Follow if you like

Dec 31, 2011

SELAMAT DATANG 2012

Assalamualaikum..

Beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. Setahun masa berlalu dengan begitu pantas. Terasa-rasa macam baru semalam ita mengetuk papan kekunci untuk mengucapkan selamat tahun baru buat 2011, kini sudah setahun rupanya masa berlalu.


Kenangan 2011 masih berlegar - legar dalam kotak ingatan. Banyak kenangan masam dan manis yang harus ditelan. Tak disangka sudah setahun ita menjadi blogger masakan. Memulakan kerjaya sebagai blogger masakan yang tak pernah terlintas dalam kotak ingatan sebelum ini.

Kini kehidupan harian ita yang selama ini tersimpul rapi telah terurai di blog ini. Tiada lagi rahsia antara kita walaupun sebelum ini tidak pernah ita kongsikan walau dengan rakan terdekat sekalipun.

Kehidupan yang ita lalui hari-hari semakin ceria dengan kehadiran blog yang amat ita sayangi. Bermula dunia ita di papan kekunci. Setiap inci tercatat dengan rapi. Setiap yang masam dan manis di kongsi bersama.

Kehadiran blog ini sedikit sebanyak mengubah perjalanan seharian hidup ita. Ita dapat lakukan apa yang ita suka lakukan sebelum ini. Mencuba setiap resepi yang tak pernah terfikir untuk di cuba. Kadang kala menjadi dan adakala hasilnya tak seperti yang ita harapkan. Namun banyak yang ita belajar.. kata orang kita belajar dari kesilapan.. Tiada seorang pun yang tak pernah silap dan tiada insan yang sempurna di muka bumi Allah ini.

Minat ita memasak bermula selepas ita melahirkan anak yang pertama. Walaupun sebelum ini, ita tidak suka ke dapor sebenarnya. Namun demi kehadiran cahaya mata ita gagahi diri ini kerana mereka yang ita sayangi.

Photography, adalah kejaya terbaru yang ita minati. Bermula dengan kamera poket ita belajar untuk memahirkan diri dalam dunia photography yang ita minati. Melihatkan minat ita yang mendalam dalam bidang photography, suami ita belikan ita camera DSLR. Mulanya memang payah untuk ita mengayakan camera ni, maklumlah dengan maklumat yang amat terbatas dan masa yang tidak mengizinkan. Ita cuba belajar dari sehari ke sehari untuk memahirkan diri. Banyak yang ita belajar dan banyak lagi yang ita perlu pelajari.

Semakin banyak yang ita belajar semakin mendalam minat ita tentang food photography, hingga timbul cadangan dari anak2 supaya ita buat blog dan abadikan setiap photo yang ita ambil. Dari sini ita dapat menilai kemahiran ita sehari ke sehari. Setiap hari ita akan belek gambar yang telah ita ambil sebelum-sebelum ini untuk di nilai sejauh mana pencapaian ita dalam bidang photography yang baru bermula..

Food styling banyak mengajar ita tentang kesabaran, ketelitian dan kemahiran. Gambar yang cantik tidak semestinya dari pinggan-pingan yang mahal dan mewah. Ita cuba bawakan diri ita seadanya dalam setiap hasil sentuhan ita. Ita cuba abadikan setiap kenangan ita bersama setiap resepi dalam photo yang ita rakamkan. Ita cuba mencari identiti dalam setiap photo dan kembalikan setiap nostalgia yang pernah ita lalui. Kerana setiap kenangan dan pengalaman yang ita lalui sebelum ini, banyak mendewasakan ita. Kenangan yang tak mungkin akan ita lupakan dan akan bersemadi bersama jasad ita kelak.

Memasak, hobi yang tak akan pudar. Semakin hari ita semakin galak mencuba setiap resepi baru. Suami adalah insan yang banyak memberi galakan. Setiap hari ita di cabar untuk mencuba pelbagai resepi yang kadang kala ita sendiri tidak sangka ita mampu lakukannya. Semakin di cabar semakin berkobar-kobar semangat ita untuk mencuba dan melakukan yang terbaik.

Semoga kedatangan 2012 merubah kehidupan ita kepada yang lebih baik.

Terima kasih buat insan-insan yang ita sayangi. Galakan, dorongan dan kata-kata semangat dari keluarga tersayang adalah penguat semangat ita selama ini.

Terima kasih buat insan-insan yang tidak pernah lokek berkongsi resepi dan ilmu. Setiap perkongsian ini semoga mendapat keredaan dari Allah dan di berkati.
Halalkan setiap resepi yang telah di cuba, semoga ianya berkat di dunia dan di akhirat

Terima kasih buat pengunjung-pengunjung setia Masam Manis, kalian adalah nadi Masam Manis selama ini. Tanpa kalian pasti degupan ini akan terhenti dan bernoktah di sini.

Terima kasih kepada semua friends dan followers, anda adalah yang terbaik di mata ita.

Kepada semua rakan-rakan blogger, teruskan usaha murni kalian dengan ikhlas dan jujur. Semoga tahun yang mendatang ini menjanjikan yang lebih baik buat semua. Blog masakkan bukanlah blog picisan. Buktikan kita juga punya keistimewaan tersendiri. Bangkit dan buktikan kehebatan anda. Jangan cepat mengaku kalah.. Lakukan yang terbaik bukan untuk sesiapa tapi untuk diri kita sendiri.. Kerana hanya kita sahaja yang dapat menghargai diri kita.

Maaf dari ita andai selama kita bersahabat di alam maya ini ita ada tersilap kata... atau menguris perasaan kalian...
Maaf juga kepada semua andai ita tak berkesempatan untuk membalas setiap kunjungan...  ita hanyalah manusia biasa yg dijadikan Allah hanya sebagai hambanya yg lemah... 



Kepada semua, selamat menyambut kedatangan 2012

39 comments:

Nina Mirza said...

Selamat Lebaran Tahun Baru 2012
Kak ITA ..
Nina amat meminati keseluruhan blog kak Ita. Banyak memberi sumber inspirasi buat Nina.
Moga Kak Ita berjaya dlm bidang ini. Sayang Kak Ita selalu~~

Amin ...

Ikhlas,
Nina :)

AZLITA AZIZ said...

Selamat tahun baru juga untuk Nina dan keluarga..
Terima kasih banyak-banyak kerana meminati masam manis
Terima kasih atas doanya.. :)

Sayang Nina juga :D

rahel said...

Selamat menyambut tahun baru 2012 buat Kak Azlita sekeluarga...semoga sentiasa sihat,ceria dan bahagia selalu bersama orang yang disayang..

Kak Sam said...

Terima kasih buat kak ita kerana selalu membangkitkan semangat saya untuk mencuba resepi tang dipapark.
Selamat tahun baru buat akak sekeluarga

AZLITA AZIZ said...

Selamat tahun baru Rahel..
Terima kasih atas doa mu itu...

Begitu juga hendaknya dengan rahel dan keluarga..
Semoga tahun ini memberikan kebahagiaan buat kita semua

AZLITA AZIZ said...

Sama-sama kak sam..
Sama-sama kita belajar umtuk kebaikan kita dan keluarga..

Selamat tahun baru juga buat kak Sam dan keluarga
Semoga terus ceria dan bahagia selalu.. :D

petitehouz said...

Assalamualaikum,selamat tahun baru kak Ita :)
salam perkenalan
semoga blog Masam Manis akan terus hit di tahun 2012..

AZLITA AZIZ said...

Waalaikumussalam Petitehouz

Selamat tahun baru juga buat petitehouz dan keluarga..
salam perkenalan juga dari akak

Terima kasih atas doa itu..
Semoga kita terus ceria dan berbahagia selalu.. :D

Attila razmie said...

selamat tahun baru jugak buat kak ita dan keluarga.. semoga akak terus memberikan inspirasi buat insan2 seperti saya..yang baru nak menjejakkan kaki ke dapur..blog akak banyak menjadi ilham saya untuk mencuba resepi2 baru dan y pasti saya akan terus memasak dan memasak..;p

p/s: xlupa, gambar2 akak memang pretty awesome~! keep it up..

Happy New Year~!!

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Attila :D

Selamat tahun baru juga buat Attila dan keluarga

semoga ceria-ceria selalu dan sentiasa gembira di samping insan-insan tersayang

p/s ~ terima kasih :D

Happy New Year to you to dear..

DG said...

Happy New Year 2012 to you and your family!

AZLITA AZIZ said...

Happy New Year to you to dear.. :D

gula merah said...

selamat tahun baru kak ita...semoga 2012 akan menambahkan koleksi kek akak yg cantik2, kuih muih, dan masakan yg lazat dan gambar yg menarik...

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih :D
Selamat Tahun Baru 2012 buat gula merah dan keluarga juga..

Insyaallah.. jika di beri kesempatan dan kesihatan yang baik..
Doakan yang terbaik dari kejauhan ye..

Mat Gebu said...

Selamat tahun baru 2012 utk puan sekeluarga.....

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Mat

Selamat Tahun Baru juga buat Mat dan keluarga..

Nieza said...

Salam Tahun Baru 2012 buat Kak Ita sekeluarga.semoga thn baru ni akan lbh baik dari tahun yg sebelumnya..insyaAllah:)

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Selamat tahun baru ita n family,, semuga blog ita menjadi yg terbaik dan hebat..

AZLITA AZIZ said...

Amin..
Terima kasih Nieza
Salam tahun baru juga buat Nieza dan suami dari kejauhan..

Insyaallah mudah-mudahan tahun ini memberikan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua..

quinnie said...

selamat tahun baru buat kak ita sekeluarga...macam kak ita jugak..saya pun tak terfikir nak masuk kealam blog ni sebenarnya....semuanya bermula dari minat memasak....moga kak ita dan blog masam manis akan lebih maju jaya ditahun baru ni..:)

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih kakwan..

Selamat Tahun baru juga buat kak wan dan keluarga..
Terima kasih atas segala perkongsian.. halalkan segalanya...
doa dari ita semoga kak wan semakin di murahkan rezeki dan sentiasa gembira di samping keluarga

Ummi said...

Selamat Tahun Baru buat Ita sekeluarga...Semoga tahun ini memberikan lebih banyak kenangan indah dalam dunia blogging Ita dan Masam Manis akan terus mantap! Akak doakan dari kejauhan ini agar Ita teruskan kerajinan dan usaha dalam perkongsian baik ini... Semoga silaturrahim kita bertambah erat dan tidak terputus di tengah jalan.. Nnt ada jodoh, kita jumpa k.. Salam sayang dr HSH.. ^___^ muaaahhh!

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Quinnie..
selamat tahun baru juga buat Quinnie dan keluarga..

Terima kasih juga kerana berkongsi yang sedap-sedap!
Walaupun akak tak mengenali quinnie dgn lebih dekat tapi akak tahu quinnie mempunyai bakat dalam bidang masakan.. bakat merasa setiap makanan yang enak2.. adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah..
Teruskan mengasah bakat dan teruskan niat murni kita.. insyaallah janji Allah tidak pernah mungkir..
sama-sama kita berdoa semoga tahun ini lebih menjanjikan kebaikan untuk kita semua..

AZLITA AZIZ said...

Selamat Tahun Baru juga buat kak Ummi dan keluarga..

Sama-sama kita berdoa semoga tahun ini memberikan seribu kebaikan buat kita semua.. di murahkan rezeki memperolehi rahmat dari Nya dan memberikan lagi sumber inspirasi untuk kita kongsikan bersama

Terima kasih atas segala perkongsian, kata-kata semangat dan dorongan dari kak Ummi..
Akak adalah sumber inspirasi ita.. penguat semangat ita untuk kedapor setiap hari..

Jasa dan pengorbanan akak cukup besar dalam blog masakan ni.. semoga Allah merahmati akak dan keluarga..

Insyaallah kak jika ada keizinan dari Allah pasti satu hari kita akan bersua..

p/s ita perminat akak.. harap2 ita dapat jumpa akak suatu hari nanti..
Semoga Allah kabulkan doa ita ni..
~AMIN~

Antan Bertingkah said...

Selamat Tahun Baru Ita, semoga terus kreatif dalam dunia masakan...

AZLITA AZIZ said...

Selamat Tahun baru juga buat kak Antan dan keluarga..

terima kasih kak
Sama-sama kita berdoa semoga tahun ini memberikan seribu kebaikan buat kita semua.. di murahkan rezeki memperolehi rahmat dari Nya dan memberikan lagi sumber inspirasi untuk kita kongsikan bersama

Shaz @ Ratu Ngerecho said...

happy new year sist :))

AZLITA AZIZ said...

Terima Kasih Shaz
Happy New Year to you too :D

Kak Rose said...

Selamat tahun baru buat Ita n family... semuag bertambah2 maju lagi masam manis ni dengan foto2 yang sangat cantik2. kagum sangat!

Happy New Year 2012.

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Kak Rose

Selamat tahun baru untuk kak rose dan keluarga juga ye..

Semoga tahun ini lebih memberikan kebaikan kepada kita semua

Happy cooking and baking :D

Yatie said...

Selamat Tahnu Baru 2012 buat Ita sekeluarga, moga tahun ini bertambah2 murah rezeki Ita sekeluarga dan blog Masam Manis terus mantap....teruskan berkongsi ilmu masakan, petua dan pengalaman yg ada..moga usaha murni Ita selama ini mendapat keberkatan dariNya. Aminn....

Nieda said...

Selamat menyambut tahun baru. Semoga dpt berkongsi resepi yang best2 lagi dari Ita.

Syazi Shop Collection said...

salam

saya mmg minat blog akak. sudah byk resepi yg saya cuba dari blog akak ni. tapi kadang2 tu first time buat tak menjadi. kena buat byk kali baru menjadi. saya sokong blog akak moga blog akak bertambah ceria lagi utk thn 2012 ni


salam sayang
syazi

CT Delima said...

As'salam Ita cayangggg

Selamat tahun Baru 2012 buat Ita dan family. ct mengambil kesempatan memohon kemaafan andai ct juga ada tersilap kata atau terlebih cakap kat kotak komen Ita tanpa ct sedari.

Apa pun kita manusia biasa tiada lepas dari membuat kesilapan. semoga tahun baru 2012 ni kita sama2 mendapat keazaman yang baru juga. teruskan niat murni untuk teruskan dalam persahabat walau dialam maya sekali pun dan merempit dalam Dapur juga ya Ita...hehehe.

AZLITA AZIZ said...

~AMIN~
Terima kasih yatie..

Sama-sama kita doakan semoga tahun ini lebih membawa keberkatan, dimurahkan rezeki dan sentiasa beroleh kesejahteraan.. kepada semua

Semoga dunia blog masak-masak semakin hapening dengan pelbagai resepi yang menarik dan meletop!

AZLITA AZIZ said...

Wasalam..
Terima kasih Syazi

Terima kasih juga kerana sudi mencoba.. Semoga terus mencuba dan jangan berputus asa untuk mendapatkan hasil yang terbaik..

Happy cooking and baking >o<

sayang syazi juga.. :-)

AZLITA AZIZ said...

Waalaikumussalam CT

Terima kasih dan Selamat Tahun Baru juga buat Ct dan keluarga..

Tiada apa yang Ct ungkapkan buatkan hati ni berjauh hati..

gurau senda dalam menjalinkan persahabatan sedikit sebanyak semakin mengeratkan hubungan ukhwah ini..

cayang CT muahhhh.. muahhhh.. :-D
Semoga persahabatan kita semakin erat dan semoga kita dapat juga bersua satu hari nanti..

Sama-sama kita doakan agar tahun ni memberikan kita keberkatan, semakin bertambah rezeki dan beroleh kesihatan yang baik serta semakin matang di dapor dan semakin galak berkongsi resepi yang terbaik..

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Nieda..

Doakan yang terbaik buat Masam Manis.. ye! :-)

Selamat Tahun Baru juga buat Nieda dan keluarga

Ida,Japan said...

slm k'ita...terjah sini jap sebelum masuk tido, baru jer lepas abis kemas2 brg utk main salji esok..sebelum tu nk terjah jap kt blog k'ita..
Salam tahun 2012 k'ita..semoga masam manis terus bersinar2 pada tahun baru ini...& happy cooking!

Powered by Blogger.