iklan

iklan floral cake

iklan ada

Wednesday, December 28, 2011

SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamualaikum...

Anak-anak ita memang suka makan spaghetti bolognese. Biasa kalau makan kat luar mereka akan order spaghetti. Ita memang kurang sikit lah minat kalau makan spaghetti ni.. mungkin tekak ita masih lagi tekak anak kampung hehe


Kemarin anak ita Azrul minta buatkan spaghetti. Selalunya ita bukak aje botol Prego tu..  sebab ita ni tak berapa suka spaghetti jadi memang malas betul nak membuatnya. Entah macam mana bila di minta buatkan kemarin ita terpanggil untuk mencuba dan membuat sendiri sosnya.

Ada beberapa resepi spaghetti bolognese dalam simpanan ita, rata2 semuanya seperti ada persamaan. Bila ita cuba cari resepi dari My Resepi, ita tertarik dengan resepi yang di kirimkan oleh Mutiarazura. Kebetulan pula ita lihat ramai yang dah mencuba dan semuanya memberikan reaksi yang cukup positif. Hati terus berbisik "harus di cuba ni.. nampak menarik!"


Ita suka cari resepi dari My Resepi. Satu sebab utama, ianya mudah!  masukkan aje apa2 resepi yang kita inginkan dalam ruangan cari resepi, pasti setiap permintaan tidak pernah menghampakan. Satu sebab lagi kerana kita dapat ketahui yang resepi tu sedap atau tidak dengan feed back yang diberikan oleh mereka2 yang telah mencuba. Kalau ramai yang dah mencuba dan menyatakan kesedapan resepi tu...bermakna kita juga haruslah mencuba..

Resepi kali ni tak kurang juga hebatnya. Bagi pengemar2-pengemar spaghetti, ita cadangkan supaya mencuba resepi dari Mutiarazura ni. Memang sedap! anak-anak pon suka dan bertambah-tambah mereka makan. Ita yang tak berminat ni pon terminat sekali.. hihi memang sedap!

Terima kasih kepada Mutiarazura yang sudi berkongsi resepi yang lazat tak terkata ni..
Juga jutaan terima kasih kepada My Resepi yang membuatkan kerja memasak ita semakin hari semakin mudah!


SPAGHETTI BOLOGNESE
By: Mutiarazura
Rujukan : My Resepi

Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gram spaghetti ~ sepeket
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning ~ dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum ~ didadu
1 batang carrot ~ didadu kecil
2 batang celery ~ didadu kecil
1 tin cendawan butang ~ dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun ~ kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang 
NOTA : 
Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa. 
Resipi asal juga ada masuk 200 ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.


Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam.
Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.
Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat.
Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.



SOS BOLOGNESE
Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging cincang. 
Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. 
Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan susu. 
Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. 
Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. 
Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. 
Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : 
Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian! 


17 comments:

Ibu Darwisy said...

morning kak ita..saye pun tekak org melayu..husband pun same..anak jer suke...

Cidak said...

tekak anak muda sekarang lebih kepada western. lebih mudah rasanya~

*telan air liur saya pagi2 ni*

DaRi DaPuR LiZa said...

anak pompuan jer suka spaghetti ni anak lelaki kurang..tapi..maknya suka..hihi

ZalinZalina said...

Saya pun slalu guna Prego aje..he he..tapi boleh gak cuba resepi kak ita ni..nampak yummy :)

Wan Anita said...

Assalamualaikum kak ita...sama la ngan wan kurang suka sbb tekak melayu cap kelate heheh...asben pun sama,kids je yg suka.

Kak Sam said...

My feveret ni. Baru berkira2 nak buat weekend ni. Hopefully boleh jadi kenyataan.

Yusliza Lailatushalah said...

ermmmm..sedappp...:)

zura said...

kak ita , mmg best kn rasa resepi dr mutiarazura.tue ari try mmg tip top la :)

faa.rosli said...

meleleh air liur..huhu

zuraida said...

best! best! best! baru nak cari resepi tanpa prego sebab teringin nak makan & tekak dah terasa2 je nak makan sejak 2-3 minggu ni. Nak masak selalu - hasben tak suka sgt western food. (Aida ni plak, bila pregnant - western food jd favorite) Boleh try ni hehehe. By the way, just nak share, chef kat Crystal Crown JB kata, kalau tomato tu blender lagi sedap dari potong dadu :). Aida lum try, nanti nak try.

Travel&Food Lovers said...

Kak ita,

saya mmg penggemar western especially pasta...spagetti, macaroni, fettucini,penne,lasagna...semua suke...klu xlalu makan nasi, mesti bt pasta..mee kari pun sy belasah dgn spagetti..cuma angel hair jer sy xsuke sebab halus sgt n cepat lembik...sbb tulah sy sgt2 menggemari laksa johor sbb guna spagetti...

sy mula2 belajar bt spagetti bolognese dgn sepupu sy yg belajar di US...dia dh melayukan kuah bolognese tu dgn letak rempah tumis semasa menumis..nk bg rasa lebih enak..die siap bgtau org kt US mkn spagetti mcm mane tau, rebus spagetti, then letak kuah bolognese yg tin tu n makan...seyes xsedap..dgn masamnya lg.

lps tu dr resepi yg die ajar, sy olah bt pizza pulak...tp mase tu mmg semua pakai kuah bolognese prego la...

lame2 sy dh pndi skit nak reka2...sy tukar pulak guna puri tomato nak lg jimat...tp puri tomato still rase masam...tp klu letak susu, bolehlah hilangkan rasa masam tu...

skrg...sy buat kuah bolognese, guna tomato cherry..sbb tomato cherry lbh manis n sedap dr tomato biasa...n yg pntg xde pewarna tambahan..mgkn colornya kurang skit, tapi rasanya mmg sedap..cuma amek masa sikitlah nak masak..lps tu boleh jgk letak sos tomato heinz dlm kuah bolognese tu..

lg satu sy nak share,klu kt letak daging cincang, mesti ade bau or rasa2 lembu skit...so, nak kurangkan/hilangkan bau/rasa tu, sy letak serbuk ketumbar pd daging tu..sbb klu tgk org buat serunding daging mesti ada biji2 ketumbar..

sy pun masih lg merangkak dlm dunia masakan ni..tp sy nak juga share info yg sy ade..hrp kt pn sama2 dpt manfaatnya...

klu ade kelapangan, blh lah singgah rumah sy utk tgk resepi sy yg xseberapa ni..http://mytravelmyfood.blogspot.com/2011/10/macaroni-baked-cheese-simple-punya.html

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

kalo masuk blog kak ita ni, mmg ralit sungguh tgk gambar2 sampai terlupa nk tgk resepinya...hehehehh..
kite pun suka mkn pasta2 ni tp sygnya hb x suka...cam x best lak nk layan sorang2...

anonymous said...

akak,nak tanya..susu tu susu segar ke susu krimer manis ke atau susu cair?

ain azman said...

assalamualaikum kak. saya tengah cuba resepi akak ni. wish me luck huhu. sebab ni 1st time saya msak spageti ni. slalu makan orang masak. skang ni saya try pulak. terima kasih kak share resepi ni :))

dA dEstiNy-wRittEn said...

susu ape yg ptt digunakan ye?

Neutral said...

saya dah try...sedap sgt.. tp sye melayukan so ade rse mcm pedas2 lg.. hehe.. bru kene dgn siapa2 yg xbiasa mkn spagheti..hehe. pkai susu cair je.
susu pekat xsesuai la pulak rse..huhu

Neutral said...

susu cair je..hehe