iklan

iklan floral cake

iklan ada

Saturday, April 30, 2011

ku mimpi oren...


assalamualaikum...

Cuti panjang kan minggu ni... masing2 ttu pulang ke kampung atau jalan2 makan angin dgn family. Ada juga yg melangsungkan perkahwinan.. hujung minggu ni... Selamat menempuh gerbang perkahwinan... menjalani kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri... semoga rumah tangga yg dibina kekal bahagia selamanyer dan dikurniakan cahaya mata... yg menjadi ahli syurga...


Kepada yg tak kemana2 tu maanfaatkan hari cuti ni untuk bersama keluarga... Ini lah masa terbaik untuk memupuk kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ita??? macam biasa... sentiasa bersama suami dan anak2, tapi minggu ni tak kemana2 rasa macam malas pulak nak berjalan... Dok rumah layan Dalili sambil masak dan kemas rumah. Petang2 ada jugak lah keluar pusing2 dan pergi makan2 tapi kat sini2 aje...


Lambat sikit bersiaran hari ni... maklumlah cuti kan bila anak2 dan suami ada ni.. malas pulak nak mengadap MB ni... seronok sembang dgn suami dan melayan keletah Dalili.. sambil2 ita dok melayan hoby baru ita ni... hihi


Hari ni ita buat Souffle. Sebenarnyer ita ni tak pernah pun makan Souffle ni tu yg terjakun cikit.. hihi tengok orang buat kita pun nak buat jugak... tapi bila dah rasa.. ok lah kan... dah dapat rasa dan dah tau apa rasanyer... tak lah jakun lagi... Buatnyer mudah cuma ita tersilap kerana letak penuh sangat so dia melimpah lah pulak... mula2 seronok bukan kepalang bila ia naik cantik sangat... Pas tu sebab naik terlalu tinggi dan tumpah lah ia... huhu sedihnyer... tap pe next time ita cuba lagi.. kata orang practise make perfect kan!


Orange Souffle ni rasanyer sedap jugak... tapi manis next time ita kena kurangkan gula dan ita kena buang tali pusat telur tu sebab ada sedikit rasa hanyir telur... Tapi bau orange tu mmg sedapnyer... suami ita mmg suka sangat sebab ia lembut dan macam castard sikit. Ita rasa kalau gantikan tepung jagung dgn castard tentu rasanyer ada sedikit macam puding caramel cuma yg ni tak de caramelnyer aje...


Tapi dia mmg cepat turun... sekejap aje dia dah terbeman... mula2 keluar oven ia naik pas tu sibuk kita baru nak deco2 aisey... man dah turun dah... cepat betulll...

Resepi ni ita ambil di SINI Tapi cantik kan dia punyer... ita punyer je yg tak jadi cantik... nanti kena cuba lagi... Kepada yg nak mencuba ita copy kan resepinyer disini ada yg di ubah mengikut kesesuaian kita....

My Kitchen's Recipe

ORANGE SOUFFLE

Ingredients
6 medium oranges (about 2 1/2 inches wide)
3 large eggs, separated
1/3 cup sugar PLUS 2 Tbsp sugar, and more for sprinkling
3 Tbsp cornstarch
1 cup freshly squeezed orange juice
1/4 cup milk [not skim]
2 tsp freshly grated orange zest
1 Tbsp Grand Marnier liqueur OR defrosted orange juice concentrate
Pinch of salt
Powdered sugar, to serve

Method
Cut off the top part of each orange (about 3/4-inch) and a tiny sliver from the bottom so the oranges can stand straight. Using a microplane grater, grate the zest from the top part. Reserve 2 teaspoons for this recipe, then freeze the rest for another use. Empty the orange shells with a grapefruit spoon (making sure not to pierce the skin). Press the orange flesh through a strainer. Measure out 1 cup of juice for this recipe. Set orange shells on a large baking tray.

Preheat the oven to 375 degrees F. Dry orange shells if damp and lightly grease the insides with softened butter. Sprinkle bottoms and sides with excess sugar. Shake out extra.

Separate the eggs. In a medium bowl, whisk the egg yolks with the sugar and cornstarch until smooth. Whisk in the orange juice and milk. Place the mixture in a saucepan and heat over medium heat while stirring constantly until it thickens. Remove from the heat and add the zest, Grand Marnier, and salt. Let cool completely.


Using an electric mixer, whisk the egg whites until they hold soft peaks, then gradually add the 2 tablespoons of sugar and keep whisking just to stiff peaks. Fold 1/4 of egg whites into the orange custard to lighten, then add the custard mixture to the egg whites and gently fold in until fully incorporated. Fill the orange skins just to the top with the mixture. Flatten the tops with a spatula. Use your finger or a damp cloth to wipe clean the rim of the orange skins. Bake for about 20 to 25 minutes, or until puffy and golden on top. Sprinkle with powdered sugar and serve immediately.



ORANGE SOUFFLE
Terjemahan oleh : Azlita Masam Manis

6 biji buah oren - sederhana besar
3 biji telur - diasingkan kuning dan putihnyer
1/3 cwn gula + 2 sudu besar gula + sedikit gula untuk taburan
3 sudu besar tepung jagung
1 cwn - jus oren
1/4 cwn susu 
2 sudu kecil parutan kulit orange
1 sudu besar - Orange Sunquick
secubit garam
Gula ising - untuk tabur waktu dihidangkan


Potong tapak oren untuk memudahkan oren diletakkan. Potong atasnyer lebih kurang 3/4 inc. Parut potongan tadi untuk mendapatkan 2 sudu kecil parutan kulit oren. Dgn menggunakan sudu cungkil keluar isi oren dgn berhati2 tampa mencederakan kulitnyer.  Dan perah jusnyer untuk mendapatkan 1 cawan jus oren. Keringkan kulit oren dan leserkan dalam oren dgn sedikit butter. Taburkan kulit oren dgn gula hingga ke tapaknyer. Susun atas dulang pembakar.
Dalam satu mangkuk, satukan kuning telur , tepung jagung dan gula. Kacau rata dgn menggunakan whisk hingga lembut. Masukkan jus oren dan susu dan kacau rata. Masak atas dapur dng api perlahan dan sentiasa kacau sehingga ia pekat. Tutup api dan masukkan parutan kulit oren, oren sunquick dan secubit garam. Biar kan ia sejuk sepenuhnyer.

Dgn menggunakan mixer pukul putih telur hingga gebu. masukkan 2 sudu besar gula dan pukul lagi hingga adunan kental dan bertanduk.  Ambil 1/4 dari adunan putih telur dan campurkan dalam castard oren tadi. kacau secara kaedah kaup balik hingga sebati. Tuangkan semua adunan castard oren ke dalam putih telur dan kacau dgn kaedah kaup balik mengunakan spatula sehingga adunan bergaul sempurna. 

Masukkan adunan dalam kulit oren. Letak 3/4 penuh ratakan permukaannyer. Panaskan oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau sehingga permukaan souffle kuning keemasan. taburkan gula ising bila ingin menhidangkan. Hidangkan segera.




Friday, April 29, 2011

MEE HOON SOTO

dah makan tengahari... Hari panas2 cam ni nak makan nasi macam tak de selera jae.. tekak ni kan nak makan yg sejuk2 aje... rasa macam nak mandi air batu pun ada... hihi

Hari Jumaat kena masak awal... sebab nanti suami ita balik nak sembahyang Jumaat. Pas tu nak makan dulu.. sebab lepas sembahyang terus gi kerja semula. Dalili masuk lewat sikit kalau hari Jumaat. Hari ni ita buat Mee Hoon Soto. Ini fav ita.. dulu kini dan selamanyer...

Kalau kat Johor Mee Hoon Soto ni mmg popular. Selalu jadi hidangan tuk sarapan pagi... tengahari... atau makan malam.. Juga selalu dihidangkan untuk hari keramaian.. seperti Hari Raya, rumah terbuka... kenduri kendara atau apa2 acara yg sewaktu dengannyer...


Kalau kat Kelantan ita rasa ia di pangil mee air... betul atau tak tak pasti tapi itulah gelaran yg selalu ita dengar dari mulut MIL ita... rasanyer lebih kurang sama cuma kalau di Kelantan ia lebih mirip pada mee sup di Johor. Tempat makan yg paling ita suka makan kalau kat Kelantan ialah kat kedai pokok bunga kertas. Sebenarnyer.... kan,  ita tak tau nama kedai tu tapi ita panggil aje kedai pokok bunga kertas sebab kedai tu banyak tanam pokok bunga kertas... hihi memandai2 betul ita ni...

Jom lah layan Mee Hoon Soto petang2 ni... ita terpaksa mintak diri dulu banyak kerja yg menuggu.. kalau asyik dok depan MB ni nanti semua kerja rumah tak siap! hihi

MyKitchen's Recipe

MEE HOON SOTO

bawang merah
bawang putih
halia
sedikit lengkuas
kunyit
serai
(blend semua bahan di atas - bahan2 ni tiada sukatan khusus ikut la berapa banyak kita nak masak agak2 aje la ye...)

rempah tumis (4 sekawan)
rempah soto
sup bunjut
Kiub ayam
2 sudu santan
garam secukup rasa
2 sudu kerisik
1 ekor ayam - ayam ni terpulang pada kita kalau nak potong kecil2 pun boleh atau nak rebus seekor pas tu siat2 pon boleh ikut citarasa tukang masak..


Tumiskan rempah tumis dan bahan yg diblend sampai garing kemudian masukkan rempah soto yg dibancuh bersama sedikit air. Masak lagi sampai garing. Bila dah garing masukkan air. Tunggu hingga kuah mendidih pas tu masukkan ayam. Rebusan ayam  tadi hingga empuk. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam biar sampai didih. Pas tu barulah masukkan garam secukup rasa. Boleh lah dikeluarkan ayam untuk disiat2 isinyer. Kalau dah potong kecil2 tak payah lah siat lagi. Kemudian masukkan kerisik dan santan. Biar kuah mendidih sekali lagi. Siap untuk hidangan.

Mee Hoon Soto ni di makan bersama bahan2 dibawah

Mee hoon - dicelur
taugeh
kacang goreng
daun sup n daun bawang
bawang goreng
cili kicap
klu suka masam boleh perahkan sedikit limau

STRAWBERRIES PANNA COTA

Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat penghulu segala hari... Maanfaatkan hari ni sebaik2baiknyer dgn zikir dan amalan2 yg mulia...

Pagi semua... Jangan mare ye.. pagi2 ni dok tayang Panna Cota pulak!.. Sebenarnyer ita buat semalam dah habis pun tapi tak sempat nak masukkan N3 kerana semalam  sibuk sangat. Banyak sangat urusan bila dah masuk penghujung bulan. Semua bil2 kena di sattelkan... bil airnyer... bil apinyer... bil tepon nyer... tu tak termasuk lagi bayaran keta, rumah dan yg sewaktu dgnnyer.. pulak kounter semua penuh dan beratur pun panjang berjela... dgn cuaca yg panas... Ya Allah mmg penat sangat semalam...

Ala malas lah nak cakap banyak2 rasa penat sangat hari ni... macam nak berguling2 aje atas katil... dapat terlelap sekejap pun jadilah kan... Ok lah berbalik pada resepi Pana Cota yg dah menjadi satu desert kesukaan ita dan suami. Ita masih lagi mengunakan resepi dari Gert sebagaimana yg ita buat hari tu... tapi kali ni ita beri sedikit kelainan pada Panna Cota ni.. tak taulah kan masih kah ianyer sesuai di gelar Panna Cota.


Sebenarnyer kita boleh pelbagaikan resepi ni dgn pelbagai cara mengikut kreativiti dan idea masing2. Asalkan ianyer tidak lari dari rasa asal.. kali ni ita cuba gunakan strawbery dan ita campurkan sedikit jelly konyaku.. untuk sedikit kelainan. Rasanyer mmg sedap! ditambah lagi warnanyer yg sangat menarik. Ita rasa ianyer sangat sesuai sebagai hidangan di meja mempelai juga. Kepada yg akan mendirikan rumahtangga penghujung minggu ni apa kata ita cadangkan ini sebagai salah satu hidangan di meja pengantin ketika makan berdamai... ok kan??

Ok ita masih lagi kekalkan resepi asal... terima kasih pada Gert.. "it is awesome" dan ita mmg dah jatuh hati dgn resepi ni sebenarnyer dan rasa macam hari2 nak makan... wah!..
Ita tambahkan sedikit jelly konyaku segera... tapi ita buat cair2 supaya ia tak keras kerana nak disamakan dgn Pana Cota ni yg sememangnyer sangat lembut. Susu pula ita gunakan Strawbery fresh milk. Tapi buat Strawbery Panna Cota ni kena sabar sikit kerana ia ambil sedikit masa. Ita tuang selapis lapisan susu dan simpan dalam peti ais selama 4 jam supaya ia keras kemudian baru ita tuangkan pula potongan strawbery dan jely konyaku perisa strawbery juga di atasnyer. Kemudian tuang semula susu dan sejukkan semula begitulah seterusnyer. Bila nak hidangkan barulah ita letakkan puri strawbery diatasnyer... mmg syok!..


MyKitchen Recipe

STRAWBERRIES PANNA COTA
Adaptasi dari resepi Adaptasi dari resepi MANGO PANNA COTA
by: Gert

7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree
 

Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom. 
Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan. 
Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved. 
Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.



STRAWBERRIES PANNA COTA

7 gm gelatin
3 camca besar air
2 1/2 cwn strawberries fresh milk
1/4 cawan gula halus
1 camca teh esen strawbery - klu tak de tak apa
6 biji strawbery - dipotong dadu
6 biji strawbery - dikisar untuk purinyer



Sedikit jelly konyaku segera - buat ikut cara pada peket jelly konyaku cuma lebihkan sedikit air supaya mendapat tekstur yg lembut.

Bancuh galatin bersama air hingga larut
Masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
Angkat susu dari api dan masukkan esen strawbery serta larutan galetin.
Tunggu sehingga sejuk sedikit dan tuang 1/2 dalam gelas lutsinar.
Masukkan dlm pet ais selama 4 jam.
Letakkan kiub strawbery dan jelly konyaku, dan tuang semula baki susu dan simpan dalam peti sejuk semalaman
Bila telah keras letakkan puri strawbery diatasnyer. Makan sejuk2 memang best!

Thursday, April 28, 2011

PEACH CREAM CHEESE BUTTER CAKE

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
Pagi ni cuaca di Johor Bahru cerah... tak tau lah kan kalau disebelah petangnyer hujan pulak.. Biasa cam tu lah kalau pagi cerah petang akan hujan..

Hari ni ita buat kek lagi.. aii... tak jemu2 tuan rumah ni makan kek. Sebenarnyer masa ita gi jln kat Jusco sementara tunggu Dalili tusyen. Suami ita capailah setin buah peach. Dia kata dah lama tak makan peach, dan minta ita buatkan some thing yg berasaskan buah peach. Dalam kepala otak ni dok terbayang puding roti peach kat rumah kak Nor aje.. ita pun capai roti sekali konon2 nak buat puding tu..

Pagi, bila buat blogwaking, rumah yg dituju pasti lah rumah Yatie.. kebetulan ternampak Yatie masukkan N3 baru. Waaaa.... ada peach kek.. idea yg menarik ... macam tau2 aje Yatie ni ita mmg tgh cari some thing yg boleh ita buat dgn buah peach dlm tin ni.. ibarat kata orang pucuk dicipta ulam mendatang... ita terus lah angkot macbook ita kedapur... hihi senang kerja.. tak yah nak copy and print... Mulah lah operasi mengodek2 kat dapur... hihi


Kebetulan semua bahan ada didapur.. operasi pun bejalan lancar. Buat kek ni pun tak cerewet, mudah dan ringkas aje... Lepas siap adunan terus bakar. Selepas 45 minit bakar ita tutup atas kek dgn aluminium foil supaya buah peach tu tak hangus.. tapi masa buat kek ni ada pulak member tepon dok sembang2 terlupa tgh bakar kek.. mungkin oven tu panas sangat dan kek sedikit merekah di permukaannyer... tapi tak menjejaskan tekstur kek yg sememangnyer sedap!

Kek ni dia basah2 sikit.. dan dikawasan yg kita letakkan peach tu juga sedikit lembab kesan dari kandungan air dari peach tu... Tapi rasanyer sedap! lembut dan moist.. sebab dia menggunakan cream cheese tu yg membuatkan rasanyer sedap dan lembut. Kek ni kira macam kek asas, dan kita boleh tukarkan buah2an dlmnyer dgn apa2 buah yg kita suka contoh macam blueberry, raspberry, strawberries, apple, atau apa2 buah yg kita suka.. boleh juga letak filing blueberry atau strawberries sebagaimana yg pernah Yatie buat sebelum ni boleh lihat di SINI

Kek ni sangat sesuai tuk kita buat Hi-Tea. Bila kita jemput kawan2 dtg rumah sambil sembang2 sambil kita makan sepotong kek dgn secangkir kopi atau tea... mmg seronok kan... Aii dah lama ita tak buat Hi-tea. Dulu rajin jugak joint member2 kat sini buat Hi-Tea. Bila petang2 tak de apa nak buat, masak lah kek ke cookoes ke, kuih ke pas tu ajak member dtg rumah kita Hi-Tea sambil buat ketupat... hahaha....

Terima kasih pada Yatie, diatas resepi kek yg sedap ni... dan memberi idea tuk mewarnai kek dgn bahan kek asas. Ita minta izin tuk copy dan sharekan resepinyer disini pulak lah ye!


MyKitchen's Recipe

PEACH CREAM CHEESE BUTTER CAKE
by: Yatie


1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
2 1/4 cawan tepung naik sendiri - yatie guna 2 1/4 cwn tpng gandum+1 sudu kecil b. powder, diayak (ita guna 2 1/4 cwn tepung kek)
250gm butter
250gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur

Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.



Wednesday, April 27, 2011

TRIFFLE LAICI ISTIMEWA

assalamualaikum....

Dah makan tengahari dah?? tentu semua dah makan... aikkk... dah mengantuk dah tu... pulak bila cuaca panas terik cam ni mata mmg cepat aje nak terpejam... kalau dapat bantal ni alangkah seronoknyer... dok berguling2 atas katil..

Makan apa ye tadi... tentu menu2 yg menarik... menu pilihan keluarga. Lepas makan jangan lupakan desert... kita makan lah sikit manisan. Petang ni ita buat desert lagi... Kali ni ita buat Triffle Istimewa Mat Gebu. Memang sangat istimewa...!


Bila kita bercakap pasal Triffle Istimewa Mat Gebu ni sebenarnyer ita dah terderhaka kat resepi ni... tapi tak banyak lah CMG.. akak tak tukar resepi... resepi masih lagi resepi yg sama cuma akak gunakan laici... hihi boleh kan Che Mat... tak marah kan??? adoi!! ita takut aje org marah kalau ita memandai2 aje tukar... tapi ita nak jugak lah kan rasa kalau guna laici apa pulak rasanyer... sedap ke???


Alhamdulillah... sedap jugak! rasa lain sikit.. sebab biasa kita guna buah campuran dlm tin kan.. dia ada masam manis sikit... ni dia rasa laici.. mmg sedap! Kena pulak dgn kastard tu mmg meletop jugak lah resepi ni kan... Suami ita pun kata sedap! habis licin... tak bersisa...

Keknyer pulak ita guna kek coklat... hihi ita kan peminat setia kek coklat... Kepada CMG ita ucapkan terima kasih kerana berkongsi resepi triffel yg sangat istimewa ni... akak minta izin tuk kongsikan resepinyer disini pulak lah ye!

MyKitchen Recipe

TRIFFLE LAICI ISTIMEWA
Resepi diadaptasi daripada resepi TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU
by: CMG

BAHAN KEK SPONGE
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Bahagian yg ini ita tak buat ita guna kek coklat

BAHAN KASTARD
200 ml susu sejat
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air - ita campur sedikt air laici
1/2 camca teh strawberry emulco - ita guna laici esen
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya - ita tukar laici
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi - ita guna jus laici

UNTUK SPONGE CAKE 
Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD 
Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY 
Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFFLE 
Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

MEE BANDUNG MUAR

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua... eh! jangan ingat ita dok sarapan dgn mee bandung ni pulak! Mana ada org sarapan mee bandung kan...?? mee bandung ni sebenarnyer sangat sesuai sebagai hidangan santai atau makan malam. Jadi yg sebenarnyer mee bandung ni ita buat untuk hidangan makan malam ita sekeluarga malam tadi... tak sempat nak masukkan N3 sebab dah malam sangat dan terkejar2 dok menghantar Dalili Tusyen.

Mee bandung memang fav kami sekeluarga. Ia juga merupakan kegemaran anak ita, Amirul. Biasa ita kalau buat mee bandung ita gunakan resepi dari pak cik ita atau dari resepi kak ipar. Tapi resepi kali ni ita ambil dari rumah Nieza kerana cara memasaknyer yg sangat mudah dan simple.


Bahan2 yg digunakan juga simple dan yg penting rasanyer yang sangat sedap! ada juga beberapa bahan yg ita tambah untuk menambahkan lagi keenakan mee bandung ni mengikut rasa dan citarasa kami sekeluarga. Dagingnyer tu ita rebus dulu.. dan ita gunakan air rebusan daging. Pada yg teringin nak makan Mee Bandung Muar boleh lah cuba resepi ni.. mmg sedap! dan ita suka. Walaupun sebenarnyer sekarang ni dah ada jual perencah segera tapi ita rasa lebih berbaloi membuat sendiri kerana terbukti fresh dan lumayan...

Terima kasih kepada penyumbang resepi, kepada Madiha dan kepada Nieza di Findland juga kerana telah mengoda akak dgn N3 dan pic yg menarik... tertarik... deboooommm!!!... akak minta izin utk copy dan salin disini pula.. semoga dapat dipanjang2kan lagi resepi yg sedap ni...


MyKitchen's Recipe

MEE BANDUNG
by : Sabrina
Sumber :  
Nieza
Madiha 

Bahan kisar
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipoton, rendam hingga lembut dan kisar
segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
 
300 gram daging ~ potong nipis
sedikit udang fresh 
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula - ita tukar gula melaka
air secukupnya 
1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur
limau kasturi
daun sup
tauhu goreng
bawang goreng
1 kiub daging - ita tambah
10 biji fish ball - ita tambah


CILI JERUK

3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal 
1 sudu cuka

Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.  
Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
Masukkan 3 mangkuk air bersama daging
Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak
Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Ita masukkan terus fish ball, sawi dan tauhu.

Setelah siap semuanya, boleh lah taburkan bawang goreng, dihidang dengan mee, limau kasturi dan juga cili jeruk.




Tuesday, April 26, 2011

Tahniah Antan Bertingkah....


Malam ni juga ita nak ucapkan TAHNIAH pada sahabat blog yg ita kagumi bakat dan kebolehannyer.... yg telah menyambut 1 st Anniversary... Blog!  TAHNIAH dari ita 



Kepada Antan Bertingkah tahniah sekali lagi dari Azlita di Masam Manis semoga terus berblog... tampil dgn pelbagai resepi dan menu menarik juga coretan pengalaman yg sudi di kongsi bersama...
Semoga persahabatan yg terjalin antara kita di alam maya ni terus berkekalan selamanyer...
Wishing you lots of happiness

KEK PISANG GORENG

Macam2 resepi kek sekarang kan... pandai betul orang2 yg mencipta pelbagai resepi kek yg menarik ni... mana jugak lah idea tu muncul.. kalau ita tah apalah jadinyer... idea pun tak muncul2.. hihi

Hari tu kan sibuk orang sana-sini buat kek pisang goreng. Ita pun teringin jugak nak merasa sedap ke kek pisang goreng ni kan... nanti kang kalau org tanya pernah tak rasa kek pisang goreng kita tak tau pulak.. hihi. Jadi ita pun merajinkan diri membuat kek pisang goreng ni..


Seperti biasa kalau cari resepi yg terkini ita akan singah kat blog Mas. Kan dah kata Mas ni rajin... dan berdezuuupppp... perginyer macam roket... shuuuuuppp!!! Kalau tak singah sehari tak sah!.. Rasa2 ramai jugak rakan2 blog yg dah mencuba resepi kek pisang goreng ni..


Kek pisang ni sedap dan lembut.. nak2 bila keluar dari oven.. Bau dia macam jemput2 pisang pulak! mungkin sebab kita goreng pisang tu jadi bau kek tu mcm bau jemput2 pisang lah. Tapi bila lama sikit kek ni ita rasa akan menjadi sedikit kering. Maknanyer ia tak boleh terdedah terlalu lama diluar kerana teksturnyer akan jadi kering. Kenalah simpan dalam bekas yg bertutup untuk mengekalkan kelembapan kek.

Tapi... eeeiii... ada lagi tapi tu.. ita rasa kek ni tak leh makan selalu tau! sebab kandungan kolestrolnyer tersangatlah tinggi. Sebab pisang yg digoreng tu menyerap minyak.. dan sebagaimana yg kita tau pisang goreng mmg tinggi kandungan kolestrolnyer.


Terima kasih kepada tuan empunyer resepi... kepada mas juga. Akan copy semula disini ye mas... sebagai rujukkan teman2..

MyKitchen's Recipe

KEK PISANG GORENG
by: kha-mytaste
sumber : Mas

250g pisang emas@ lain2 pisang - Mas guna pisang berangan
4 biji telur
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 cawan minyak suam - guna minyak goreng pisang tadi.
1/2 sudu teh esen vanila


Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan sejukkan sebentar.Blend bersama minyak masak suam tadi.
Sementara itu,putar telur dan gula hingga kembang & putih.
Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan menggunakan kaedah kaup balik.
Akhir sekali tuangkan adunan yang dikisar tadi.
Tuang dalam acuan yang sudah digris dan dilapik baking sheet dan bakar 160'c  selama 40 min @ sehingga masak (bergantung jenis oven). -Mas dan HaSue bakar lebih kurang 30 minit sahaja pada suhu yg sama.


MEE SIAM

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... dah sarapan ke? menu apa pula menanti hari ni..

Hari ni ita buat mee siam. Aii... kenapa pulak mi ni di panggiil Mi Siam ye! tak tau lah kan adakah mi ni berasal dari Siam. Kalau kat Johor mi ni biasa dipanggil Mi Siam tapi kalau kat tempat lain ita rasa di panggil mi hoon goreng... betul tak??

Walau apa pun pangilan yg diberikan ia adalah mi yg sama. Biasa lah kan... orang pun kdg2 ada pelbagai nama pangilan... Khadijah dipanggil KT. Salmah dipanggil Sally itu belum lagi yg tukat betul nama dari nama asal kepada nama glamour... bukan kata artis aje tau.. kat FB pun semua ada nama glamour masing2 hihi... biasalah tu...


Tapi hari ni mi ita ni ala2 kurang bahan... hihi sebabnyer banyak barang yg tak de.. so ita buat lah mi siam ala2 bodo...bodo... gitu..hihi lagi pun klu letak bagai ni bukannyer makan Dalili tu... habis semua disusun tepi pinggan.... lama lah nak tunggu dia memilih semua khazanah barang2 tersembunyi dlm mi tu...

MyKitchen's Recipe

MEE SIAM

1 bungkus mihun - direndam hingga lembut dan toskan
1/2 kg taugeh - atau boleh gantikan dgn hirisan kubis
1 pokok sawi
1 pokok kucai
3 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
fish cake atau fish ball jika suka
cili hiris
limau kasturi - jika suka masam2 manis

Bahan dikisar
15 tangkai cili kering - direndam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu tauco
1 sudu makan udang kering - direndam

"DO IT YOURSELF"

Panaskan sedikit minyak didlm kuali. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan fish ball dan fish cake jika suka. Masukkan mihun dan sedikit air. Taburkan sedikit garam dahulu. Balik-balikkan dan masak hingga mihun lembut. Masukkan sawi,tauhu, taugeh atau kobis dan terus matikan api. Balik2kan lagi supaya rata. Taburkan daun kucai dan cili hiris. Siap untuk hidangan.

Monday, April 25, 2011

PINEAPPLE PANNA COTA

Assalamualaikum...

Hari ni cuaca sangat panas dan terik... Tersangatlah panasnyer... Untuk desert petang ni ita buat Pineapple Panna Cotta. Actualy resepi asal ialah Mango Panna Cotta. Resepi ni ita ambil dari majalah Jelita keluaran April 2011. Resepi dari bloger kesayangan ramai, siapa lagi kalau bukan kak Nor nun jauh di Terengganu.


Dah lama sebenarnyer dok intai resepi ni... sebagaimana yg ita pernah cakapkan dulu ita suka intai dapur kak Nor kalau sehari tak jengah mmg tak sah.. Ada sahaja yg terliur.. lagi lah dgn gambar yg menyelerakan macam makanan tu ada depan mata aje... paling ita suka pergi bahagian desert, jely, puding... mmg terliur lah... kadang nak tersembul bijik mata ni... tengok...!! pandai kak Nor ni masak dan sangat kreatif orangnya.

Mula2 nampak resepi ni dari dapur kak Nor tu hati dah tertanya sedap ke benda ni... boleh ke ita makan.. sebab anak tekak ni sedikit cerewet.. haha.. bila nampak dalam majalah lagi lah terasa macam ia memanggil2 ita tuk mencuba dan merasa. So bila ita gi belanja hari tu ita belilah mango. Keesokkan harinyer pagi2 dah bangun dan mula lah masak susu... bila dok cari mango tu... alamak mana pulak letak mango ni... rasa macam dah bubuh dalam peti ais... rata selongkar tak jumpa jugak. Bila bukak mulut cik tong aiii!... tinggal kulit aje... aisey man.. ni mesti kerja budak bujang dan bapak yg dah tak berapa nak bujang tu... aii... rumah ita ni kalau buah2 ni mmg selalu sangat tak panjang umur...


Macam mana ni... susu dah dok panas atas dapur dah nak berbuih pon... terpaksalah tebuk tin nanas... aii.. tak de mango nanas pun jadilah... asal dapat merasa. Mula2 tu bila buat ia cair tau! eh kenapa lah tak keras ni.. ita salah adunan ke??? puas jugak belek2 majah.. kot takut pengarang salah taip kot ada yg tertinggal... mula mengelabah bukak blog Secubit Garam... sama aje ni... Bila bubuh nanas semua tenggelam. Tak pe lah kita bubuh dalam peti ais dan simpan semalaman tgk keras tak..

Pagi tadi tak sabar... bangun2 terus bukak peti ais eh... eh.. keras lah... tapi tak lah keras macam agar2 ia lembut.. terus blend baki nanas dan buh atas dia... wahh!!... sedap tu bau dia... pas tu snap lebih kurang aje sebab dah terliur sangat... Bila ia melintas aje kat anak tekak ni...emmmmm.... sedapnya... nyaman aje!.. mmg sedap betul lah! menyesal tak buat awal2 dulu... walaupun ita tak gunakan mango.. ita gantikan dgn nanas tapi rasanyer mmg power! sedap! lembut sangat!...


Terima kasih pada penyumbang resepi pada kak Nor juga... ita minta izin tuk letak resepi kat sini pulak lah ye kak Nor.. mmg dah menawan hati sangat ni... suami ita pun suka sangat! habis licin dia makan.. dia mmg suka kalau lembut2 dan manis cam ni.. ni pun dah sound suruh buat lagi... wah! siap suruh kirim salam lagi kat kak Nor... dia kata apa tau " cuba lah tanya kak Nor tu desert yg mana lagi yg kak Nor dah buat tu yg kak Nor rasa paling sedap" hihi... ita sampaikan aje... ni kak Nor... @__*

MyKitchen's Recipe

PINEAPPLE PANNA COTA
Adaptasi dari resepi MANGO PANNA COTA
by: Gert
Sumber: Kak Nor

7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree
 

Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom. 
Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan. 
Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved. 
Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.


PINEAPPLE PANNA COTA

7 gm gelatin
3 camca besar air
2 1/2 cwn susu segar
1/4 cawan gula halus
1 camca teh esen nanas
1/2 kiub nanas dalam tin
1/2 kiub nanas lagi dikisar halus

Bancuh galatin bersama air hingga larut
masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
Angkat susu dari api dan masukkan esen nanas serta larutan galetin.
Tunggu sehingga sejuk sedikit dan tuang dalam gelas lutsinar.
Letakkan kiub nanas dan simpan dalam peti sejuk semalaman
Bila telah keras letakkan puri nanas diatasnyer. Makan sejuk2 memang best!

NASI LEMAK HUJAN PANAS

assalamualaikum...

Melangkah lagi kita ke minggu baru... aii... dah terasa sunyi semula rumah ni bila anak2 dah kembali ke sekolah. Tinggalah emaknyer sesorang kat rumah ni...

Dah sarapan ke semua pagi2 ni... menu ita sekeluarga pagi ni agak berat. Ita masak nasi lemak hujan panas. Sebab cuaca sekarang pun tak berapa menentu... pagi ujan petang panas... kadang2 pagi panas petang pulak ujan... so untuk melayan cuaca cam gini kita masaklah nasi lemak ujan panas ni... hihi

Nasi lemak ujan panas ni sama aje rasanyer macam nasi lemak biasa tu.. cuma yg menariknyer ia berwarna warni.. tu yg membuatkan anak2 tertarik.. Resepi kali ni ita ambil dari rumah Mas. Ita makan dgn sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng dan berulamkan timun. Nasi lemak ni kalau di Johor mmg merupakan makan utama tuk sarapan pagi. Mana2 kedai yg menjual sarapan.. pasti nasi lemak adalah salah satu menu yg wajib ada... Tapi sekarang malam2 pun dah ada orang jual nasi lemak tau! kira nasi lemak dah jadi makanan yg dimakan tak kira masa dah! bila2 pun boleh... Ia bukan sahaja digemari oleh masyarakat Melayu tapi turut digemari oleh orang China dan orang India.. kira menu 1 Malaysia jugak lah ni...


Buat Nasi lemak ni pun tak lah sesukar mana... rasanyer pun sedap ditambah lagi dgn keharuman daun pandan dan bau halba mmg membangkit selera. Sebenarnyer tak boleh makan selau sebab kandungan kolestrol nyer mmg sangat tinggi. Kepada yg berdiet mmg lah tak dibenarkan makan nasi lemak ni... ambil bau aje lah ye!

Terima kasih pada penyumbang resepi, kepada mas juga! Akak salin semula resepi di sini untuk memudahkan membuat rujukan...

MyKitchen's Recipe

NASI LEMAK HUJAN PANAS
sumber : Mas

Bahan ( 4 orang ) 
 
2 mug beras - dicuci bersih 
1/2 mug santan pekat 
2 mug air - ikut jenis beras 
1 biji bawang putih - di mayang halus 
1/2 inchi halia - di ketuk / dihiris halus 
1/2 sudu kecil halba 
1 sudu kecil garam 
Sehelai daun pandan 
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
 
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS  
2 cwn ikan bilis - digoreng  
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak


Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau 
Tumis biar lama sikit supaya hilang rasa lada tu.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
Bila dah masak tutup api. Tunggu sejuk baru masukkan ikan bilis. Ini supaya ikan bilis masik garing bila dimakan.