikit sini sikit mengikut anak tekak dan citarasa ita.. kepada yg suka pada kek chiffon ni bolehlah mencuba Buatnya pun tak lah susah sangat... dan sesuai untuk hidangan keluarga... Terima kasih ye, CMG akak copy lagi kat sini boleh ye...


KEK CHIFFON OREN
By: CMG Dapur Tampa Sempadan

BAHAN A
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
1 sudu makan oren sunquick - ita tambah
sedikit pewarna oren - ita tambah

BAHAN B
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
Untuk mudah ita asing2 bahan A seperti mana yg ita pernah terangkan cara ita buat chiffon cake boleh rujuk di SINI
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...


Maaf ye....hari ni gambar pon.. terlebih sudah...
Jul 27, 2011

AYAM GORENG CAJUN BERSERAI

Assalamualaikum...

Entah lah kenapa 2, 3 hari ni macam malas aje nak update N3.. Rasa macam nak berehat aje sekejap... Sebenarnya mood memasak tu masih ade cuma mood nak berblog aje macam terbang melayang di bawa angin sepoi-sepoi...

Tapi mood mengemas rumah macam berdezuuuppp... turunya.. ita kalau angin nak mengemas dah datang.. mmg tak ingat apa.. yg ita tau ita nak kemas rumah.. nak alih perabut.. tapi perabut kat rumah ni bukan boleh dialih sorang2 semuanya berat-berat belaka.. ade patah pinggang ni karang.. kalau dah bulan posa nanti takut tak terlarat... pulak.. dari sekarang kita lap lah mana2 yg dah berabuk tu.. kemas2 mana yg patut di kemas.. buat sikit2... buat pelan2..

Sambil mengemas sambil kepala dok berfikir nak masak ape.. lah hari ni...?? Kadang2 mengong jugak kepala ni.. dok fikir nak masak ape?? org dlm rumah ni kalau bab makan tak lah cerewet sangat.. cuma tukang masak aje kadang kala rasa bosan kalau asyik masak menu yg sama aje... eh... awak semua tak pening kepala ke asyik nak fikir pasal masak je... kalau ade magik kan best.. ting! dah terhidang atas meja... cakap aje nak makan ape...?? aik.. dah macam cerita aladin pulak!

Susah jugak kan jadi suri rumah tangga ni... tanggungjawab tu besar.. org selalu ingat mudah aje kan dok rumah boleh tidur.. tapi masyaallah dari celik mata subuh hinggalah larut malam tak berhenti2 kerja.. kalah robot.. ade kala rasa macam nak tanggal semua skru2 dalam badan ni.. kalau lah dapat gi spa... adoiiii... sedapnya...


Jom lah kita intai menu hari ni.. kalau dok layan angan2 mat jenin ita ni nanti dapur tak berasap pulak! Resepi hari ini datangnya dari... amboi.. macam DJ pulak bacakan kad permintaan pendengar.. haha.. Dah lama nak buat resepi ni.. mula2 tak jumpa cajun.. bila dah jumpa.. nak masak apa lah pulak!! terpaksa tunggu anak2 balik barulah dapat beroperasi.. mencuba resepi dari cagun ni..

Sebenarnya tak pernah pon merasa cajun ni.. tu yg macam jakun cikit.. Ok lah resepi ita ambil dari dapur hasue. Tapi akibat terlebih pandai sebenarnya... ita gi blend sekali serai tu.. jadi bila masak ayam ni tak terasa sangat cajun tu.. sebab dah terlebih pulak rasa serai.. lain kali hanya perlu titik aje serai tu..  Terima kish kepada hasue yg berkongsi resepi.. akak  copy kat sini pulak lah ye!


AYAM GORENG CAJUN BERSERAI
by: Hasue

2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus 
4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk 
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp rempah cajun1 tsp serbuk jintan putih
Garam dan perasa(jika suka)
Serbuk cili(jika suka pedas)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan

Jul 26, 2011

NASI KARI AYAM

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... Pagi yg indah dengan kicauwan burung2... Bertambah indah bila muncul Sang Mentari... waaaa.... baju cepat lah kering kalau cam ni...
Sekarang kan musim panas... gi KL hari tu lagi lah panasnya... aircond kat kereta pon tak berasa dek bahang sang mentari.. pas tu mulalah sakit kepalakuuuu....

Tinggal berapa hari aje lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan.. Sana sini dah terasa bahangnya yg semakin hampir.. bila kenangkan cuaca yg panas terik sekarang ni... mula terfikirkan cabaran yg akan di hadapi oleh anak2 untuk melaksanakan rukun Islam yg wajib disempurnakan ni.. pada yg besar2 pasti mampu melakukannya tapi Dalili tu.. kdg2 kesian jugak! dahlah badan tu senonet... makan pulak seciput... larat ke dia... tapi nampak dia yg lebih berkobar2... dok membilang hari bila Ramadhan akan tiba.. mula merancang jadual.. nak gi sembahyang terawikh.. nak buat homework... nak gi tusyen.. sampai siap beritahu Ustaz dan cikgu tusyen supaya adjust masa... amboiii... lebih2 pulak anak dara sorang niii


Bila tiba bulan Ramadhan ni.. semakin bertambah2 rezeki rakan2 kita ada yg dapat tempahan kuih muih raya.. ada juga yg dapat tempahan jahit menjahit.. alhamdulillah itu lah kata orang rezeki di bulan mulia... Ita tumpang seronok dan tumpang banga dgn kejayaan rakan2 dan adik2 kita.. dapat jugak tambah pendapatan..

Tahun ni Ita macam tak beraya je... hihi macam mana nak beraya dgn anak2 yg nak menghadapi peperiksaan.. Tahun ni pon tak balik kampung dok beraya kat rumah je lah... Nasib baik MIL memahami... tak pe.. nanti lepas anak2 habis periksa kita balik lah kampong... aiiikkk... puasa pon belum lagi dah sibuk pulak merancang tuk hari raya... waaa... maknya ni lagi teruk dari Dalili  terlebih sudaaaa....wakaka.....


Jom lah sebelum melalut.. kita lihat lah hidangan yg ita sajikan hari ni...
Kita singah ke dapur Ibundo... berselera sungguh tengok Nasi Kari Ayam yg Ibundo buat.. dah lama intai resepi ni.. mmg tunggu bila lah anak2 nak balik.. sebab kalau tak de yg bujang ayam ni tak berapa laku... nanti ita jugak yg nak kena habiskan.. aduyaiiii....

Kebetulan bila singah rumahKak Anim  hari tu ternampak lah kak Anim buat nasi ni.. waaa... semakin berkobar2 ita nak mencuba... dan akhirnya terlaksana lah segala hajat nak merasa air tangan dari Ibundo pula... alhamdulillah... sedap nasi ni.. serasi dgn anak tekak ita dan family.. terima kasih ye Ibundo sudi sharekan resepi yg unik ni...

Hihihi... kenapa ita kata unik sebab bila makan nasi ni macam kita makan nasi yg telah di gaulkan dgn kuah kari... haha... kan ade bezanya tu... satu kelainan kerana ia menggunakan beras basmathi.. memang sedap! kepada yg nak mencuba boleh lah intai2 resepi di bawah..


NASI KARI AYAM
by: Ibundo

3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar

Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya.  Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk.  Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia.  Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam.  Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam,  stok ayam dan daun ketumbar. Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api.

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu.  Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa.  Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan.  Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak. 

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan. 

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.