Jun 30, 2011

ASAM PEDAS MELAKA

Assalamualaikum...

Salam di pagi Khamis yg indah.. seindah sinaran sang mentari dan seceria kicauan sang burung... Apa khabar semua?? Sihat??? kalau sakit cepat2 lah pergi jumpa Doktor.. dan jangan lupa pula makan ubat.. banyak2kan berehat dan tenang2kan fikiran.. insyaallah setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali maut yg datang menjemput....

Terdengar riuh sang ibu berpencak di dapur.. apalah sajian yg bakal di hidangkan untuk santapan keluarga hari ni.. Walau apa pun hidangannya.. mulai setiap perbuatan dgn Bismillah.. insyaallah semakin barakah setiap rezeki yg dijamah dan semakin mesra seisi rumah...


Hari ni kita melangkah pula ke Melaka Bandaraya Bersejarah.  Kalau sampai ke Negeri Pahlawan Melayu ni sudah tentulah kita kepingin merasa keenakan asam pedas yg memang menjadi santapan tradisi masyarakat Melaka. Asam pedas Melaka mmg sedap! kuahnya pekat dan amat menyelerakan. Pulak bila kita jamah dgn sepinggan nasi hangat bertemankan ulam-ulaman dan sambal belacan... wallaaa... pasti terangkat! Ni yang kalau makan tak toleh kiri kanan.. hehe


Resepi Asam Pedas Melaka ni ita ambil dari dapur Bro Rozzan, seorang pakar masak dari Singapura. kalau bertandang ke dapur Bro ni pasti kita akan bawa balik satu resepi istimewa dari dapur beliau.. kalau tak pasti teringat2  dan terigau-igau aje.. Terima kasih Bro kerana berkongsi resepi asam pedas yg sedap ni..

Ita mmg suka makan asam pedas. Biasa lah kan orang Johor ni... mmg suka asam pedas, kalau boleh hari2 nak makan asam pedas. Ita paling suka kalau di cicah dgn roti.. adoiii... sedapnya...!!
Asam pedas ni ada sedikit kelainan kerana di letakkan daun kari. Mmg pelik sikit lah kan sebab asam pedas dah sinonim dgn daun kesum.. bila letak daun kari macam jangal aje rasanya kan.. tapi bila dah merasa... waaaaa.... berrasap lah jugak telinga ni... sedap tuuuu.... tak nak cuba ke???


MyKitchen's Recipe

ASAM PEDAS MELAKA
by: Bro Rozzan

Bahan Kisar1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
30 tangkai cili kering
2 cm inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih

Bahan Tumis 1 biji bawang besar (dihiris)
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)

1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
750 ml (3 cawan) air
2 biji tomato - potong baji
2 batang terung - dibelah 2 dan di hiris
8-10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
½ sudu teh serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
1 kg ikan duri/tenggiri - ita guna ikan merah
2/3 cawan  minyak masak

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis sehingga bawangnya layu dan naik baunya. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan wangi. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan, bunga kantan dan air. Kacau rata dan masukkan pula serbuk perasa/gula, terung dan bendi. Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit. Kemudian, masukkan tomato. Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.

Jun 29, 2011

FRUITY CHOC STEAMED CAKE

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Israk Mikraj kepada semua muslimin dan muslimat yang di kasihi. Tidak kira di mana sahaja anda melata di bumi Allah ini... Kenangilah kembali peristiwa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. di angkat ke langit menemui Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)..
Marilah kita bersama2 meningkatkan amal ibadat dan mengandakan pahala.. semoga setiap amalan yg kita lakukan dan  setiap doa yg kita panjatkan mendapat keberkatan dari Nya.


Semalam sewaktu ita ronda2 kat My Resepi, ita ternampak lah resepi kek Kukus Velvet Hawflakes dari kak Fida.
Maklumbalas yg di terima rata2 memuji kesedapan dan kegebuan kek ni. Ita pun tak ketinggalan nak mencuba dan merasa. Kebetulan ita pun mmg suka sangat kek yg dikukus. Tapi bila tengok dalam stock hawflakes dah tak de pulak dalam simpanan. Jadi ita mengambil keputusan untuk menggunakan buah cery merah dan hijau sebagai ganti hawflakes. Kak Fida pun ada mention boleh gantikan dgn choc cip atau apa2 yg sewaktu dengannya.. mengikut selera masing2.


Kek yang sangat sedap pada selera ita... dan sangat mudah penyediannya. Bahan2 pun mudah dan kita boleh pelbagaikan kek ni mengikut kreativiti dan citarasa kita. Kek ni pun lembut dan gebu. Sangat sesuai sebagai hidangan untuk tetamu yg bertandang ke rumah. Pasti tetamu tak berkelip memandang dan tak berhenti menikmati kek yg kita hidangkan. Dan sudah tentu hati tuan rumah berbunga ceria apabila tetamu memuji2 kesedapan dan keunikkan hasil air tangan kita... tak gituuuu!!!


Terima kasih kepada tuan empunya resepi yg sedap ni.. Siapa lah gerangan tuan empunya resepi ni ye! ingin benar ita berkenalan dengan nya dan minta maaf andai ita telah mengubah nama resepi ni.. buakan apa.. tiada niat pun nak mengubah...ita mmg akan buat resepi Kek Velvet Hawflakes ni lagi jika ita dah dapatkan Hawflakes. Jadi untuk membezakan resepi asal dengan resepi yg telah ita olah, ita tukarkan namanya untuk memudahkan ita mengigat kembali cara2 penyediannya. Ita berharap sangat agar kak Fida tidak marah atau berkecil hati dgn ita.. maaf ye kak!


Ita juga minta izin untuk salin semula resepi asal dan tambahan yg ita lakukan untuk memudahkan ita dan kawan2 yang lain.. yg mungkin ingin mencubanya.

MyKitchen's Recipe

FRUITY CHOC STEAMED CAKE
resepi olahan dari resepi : KEK VELVET HAWFLAKES
by: kak Fida

5 biji telur - grade A yg sejuk - dr peti ais
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
1 1/2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh choc emulco
ceri merah dan hijau yg dicincang secukupnya

Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, buah ceri, serbuk koko, esen vanila dan choc emulco
Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
Bahagikan Adunan kepada 2 bahagian.  satu bahagian letakkan serbuk koko dan choc emulco. satu bahagian lagi letakkan perasa vanila dan boleh juga letakkan pewarna.
Kemudian setiap warna tu pula dibahagikan kepada 2 bahagian. Ini bermakna kita akan dapat 4 lapisan.

Loyang dialas kertas dan sapu butter . Ratakan adunan pertama  kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

Buat hingga habis lapisan akhir taburkan buah ceri merah dan hiaju dan kukus semula.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Jun 28, 2011

KASWI LAPIS PANDAN

Assalamualaikum...

Hujan yg turun di JB ni membuatkan semua kerja jadi lembab.... Salam bersiaran dan apa khabar mu disana?? harap2 semua ceria.. dan berbahagia.. selalu hendaknya..

Ada yg sedang mencongak2 apalah yg hendak di masak tengahari ni.. kadang kala bosan jugak asyik ulang tayang menu yang sama je kan... aiii... ada jugak yg dah pandai berbunyi... lauk sama je... ish.. ish.. ish... pening jugak memikirkan apa lah yg nak di masak..  ayam ke?? ikan ke?? daging ke?? udang ke?? payah jugak kan..


Lepas makan nak pulak siapkan minum petang.. Balik2 goreng pisang... balik2 epok2 .. apa kata kali ni kita buat kuih manis yg sedap dimakan dan mudah disediakan... Hari ni ita buat Kuih Kaswi Lapis Pandan.
Kuih kaswi adalah kuih fav ita dan mmg dah sinonim dalam keluarga ita. Kalau cerita pasal kuih,  dikalangan keluarga pastinya kuih kaswi akan ditujukan pada mak ita. Mak ita mmg paling suka buat kuih kaswi. Setiap kali ada kenduri kendara pasti kuih kaswi akan jadi buah tangan kepada tuan rumah.


Setiap kali buat kuih kaswi kenangan ita pasti terhadap mak.  Dengan duit hasil jualan kuih kaswi ni lah mak ita belikan ita kasut dan baju raya.  Hasil titik peluh bapa ita mmg tak mencukupi untuk kami yg berkeluarga besar. Oleh itu mak terpaksa buat kuih untuk menambahkan pendapatan keluarga. Ita selalu tolong mak jual kuih. Pada masa tu kami tinggal di barek hospital kerana ayah ita bekerja di Hospital Sultanah Aminah. Setiap petang ita dan kakak ita akan bawa kuih kami di simpang jalan. Dibawah pokok asam jawa tu lah ita dan kakak bentang tikar dan menjual kuih yg di buat oleh mak. Aduyaiii... sayunya hati bila terkenangkan saat itu...

Kami 2 beradik berhujan dan berpanas.. selagi kuih tak habis di jual selagi tu kami tak balik.. tak sangup lihat wajah mak bila kuih tak habis di jual.. Sekarang ada jugak ita terfikir nasib baik tak disambar kilat dok bawah pokok besar tu... ish.. ish.. budak2 masa tu mmg tak fikir apa....


Kadang2 selalu jugak ita kena marah dgn kakak ita.. sebab ita curi2 makan kuih.. hihi ita ni mmg pantang nampak kuih donut.. jadi kalau mak buat donut atau roti sambal ita mmg tak tahan.. satu2 kuih tu berjalan dalam perut ita.. tengok2 bakul dah kosong aje... hihi mana lah tak kena piat telinga...
Mak punnn... dah tau anak antu donut di suruh jual donut... mmg menguji kesabaran dan keimanan betul... Kadang2 sambil jalan dok teriak kuih!! kuih!! dah berketul2 kuih tu masuk mulut.. hihi sabor je le...
Ok lah dah panjang lebar berborak ni... kalau nak cerita kenangan kecik2 mmg tak habis2.. kang dapur tak berasap pulak! jom lah kita tengok resepi kuih kaswi ni dan cara penyedian untuk buat kuih ni. Ita buat ikut cara mak ita...

MyKitchen's Recipe

KASWI LAPIS PANDAN

Lapis Hijau
5 helai daun pandan 
1 cawan air
kisar daun pandan dan air, tapis ambil airnya sahaja - ketepikan

1 1/4  cawan gula pasir
1 cawan air 
masak air dan gula hingga didih dan gula larut

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepungubi
1/4 sudu kecil kapur makan - dibancuh dgn 1 cawan air.
2 cawan air

Masukkan tepung gandum, tepung ubi, 1 cawan bancuhan air kapur, 1 cawan air daun pandan dan 2 cawan air  kedalam blender dan kisar hingga sebati. Kemudian tapis
Tuangkan air gula yg telah mendidih tadi kedalam adunan sambil mengacau supaya tidah berbentel2. 
Kemudian tapis dan ketepikan.
Kalau kurang hijau boleh tambahkan sedikit pewarna hijau

Lapis Coklat
1 cawan gula merah - pilih yg agak hitam warnanya.
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan di simpul
2 cawan air
Masak kesemua bahan hingga didih dan tapis

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/4 sudu kecil kapur makan - dibancuh dgn 1 cawan air
2 cawan air

Masukkan tepung gandum, tepung ubi, 1 cawan bancuhan air kapur, dan 2 cawan air ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Kemudian tapis
Tuangkan air gula merah yg telah mendidih tadi ke dalam adunan sambil mengacau supaya tidak berbentel2.
Kemudian tapis dan ketepikan.

Panaskan kukusan, balut penutup kukus dgn kain. Sediakan loyang atau acuan. Oleskan dgn minyak. Jika guna loyang alaskan dasar loyang dgn plastik. 
Tuangkan 1 senduk lapisan coklat, kuku selama 10 minit kemudian tuang pula lapisan hijau dan kukus lagi dan teruskan mengukus secara berselang seli hingga habis. Lapisan terakhir kukus selama 15-20 minit.
Kuih ni dapat banyak. Boleh dapat 2 buku kuih dgn loyang 8 inc. Jika nak buat 1/2 adunan bahagikan semua sukatan kepada 2. 
Boleh juga dikukus dalam acuan kecil dan masa mengukus dipendekkan sedikit.


Jun 27, 2011

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES

Assalamualaikum....

Adoiiii... ramai rupanya yg masih terkenang2kan kampung halaman... Teringat ayam dan itik dikampung.. tak lupa ayah dan juga bonda tersayang... Walauapapun yg bermain di fikiran saat ini.. setiap kenangan itu pastinya akan menjadi kenangan terindah dan  memori yg tak dapat dilupakan...


Alhamdulillah selamat ita pulang ke rumah walaupun penat seharian dalam kereta. Keadaan lalulintas pun boleh tahan juga dengan kenderaan yg berbaris atas jalan raya.. Mujur ita tak terlibat dalam kemalangan di lebuhraya KL - Karak, apabila kereta yg terlibat dalam kemalangan melintang ditengah jalan raya di satu selekoh yg tajam... mujur suami ita sempat membrek kereta dan kebetulan kereta di belakang agak jauh.. kalau tidak pasti kereta yg ita naiki dah terperosok bawah tereler di sebelah.


Sebelum ita berangkat, anak ita ada telefon dan minta buatkan cookies, oleh kerana masa yg agak begitu suntuk, ita mengambil keputusan untuk buat cookies dari Naz. Kebetulan hari tu Naz ada minta ita ambil kad yg naz buatkan sempena ulang tahun ita. Terima kasih Naz atas kiriman kad itu, terharu rasanya walaupun akak sedikit terlewat mengambilnya... maaf ye naz...


Berkenan sangat dengan cookies yg nas buat, dan melihatkan cara2 membuatnya yg agak simple, membuat ita terpanggil untuk membuatnya. Ita buat 4 adunan kerana 1 adunan yg diberikan hanya dapat cookies dalam jumlah yg sedikit. Pasti tidak cukup untuk anak2 ita yg tinggal diasrama yg pastinya akan berkongsi makanan dgn kawan2.

Cookies ni, boleh ita katakan rasanya seperti kuih suji atau kuih makmur. Cookies yg sangat lembut dan mudah rapuh. Memang cair dimulut dan hanya perlu di kesep dgn lidah aje.. emmm... lembut dan sedap! Ita terlebih rajin dan ita jalurkan dgn coklat masakan cair. Lain kali kalau ita buat ita ingat ita nak letak badam atau gajus didalamnya..  Boleh juga kalau kita nak letakkan choc chip   pasti lagi lah bertambah sedap!


Cookies ni sangat sesuai untuk sajian di Hari Raya. Memandangkan Ramadhan yg akan muncul bersama Shawal tidak lama lagi.. apa kata kita jadikan cookies ni sebagai salah satu hidagan untuk para tetamu..

Kepada Naz akak minta izin untuk share resepi cookies ni disini pulak lah ye! Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi..

MyKitchen's Recipe

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
by: Happy Home Baking
sumber: Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHE
 
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanila paste , untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

Sepetang di Kuala Lipis

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua....
Minggu baru... semangat baru dan azam baru... Mulakan minggu baru dgn hati yg ceria..
Sehari tak bersiaran terasa bebulan lamanya.. Rindu rasa nak menatap tenet.. banyak resepi dari kawan2 yg dah ita tertinggal.. tak pe ita akan kayuh perlahan untuk menjengah dari satu rumah ke satu rumah...

Semalam ita berada betul2 di tengah2 Malaysia. Nape tak percaya???? ok kita lihat lah bukti dibawah...


Dah percaya?? haha semalam ita berada betul2 di tengah2 Malaysia di atas tulangbelakang Malaysia, iaitu di atas banjaran Titiwangsa. Selama berkali2 ita bertandang ke Kuala Lipis barulah ita tahu bahawa kedudukan Kuala Lipis betul2 berada di tengah2 Malaysia. Aiiii... buat malu aje ita ni kan?? rakyat Malaysia yg tak tau Geografi... hihi


Seronok bertandang ke Kuala Lipis... selain ita dapat bertemu dengan anak ita Amiru yg belajar di sini.. ita juga masih dapat melihat keistimewaan Bandar Lipis yg masih lagi mengekalkan seni bina asal. Ita boleh kata kan Bandar Lipis adalah bandar yg sunyi dari pembangunan, kerana tidak banyak pembangunan dapat kita lihat disini.. tapi ita suka kerana ita masih berpeluang melihat seni bina bangunan lamanya yg masih gah berdiri walaupun semakin uzur... ditelan zaman. Ita harap jangan lah bangunan yg usang ni dirobohkan.. biarlah ianya menjadi salah satu mercu dan sejarah yg boleh di lihat oleh anak2 bangsa kita...

Antara bangunan lama yg masih kekal dengan senibina lama yg unik

Antara Masjid yang tertua di Malaysia

Station Keretapi di bandar yg semakin sepi...

Peti surat lama yg masih jelas kelihatan walaupun dah berkurun usianya...

 Lorong-lorong kehidupan....

Sungai Lipis

Ini antara pokok yg terbesar yg berada ditengah2 Malaysia. Pokok yg palig tua dan paling besar ni sangat sukar nak ambil gambar dia.. sebab besar sangat... seram pun ye jugak!


 Hitam putih kehidupan....

Antara sekolah yang tertua... dan disinilah sekolah Penyanyi Popular kesayangan Malaya... Dato Siti Nurhaliza.


Anak2 bangsa ku...

Jelajah Pahang




 Antara kehidupan dan kematian.....









Sepanjang jalan kenangan.......


Halus teratur jambangan cempaka,
Ditepi jejawi molek kedidi,
Takkan luntur semangat merdeka,
Dijulang pertiwi sentosa abadi.....

Cindai si desa selasih mewajah,
Gamat Melaka bertingkah kelicap,
Andai nusa masih dijajah,
Nikmat merdeka dapatkah dikecap???
Jun 25, 2011

PISANG GORENG CRISPY

Assalamualaikum....

Ketika anda membaca catatan ni mungkin ita dah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti bersama anak2. Ita akan ke Putra Jaya dulu untuk bertemu dgn anak ita Azrul, tidur semalam di KL dan akan ke Kuala Lipis keesokkan harinya.

Nampaknya cuaca hari ni sangat baik. Cahaya terang benderang dengan matahari yg menyinar cerah. Sebelum ita bercuti ita akan tinggalkan satu resepi yang cukup simple untuk dikongsikan bersama.


Bila kita bercerita tentang pisang goreng.. ita tau rata2 semua menyukainya. Ita pun suka sangat makan pisang goreng walaupun sebenarnya ia mengandungi kolestral yg tinggi kerana pisang goreng digoreng dgn jumlah minyak yg banyak. Sebenarnya membuat pisang goreng ni bukan lah sesukar mana. Tapi masalah yg selalu ita hadapi bila pisang tidak rangup dan tepung yg menyalut pisang tu akak liat setelah pisang tu sejuk.

Semasa singgah kat rumah Kak Madiha hari tu ita nampak lah kak Madiha goreng pisang yg dikatakan sangat crispy! Pucuk dicipta ulam mendatang... memang ita tak sabar untuk mencuba resepi dari kak Madiha ni.


Kebetulan hari tu suami ita ada belikan ita pisang nangka. Pisang nangka adalah pisang yang paling ita suka jika digoreng. Tapi untuk mendapatkan pisang nangka sekarang adalah sangat payah. Lama dah ita idamkan nak makan pisang nangka goreng ni. Akhirnya dapat jugak ita rasa pisang yg ita idam2 kan ni setelah bebulan2 ita mencari.

Pisang ni suami ita beli di Pontian. Kebetulan sekarang dia mmg sibuk ulang alik ke sana dgn projek barunya tu. Dulu masa ita duduk rumah lama, ita selalu beli pisang goreng yg jual kat taman tu. Kerana kat situ aje yg ada jual pisang nangka. Mak cik yg jual pisang tu sampai dah kenal dgn anak ita Azrul. Setiap kali lepas habis sekolah ita akan singgah kat situ dan beli goreng pisang. Kadang kala mak cik tu dah siapkan awal2 kerana dia tau ita pasti singgah. Ita sukakan kerangupan pisang goreng mak cik tu sedap! pulak bila kita makan bercicahkan sambal kicap... wallaaaa.... terangkat!!


Sekarang ita juga berpuas hati dgn resepi dari kak madiha ni. Pisang goreng yg sangat crispy! sejuk pun masih crispy lagi... Sambal kicap kak madiha juga sedap! cuma ita tambahkan sedikit gula merah.. tak banyak hanya sesudu aje.. mmg sedap! Mungkin ita akan gunakan resepi ni lagi jika ita nak goreng pisang.. Kepada kak Madiha terima kasih kerana berkongsi resepi pisang yg crispy ni... Ita minta izin tuk share kan dgn kawan2 kat sini pulak ye kak!

MyKitchen's Recipe

PISANG GORENG CRISPY

Pisang yang sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air 
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.  

SAMBAL KICAP

8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
Kicap manis secukupnya

Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.
Jun 24, 2011

BLUEBERRY MARBLE CHEESE CAKE

Assalamualaikum....

Pagi yang cerah dan ceria.. apa khabar mu disana.. ?? Ada yang masih berduka... hilangkan duka dan lara.. kita mulakan pagi Jumaat ni dengan seribu keceriaan.. lupakan segala duka dan lara.. kita melangkah dengan penuh semangat.. bersama satu tujuan... satu impian dan satu destinasi.... eh! dah macam akedemi fantasia lah pulak...!!


Bagaimana hari2 yang anda lalui...???  tentulah happy kan.. ?? Ada yg sambut ulang tahun hari ni?? kepada yang sambut ulang tahun ita mengucapkan selamat ulang tahun... semoga kekal bahagia dan hidup sentiasa di rahmati Allah... hari ni juga adalah hari ulang tahun kawan baik ita Zuraidah.. ita mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Happy B'day  untuk aida, semoga aida sentiasa ceria dan happy2 selalu... ita suka sangat tengok aida senyum.. so sweet...


Semalam ada yang tertunggu2 ye! apa lah kek yang kak ita buat ye!.. hihi tak de lah kek yang istimewa... biasa2 aje.. seperti biasa sambutan B'day  sebagaimana yg ita pernah beritahu tak de lah sambut secara besar2an.. cukuplah sekadar sebijik kek dan kami sekeluarga gi makan2.. ini mmg rutin yang selalu ita sekeluarga lakukan setiap kali kami menyambut atau meraikan hari ulang tahun...


Tapi ulang tahun ita tahun ni.. sedih sikit sebenarnaya... sebab sambut tampa anak2 disisi... tu yg emo aje tu.. insyaallah esok ita akan gi melawat anak2 kat sekolah dapat lah kita gi makan2 walaupun mungkin tak dapat kumpul semua sekali... sebab  ke dua2 anak ita sekolah jauh2.. mungkin hari Sabtu ita kat KL dan sambut dgn Azrul dan hari Ahad ita gi Lipis dan sambut dgn Amirul.... wahhhh... ni kira dah sambut 3 hari 3 malam.. kalah Dato Siti... hehe... ya adooooo... :p


Ok kita balik pada resepi kita hari ni... Semalam ita buat  Kek Keju Mamar Beri Biru atau dalam bahasa omputih Blueberry Marble Cheese Cake. Resepi dari Hana yang dah lama menyepi dapi memasak sejak kembali ke tanah air.. kejap tenggelam kejap timbul... ialah mungkin Hana sekarang sibuk manalah nak fikirkan masalah anak murid di sekolah, masalah family.... pulak bila baru melangkah kaki ke tanah air.. mesti tak puas lagi makan kat kedai mamak.. hihi gurau ye hana...

Resepi kali ni ita ambil dari majalah Jelita bulan Jun. Hana ada juga letak dalam blog dia di SINI Tertarik dengan kek yang terpapar dalam majalah Jelita tu.. yang membuatkan ita memilih kek ni untuk ita potong kan dihari lahir ita.. Kebetulan ita mmg sukan Blueberry Cheese Cake dan kali ni bertambah suka bila di letakkan yogurt.


Yogurt ni kalau kat rumah ita ni.. ita dan suami ita aje yang suka sebab anak2 ita yg lain tu tak berapa suka makan masam... kecuali Dalili.. tapi Dalili ni macam biasa dia tak suka susu tu yg dia pun tak berapa sukan yogurt... Tapi kalau anda sukakan yogurt boleh lah cuba resepi yg sedap dari Hana ni.. sedap! sebab gabungan antara yogurt dan bluberry  tu mmg ngam dan serasi...ditambah lagi dengan rasa lemak cheese  dan mmg sesuai sekali kalau nak ternak lemak!.. haha

Terima kasih kepada Hana kerana sudi sharekan resepi yang sedap ni.. Akak minta izin ye hana untuk share kan kat sini pulak!


MyKitchen's Recipe


BLUEBERRY MARBLE CHEESE CAKE
by: Hana


Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
80g biskut merie or etc - hana gune ritz
50g butter - cairkan

Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula - leh add
15g gelatin
60ml air panas
50g buah blueberry tin - hana gune yang segar+ jem
25ml syrup blueberry - bleh gune filling@jem blueberry


Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Potong dan hidangkan.
AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.