Follow if you like

Dec 23, 2011

Tahniah! atas usaha kalian...

وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya : 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikkan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)"
~ Al - Ahqaf : 15 

2,296 calon di WP dapat semua A

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Seramai 2,296 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 di Wilayah Persekutuan mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan ia merupakan keputusan terbaik dalam tempoh lapan tahun.
Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang  berkata, ia dinilai berdasarkan pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini yang meningkat kepada 2.54 berbanding 2.59 tahun lalu.
“Enam sekolah berjaya mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Agama (SMA) Wilayah Persekutuan, Sekolah Menengah (SM) Sains Selangor, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Aminuddin Baki, SM Agama Kuala Lumpur dan SMK Victoria.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan PMR 2011 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.
Lebih membanggakan, kata Khairil, walaupun SMA Wilayah Persekutuan merupakan sekolah yang baru, ia sudah mampu mencatatkan keputusan yang sangat memberangsangkan dalam keputusan PMR.
“Melalui pencapaian terbaik di enam buah sekolah itu juga, saya yakin kita mampu melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam semua aspek iaitu akademik, sosial dan insaniah,” katanya.
Menurutnya, seramai 25,353 calon mendaftar menduduki PMR 2011 di Wilayah Persekutuan dengan 22,739 adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran manakala 2,614 lagi merupakan calon sekolah swasta.



Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia dan rahmatnya...
Alhamdulillah sekali lagi kita bertemu di pagi Jumaat yang barakah..

Bersempena pagi Jumaat yang mulia ini ita ingin melahirkan ucapkan rasa syukur yang tak terhingga.. dan jutaan terima kasih yang tak ternilai kepada semua warga pendidik Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya di atas kejayaan semua anak-anak didik mereka yang telah beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang telah di umumkan semalam..

Jasa dan pengorbanan dari pihak sekolah dan guru-guru khasnya memang tidak dapat di balas dengan kata-kata dan wang ringgit. Hanya doa dari kami semoga semua guru-guru dan warga pendidik sentiasa di berikan kesihatan yang baik.. di murahkan rezeki oleh Allah dan sentiasa berada di dalam rahmatnya..

Gambar ikhsan : Fighters 0913

Kepada semua pelajar TAHNIAH! di atas usaha dan kerja keras kalian yang akhirnya berbayar dengan segulung kejayaan.. 
Perjalanan masih panjang.. teruskan usaha.. jangan terbuai oleh ombak kejayaan.. Banyak lagi badai yang terpaksa di tempur.. Ini baru pelayaran pertama.. Teruskan mengemudi perjalanan dengan penuh semangat dan ketabahan..

 saat-saat yang penuh debaran..

Tahniah juga buat semua ibu bapa dan penjaga di atas kejayaan anak-anak anda.. Doa dan galakan dari kalian adalah pemangkin kepada kejayaan mereka..

Juga sekali lagi ucapan Tahniah kepada semua pelajar2 di seluruh Malaysia yang telah memperoleh kejayaan yang cemerlang juga kepada ibu bapa mereka dan warga pendidik khasnya..jasa kalian tidak dapat kami  lupakan..

Kepada yang kurang berjaya.. jangan patah semangat.. jadikan kegagalan hari ini sebagai pemangkin untuk kejayaan pada hari esok!

Tahniah juga pada rakan-rakan saudara-mara, sahabat handai, rakan-rakan FB, rakan-rakan Blog yang anak-anak mereka juga turut meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang di umumkan semalam..

 dup..dap..dup..dap..


Buat anaku.. AZRUL..
TAHNIAH! dari mak dan ayah.. Segala usaha dan penat lelah Azrul telah berbayar..
Bersyukur pada yang maha Esa atas segala limpah dan rahmatNya..
Semoga kejayaan hari ni.. memberikan semangat kepada anakku.. untuk menempah kejayaan pada hari mendatang..




36 comments:

Ibu Darwisy said...

tahniah azrul :)

norhanim md zain said...

tahniah..semoga kejayaan hari ni membakar semangat utk masa hadapan...

gadisBunga said...

tahniah! semoga lebih bersemangat pada masa depan. :)

zuraida said...

Tahniah Azrul!

ameris said...

tahniah jugak utk akak sbb berjaya mendidik anak. sejuk je perut kann...

Yatie said...

Tahniah buat Azrul dan Ita sekeluarga...moga lebih berjaya di masa2 akan datang...

anymz said...

tahniah azrul dan maknya juga..:)

niesyahassan said...

tahniah k.ita atas kejayaan azrul... hope azrul dpt kekalkan kecemerlangan shg keperingkat yg lg tinggi...

Keep Beauty Corner said...

Tahniah utk anak kak ita Azrul ..cousin saya pun sekolah kat sini dapat 8A juga..mungkin sekelas dgn anak akak ..

Antan Bertingkah said...

Tahniah Azrul dan Ita...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah Azrul yg telah berhempas pulas berusaha & skrg segala penat lelah telah menampakkan hasil... teruskan perjuanganmu utk masa depan yang lebih jauh.. tahniah juga buat ita sekeluarga..

Gee® said...

Tahniah buat Azrul dan mamanya...!!

ema_amy said...

tahniah kak dan anak..

R-ASLY said...

Alhamdulillah,tahniah buat Azrul n parent...

Sugar 'n' Spice said...

TAHNIAH Azrul dan Kak Ita sekeluarga....

ZalinZalina said...

tahniah pada azrul & kak ita sekeluarga...teringin juga nak anak saya sekolah di Alam Shah macam Azrul tapi apakan daya...

zuwaidah said...

alhamdulillah, syukur dan tahniah. moga lebih cemerlang lagi dlm spm nanti.

Wan Anita said...

Tahniah buat Azrul......

cik cek said...

Tahniah Azrul....Tahinah juga buat Ita...dan juga family....berkat usaha...dan doa...akhirnya segala usaha dan pengorbanan akhirnya berjaya....

Travel&Food Lovers said...

tahniah untuk azrul n kak ita...

teringat dulu2 mase dpt 8A dlm pmr...mak n arwah abah sgt hepy...

Kak Sam said...

Tahniah buat kak ita sekeluarga

Nieza said...

Tahniah buat Azrul dan kak Ita sekeluarga:)

Areniss said...

tahniah buat Azrul dan keluarga..x sabar nak merasai saat2 yang begitu..mesti bangga menjadi mak kepada anak2 yang pintar yer kak...

CT Delima said...

As'salam Ita

Tahniah diatas kejayaan Azrul, semoga bertambah cemerlang dimasa depan..insya'Allah..

an said...

Tahniah Azrul & kak Ita!

eisyaawie said...

tahniah Azrul....:D

nieda said...

tahniah azrul..

AchiqTepin said...

Tahniah..Azrul dan Kak Ita..

Nur-nba said...

Tahniah buat Azrul.. Tentu Kak Ita berbangga dengan pencapaian beliau..

najah said...

tahniah kpd azul dan mamanya... next year my turn pulak...coz my oldest son form 3 next year... usaha tangga kejayaan!

najah said...

tahniah kpd azul dan mamanya... next year my turn pulak...coz my oldest son form 3 next year... usaha tangga kejayaan!

Juwita Jamaludin said...

Tahniah kak.. Seronoknya.. Anak2 semua berjaya.. Yg pasti tahniah untuk azrul..:)

ashiekien said...

tahniah buat azrul...dan ita sekeluarga.....

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Tahniah buat Azrul serta Ita sekeluarga .. All the best!

ilahjy said...

wahhhh 8A....sama dgn anak kak ilah PMR 2 thn lepas...sedang tunggu SPM TAHUN ni.. sama anak sulung ita...

tahniah buat azrul ...semoga menjadi anak yg bijak dan soleh kepada keluarga yaaa nak...ibu bapa mana yg tak bangga...
keputusan tu blur mak cik ilah save kat file pas tu cik ilah besar kan...gambar tuuu masih blur..tapi yg cik ilah nmpak kesemua subjek A berpandukan bentuk A tu...huhuuu..meremang bulu roma dgn kejayaan anak2 kita.. kan ita...zaman anak2 kita mmg mencabar..semua bijak2 belaka..
tahniah buat ita sekeluarga yaaa

Ummi said...

Assalam Ita, sori lambat datang jenguk...cuti on9 4 5 hari..x sihat sikit dan mak abah dan family abang datang rumah berturut2... Tahniah buat anak bujang Azrul...semoga terus sukses di masa akan datang...tahniah buat mak abahnya jugak... ^__^

Powered by Blogger.