Feb 28, 2011

Nak panas ke nak sejuk???

Cuaca panas2 macam ni kan sedapnyer kalau dapat makan Cikang... dah lama benar teringin nak makan cikang. Kebetulan hari tu kak Mastura msg kat ita resepi Cikang... ibarat "orang mengantuk disorongkan bantal" sukanyer bukan kepalang.... Terima kasih kak Mastura.


Tapi masalah ita untuk mendapatkan buah kembang semangkuk. Puas tanya kat pasar semua tak de jual. Akhirnyer tadi suami ita bawa pulang, sempat pulak dia balik sekejap untuk antar buah kembang semangkuk ni... sukanyer ita.... terus lah merendam kembang semangkuk ni...

Wah! akhirnyer dapat jugak ita merasa air cikang ni!! emm... sedap dan nyaman aje rasanyer... baru puas rasa dihati dapat buat sendiri... boleh ita letak banyak2 sikit isinyer... kalau makan kat kedai... tau2 aje lah kan... orang meniaga...

Ok sekarang ada 2 pilihan nak yang mana satu yang panas atau yg sejuk... kalau ita diberi pilihan ita pilih kedua2 nyer sekali... wah! tamaknyer.... hihi sebab dua2 ita suka... ok kita salin resepi dulu sementara ita tambah lagi mata kucing, bali, longan dan apa2 lagi lah isi yg ada....


MyKitchen's Recepi

LAICIKANG
By: Mastura Matzin


Bahan A
Buah mata kucing kering
Kismis
Gula Melaka
Gula pasir
Beras barli - ita tambah
2 helai daun pandan disimpul - ita tambah
air
Rebus buah mata kucing hingga kembang bersama air dan daun pandan. Dalam periuk lain rebus beras barli hingga kembang. Setelah mata kucing kembang masukkan gula melaka dan gula masak hingga gula melaka larut. Kemudian masukkan kismis dan beras barli yg telah kembang tadi.  Kemudian tutup api.

Bahan B
Buah kembang semangkuk
Biji selasih
Getah anggur - ita tak letah
Rendam bahan B berasingan. Setelah kembang semangkuk kembang, buang kulit dan bijinyer. Getah anggur juga dibersihkan.


Bahan C
Cincau - dipotong dadu
Halwa kundur - dipotong dadu

"DO IT YOUR SELF"
Setelah semua bahan siap bolehlah diletakkan di dalam mangkuk atau gelas ikut kesukaan masing2. Boleh juga ditambah longan atai laici jika suka.
Jika inginkan yg sejuk tambahkan ais ciub... untuk rasa yg lebih dingin... selamat mencuba!
OK pilih nak yg panas ke nak yg sejuk???

SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG

Makan tengahari yg cukup sempoi! cepat dah mudah disediakan, yang penting rasanyer sedap dan dapat menambat selera ita sekeluarga.

Sekali lagi ita tunjukkan resepi dari Pak Engku. Ita suka resepi dari Pak Engku kerana kebanyakkan resepinyer sedap - sedap belaka. Lauk pauk Pak Engku ni, pastinyer menepati citarasa sesiapa saja yg mengemarinyer. Sentuhan air tangan Pak Engku amat ringkas dan mudah difahami.

Seperti kata Pak Engku " Sedap atau tidak bukan persoalannyer.... ianyer adalah lebih baik dari kita tidak mencuba langsung..." apa lagi yg ditunggu cubalah!


MyKitchen's Recepi

SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG
By: Pak Engku

Bahan2 agak banyak sila kurangkan sukatan bahan2 mengikut jumlah hidangan untuk keluarga. Ita buat 1/2 dari bahan2 dibawah.

1 kg sotong kembang
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
2 inc halia - kisar
15 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
3 camca besar puri tomato - ita gantikan dgn tomato buah yg dicincang
2 camca besar sos cili
1 ketul gula Melaka
2 biji bawang besar - hiris bulat
100 gm kacang tanah - disangai kisar kasar
100 ml air
300 ml minyak masak
garam secukup rasa

"DO IT YOURSELF"

Sotong kembang dipotong 4 cm.
Tumiskan bwg merah, bwg putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumiskan sedikit sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan puri tomato dan sos cili. Masak lagi hingga kuah sedikit pekat. Masukkan gula melaka, sos cili dan air biar kuah didih dan gula larut. Rasa kan garam nyer. Masukkan sotong dan biar hingga kuah sedikit pekat dan sotong masak.
Akhir sekali masukkan bawang besar dan kacang. Siap untuk dihidangkan.

LABU LAGI....

Assalamualaikum...
selamat pagi semua... sekali lagi kita melangkah ke minggu baru... membawa semangat baru... impian dan harapan baru...

Hari ni ita sarapan dgn kuih koci. Tapi kuih koci ita ni ita campur dgn labu. Selagi labu tu tak habis selagi tu lah kita akan disajikan dgn menu2 labu... kira2 sekarang ni minggu melabu se blog... hihi


Kuih koci ni kalau kita buat guna tepung pulut aje ia akan jadi liat.. kalau orang2 muda makan mmg lah ok tapi cuba bagi kat atuk2 ade tertanggal gigi palsu dorang... hihi tulah sebabnyer kalau nak ia lembut campurkan sedikit dgn labu, keledek atau sedikit kentang... insyaallah ia akan lembut dan sedap dimakan.

Hari ni tak boleh nak membebel banyak2 sebab banyak kerja dah menanti... kalau berceramah panjang kang semua kerja terbengkalai... jom lah kita layan kuih koci pagi2 ni... sambil menghirup secawan kopi panasss....


MyKitchen's Recepi

KUIH KOCI LABU

Daun pisang yg telah dilayurkan

Untuk Doh
1 cawan tepung pulut
100 gm  labu diparut
secubit garam
1/2 cawan santan
1 cawan santan - dimasak

Satukan tepung pulut dengan santan dan garam gaul rata masukkan labu dan gaul lagi hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat ditangan jika doh masih melekit tambahkan sedikit lagi tepung pulut. dan ketepikan
1 cawan santan lagi dimasak ini untuk mencelup doh.

Untuk Inti Kelapa
200 gm kelapa parut
2 ketul gula Melaka
50 gm gula pasir
1 gelas air
sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul

Masak gula Melaka dan daun pandan dgn air dan biarkan ia cair. Campurkan dgn gula pasir dan sedikit garam. Kemudian ita tapis dan masukkan pula kedalam kuali. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan gaul rata sehingga agak kering. Angkat dan ketepikan.


"DO IT YOURSELF"

Daun pisang dilayur dahulu.
Kemudian dipotong ikut bagaimana cara kita nak membungkusnyer. kalau ikut cara ita ita buat bentuk bulatan dgn menggunakan piring cawan.
Ambil sedikit doh bentukkan bulat dan leperkan dibahagian tengahnyer. Letakkan sedikit inti. Bentukkan kembali doh. Kemudian celupkan doh kedalam santan yg telah dimasak tadi.
Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
Letakkan doh diatas daun lalu dibungkus kemas. kukus adunan selama 20 minit atau sehingga masak.




Feb 27, 2011

NASIB KO LA LABUUU...

Membuak! Buak!.... itu lah dapat ita katakan tentang projek yg ita buat semalam... ish.. ish... tak tau lah kat mana silapnyer.... rasa-rasa semua sukatan dan bahan2 telah ita sukat betul2 tapi kenapa boleh jadi cam ni.... pelik bin ajaib betullll....

Ini semua adalah gara2 tergoda dek melihat ketembamnan donut yg Yatie buat. Ita pun dok godek2 lah labu yg ada dok beli sebijik kat dapur tu... setelah semua bahan disukat ita dok umban semua dlm BM. tekan set DOH pas tu ita pun buat lah kerja lain... pas 1 1/2 jam doh pun siap! dan BM pun dah berbunyi  bunyi... bila bukak aje.... ALAMAKKKK!!!! apa dah jadi dgn ita punyer doh!... ia dah membuak2 keluar dari mangkuk dan.... WARGGGGHHHHH!!!!!  satu ari ita dok membersihkan BM ita tu....  dalam ati dok membebel sesorang... apa lah punyer nasib! geram pun ada jugak! ia lah melambatkan kerja kerana ita mesti kena cuci dan bersihkan BM tu dulu.... dah macam nasib Si Labu Labi pulak!... Nasib ko la labuuuu.....


Bila dah selesai proses pembersihan yg berjln dgn lancar ita pun mula lah membelek2 doh yg masih berbaki... lembikkkk... nyer... macam mana nak dicanai dan dibentuk... cfrm tak akan jadi... rasa mcm mau umban aje dlm mulut cik tong... sebab geram punyer pasal... akhirnyer dgn kesabaran yg bersarang didada dan dimulai dgn kalimah BISMILLAH HIRRAHMAN NIRAHIM ita pun mula lah mengubahsuai doh tu... tah berapa banyak tah tepung yg telah ita curah dalam doh tu pun ita dah terlupa nak sukat... kira nasib lah kan??? kalau jadi nasib kau baik! kalau tak jadi alamat ke mulut cik tong lah jawabnyer....



ALHAMDULILLAH!!! missi berjaya... akhirnyer jadi jugak! lembut dan gebusss... yg teramat sangat!! mula2 ita ingat ia akan keras kerana ita dok tambah tepung lagi... tapi ia jadi cantik! lembut dan gebu! sampai kemalam....


Peringatan untuk ita! next time ita mmg kena kurangkan air. Ita rasa air tu ita hanyer perlu letak 1 cawan aje... kerana 1 1/2 cawan tu akan membuatkan doh tu lembik. Sebab banyak sangat bahan cecair dalam adunan... seperti susu pekat, minyak dan telur. Labu yg direbus juga mengandungi air.... ingat tu!!

Lagi satu kesilapan yg telah ita lakukan.... ita tak baca comen dari kak Madiha kat blog Yatie, kak Madiha tak letak telur... kalau letak telur adunan akan jadi melekit2... tu lah kalau tak sabar nak buat... hihi

Tapi mmg nak bagitau lah kan... donut ni mmg SEDAP! cfrm!.... terima kasih pada tuan empunyer resepi kak Madiha, juga kepada Yatie... tabik spring... toing...toing... toing.. kat Yatie sebab dapat menghasilkan donut yg cantik dgn resepi ni.... sebab walaupun ita dah tambah sukatan tepung doh still susah nak dibentuk... kerana ia terlalu lembut.... dan melekit2.... jom kita lihat dan salin resepinyer.... buat tau! mmg sedap!

MyKitchen's Recepi

DONUT LABU
By: Kak Madiha
Sumber: Yatie

 Bahan2
  • 1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
  • 1 ½ cawan air suam (kalau letak telur tolong kurangkan sukatan air kpd 1 cawan)
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan minyak masak (saya guna 2 sudu besar butter) ita rasa klu letak telur kena letak butter supaya tak terlalu banyak cecair dlm adunan
  • 1 biji telur (saya tambah)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 620 gm tepong gandum
  • secubit garam
Bahan2 lain
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Sebelum buat baca setiap arahan dgn betul ye! 
Adunan dapat banyak! kalau keluarga yg tak ramai ita rasa buat 1/2 adunan aje sudah mencukupi.
    Cara2 Menyediakan [Menggunakan bread maker (BM)]
    1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM.
    2. Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.
    3. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.
    4. Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
    [Menguli dengan tangan / Cara manual]
    1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
    2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)
    3. Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.

     Membentuk doh
    1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
    2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
    3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
    4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
    Cara Yatie
    ** Masa nak membentuk donut, tngn sedikit lekit, hendaklah sentiasa sapu tepung pada tangan kita supaya mudah membentuk....bulatkan dan leperkan sedikit.
    Bila dah naik dlm 20 minit, barulah lubangkan kat tengah2 donut dan tarik2 sedikit lubangnya.
    Setelah siap, bolehlah goreng dlm minyak yg panas dngn api sederhana sehingga kekuningan.
    Angkat dan toskan....bolehlah di salut dngn gula halus atau coklat cair.

    Tengok donut ita dalam 2 versi... satu yg montok! dan satu yg sopan... hihi yg montok tu untuk ita la... yg sopan tu tuk bagi kawan2... mmg cabaran nak membentuknyer... tapi kata orang setiap cabaran pasti menjanjikan yg terbaikkk!!!...


      Dalili dalam cubaan menyeludup DONUT!!...
    Feb 26, 2011

    Siapa pulak lah mamat ni...??

    Assalamualaikum....


    Ha... kenal tak siapa gerangan jejaka hensome kat atas tu.... mmm.... dah bukan jejaka lagi dah..... dah jadi bapak orang dah pun... kalau ada yg tak beberapa meminati dunia artis ni.. itu lah pelakon Zul Yahya.
    Nama sebenar tuan punyer badan Zulkifli Bin Yahya. Berusia 40 tahun pada tahun ni dan berasal dari Kedah. Oooo.... orang utara rupanyer....

    Laaa... kenapalah ita beria-ia benar bercerita pasal mamat dalam foto tu kan?? ini lah yg nak cerita ni... Sebenarnyer hari ni ita masak salah satu menu yg popular di kafe Zul Yahya yang terletak di No 64, Jln Ragi 13/30 Shah Alam. Eh! ni bukan nak promote pulak ye... tak de kene mengena langsung.. dan tak dapat comisen pun... hihi


    Resepi beliau ni ita ambil dari sebuah buku KAFE KAFE SELEBRITI. Dalam buku ni memuatkan resepi2 dari artis2 popular tanah air yg ada kafe... salah seorang daripadanyer ialah Zul Yahya tu la... Jom kita tengok apa resepi istemewa dari kafe Zul Yahya ni...


    My Kitchen's Recepi

    NASI GORENG BELACAN UDANG
    By: Zul Yahya
    Sumber : Buku KAFE KAFE Selebriti


    Nasi Goreng
    1 mangkuk nasi putih
    1 sudu makan cili kering  yg telah dikisar
    1 ulas bawang merah - kisar
    1 ulas bawang putih - dikisar
    1 sudu makan air belacan - dikisar
    garam secukup rasa
    1 biji telur - digoreng dadar - ita goreng hancur

    Tumis bahan yg telah dikisar dalam kuali dgn 2 sudu minyak yg telah dipanaskan.  biarkan ia hingga garing. masukkan garam secukup rasa. masukkan nasi dan gaul rata. masukkan telur yg telah digoreng hangur tadi dan gaul mesra.  Letakkan dalam pinggan hidang.

    Udang Goreng
    5 ekor udang - digaul bersama garam dan kunyit dan digoreng garing
    1/2 labu bawang besar dihiris
    1 batang cili merah dihiris
    1 batang kacang panjang dihiris - ita gantikan dgn capsicum
    sedikit minyak untuk mengoreng.

    Panaskan minyak dalam 1 sudu, tumiskan  bawang hingga layur masukkan cili merah dan kacang panjang yg telah dihiris. masukkan Udang yg telah digoreng tadi dan gaul mesra.

    Bahan Hiasan
    ikan bilis goreng
    timun - dihiris
    daun bawang
    bawang goreng

    Hidangkan nasi dalam pinggan bersama udang , timun, ikan bilis daun bawang dan bawang goreng. Resepi ni adalah untuk hidangan bagi 1 orang makan kira alacarte la tu... so kalau banyak mulut yg nak kena suap pandai2 lah adjust2 cikit bahan2 nyer tu ye!!...

    Feb 25, 2011

    IKAN BERSOS THAI

    Ita tak pernah tunjukkan menu makan malam kan?? biasa menu makan malam ita yg simple2 aje.. selalu kalau malam biasa tak ambil yg  berat2.. kecuali lah kalau gi makan dgn anak2 kat luar... itu pun biasanyer anak2 makan lah menu yg mereka suka ita suka makan ikan bakar aje... sebab ita suka meratah ikan... hihihi dah macam kucing pulak kan?

    Lagi pun kalau malam ni susah sikit nak ambil gambar sebab cahaya tak cukup. Rumah ita ni pulak semua lampu warm light... nanti gambar semua jadi kuning aje...tengok aje lah pic2 kat bawah ni... tu yg malas nak ambil pic.


    Malam ni ita tunjukkan satu menu yg sedap! ita ambil dari dapur kak Ummi. Sebab menu ni ita rasa sedap dari dalam kuali lagi,  tu yg ita ambil lah pic walaupun kuning untuk disharekan... Sedap tau! boleh cuba pasti tak menyesal... memang world lah... seperti kata kak Ummi. Untuk resepi kali ni ita gunakan ikan siakap. Kak Ummi pula gunakan ikan bawal. Ita tak de stock ikan bawal yg ada ikan siakap aje... kita layan aje lah ikan siakap ni...

    Resepi asal dari CMG tapi, ita ambil kat umah kak Ummi. Ita minta izin share kat sini pula ye! kak Ummi... Terima kasih kerana berkongsi resepi ikan yg sedap ni! Pada yg lain tu apa lagi jom lah cuba!...


    MyKitchen's Recepi

    IKAN BERSOS THAI
    Resepi : Mat Gebu
    Sumber : Kak Ummi
    • 1 ekor ikan bawal sederhana besar
    • 1 batang serai, dititik
    • 1 kuntum bunga kantan, dihiris
    • 1 cm lengkuas, dititik
    • 1 cm halia, dititik
    • 3 biji bawang merah, dihiris
    • 2 helai daun limau purut, dihiris
    • 2 camca besar sos ikan
    • 1 1/2 camca besar cuka makan
    • 3 biji cili merah*
    • 2 ulas bawang putih*
    • 1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)
    "DO IT YOURSELF"
    1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
    2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum.
    3. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi.
    4. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
    5. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..

    Untuk resepi ni ita tambahkan nenas sebab ita suka letak nenas... nanti kan rasa dia masam2 manis sikit... tapi terpulanglah pada citarasa masing2...

    HAPPY BIRTHDAY TO YOU

    HAPPY BIRTHDAY TO YOU... KAK NOR
    SECUBIT GARAM 


    Semogga di murahkan rezeki, dipanjangkan usia, hidup mendapat kerberkatan dan rahmat dari NYA. 
    Semoga hari-hari yg mendatang juga bertambah ceria dan berbahagia disamping insan-insan yg menyayangi diri mu....

    RASPBERRY CREAM CHEESE CRUMBLE TART

    Assalamualaikum....
    Salam di pagi Jumaat semua....
    Hari ni ita nak kongsikan satu resepi yg ita ambil dari buku BAKE! by Nick Malgieri. Kebanyakkan masakkan dalam buku ni semua yg bake seperti, roti, kek, cup cake, tart, pai, pizza dan macam2 lagilah.. Resepi dan kandungan bahan2 kebanyakkan memgikut selera dan citarasa orang putih lah kan... tapi suami ita suka sebab ia kata ini lah yg ori... ialah orang lama dok kat negeri omputih... kita ni masih lagi selera kampung... hihi


    Mujur semua bahan 2 boleh didapati disini... ialah kadang2 bahan2 yg dicatat tu tak de kat sini... so kenalah gi cari kat KL itu pun kalau ada. Selalu ita akan cari bahan2 luar ni kat Cool Storage biasa kat situ ada dijual...


    Untuk pengetahuan semua tart ni suami ita yg buat... hihi ita tukang tengok aje... kira kita jadi mandor lah kan... suami ita ni biasa lah buat benda2 macam ni... sebab masa dia belajar kat US dulu katanyer dia pernah berkerja sementara kat Bakery dan Hotel kat sana. Ialah masa tu nak cari duit lebih, nak harapkan duit yg MARA bagi katanyer mmg untuk study dan keperluan, jadi kalau nak duit poket lebih kenalah cari kerja sampingan... macam2 jugak kerja yg dibuat... tapi semua tu menjadi pengalaman yg sangat berharga bagi suami ita. Selalu juga ia kongsikan pengalaman dia merantau ke negara orang dgn anak2nyer ialah sebagai pembakar semangat supaya belajar bersungguh2....


    Ok berbalik pada resepi ni, ita sukakan rasa crust dia yg rangup! walaupun disimpan dalam peti ice semalaman ia masih lagi rangup! sedap tak terlalu manis dan berminyak. Untuk Raspberry cream cheesenyer pula rasa masam manis!... semua tahu kan yg raspberry sememangnyer masam bila digandingkan dgn cream cheese ia jadi masam2 manis. Pada mereka yg tak gemarkan rasa masam boleh lah diubah dgn memggunakan apple pai ke atau pineapple pai atau apa2 yg bersesuaian dgn selera dan cita rasa masing2.

    Untuk crustnyer ita buat satu adunan tapi mmg dapat banyak. Tak pe! sebab dough tu boleh disimpan dlm peti ais. Kalau kita nak buat lain2 perasa boleh lah kita gunakan yg lagi setengah adunan tu.. Ini pun sebab pan ita tu saiz kecil. Tapi dalam buku tu pun dah diberitau kita boleh dapat 2 tart crust dgn pan berukuran 10 inc, dan untuk 8 servings.


    MyKitchen's Recepi

    RASPBERRY CREAM CHEESE CRUMBLE TART
    By: Nick Malgieri

    Untuk Crust Tart dan Topping Crust
    Untuk crust tart ni ita buat 1 adunan tapi ita hanya gunakan 1/2 adunan sahaja memandangkan saiz pan ita yg kecil.


    1/4 cawan almond
    3/4 cawan gula castor
    21/2 tepung gandum
    1/4 sudu teh garam
    1 buku unsalted butter (230gm)
    2 biji putih telur
    1 sudu teh esen vanilla



    1. Almon campur dng gula castor dan dikisar halus. Kemudian ayak. 
    2. Tepung gandum campurkan dgn garam, kacau rata. 
    3. Campurkan 1 dan 2 kemudian masukkan unsalted butter dan uli hingga menjadi seperti serbuk roti. 
    4. Campurkan putih telur dan esen vanilla dan uli lagi hingga menjadi doh yg lembut. Masukkan dlm plastic bag dan simpan dalam peti ais selama sejam.
    5. Kemudian canaikan doh. Letakkan atas pan ratakan dan potong rata permukaan tepi pan dgn pisau. 
    6. Alaskan permukaan doh dgn kertas minyak dan letakkan pemberat boleh gunakan kacang hijau. Ita gunakan guli. Ketepikan
    7. Ambil sedikit doh dan canaikan nipis. Letakkan diatas loyang. Ini adalah untuk membuat topping crust.
    8. Panaskan oven pada suhu 200C. Bila mula membakar tukarkan pada suhu 180C. Letakkan crust pai disebelah bawah rak oven dan topping crust di sebelah atas rak oven.
    9. Bakar kedua2nyer selama 20 - 30 minit atau sehingga kekuningan. Pastikan topping crust berwarna sedikit kecoklatan.
    10. Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk.

    Untuk Raspberry Cream Cheese
    Sukatan ni untuk 1 adunan ita buat 1/2 aje dari resepi dibawah. Ini bergantung pada berapa besar crust tart yg kita buat.

    2 cawan buah Rasberry atau Strawberry
    sedikit icing sugar untuk tabur

    230 gm cream cheese
    1 cawan gula castor
    1 sudu teh kulit lemon
    11/2 sudu teh esen vanilla


    Pukul cream cheese hingga ringan. Masukkan gula dan pulul lagi. Tambahkan kulit lemon dan esen vanila dan pukul lagi hingga licin dan ringan selama 1 - 2 minit.
    Ambil crust tart yg telah sejuk tadi, sapukan cream cheese diatasnyer rata2. Kemudian letakkan buah raspberry diatasnyer dan tutup semula dgn lapisan cream cheese semula hingga rata. Tekan2 sedikit supaya padat. Jangan kuat2 takut crust patah pulak!.
    Ambil pula toping crust, patah- patahkan kecil2 dan taburkan atas cream cheese tadi.
    Akhir sekali taburkan icing sugar diatasnyer rata2.
    Simpan dalam peti ais. Bila sudah keras cream cheese tu bolehlah dipotong.

    Feb 24, 2011

    PUDING BUAH-BUAHAN SEGAR

    Ya Allah dag gelap gelita dah! bukan blackout tau! tapi hari nak ujan... jap lagi mencurah-curahlah ujan turun... dengan angin dan guruh yg berdentam berdentum...

    Walaupun ujan ita tetap jugak nak makan puding ni... Ingat tak lagi puding yg ita buat semalam... kuahnyer tu ada lagi mmg saja buat lebih sebab dgn kuah tu macam-macam puding kita boleh buat. Kuah puding tu pun tahan lama paling kurang 3, 4 hari kalau kita simpan dalam peti ais laa.... Sebab tu ita masak kuahnyer tu supaya tahan lama.


    Ok hari ni kita makan puding buah-buahan segar pulak... kira puding ni suku sakat, dan adik beradik lah dgn puding malas. Kenapa ita kata cam tu... sebab tak yah nak susah2 buat kastardnyer potong aje buah-buahan segar dah dapat satu lagi menu yg sedap dan menyegarkan... tapi jangan pandang puding ni sebelah mata tau! banyak khasiat, vitamin dan seratnyer...


    Buah-buahan yg nak kita gunakan tu terpulanglah pada cita rasa masing2.Ikut selera anak tekak lah ye... Untuk puding yg telah ita sediakan ni ita menggunakan buat anggur hijau dan hitam. ita juga letakkan honeydew dan tembikai yg ita buat bulat-bulat dgn menggunakan scoop. Pastu ita potongkan buah strawbery. Wah! terliur sudahhh.... sedap tau rangup aje... pulak tu campuran buah-buahan ini menghasilkan rasa yg masam manis... sedap! tuuuu....

    Kalau nakkan rasa yg lagi sedap tambahkan lah satu scoop ais cream vanilla waarrggghhhh!! menangis lahh..... mmg terduduk!!!... jom lah kita cuci mata... sebab semuanyer telah selesai dimakan tinggal tunggu diproses aje... hihi


    MyKitchen's Recepi

    PUDING BUAH-BUAHAN SEGAR

    Untuk Kuah

    1 tin susu cair
    1 gelas air
    1 sudu tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
    6 sudu makan gula - kalau tak suka manis boleh kurangkan
    secubit garam - sikit aje tau!


    "DO IT YOURSELF"

    Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih. Hendaklah sentiasa dikacau. Kemudian sejukkan setelah itu boleh lah disejukkan dalam peti ais.

    TEMPE DAN TAUHU GORENG BERCILI KERING

    Hari ini  ita nak berkongsi satu resepi masakan air tangan dari ibu mertua ita yg paling ita suka iaitu tempe dan tauhu goreng bercili kering. Ini adalah antara air tangan ibu mertua yg merupakan fav ita dan suami. Kebetulan ita mmg suka tauhu atau apa2 masakan beasaskan tauhu, dan suami ita pula adalah peminat setia tempe... bila digabungkan oleh ibu mertua dalam kuali... ia mmg cukup serasi dan begitu istemewa...


    Ibu mertua ita ni kalau memasak semua yg simple2 aje... jarang benar ia masak yg berat2 kuih muih pun jarang benar dibuat kerana bapa mertua ita mmg tak suka makan kuih muih... kalau dia bertandang ke rumah ita selalu dia tak benarkan ita masak yg bukan2 atau buat kuih-muih kerana bapa mertua ita  tak suka makan. Lauk kegemarannyer semua lauk bening2 aje... macam sawi masak air, kobis masak air atau apa2 sayur yg boleh dimasak air. Sambal belacan dan ikan goreng mesti ada... cukup lah tu buatkan bapa mertua ita berselera mengadap hidangan... senang dan mudah kan... untung ibu mertua ku... tak yah susah2 nak fikir masak apa...

    Resepi ni ringkas dan mudah aje penyediaannyer... tapi ita suka sebab ia pedas2 manis. Kalau di Johor biasa ita lihat juga orang masak begini tapi biasanyer menggunakan cili kering ditambah kentang dan kacang goreng, yang ibu mertua ita punyer resepi menggunakan cili api... bila makan rasanyer rangup aje... sedap jugak kalau meratah macam tu aje... Jom ita tunjukkan bagaimana penyediaannyer yg cukup ringkas dan sempoii....



    MyKitchen's Recepi

    TEMPE DAN TAUHU GORENG BERCILI KERING

    3 keping tauhu - dipotong dadu kecil2 dan digoreng
    3 keping tempe - dipotong dadu kecil dan digoreng
    segengam ikan bilis - digoreng
    1 batang cili merah - dihiris halus
    1 batang cili hijau - dihiris halus
    1 sudu besar kicap masin
    2 sudu besar kicap manis
    sedikit gula

    Bahan Dikisar
    5 biji cili api
    1 biji cili merah
    2 ulas bawang putih
    3 ulas bawang merah

    "DO IT YOURSELF"

    Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau. Masukkan kicap manis dan kicap masin masak lagi hingga sedikit garing. Masukkan gula secukup rasa. Kemudian masukkan tauhu dan tempe yg telah digoreng tadi, kacau rata. Masukkan cili hijau dan cili merah kacau mesra. Tutup api. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng ratakan dan gaul mesra. Siap untuk dihidangkan...
    AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.