Mar 31, 2011

RAINBOW CAKE

Terlebih dahulu ita nak ucapkan terima kasih pada semua kenalan samaada di blog Masam Manis atau di FB yg mengucapkan " Happy Birthday " tuk anak ita Amirul. Terima kasih ye semua. Dikesempatan ini juga ita ingin merakamkan ucapan Happy Birthday dan Happy Anniversary tuk teman2, rakan2 dialam maya, bloger2 sekalian dan juga untuk anak2 sedara dan kakak ita yg turut menyambut ulang tahun pada bulan March semogga dilimpahi rahmat, beroleh kerberkatan... terus susess dan berbahagia selama-lamanyer bersama insan2 yg disayangi...


Sempena menyambut ulangtahun Amirul ita telah buatkannyer Rainbow Cake. Actualy kek ni ita buat pada cuti sekolah hari tu... so dah tak de lah ye... semuanyer dah terhadam... dah! Kami sekeluarga selebrate Birthday Amirul lebih awal kerana tau Birthdaynyer jatuh pada hari persekolahan. So nak pergi tengok pun mmg tak boleh lah kan... mungkin ita akan menjenguknyer pada hujung minggu ni...


Berbalik pada resepi kek ni ita ambil kat SINI. Kek ni kek sponge biasa. Untuk setiap layer ita sapukan bluebery paste. Pada mulanyer ingat nak buat choc cake tapi Birthday Azrul ita dah buat choc cake.. tu yg ita tukar pada rainbow cake. Harap2 biarlah hidupnyer lebih ceria dan warna warni.... seperti warna sang pelangi...


MyKitchen's Recipe

RAINBOW CAKE
The Martha Stewart Show, April 2010
  • Vegetable shortening - ita guna butter
  • 3 cups all-purpose flour - 3 cwn tpg gandum
  • 4 teaspoons baking powder - 4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 teaspoon salt - 1/2 sudu teh garam
  • 2 sticks (1 cup) unsalted butter, room temperature - 1 cwn butter tampa garam (suhu bilik)
  • 2 1/3 cups sugar - 2 1/3 cwn gula
  • 5 large egg whites, room temperature - 5 biji telur gred A ( suhu bilik )
  • 2 teaspoons pure vanilla extract - 2 sudu teh esen vanila (ita tak de pure so tukar esen)
  • 1 1/2 cups milk, room temperature - 1 1/2 cwn susu ita guna fresh milk (suhu bilik)
  • Red, orange, yellow, green, blue, and purple gel food coloring - pewarna merah, orange, kuning, hijau, biru, purple dan ita tambah pink
  • Lemony Swiss Meringue Buttercream - yg ni frosting atau filling dia tapi filling ita tukar blueberry paste

Directions

Preheat oven to 350 degrees. Brush six 9-inch-round cake pans (or as many 9-inch cake pans as you have, reusing them as necessary) with shortening. Line bottom of each cake pan with parchment paper; brush again and set aside.
Panaskan oven 170c. Leser loyang 9" bulat (ita guna 4 segi) dgn lelemak sayuran (ita guna butter) Alas tapak loyang dgn kertas minyak sapukan juga minyak atas kertas dan ketepikan. Untuk step ni ita hanya ada 2 loyang shj. jadi ita masak satu2. Bila masak, sejukkan dan terus keluarkan dari loyang sebab nanti nak guna lagi. So ita alaskan dgn kertas minyak baru untuk setiap kek.
 
In a large bowl, whisk together flour, baking powder and salt; set aside. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream together butter and sugar. Slowly add egg whites and mix until well combined. Add vanilla and mix until fully incorporated. Add flour mixture and milk in two alternating additions, beginning with the flour and ending with the milk. Mix until well combined.
Dlm bekas yg besar campurkan tepung, baking powder dan garam. Ketepikan (ita ayak dulu) 
Dlm bekas lain, pukul butter dan gula hingga creamy dgn mixer dan berkelajuan max. Slowkan kelajuan dan masukkan putih telur dan pukul hingga rata. campurkan vanila, dan pukul lagi hingga bercampur sempurna. Masukkan epung dan susu berselang seli. dimulakan dgn tepung dan diakhiri dgn susu. pukul hingga adunan sebati.


Divide batter evenly between six medium bowls. Add enough of each color of food coloring to each bowl, whisking, until desired shade is reached. Transfer each color to an individual cake pan. Transfer to oven and bake until a cake tester inserted into the center of each cake comes out clean, about 15 minutes (working in batches if necessary).
Bahagikan adunan kepada 6  bahagian (ita bhg 7)  letakkan pewarna utk setiap bahagian. Tuang dlm acuan dan bakar satu persatu. Untuk setiap kek bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak.

Remove cakes from oven and transfer to a wire rack; let cool for 10 minutes. Invert cakes onto a wire rack; re-invert and let cool completely.
Setelah kek masak. biarkan sejuk 10 minit keluarkan letak atas redai dan biarkan sejuk sepenuhnyer. Dan habiskan membakar ke 6 lapisan seterusnyer

Using a serrated knife, trim tops of cakes to make level. Place four strips of parchment paper around perimeter of a serving plate or lazy Susan. Place the purple layer on the cake plate. Spread a scant 1 cup buttercream filling over the first layer with a small offset spatula so it extends just beyond edges. Repeat process with blue, green, yellow, and orange layers.
Ratakan kek dgn pisau pemotong kek jika permukaan nyer tidak rata. Susun lapisan pertama, letakkan filling boleh guna buttercream, tapi ita guna blueberry paste. ratakan dan letakkan selapis lagi kek di atasnyer dan buatlah begitu seterusnyer sehingga habis 6 atau 7 lapis

Place the remaining red layer on top, bottom-side up. Gently sweep away any loose crumbs with a pastry brush. Using an offset spatula, cover the top and sides with a thin layer of frosting (also use any of the excess frosting visible between the layers). Refrigerate until set, about 30 minutes.
sapukan pula pada keseluruhan kek dgn frosting nipis sahaja. Masukkan dlm peti ais selama 30 minit.

Using an offset spatula, cover cake again with remaining frosting.
setelah frosting keras sedikit, sapukan keseluruhan kek dgn frosting dan hiaslah ikut kreativiti masing.

    • For the Filling and Crumb Coat  

      yg ni ita tak buat ita gantikan dgn blueberry paste

      • 9 large egg whites - 9 putih telur gred A
      • 1 3/4 cups sugar - 1 3/4 cwn gula
      • 2 cups (4 sticks) unsalted butter, cut into small pieces, room temperature - 2 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik
      • 2 teaspoons pure lemon extract - 2 sudu teh pure / jus lemon
      • For the Frosting

        • 5 large egg whites - 5 putih telur gred A
        • 1 cup sugar - 1 cwn gula
        • 1 cup (2 sticks) unsalted butter, cut into small pieces, room temperature - 1 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik
        • 1 teaspoon pure lemon extract - 1 sudu teh pure/jus lemon

        Directions

        Make the filling and crumb coat: Cook egg whites and sugar in a small saucepan over medium heat, whisking constantly until sugar is completely dissolved. Transfer to the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment; mix on high speed until mixture is room temperature. With the mixer on medium-low, add butter, one piece at a time, mixing well after each addition.
        Untuk filling atau inti dan lapisan luar : Masak putih telur dan gula dlm kuali dgn api sederhana. kacau hingga gula larut. tutup api tuang larutan tadi dlm mangkuk mixer. pukul dgn kelajuan tinggi hingga mencapai suhu bilik. Perlahankan mixer pada kadar sederhana dan campurkan butter satu persatu pukul hingga sebati.

        Remove whisk attachment and switch to paddle attachment. Increase speed to high and beat until buttercream comes together, about 5 minutes; beat in lemon extract.
        tukarkan pemukul mixer kepada paddle. tinggikan kelajuan dan pukul hingga hingga menjadi lembut dan creamy. selepas 5 minit masukkan jus lemon dan pukul sebati.

        Make the frosting: In a clean saucepan and bowl of an electric mixer, repeat process in step 1.
        Untuk frosting caranyer sama juga seperti diatas.


        Untuk kek ni ita gunakan frosting Butter Cream. Cara penyediaannyer lebih mudah.

        BUTTER CREAM
        80 gm mentega
        200 gm krimwell
        350 gm golden syrup

        Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
        Masukkan golden syrup dgn perlahan dan kacau adunan hingga rata.



        HAPPY BIRTHDAY TO YOU......

        Assalamualaikum....


        alhamdulillah hari ni genaplah usia anak sulung ita  17 tahun. Teringat lagi peristiwa ketika melahirkannyer 17 tahun yg lalu. Pada waktu itu ita masih bekerja di JB dan suami ita pula di Desaru. Walaupun sukar kerana terpaksa membawa perut bersendirian namun masih bersyukur atas apa yg Allah kurniakan kerana ita masih ada ibu dan ayah yg sentiasa berada disisi membantu.


        Sehari sebelum ita bersalin ibu dan ayah ita terlibat dlm kemalangan yg sangat dasyat. Kata orang klu tengok pada kereta mmg penghuninyer dah tiada. Namun ita bersyukur sangat kerana ibu dan ayah serta 2 anak saudara ita yg turut berada dlm kenderaan itu terselamat dan mengalami kecederaan yg tidak berapa parah. Namu kejadian itu buatkan ita sedikit kesal kerana pada waktu itu ibu dan ayah ita dlm perjalanan untuk mengambil ita pulang dari kerja. Kenangan dan peristiwa itu sentiasa bermain dan berlegar2 dlm ingatan ita setiap kali ita menyambut ulang tahun Amirul. Namun ita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mereka selamat. Mungkin terkejut dari peritiwa itu ita terberanak lebih awal 2 minggu dari jangkaan Doktor. Alhamdulillah sekali lagi pada nikmat allah ita bukan sahaja dapat kembali ibu dan ayah malah ita turut dikurniakan seorang anak lelaki yg comel.


        Ini lah Muhammad Amirul Ashraf. Amirul lahir pada hari Jumaat 5 minit lagi sebelum pukul 12 tengahari.. dgn berat 3.6 kg. Anak yg paling mudah dijaga mungkin ia memahami keperitan dan kesusahan ibunyer sejak dari dlm kandungan lagi. Ialah terpaksa mengusung perut yg besar tampa suami disisi. Selepas kelahiran Amirul ita mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak ita memandangkan banyak sangat kes penderaan kanak2 pada waktu itu.

         24 jam dgn buku Doremonnyer... dan dari kecil sampai besar dia mmg suka duduk atau baring dgn kaki berselang mcm tu... jangan tak tau tidur pun cam tu jugak tau! hihi

        Amirul ni pelik sikit kerana pada usia 5 bulan dia sudah boleh bercakap tapi agak lewat berjalan iaitu pada usianyer setahun 6 bulan. Sangat meminati kartun DOREMON (sampai sekarang) dan LION KING. Ita rasa CD tu sampai nipis lah... dan dia dah boleh hafal semua dialog dlm cerita tu... hingga kan dia juga digelar DOREMON kerana kepalanyer yg agak besar... haha



        Doa dari mak dan ayah agar Amirul menjadi anak yg soleh... berjaya di dunia dan berjaya jua di akhirat....


        ya Allah jadikan kami dan zuriat keturunan kami dalam kalangan hamba2mu yg sentiasa menunaikan solat. Wahai tuhan yg mengkabulkan doa dan pengharapan hamba2nyer... kurniakan jua kepada kami zuriat keturunan yg menjadi penyejuk mata ketika kami memandangnyer. Dan jadikan mereka dlm kalangan hamba-Mu yg patuh pada segala perintahMu dan dikalangan mereka yg bertakwa dan beramal soleh...

        ya Allah kau peliharalah keselamatan anak ku Muhammad Amirul Ashraf... kau limpahkan rahmat dan kerberkatan ke atasnyer ya Allah....

        Lindungilah anak ku dari sebarang kecelakaan dan bencana... jauhilah anak ku dari sebarang ganguan dan godaan syaitan dan iblis.... jadikanlah ia anak yg soleh.. beriman dan bertakwa kepada mu ya Allah... berilah anakku  kebahagian dan kejayaan di dunia dan di akhirat... AMIN


        Happy Birthday to me....
        Happy Birthday to me....
        Happy Birthday to Amirul...
        Happy Birthday to me.... YeeeeHaaaa.....

        Mar 30, 2011

        KELAPA SIRAP

        Cuaca hari ni mmg panas sangat kan... apa kata kita berrehat seketika sambil membasahkan tekak dgn sesuatu yg dingin dan pastinyer menyegarkan... sambil2 tu bolehlah kita mengadap LP.

        Air kelapa sirap ni kan sedap! tau... rasanyer mcm air kelapa eh! mmg lah air kelapa kan?? apa lah ita ni...  tapi sedap lah sebab harum bau sirap dan kelapa pulak tu ada rasa laici sekali kira 3 in 1 mmg sedap! buatnyer pun mudah aje... jom kita lihat cara penyediaannyer yg cukup mudah!


        MyKitchen's Recipe

        KELAPA SIRAP

        1 biji kelapa - ambil air dan isinyer
        1/2 sudu makan sirap merah cordial - yg dah ada gula
        5 biji buah laici
        beberapa ketul kiub ais

        "DO IT YOURSELF"

        Masukkan sirap ke dalam gelas. Kemudian tuangkan air kelapa dan isinyer.  Masukkan kiub ais kedalan gelas. Akhir sekali masukkan buah laici. Sedia di nikmati... senangkan??? cubalah...

        SAMBAL KUININ

        Tau tak apa kuinin?? kuinin ni sejenis pelam yg mempunyai bau yg sangat kuat. Berkulit tebal dan getahnyer sangat bahaya ye! kalau tak basuh bersih boleh meletup letup tepi mulot....  tapi pelam ni mmg fav ita... klu masuk rumah bau kuinin ita dah tau dah kat mana mak sorokkan, mesti dlm bekas beras... hahaha baunyer sangat harum semerbak..

        Hari tu mak ita datang rumah, mak bawakkan ita kuinin kerana mak ita mmg tau ita ni antu kuinin... ya Allah sukanyer... walaupun tak banyak tapi alhamdulillah sangat sebab dah lama tak makan kuinin.. dan memang beberapa hari ni ita mmg teringin sangat makan kuinin tapi  mmg tak de jual kat pasar buah ni...

        Kalau kat kebun mak ita kat kampung mmg banyak. Tapi tu dulu dulu lah.. sebab pokoknyer sekarang dah ditebang... bapa ita gantikan dgn kelapa... kan kelapa dah mahal sekarang?? dan susah nak dapat... sayang kan... tapi kata bapa ita.. kuinin tu selalu aje busuk buahnyer... tu lah yg dia tebang. Kuinin yg mak ita dapat ni pulak adalah dari kebun pak cik ita... dia kirim kan pada mak... hari tu pun dia kirimkan nangka dan pisang kat ita...


        Kuinin yg mak ita bagi ni ita larikan sebijik tuk buat Sambal Kuinin SSShhhh!! jangan bagi tau mak ita tau! sebab mak mmg tak kasi kuinin ni buat sambal sebab kata mak nanti buahnyer tak elok ... busuk memanjang... tapi dah lama benar ita mengidam nak makan sambal kuinin Chef Hanieliza ni...

        MyKtchen's Recipe

        SAMBAL KUININ
        By: Chef Hanieliza

        7 biji cili merah
        10 biji cili api
        3 inc belacan - ita bakar dulu belacan ni
        1 biji kuinin
        garam secukup rasa
        3 biji limau kasturi - ita tambah

        Buangkan kulit kuinin dan cincang kasar
        Masukkan cili api, cili merah dan belacan dlm lesung batu.
        Tumbuk sehingga semuanyer hancur.
        Masukkan kuinin dan tumbuk hingga hancur. Ita lenyek2 cikit2 aje
        gaulkan dgn garam.
        Perahkan limau kasturi dan sedia dihidangkan.

        Ita makan dgn Udang Galah Lemak Jintan tadi mmg power! berasap telinga... so kepada yg tak suka pedas bolehlah kurangkan cili atau mungkin cili yg ita gunakan mmg jenis yg power gilerrr...

        UDANG GALAH LEMAK JINTAN


        Adik dan kakak pergi mancing... mak nak masak. Mak nak masak Udang Galah Lemak Jintan Untie Ummi yg dok kat Kuantan tu.... Kat Kuantan banyak udang galah sebab ada sungai besor.... kat sini tak ada udang galah yg ada udang lipan... mak takut nak makan... sebab udang tu mcm lipan, mak takut kena sengat.... nanti masuk hospital dapur mak tak berasap...

        adik tunggu tau! akak mancing dulu...
         yeh!yeh! kakak dah dapat udang... besornyer kakak udang ni...
         cam ni dik cara pegang udang .... pegang cepit dia... nanti dia cepit kita...
         wah! kak dah banyak dah udang kita...
         hehehe.... sukanyer kakak dapat banyak udang... Jom balik kita masak...

        ya... adik2 dan puan2 selamat datang ke rancangan main masak2... hari ni kita nak masak Udang Galah Masak Lemak Jintan ye!... wah! dah lama cari udang ni tak jumpa2 sekarang baru dapat ye!.. apa tunggu lagi jom kita masak....


        eh! sebelum tu jangan terlupa ye... resepi kali ni kita ambil dari majalah Jelita... dari seorang tukang masak yg popular... chef kesayangan bloger2 siapa lagi klu bukan Kak Ummi.... Terima kasih pada tuan empunyer resepi... nak tau apa rasanyer jom kita masak... sebelum tu kita sediakan bahan2nyer dulu ye!

        MyKitchen's Recipe

        UDANG GALAH MASAK LEMAK JINTAN
        By: Kak Ummi
        Sumber: Majalah JELITA MARC 2011

        Bahan2 yg kita perlukan ye puan2
        4 ekor udang galah kalau tak de udang biasa pun boleh tapi pilih yg besor2 ye...
        1/4 biji nenas muda yg tua tak mau ye...
        sedikit minyak untuk menumis
        2 cawan santan cair
        1 cawan pati santan
        garam secukup rasa jgn lebih2 nanti kena darah tinggi ye..
        4 biji cili padi dibelah 2, tapi saya tak belah ye saya kisar sekali dgn bahan tumbuk
        6 biji cili merah di belah 2  juga ye..

        ok sekarang kita sediakan bahan untuk ditumbuk... sapa2 yg tak de penumbuk tu... kisar pun boleh ye..
        2 camca teh jintan manis rasa dulu manis tak jintan tu... klu manis betul lah tu.. hehe
        4 biji bawang merah
        2 ulas bawang putih
        2 batang serai
        2 cm kunyit hidup yg mati tak boleh ye... wakaka

        Dah siap bahan2nyer... jom kita memasak
        Mula2 siang udang dulu, bersihkan, cuci bersih. ketepikan.
        Potong nenas kecil2 atau ikut suka.... ketepikan
        Ambil kuali masukkan minyak, panaskan minyak dulu pas tu baru tumis... bahan2 yg kita dah kisar tadi ye puan2. Guna api sederhana aje ye... kacau perlahan2 ye... hingga harum baunyer.
        Dah harum sekarang bolehlah kita masukkan santan cair tadi dan masak hingga kuah mendidih.
        Setelah kuah mendidih barulah kita masukkan nenas dan udang galah tadi.
        Bila udang dah merah dan nenas layur barulah kita masukkan garam secukup rasa bersama pati santan, cili padi, dan cili merah. Jangan lupa sentiasa mengacau supaya kuah tidak pecah minyak ye... nanti santan tu bergentel2 kuah jadi tak cantik ye puan2... Biarkan kuah mendidih sekali lagi. Kemudian boleh lah kita angkat dan hidangkan....


         TARRRRAAAAA...... dah siap! sekarang masa untuk kita merasa... apa lah rasanyer... ye! wah! berdebar2 dah kak Ummi kita....


        emmmm..... jap... jap...tak leh nak cakap lagi ni... kita hirup dulu kuah dia ye..... sruuuuppppp!!! ahhhhh!!!!  tambah nasi.... tambah nasi..... perggghhhhh!!! mmg power! kalah power rangers.... pulak bila ita lawankan pulak dgn sambal kuinin... emmmm... mmg terangkat! lah...
        yg lain2 apa lagi jom mancing udang galah!

        Mar 29, 2011

        DOUBLE HAPPINESS


        Hari ni ita tersangat lah gembira kerana ita mendapat dua pemberian yg ita sangat suka...  Actualy ita dapat pangilan dari seorang kenalan ita di FB yg nak kirimkan sesuatu untuk ita... apa lah agaknyer kan berdebar jugak menunggu... katanyer barang tu diposkan semalam dan besar kemungkinan akan sampai ke rumah ita hari ni...

        Tunggu punyer tunggu jeng2 encik courier pun sampai dgn motornyer... eiii... sukanyer dan berdebar... bila bukak aikkk!! bukan lah... dari orang lain la pulak... ok tak pe kita simpan dulu kiriman pertama yg ita terima hari ni...

        Tunggu lagi dgn penuh debaran... ting tong bunyi bell... "puan ada kiriman dari Kedah!" wah! ni yg tak sabar ni... mmg ini yg di nanti nantikan... Bismillahhirahman nirahim.... takut jugak kot2 BOM! wakaka..
        Bila bukak waaaaa..... terima kasih bebanyak Noor... ita mmg suka sangat folkart ni... sweet aje... sebenarnyer dah lama ita nak belajar buat folkart ni tapi belum ada kesempatan lagi... kebanyakkan class yg menawarkan krusus utk buat FA ni kat KL tu yg payah cikit tu...


        Ini lah kiriman yg ita terima daripada  Noorazniah Mamat kenalan dari FB. Terima kasih Noor terharu ita.... semogga persahabatan kita berkekalan selamanyer...


        Ini pula adalah kiriman yg ita terima dari LV... hehe I LIKE.... LV

         Sebenarnyer dah banyak koleksi dari LV yg ita terima... dan yg ni yg terbaru... TQ Robin and all LV crews. Really appreciate it.


        WAAAAHHHH!!! cantikkan! suka suka suka... ita mmg suka kumpul koleksi dari LV ni... nanti kalau ada masa ita akan kumpulkan semua koleksi yg ita terima dari LV ni...

        Sebenarnyer koleksi sebegini mmg tidak dijual dipasaran... sebab tu lah ita sayang sangat dan ita akan simpan sebagai pusaka... wah!


        Yang ni pula ita terima dari adik Khalisa Abdullah, kenalan baru ita di FB jugak... terima kasih Lisa... akak suka sweet sangat... semoga persahabatan yg baru terjalin ni berkekalan selamanyer ye!

        Terima kasih semua atas kiriman itu sesungguhnyer ita sangat2 menghargainyer dan semoga persahabatan kita akan berkekalan....

        KARI IKAN BELIMBING BULUH

        Hari ni kita masak kari pulak. Resepi kari belimbing buluh ni ita ambil dari buku Santapan Gulai Tradisi oleh Pak Engku. Sebenarnyer dah lama teringin nak masak kari belimbing buluh ni.. Tengok gambar dlm buku tu mmg mengancam dan membuka selera. Tapi setiap kali gi pasar tak nampak pulak kelibat belimbing buluh.


        Entah mcm mana nak dikatakan rezeki hari tu nampak lah orang jual belimbing buluh ni... mmg tak lepaskan peluang... ini lah masanyer nak mencuba. Sedap wei! kari ni bila letak belimbing buluh ni lain sikit rasanyer... ada rasa masam2 sikit... suami ita suka Dalili pun suka makan bertambah2... siap minta bawakkan nyer bekal ke sekolah... tapi resepi Pak Engku ni mmg sedap lah kan... yg lepas2 ita cuba semua ita rasa sedap! Air tangan Pak Engku ni mmg berbalaoi mencuba!

        Dalam resepi ni Pak Engku menggunakan ikan Mayung. Tapi ita gunakan ikan Tenggiri. Ikan tenggiri ni senang sikit kalau budak2 nak makan ia tak banyak tulang. Isinyer pun padat. Selalu ita mmg akan gorengkan ikan tenggiri untuk Dalili, mudah dia nak makan.

        My Kitchen's Recipe

        KARI IKAN BELIMBING BULUH
        By: Pak Engku

        4 keping ikan tenggiri - dibersihkan
        30 biji belimbing buluh
        5 ulas bawang merah - dikisaar
        2 ulas bawang putih - dikisar
        2 inc halia - dikisar
        2 sudu besar serbuk kari ikan
        2 sudu besar kerisik
        rempah tumis - 4 sekawan
        3 tangkai daun kari
        500 ml santan
        80 ml minyak masak
        garam secukup rasa

        "DO IT YOURSELF"

        Tumis rempah tumis 4 sekawan bersama daun kari hingga harum. masukkan bahan kisar dan rempah kari dan masak hingga harum dan terbit minyak.
        Masukkan santan dan ikan. Biarkan seketika hingga mendidih.
        Kemudian masukkan belimbing buluh dan garam secukup rasa.

        PITA BREAD

        assalamualaikum

        selamat pagi ye! dah sarapan ke belum? hari ni terasa mcm nak makan roti pita aje... tu yg ita merajinkan diri membuat roti ni.


        Actualy, roti ni boleh dibuat sandwich kita potong 2 dan belahkan tengahnyer buat mcm poket. Pas tu bolehlah bubuh tuna, sardine atau apa yg kita suka. Tapi ita ni mcm biasa masih lagi tekak anak kampung, ita lebih suka kalau cicah dgn kari atau sambal tumis... emmm... mmg sedap!


        Roti ni bahannyer sangat simple... dan rasa2nyer tak lah mengemukkan sangat kot... lemak sayuran pun cuma 10 gm aje... jadi cuma bertambah 10 gm aje lemak kat badan ni... ok lah tu....hehe tak menggunakan majerin atau butter dan tak lah rasa muak.

        Sedap tau! pulak bila makan time panas2 lagi baru keluar dari oven... mmg bertambah2 lah makan... Masa panas2 mmg lah lembut... tapi bila dah sejuk boleh buat kipas... wakaka eh! ok apa tak lah membazir sangat.. 2 in 1 kata org tu sambil makan sambil berkipas... haha

        MyKitchen's Recipe

        PITA BREAD
        By: Chef Alex Goh
        sumber : Buku The World Of Bread

        250 gm tepung roti
        11/2 sudu teh yis
        1 sudu teh garam
        1/4 sudu teh gula
        145ml air sejuk
        10 gm lemak sayuran

        "DO IT YOURSELF"

        Adunkan tepung roti dgn yis hingga sebati. Campurkan garam dan gula dan gaul sempurna. Tambahkan air dan uli hingga menjadi doh kasar.
        Tambahkan lemak sayuran dan terus menguli hingga menjadi doh yg lembut dan kenyal.
        Letakkan doh didlm mangkuk. Tutup dgn plastik dan biar ia menapai selama 45 minit.
        Keluarkan doh dan jadikan bentuk bebola. biarkan selama 15 minit.
        bahagikan doh menjadi 5 bahagian yg sama saiz dan bentukkan menjadi bebola lagi. Biarkan lagi 10 minit.
        Canaikan doh menjadi 3mm tebal, samaada berbentuk bulat atau bujur.
        Bubuh atas dulang pembakar. Biarkan ia naik selama 20-30 minit.
        Bakar pada suhu 220C selama 4 minit atau sehingga masak dan mengembang.

        Mar 28, 2011

        SAMBAL UDANG KETAK

        Pernah makan tak udang ketak?? Ita mmg tak pernah makan. Udang ni suami ita yg beli masa gi pasar hari tu... nak siangnyer pun ita dok geli geleman melihatkan kakinyer yg banyak, dan badan yg berketak2 tu..


        Jadi senang citer suami ita lah yg kena siang... sebab yg nak makan pun dia kan... ita mmg tak makan dan tak boleh nak makan... so ita tak tau lah nak bagi tau macam mana rasanyer kat sini. Kita ni tolong masakkan aje sebab tuan punyer badan dah teringing bebenor nak makan udang ketak ni mengalahkan orang mengidam pulak.. hehe

        Atas permintaan suami yg mahukan udang ni di buat sambal tumis, tapi kering2 sikit. Berselera aje ita tengok 2 beranak ni dok meratak udang tu... aiii... macam sedap aje.... ita dok terkebil2 biji mata dok melihat dia orang 2 beranak tu makan....

        MyKitchen's Recipe

        SAMBAL UDANG KETAK

        1 kg udang ketak - disiang, dicuci bersih, dilumur garam dan digoreng 1/2 masak

        Bahan Kisar

        RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
        15 ulas bwg merah
        6 ulas bwg putih
        belacan sebesar duit 50 sen

        1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
        1 sudu teh garam
        secubit pak aji
        5 sudu makan gula
        1/2 cawan minyak masak

        "DO IT YOUR SELF"

        Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau. Masak lama sikit biar sampai ia terbit minyak.
        Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
        Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan..

        AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.