Friday, December 30, 2011

SOTO TULANG

Assalamualaikum...

Tadi ita dah kongsikan cara bagaimana nak buat begedil yang rangup dan mudah. Kalau ada begedil sudah semestinya adalah sotonya.. Ibarat irama dan lagu  .. yang pastinya tak boleh di pisahkan kalau rosak lagu pincanglah irama...


Hari ni ita nak sajikan pula hidangan Soto yang pada ita cukup lengkap dan sedap! Resepi macam biasa hasil merayap ita ke dapur My Resepi yang dah cukup sinonim untuk ita dapatkan resepi yang terbaik. Resepi kali ni di kongsikan pula oleh as75. Menurut as75 resepi soto tulang ni di peroleh dari kakak angkat beliau yang mengusahan perniagaan soto. Biasa kalau resepi dari otai-otai ni memang lah sedap kan.. lebih lagi mereka dah selalu sediakan resepi ni untuk santapan pelangan2 mereka.


Satu kelainan pada soto ni, apabila ada tambahan sos tiram untuk melengkapkan lagi rasanya. Dan inilah percubaan pertama ita memasukkan sos tiram dalam resepi soto kali ni. Ternyata hasilnya memang sedap! dan menambat selera kami sekeluarga. Percubaan yang ternyata berbaloi untuk di cuba dan anda juga akan dapat menikmati satu sajian soto tulang yang lazat tak terkata.


Sekalong ucapan terima kasih yang dapat ita ucapkan pada as75 atas perkongsian ini. Jutaan terima kasih juga kepada tuan empunya resepi dan sudah semestinya buat My Resepi yang sentiasa menemani ita setiap kali ita ingin cuba kelainan dalam setiap sajian buat keluarga tersayang..


SOTO TULANG
by : As75
Rujukan : My Resepi

1kg tulang lembu atau kambing ~ di rebus hingga empuk
1/2 kg daging ~ ita tambah juga di rebus hingga empuk ~ kalau guna batang pinag tak payah rebus
1 senduk rempah soto Syarifah atau  apa2 juga rempah soto yang terdapat di pasaran
Rempah tumis 4 sekawan
1 labu bawang besar ~ di kisar
4 ulas bawang putih ~ di kisar
Halia sebesar ibu jari ~ di kisar
Sedikit lengkuas ~ ita tambah
2 kiub pati ayam ~ ita guna pati daging
3 sudu sos tiram
1 biji tomato ~ dipotong baji
1 cawan santan
2 btg serai ~ di ketuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa
1 liter air- ikut suka


Bahan untuk di makan bersama
Nasi impit atau mi
Taugeh
bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ diracik halus
kacang tanah
soon goreng ~ jika suka
Begedil
sambal kicap

Tulang dan daging di rebus hingga empuk
Tumiskan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga ( rempah tumis 4 sekawan) hingga harum
Masukkan bahan yang di kisar dan tumis lagi hingga garing
tambahkan serai dan rempah soto dan tumis lagi hingga garing
Setelah pecah minyak masukkan sos tiram
tambahkan air rebusan tulang
masukkan kiub ayam atau daging dan garam secukup rasa
Kemudian masukkan tulang dan daging tadi bersama air rebusannya dan masak hingga didih
Perasakan secukupnya
akhir sekali masukkan santan ~ jika suka
Siap untuk di hidangkan bersama bahan yang di makan bersama
Enak di sajikan hangat-hangat




BEGEDIL RANGUP


3 biji kentang
3 keping daging buger atau boleh guna daging cincang
daun sup ~ di racik halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu rencah soto yang telah ditumis 
garam secukup rasa

1 butir telur ayam ~ dikocok
sedikit lada hitam
serbuk roti ~ untuk menyalut
minyak ~ untuk mengoreng

Kentang dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam
Angkat kentang, toskan minyaknya dan lecek halus
Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis ( perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto )
Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum
Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil

salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti
Kemudian celupkan ke dalam telur
Salut sekali lagi dengan serbuk roti
Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam
Angkat dan toskan
Siap di hidangkan bersama soto nasi atau mi.
Enak juga di makan bersama sos cili


SAMBAL KICAP
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
Kicap manis secukupnya
jus limau kasturi secukupnya

Kisar cili, bawang, garam dan kicap manis hingga lumat
Perahkan jus limau kasturi
Sedia di nikmati


8 comments:

Gee® said...

yaww!! laporrrr....

Kama Azura bt Sakimin said...

Alahaiii...terus lapar tengok soto kak Ita...sedapnya

iedaoshin said...

takut tol tgk pisau racik tu ganaz gitu

Kak Sam said...

Alamak, sedapnya. Banyak list menu nak dibuat hujung minggu ni. Ni tambah 1 lagi

Wan Anita said...

Sedapnya kak ita...masuk waiting list dululah.....

fazian.batrisyia said...

Sekali pandang memang hati terpaut. Sedapnya....meleleh air liuq....lagi2 siap dgn sambal kicap...terangkat habiss...

Amie said...

mmmm... soto! kena makan berkali-kali sampai kenyang, sampai pert boncit... baru puas! siap dengan sambalnya sekali, dengan bergedilnya... lupalah nasi segala.

susumanis said...

sangat suka soto dan bergedil nih..ok after tiz sy pun nak tambah soso tiram dalam soto , tqvm ya