May 31, 2011

AGAR-AGAR RINTIK SANTAN

hari tu masa jalan2 kat rumah izah nampak lah cik adik kita ni buat agar2 rintik santan. Adoii!! comel lote pulak nampak agar2 tu.. selalu kalau nak buat ni nak kena tunggu penghuni rumah ni ramai sikit.. kalau tak aiii... akakkkk... jugak nak kena bagi perabis.. aii makin montel leee... jawabnyer


Hari ni memang kena merajinkan diri.. walaupun tak berapa nak rajin sebenarnyer... cuaca yg mendung di JB ni membuatkan perut anak2 ni cepat betul berkeroncong.. adoiii.. berpencak bersilatlah maknyer di dapur dari tadi tak habis2...

Ok kita cerita pasal agar2 rintik santan ni pulak. Sedap! rasanyer lemak2 manis. Kadang2 rasa macam makan cendol pun ada jugak! sesuai lah sebagai pencuci mulut selepas makan. Adunan agar2 ni mmg dapat sikit aje.. sesuai benar untuk sekali hidangan aje.. Tak payah dok peram lama2 dalam peti ais tu haa..

Tapi ia agak lembut sikit.. payah jugak nak potong asyik tercumpis aje... Untuk rintik2 dia tu ita potong gunakan straw.. tu yg jadi bulat2 tu... mmg tau!! nanti mesti ada yg tanya ita buat cam mana tang rintik2 dia tu kan.. jawapannyer gunakan straw tapi yg besar sikit bulatan straw tu..
Terima kasih kepada tuan empunyer resepi Cik Izah kita oppss.. Puan Izah lah... minta izin tuk share kat sini pulak lah ye!

MyKitchen's Recipe

AGAR-AGAR RINTIK SANTAN
by:  Izah

Bahan A

1/2 sudu besar agar2 serbuk
250 ml santan
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
Bila agar2 sudah keras, potong kiub kecil2 dan ketepikan.

Bahan B

1/2 sudu besar serbuk agar2
500 ml air
100 gm gula merah *boleh tambah gula biasa untuk lebih manis
1 sudu besar tepung kastard *bancuh dengan 2 sudu besar air
2 helai daun pandan *optional

Masak air , daun pandan dan gula merah sehingga hancur. 
Masukkan pula agar-agar dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard.
Masak hingga mendidih. Tuang ke dalam loyang.
Kemudian masukkan agar2 yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar2 B.
Sejukkan dan hidangkan.


TOFE GORENG

Pasta Di Qualita... hahaha kita cakap Itali pulak hari ni... hihi bantai semacam aje..
Apa ye,  nama benda alah pasta yg macam siput  ni... huhu ita tak tau lah namanyer apa??? kat plastik beg dia tu tulis Tofe.. ye kot namanyer Tofe bantai je lah labuuuu....


Selalu kalau buat pasta goreng cam ni ita guna spagati atau macaroni. Tapi kali ni ita nak cuba guna yg macam siput ni pulak. aiiii Dalili lah ni.. masa gi market hari tu dia dok capai benda ni.. dia kata pernah makan kawan dia bawa bekal ke sekolah sedap! tapi ita tak tau lah yg mak kawannyer tu masak cam mana?? yg ni ita buat ikut resepi Chef Hanieliza. Sedap jugak! Resepi Chef Hanieliza menggunakan penne. Ita tukar dgn tofe lah pulak! tapi macam biasa ita ni akan jakun sikit... hihi jakun banyak sebenarnyer sebab benda ni licin bila lepas di rebus.. hihi

Mula2 dia kecik2 aje.. bila dah rebus dia besar... oiii... tu yg jakun tu pulak tu tgk comel pulak kan... Ni kalau buat sup pun sedap kot! hihi memandai je kan.. eh! tapi kata orang tak cuba tak tau! sekali cuba mana tau.. tak kering mangkuk asyik menambah je.. lah pulak!


Sesekali makan cam ni pun best jugak! masaknyer mudah, cepat dan simple aje.. rasanyer pun pasta tak mengemukkan kan?? boleh lah makan selalu.. hihi

Ita masak awal sebab anak2 dah balik maknyer sibuk sikit... pagi perut semua kena isi dulu.. jadi kalau pagi dah makan berat sikit cam ni tengahari tu lambat lah sikit nak kedapur... atau ita terus aje buat minum petang... hahaha dah skip satu menu tengahari... jimat sikit.. >__<

Adoi! kalau tak ita ni dok dapur aje leeee.. jawabnyer... Budak2 tgh naik ni... mmg kuat makan lagi2 budak lelaki.. Yg seronoknyer Dalili, berselera aje dia makan bila abg2 dia dah balik.. kalu tak payah nak ajak makan.. kalau makan pun sikit aje.. ita lagi lah seronok tgk anak2 makan..


 MyKitchen's Recipe

TOFE GORENG
by: Chef Hanieliza

500 gm penne - ita tukar tofe
300 gm udang
5 batang sosej - ita tukar isi ketam - dipotong
10 biji cendawan butang - potong kecil dan nipis
5 biji buah tomato - dipotong dadu - ita guna chery tomato
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji capsicun hijau - potong panjang
1 biji capsicun merah - potong panjang
300 gm brokoli - ita tak letak
3 sudu makan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan lada hitam - kisar
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Rebus penne atau tofe hingga lembut dan toskan airnyer - ketepikan
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi dan layur.
Masukkan udang dan soseg. Ita masukkan isi ketam. Goreng hingga masak
Masukkan penne atau tofe, brokoli, tomato, cendawan butang, sos cili, sos tomato, lada hitam dan garam secukup rasa dan gaul rata.
Tutupkan api. Masukkan capsicum merah dan hijau dan kacau rata.
Sedia di hidangkan



Ita tinggalkan anda dgn Tofe Goreng ni ye! ita nak keluar dulu.. selamat menjamu selera! @__<

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH

Assalamualaikum...

Semalam ita buat bubur putih bubur merah. Biasa kalau orang buat bubur putih bubur merah adalah sebagai tanda kesyukuran kalau kat Johor lah kan... tapi tu orang dulu2 lah macam mak2 kita.. Kalau buat bubur putih bubur merah ni teringat masa zaman kecik2 dulu. Setiap kali ulang tahun kami adik beradik mak ita pasti akan buat bubur putih bubur merah. Selalu mak akan hantar kat surau dan rumah2 jiran ini sebagai tanda kesyukuran yg anak nyer masih panjang umur... dan semoga dapat melalui masa hadapan yg penuh dgn hitam putih kehidupan.... hihi yg tu ita tambah...


Tak tau lah kenapa di panggil bubur putih bubur merah.. sebab sebenarnyer warnanyer tak merah pun tapi cekelat... patutnyer bubur putih bubur cekelat.. haha
Dalili paling suka makan bubur putih bubur merah ni.. tapi dia dok makan yg merah aje sebab manis yg putih tak mau... sebab masin... Dalili ni mmg suka makan apa2 kuih yg buat dari pulut.. janji ianyer manis.. ni mmg mek Kelate ni...


Hari ni jugak sebenarnyer mak dan bapa ita akakan berangkat menunaikan umrah. Rombongan mak, bak, kakak dan adik ita akan berangkat hari ni lepas Zohor. Di harap semoga segalanya  berjalan dgn lancar tampa sebarang halangan. Dipermudahkan segala urusan dan memperoleh segala rahmat dari Nya..

Besarlah  harapan agar  kepulangan mereka  nanti.... membawa seribu rahmat...  menjadi insan2 yg kamil. Sentiasa melaksanakan rukun islam yg lima dgn sempurna dan menjadi hambanyer yg sentiasa bertakwa kepada Allah. Semoga setiap sujud dan doa yg di panjatkan mendapat reda dari Nya...


MyKitchen Recipe

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH
by: ManjaSayang My Resipi

Bahan-bahan ( 5-6 org )

300 gm beras pulut-di cuci bersih
4 ketul gula melaka-di masak dgn 1 mangkuk air n di tapis
200 ml-1 kotak kecil santan
2 sudu mkn gula pasir-optional
1 sudu teh garam
4-5 helai daun pandan
Secukup air utk tanak pulut

Tanak pulut dgn secukup air hingga kembang dan masukkan juga daun pandan.
Masukkan santan,masak hingga sebati dan asingkan 5 senduk pulut ke dlm mangkuk n tambah garam ke dlm(mangkuk)kacau rata.
Masukkan gula melaka ke dlm pulut selebih nya kacau rata,kalau kurang manis tambah gula pasir.
Apabila sudah masak sendukkan bubur pulut merah tadi ke dlm mangkuk dan senduk sedikit bubur pulut putih bubuh di atas nye.Dah siap utk di santap.

May 30, 2011

APAM YOGURT

Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Dah sarapan ke??
Apa kata kita intai menu ita ni. Yang ita rasa sesuai juga kalau di buat sarapan atau kudapan anak2 sepanjang cuti ni... Al maklumlah anak2 ni kalau dok rumah sepanjang hari perut diorang ni memang sentiasa aje lapar.. kalau ada apa2 yg boleh diisi untuk dikunyah.. tak lah diorang tu meragam sangat kan??


Apam ni, dia tak perlu di makan dengan kelapa  kerana ia rasanyer sesuai makan cam tu aje.. Amat sesuai jugak kalau kita buat untuk majlis kenduri kendara atau rumah terbuka.. boleh juga sebagai buah tangan untuk majlis2 anak2 kat sekolah mereka.

Selain warna putih dan coklat boleh juga kalau nak letak colour lain dan perisa lain. Warna yg menarik akak menambat selera anak2.. lagi2 kalau kanak2 sekolah rendah pasti semua berebut nak dapatkan sebijik apam yg comel2 ni.


Apam ni ita masak dalam paper cup. Kalau masak dalam acuan lompang tu ita tak pastilah kan dia mekar ke tak?? biasa apam yg mekar cam ni memang nak masuk dalam paper cup barulah ia akan mekar sejambak. Tapi kena pastikan juga kukusan tu betul2 panas dan airnyer benar2 telah mendidih.


MyKitchen Receipe

APAM YOGURT
by :  Rima
Sumber : Izah 

2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.

May 29, 2011

MANCHESTER UNITED CUP CAKE dan...... dup! dap! dup! dap!

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu...
Lambat sikit bersiaran hari ni kerana beberapa faktor ke busyan yg tak dapat di elakkan....
Adoiiiiii.... semalam kenangan yg tak dapat di lupakan... kata orang "Hari ini dalam Sejarah..." memang tak di sangka2 dan tak terduga2 ita berjumpa dgn idola pujaan.. terkedu sebenarnyer tak tau nak cakap apa?? terkejut pun ada terkujat2 pun ada... hahaha


Nak dijadikan cerita.... semalam masa nak buat cup cake ni ada beberapa bahan yg habis lah pulak kat dapur... Ita apa lagi gi lah ajak suami ita gi kedai jual barang kek dan kuih muih yg pernah ita beritahu selalu tu kan... Masa dalam kereta lagi Dalili asyik mengusik maknyer ni... aiii.. siapa lagi lah kawan mak yg mak akan jumpa hari ni...

Sampai kat kedai tu.. ita nampak ramainyer orang.. pulak parking punyerlah susah, ita turun dulu dgn Dalili.. suami ita gi cari parking... dalam kedai pun Dalili asyik nyakat maknyer kejap2 dia cuit bahu ita.. berlakon lah pulak anak dara ni... sambil berkata " akak ni kak azlita masam manis ye... hihi " nak kena budak ni tau....


Tiba2 ada suatu suara menyapa dari belakang... adoiii... terkejut betul kali ni... makkk aiii... nasib baik tak melatah... ooopocottt!!!
Yaaa.. Allah ita memang cakap sunguh ita memang tak kenal... gerangan jejaka ni... peramah sunguh dan memang nampak sangat mesra orangnyer... sebagaimana kita membaca celotehnyer dalam blog begitulah orangnyer di luar... tak sangka jejaka yg berdiri dihadapan ita ni adalah idola masakan yg selalu ita dok bayangkan gerangan siapa tuan empunyer Teffin Biru tu...


Sekarang dia berdiri di hadapan ita... adoiii... melayang rasa angan2 ni bagai bertemu dgn penyanyi pujaan hatiku.... rasa nak melonjak tapi, malulah pulak...!! Terima kasih CMG kerana tegur akak hari tu.. kalau CMG tak tegur akak sampai kesudah akak masih mencari siapa tuan empunyer dapur yg tiada sempadan.. memang seronok... sampai sekarang akak masih tersenyum sendiri... macam mimpi pulak...!!


Terima kasih sekali lagi kerana telefonkan kak Ummi, waaaaaaa...... dapat pulak bercakap dgn seorang lagi insan yg ita minati dan selalu ita dok bertunggu tangga kat dapur tuan empunyer Home Sweet Home..  adoiiii... mimpi apa ye ita semalam... rasa macam tak de mimpi apa2... tapi macam tak percaya... je... kak Ummi yang peramah juga.... seronok bersembang dgn kak Ummi walaupun sekejap cuma.. sebenarnyer macam nak borak lama ... tapi hihi ita ni malu sebenarnyer... lagi pun telepon CMG takut pulak kang kena extra charge... hihi... @___@

Besarlah harapan agar suatu hari ita akak dapat bertemu semula dgn bloger2 yg memag ita kagumi, senangi, minati.... akan bakat seni masakan yg mengalir dalam diri mereka... sukur sangat dapat jumpa... apalagi kalau dapat berguru...

Ok lah kita lupakan sekejap cerita "umpama mimpi dalam mimpi " ita tu... kita beralih pulak pada CC yg ita buat hari ni.. kali ni ita guna fondant. Mancester cup cake ni ita masih lagi menggunakan resepi kek Coklat Chef Zubaidah. Tak taulah kan sebab ita suka sangat kek ni kerana ia lembut dan sedap dimakan bila kita letakkan buttercream atau ganache coklat atas nyer.. memag  cukup serasi.


Oh ye! ada yang tanya hari tu kat FB ita belajar buat kek kat mana?? sebenarnyer ita tak de belajar kat mana2. Ita suka memerhati orang buat. Kalau  ita jalan kat Jusco ita boleh berjam2 dok membelek kek kat kedai kek.. hihi  lagi satu ita suka tengok kat You tube... kat situ macam2 dia ada ajar.. tak lupa juga ita suka tengok kawan2 kita kat blog dan Fb buat... macam2 idea dan kreativiti yang mereka ada... bakat anugerah Allah yg tiada nilainyer...

Oh! ye ada juga yg bertanya macam mana cara nak letakkan faoudant dekat cake. Ok rasanyer sama aje cara nak letakkan fondant kat kek atau kat cup cake. Ok kat bawah ni ita tunjukkan cara bagaimana ita ketakkan fondant pada cup cake... rasanyer mudah aje..


Mula2 kita sediakan fondant yang telah kita corakkan mengikut kreativiti masing2. Atau kita boleh juga gunakan edible imej.
Sediakan cup cake secukupnyer . Untuk resepi cup cake ni boleh rujuk di sini
Sediakan juga buttercream. Untuk resepi buttercream boleh rujuk di sini


Jika cup cake tu terlalu tinggi potong permukaannyer dgn  menggunakan pisau supaya permukaannyer rata. Kemudian sapukan dgn buttercream. Ratakan permukaannyer dan simpan dalam peti ais hingga keras.
Canai fondant dgn menggunakan roller dan potong ikut saiz permukaan cup cake. Letakkan atas cup cake tadi.
Kemudian letakkan fondant yg telah kita corakkan tadi atasnyer. Untuk melekatkannyer boleh lah gunakan air. Calit sedikit sahaja air dan lekatkan.
Jika gunakan edible imej, tak payah letak air. Tepekkan sahaja atas buttercream tadi dan kemudian letakkan buttercream dgn bentuk yg menarik di sekeliling edible imej tadi... mudahkan!

May 28, 2011

CONGO BARS

Assalamualaikum....

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Minggu ni minggu yg paling sibuk. Minggu cuti penggal persekolahan bermula. Tentu pelbagai aktiviti yg telah dirancang sepanjang cuti persekolahan ni. Mana anak2 yg tinggal di asrama pun sudah mula pulang ke rumah. Sepanjang cuti ni tentulah riuh rumah dgn suara gurau senda anak2 dan gelagat yg sentiasa menghiburkan hati.


Disamping itu pelbagai menu untuk keluarga juga sudah dirancang. Macam2 yang nak di masakkan untuk anak2. Lebih2 lagi bila anak2 yg berjauhan. Lagi lah... ligat pelbagai menu berlegar2 dalam kepala. Rasa semuanyer nak di jamu pada insan2 yg dikasihi ni...

Anak2 ita masih belum pulang lagi. Semuanyer pulang lewat, kerana ada kelas tambahan memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan tahun ni. Harap2 biarlah semuanyer berjalan lancar dan selamat.

Ramai juga yang mengambil peluang cuti2 begini untuk pulang ke kampung. Bertemu sanak-saudara dan kaum keluarga. Dah lama jugak ita tak balik kampung. Tahun ni mungkin tak balik. Sebab sibuk uruskan anak2 yg nak ambil exam. Nasib baik MIL dan FIL faham... beruntung jugak ita kerana dapat keluarga mertua yang sentiasa memahami dan tak pernah memaksa. Insyaallah bila segala urusan anak2 selesai... barulah kami akan pulang...


Minggu ni juga, ramai yg merebut peluang untuk mengadakan majlis perkhawinan. Ita pun banyak jugak dapat jemputan. Jiran ita ni ada 2 keluarga yg akak mengangurkan majlis perkhawinan. Nasib baik tarikh lain2. Mudah lah sikit  jiran2 nak rewang.... hihi adalagi ke rewang sekarang ni.. memandangkan zaman dah serba canggih ni orang lebih suka ambil catering aje kan... mudah dan ringkas..

Eh! panjang nyer celoteh pagi2 ni... Sebenarnyer ita nak masukkan Congo Bars yang ita buat semalam. Rasa2 ramai yg dah buat. Resepi yang sangat mudah dan simple ni... rasanyer pun sangat sedap dan rich dgn rasa coklat. Sangat sesuai untuk menjamu tetamu. Boleh juga di jadikan door gift untuk majlis keramaian. Resepi macam biasa ita ambil dari dapur Rima. Terima kasih Rima for sharing this wonderful recipe. Kita boleh guna 2 kaedah untuk buat congo bars ni. Boleh guna mixer atau gaul guna whisker aje pun boleh!


 MyKitchen's Recipe

CONGO BARS
by: Rima

Ingredients
2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened - I used 150g Anchor brand butter
1 lb. light brown sugar (Oh my and thank you!) - I used 320g
3 eggs
1 tsp vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - I used 250g chopped valrhona (55%)
1 cup chopped pecans (optional) - I didnt use.. dont feel like it

By mixer
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170C for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake!


315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

May 27, 2011

PUDING KIWI... alamak salah resepi lah..!!

Semalam masa dok belek2 majalah Jelita, ita ternampak lah resepi puding Kiwi kak Nor ni. Kebetulan ita nampak ada 2 biji buah kiwi tergolek2 dlm peti. Buah kiwi ni mmg kegemaran suami ita. Dah lama nak buat puding ni tapi kalau beli buah kiwi mmg umur tak panjang. Kali ni sebab buah kiwi ni masam sikit tu yg ada slow sikit nak habiskan.. hihi


Ita pun mula lah nak mengodek2 kat dapur... tapi bila baca balik resepi dalam majalah tu.. eh! apasal lain macam aje resepinyer... 2 tiga kali belek... last2 ambil teropong....  mmg sah! ni bukan resepi puding kiwi....  ni resepi Kiwi Panana Cota mungkin pihak penerbitan tersalah edit resepi dalam majalah tu... nasib baik ita perasan sebab ita pernah baca resepi puding ni dan dah pernah buat Panana Cota.. aii... kak Nor kena announce kat member2 takut ada yg terikut resepi dalam majalah tu dah jadi lain pulak bila dibuat...

Berbalik pada resepi puding ni.. mmg sedap lah kan... bila terasa masam2 manis buah kiwi tu.. Tapi ita terlupa pulak  kak Nor sentiasa jaga kesihatan dan kurangkan gula dalam manisan... hihi cik abang kita pulak suka manis2... lain kali terpaksa lah ita tambah sedikit lagi gula.... tapi pada ita dah ok dah! cik abg kita aje yg kata kurang manis... uiii... tak takut kena potong kaki ke...!!

Puding kiwi ni memang sesuai sebagai pencuci mulut selepas makan, dan rasanyer sesuai juga untuk hidangan makan beradap di meja pengantin. Warnanyer yg lembut dan coraknyer yg cantik memang memikat kalbu.

Resepi ni terpaksa lah ita copy dari dapur kak Nor.. hihi sebab dalam majalah tu tersalah edit pulak! Ita minta izin dari kak Nor ye tuk tepek resepi ni kat sini pulak...

MyKitchen's Recipe

PUDING KIWI
by: Kak Nor

5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan

Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.

APAM PISANG CHOCMILO

Assalamualaikum...

salam di pagi Jumaat..
Hari ni tak boleh nak bebel panjang lebar kerana banyak urusan yang menanti. Dah masuk ujung bulan2 ni macam2 nak kena jelaskan segala macam bill... air, api, telefon.. dan yg sewaktu dengannyer. Kejap lagi ita nak keluar. Nak gi bank, pas tu gi pasar nak beli barang sikit, barang dapur pun banyak yg dah habis.. Minggu depan anak2 balik lagi lah bertambah sibuk maknyer di dapur..


Semalam dok belek2 gambar kat comp, baru perasan yg pic ni tak masukkan lagi.. hihi ita buat dah lama dah rasa apam ni.. rasa2 masa sibuk tenet buat hal hari tu..uuuuu lama tuuuu... rasa pun dah tak berapa nak ingat. Yang ita ingat ita buat dua versi, setengah adunan di kukus dan setengah adunan lagi ita bakar. Rasa2 dua2 pun ok! cuma lain kali ita kena kurangkan garam kepada 1/2 sudu kerana terasa masin sikit.


Resepi ni dari kenalan di FB, Zuriana. Rasa2 banyak jugak resepi dari Zuriana yg ita dah cuba. Resepi kali ni ita skodeng dari dapur Noorsha lagi. Kepada Noorsha akak minta izin CNP kat sini pulak lah ye! Terima kasih juga pada Zuriana yg sudi berkongsi resepi.

MyKitchen's Recipe

APAM PISANG CHOCMILO
sumber : Noorsha

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan milo
1 sudu makan koko
1 sudu teh garam
1 biji telur - pukul sedikit
1 cawan minyak -
1 cawan gula perang @ gula halus -
1 cawan pisang lenyek
1 sudu makan susu cair @ susu segar (optional)
coklat chip secukupnya
hirisan pisang untuk hiasan

Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Ayak bersama tepung gandum, soda bikabonat, baking powder, milo dan serbuk koko. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, minyak @ butter cair, gula, dan susu. kacau hingga larut.
Masukkan bahan ayak ke dalam campuran puisang tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh. 
Taburkan coklat chip di atasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit.

May 26, 2011

NASI GORENG HIJAU

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... uik!!! pening2 ini blog sudah pening... N3 yg hilang dah masuk balik... huhu jangan kata aik! mcm pernah nampak aje... awat di ulang tayang... sebenarnyer blog ni dah mula meroyan... jadi kepada yg pernah terperasan N3 asam pedas daging tu tadi mmg dah pernah ada dlm blog Masam Manis ni... ita dah masukkan lama dah tapi pagi ni dia masuk balik setelah ghaib beberap hari.... harap makhlum ye!... hihi


Dah sarapan ke??
sarapan apa?? eh! terkepoh sekejap...
Hari ni ita buat nasi goreng aje untuk sarapan pagi ni. Biasa semua suka makan nasi goreng kan? nasi goreng memang sesuai untuk hidangan pagi atau makan malam. Boleh dikatakan ita sekeluarga memang pengemar nasi goreng.


Tapi nasi goreng ita hari ni, Nasi goreng hijau. Nasi goreng ni hijau bukan lah disebabkan kita bubuh pewarna atau letak air daun pandan... Sebaliknyer ita gunakan cili hijau. Kalau buh cili api pun ita gunakan cili api yg warna hijau. Itu lah yg menjadikan nasi goreng ni bewarna hijau.

Rasa dan cara membuatnyer sama aje macam nasi goreng yang biasa kita buat tu. Cuma tukar cilinyer aje.. Sekali2 kita berubah penampilan untuk tambah menarik dan lebih memikat apa salahnyer kan... Sekurang2nyer ia menambahkan lagi selera ketika kita berada di meja makan.


Jom kita ke dapur kita intai2 menu yang ringkas dan paling simple cara penyediannyer ni. Cepat di masak dan sedap dimakan..

MyKitchen's Recipe

NASI GORENG HIJAU

4 cawan nasi sejuk - diperoi
2 biji telur - dikocok
1 gengam ikan bilis - digoreng
1 kiub ikan bilis

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
6 biji cili hijau
4 biji cili padi hijau
1 inc belacan

Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang di kisar sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan kiub ikan bilis biar ia garing sebentar. Kemudian ketepikan sedikit semua rencah ketepi kuali dan buatkan lubang di tengah, masukkan  telur, biarkan keras sebentar barulah di hancurkan dan digaul semula dgn perencah tadi hingga rata.
Masukkan nasi dan garam. Kacau hingga masak dan rata. Akhir sekali tutup api dan masukkan ikan bilis. Kacau rata. Siap untuk hidangan.

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualaikum...

Selamt pagi semua... Jangan ada pulak yg kata awalnyer ita masak hari ni... hihi ni sebenarnyer lauk yg ita masak semalam.. kira kalau nak mengendeng mmg dah tak de dah kan... semuanyer telah diproses.. khik.. khik..

Tapi mana lah tau kalau ada yg tgh pening kepala  mikir nak masak apa lah tengahari ni... kelur ikan masuk balik... keluar udang masauk balik... asyik kerja keluar masuk... keluar masuk dari peti ais... pintu peti ais tu pun asyik bukak tutup... bukak tutup ... pening... pening... tak tau nak masak apa???


Apakata cuba resepi yg sedap ni dari Chef Hanieliza, Asam Pedas Daging. Sedap tau! masa tumis lagi dah naik aroma lauk asam pedas ni dan membuatkan perut mula berkeroncong... tak sabar nak makan... emmmm.... sedapnyer bau diaaaa.....

Lauk ni simple aje penyediannyer tapi... mmg sedap lah ita lawan dgn ikan goreng, sambal belacan dan sayur goreng campur... makan panas walaweiii... mmg terangkat! Bau dia macam kita masak rendang tinggal lauk ni tak letak santan aje.. kalau letak santan letak kerisik dah jadi rendang... tu yg buatkan ia istimewa pada ita.. boleh lah kalau nak cuba untuk masak tengahari ni...

MyKitchen's Recipe

ASAM PEDAS DAGING
by : Chef Hanieliza

500 gm daging - dipotong kecil (ita guna batang pinang)
7 helai daun limau perut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong baji
1 kuntum bunga kantan - ita tambah
2 cwn air
1 cwn air asam jawa
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inc lengkuas
1 1/2 inc halia
3 btg serai
3 biji buah keras
1 inc belacan
4 helai daun limau perut - ita tambah
1 pokok daun ketumbar - ita tambah


Ita kisar sekali daun limau perut dan daun ketumbar bersama2 bahan kisar dan tinggalkan 3 helai daun limau perut untuk disiat2 dalam lauk.
Sekiranyer tidak menggunakan daging batang pinang, seeloknyer daging itu di rebus terlebih dahulu. Dan 2 cwn air tu gantikan dgn 2 cwn air rebusan daging.
Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula.
Masukkan air asam jawa, ita masukkan sekali kiub daging dan biarkan seketika sehingga daging masak dan empuk.
Kemudian masukkan daun limau perut, tomato dan bunga kantan. Biarkan reheh sehingga pekat dan pecah minyak.
Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.

May 25, 2011

An apple a day....

Hari ini ita masih lagi belajar dan terus belajar bagaimana untuk mendapatkan teknik food photographer yg baik. Banyak lagi sebenarnyer yg ita masih tak tahu.. dan cara yg terbaik adalah bertanya, membaca, mencari dan terus mencuba tampa rasa putus asa.


Hari ni ita belajar lagi satu teknik mengawal cahaya. Kadang kala kita dapat perhatikan gambar yg kita ambil over expose dan ada kalanyer terlalu gelap. Cahaya yg kurang ditambah pula hari hujan dan mendung amat menyukarkan proses untuk mengambil gambar. Masih banyak lagi yg perlu di pelajari...

Untuk mendapatkan satu studio mmg lah menjadi idaman setiap pencinta photo, tapi kosnyer bukanlah murah. Peralatan yg banyak itu juga memerlukan ruang khas untuk disimpan. Kadang kala kalau beli tapi tak tau guna pun rasanyer satu kerugian yg besar.. Oleh itu sebagai beginer, kenali setiap peralatan yg ada di sekeliling anda dan gunakan ia sebaiknyer... insyaallah kita juga akan dapat memiliki foto yg kita idamkan walaupun tak sebaik pro photographer. Kalau kita sudah mahir nanti barulah kita fikirkan kearah itu...


Untuk menyediakan mini studio di rumah bukanlah satu yg sukar. Apa yg di perlukan hanyalah sebuah meja kecil yg mudah dialih. Sebagaimana yg ita kata kan sebelum ini, studio ita sentiasa berubah2 mengikut cuaca dan mengejar cahaya. Kedua, ita perlukan 2 keping polystyrene board. Kalau tak de boleh gunakan kad dan balut dgn aluminium foil, atau boleh juga gunakan cermin, jalan terakhir boleh juga gunakan kertas lukisan putih atau A4 paper.

Selain itu ita juga menggunakan tripot, ini adalah untuk mendapatkan gambar yg sharp. Tapi mmg agak terbatas untuk kita mengambil dalam angel yg menarik. Jika punya sesiku yg kuat dan tangan yg tak gigil boleh lah lupakan tripot dan anda bebas untuk mengambil angel yg anda suka.

Lain2nyer hanya lah prop yg menjadi pilihan, seperti kayu, papan, kad board kain atau apa2 juga yg kita suka untuk jadikan prop.

CARA 1

Cahaya dari tingkap. Masa ambil gambar ni petang pukul 5. Keadaan cuaca agak mendung. Polystyrene bertindak sebagai reflector untuk mengawal cahaya,  membalikkan cahaya dan mengurangkan bayang. Kalau cahaya terlalu terang gunakan kad bord putih atau kertas A4. Kalau cahaya kurang terang gunakan cermin atau kertas aluminium.


Ini lah hasilnyer

CARA 2

Cahaya dari pintu. Masa dan cahaya dalam keadaan sama seperti diatas. Kedudukan ita ambil gambar di tempat mana ita letakkan tripod.

ini lah hasilnyer lihat bayang2 dapat dikurangkan.

Kalau kita menggunakan aperture tinggi bokeh effect kurang begitu juga sebaliknyer. ISO pula adalah tahap sensivity imej terhadap cahaya.  Kalau cahaya kurang kita tinggikan ISO supaya gambar lebih terang tapi jangan lupa pula untuk seimbangkan speed dan aperturenyer supaya dapat menghasilkan cahaya yg seimbang. 
Semakin tinggi ISO semakin banyak Noise. Semakin rendah ISO semakin sedikit Noise.

Hatiku.... hangussss...

Assalamualaikum....

Akhirnyerrrr........

Nafas seaakan tersekat... jantung berdegup kencang.. panik...!! peluh2 sejuk mula mermercik di dahi..... geram ada... bosan pun ada... mencinyerrr... pagi2 lagi dia dah buat hal.. Kenapa???? kenapa??? kenapa asyik nak buat hal aje.... abis ilang semua mood.. tensionnyer... Nak in tak boleh nak out pun tak boleh.. aduhhh... selama ni tak pernah buat perangai macam ni.. hari ni dia buat hal lagi...

Satu hari tak boleh nak buat apa... macam orang angau... beginilah panahannyer kalau kita terlalu menyayangi... dah kata jangan beri 100% tapi degil.. tak mau dengar cakap orang... terkebil2 mata melihat... tak boleh nak comment apa2.. hanya boleh tunggu dan lihat... kenapa kejam sangat... berilah aku peluang....

Habis semua laci ku selongkar... mana diaa.... mana dia... akan ku cari sampai dapat.... ini dia... kugengam kemas surat itu... ku baca setiap butiran yg tercatat di atasnyer.... ku angkat gangang telefon.. jari jemari ku pantas memicit setiap nombor... tutttt.... tuttttt... "hello.. " terdengar getaran nada suara ku yg seakan tersekat.. ku cuba menahan amarah... ku urut dada yg mula berombak kencang....

"Hello..." terdengar nada suara di hujung talian.. cukup lunak dan lembut suara itu.... siapa gerangan pemiliknyer......???
"TM NET... selamat pagi.... boleh saya bantu???"
"Cik, saya ada masalah dgn line tenet saya... saya rasa saya baru jelaskan bayaran minggu lepas.. boleh cik semakakan.. "
" oh! boleh... boleh puan berikan nombor ac puan...??"
"kami rasa tiada sebarang masalah dengan ac puan... semua bill puan, sudah di jelaskan.."
"tapi,.... kenapa saya tak boleh search tenet saya.."
"Puan beri kami sedikit masa... kami akan ctc puan sebentar lagi..."
"terima kasih"
kringggggg.... kringgggg....
"Maaf puan ada sedikit ganguan tadi... pihak kami minta maaf atas sebarang kesulitan... sekarang talian puan sudah pulih..."

fuhhhh!!!! legaa... seakan nak melompat setinggi yg boleh... yahoooooo!!!! dah boleh sign in... hahaha...


Jom kita layan puding caramel ni... resepi ita ambil dari dapur Hasue. Terima kasih Hasue resepi yg sangat sedap! lembut aje... sedap di makan kala tengah marah... hahaha dah sebuku ita bedalll... sebab nak sejukkan hati yang hangussss..  tadi....

Ita macam biasa kalau mood tak de... mood makan mmg lajuu... ngup ngap..! ngup ngap! mulut nak mengunyah... aje.... apa aje yg ada dalam peti semua ita bedal....jap eh! nak timbang kejap berapa kilo naik...


MyKitchen's Recipe

PUDDING GULA HANGUS
by:  emee@myresipi.com
sumber : HaSue

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sudu esen vanila

Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus (keperangan) keseluruhannya,tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan
Boleh juga cairkan dalam periuk. Bila dah cair masukkan 2 sudu air kacau rata pas tu tuang dalam bekas2 kecil yg menjadi pilihan.
Pukul telur sedikit sahaja, cukup sekadar kuning dan putih telur sebati. Pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata. Baru masukkan air.
Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi. Kukus sampai masak. Anggaran kukus tu dalam 45 minit.
Boleh juga gunakan kaedah bain marie / waterbath. Iaitu masukkan bekas puding tadi dalam bekas yg lebih besar yg telah diisi air panas. Bakarlah pada suku 170c selama 45-50 min bergantung pada kepanasan oven masing-masing 
Bila dah sejuk terlangkupkan.
Simpan dalam peti ais untuk rasa yg dingin.
*Gunakan telur ayam yang segar untuk membuat puding yang memerlukan telur seperti ini untuk mengelakkan bau hanyir telur.

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.