Follow if you like

Dec 26, 2011

Photos of the week

Assalamualaikum...
Selamat pagi... semua..

Masih ada lagi yang sedang bercuti sempena sambutan Hari Natal
Kepada mereka yang beragama Kristian ita ucapkan Selamat Hari Natal
Sebenarnya kadang kala amat sukar nak tentukan yang mereka ni orang Islam ke atau orang Kristian. Rata-rata kat FB atau blog suka menggunakan nama samaran.. Tu yang kadang kala tak berani nak bagi salam sembarangan takut tersalah identiti.


Ada yang nampak macam Islam tapi nama samaran nama orang putih laa.. pulak!
Ada pula yang nampak macam Islam tapi sambut pulak hari Natal laaa..pulak! dok hiasa pokok krismas tu.. macam sambut krismas aje kan..??
Hihi macam mis identiti pulak rasanya bila dah berblog dan bermuka buku ni..



Apa aktiviti sepanjang cuti umum ni.. Ada yang mengambil peluang untuk membeli peralatan sekolah anak-anak.. Al maklumlah cuti sekolah pon dah nak berakhir.. Segala kelengkapan anak2 perlu di segerakan.. Anak-anak sudah nak kembali ke sekolah..


Semalam ita saje je bawak anak2 pusing-pusing. Mula-mula kita ke Muar, anak-anak nak pekena mee bandung. Nak yang ori dari Muar.. akhirnya masing-masing dok merungut.. emmm... esok mak masak mi bandung lah mak.. tak puas lah makan kat sini macam tak cukup rencah aje.. aik! dah pandai komplen lah pulak..!!


Lama tak singah bandar Muar. Seronok jugak jalan2 kat Muar. Bandar Maharani yang masih kekal dengan kesenian lama dan tak di terjah oleh arus pemodenan. Bandar rendah yang tidak di semakkan oleh bangunan pencakar langit.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dari sungai Muar, mengamat hati anak-anak..


Kemudian anak-anak ajak pulak ke Melaka. Maklumlah mereka berjiran dan nak ke Melaka tak lah jauh sangat.. Akhirnya kita mengambil keputusan untuk ke Melaka.


Sampai Melaka.. Aduyaiii... tersepit lah pulak dalam kesesakan jalan raya yang amat teruk.. Sana jam sini jam. Kereta tak bergerak lansung. Bunyik hon bingit sana sini bagaikan hala lintar.. Sibuknya Melaka kini.. Memang payah nak masuk Melaka.. penuh dengan ratusan kenderaan dari dalam dan luar negara..




Akhirnya terpaksa parking kereta jauh dan menapak dari satu destinasi ke satu destinasi.. penatnya..
Tujuan asal nak ke tempat lain.. Tapi dah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.. kita ikut aje lah langkah kaki...


Yang menyeronokkan ita bertemu dengan rakan alam maya.. hihi tapi lupa lah pulak ita nak tanya nama dua adik kita yang cantik manis ni..
Masa ita jalan tu.. ita ni biasa lah kan rabun.. spec pulak tak nak pakai.. hihi
Nampak lah dua orang adik ni yang asyik memehati ita dari jauh..
Bila ita sampai dekat dia terus sapa.. " akak ni kak Azlita ye.." hihi betul lah tu dik.. hari ni tak masak dapor tutup tu yang dok ronda-ronda..
Terima kasih kerana menegur akak.. Seronok juga kan bila dapat jumpa di alam kenyataan ni.. tapi tak dapat sembang lama.. masing-masing malu2 kucing miaow! miaow! hihi
Semoga hubungan kita di alam maya, dan bertemu pula di alam kenyataan.. akan melahirkan satu ikatan ukhwah yang semakin mesra..

Jom lah layan gambar-gambar yang sempat ita rakamkan..



6 comments:

mum2h said...

Salam kak,

Hari tu saya ke Muar, saya makan di Mee bandung Abu Bakar Hanipah. Kedai dia ada dua, satu di tanjung emas, satu lagi di bandar. Memang cukup rencah dia. Ada sotong kembang, daging, udang dan telur. Saya siap beli rencah mee bandung utk buat kat rumah.

AZLITA AZIZ said...

wasalam.. mum2h

akak pernah dengar nama tu.. tapi tu lah mencari tak jumpa kat mana kedainya..
ingat hati nak pergi lagi lain kesempatan.. memang nak cuba perencahnya.. ramai yang kata sedap!

terima kasih mum2h atas infonya.. :D

Prettywrite said...

seronoknya jalan2 ke melaka..tak pernah sampai melaka..

liana ab malik said...

Dah dua kali akak dtg melaka..
Tak singgah rumah mama Qaseh pun...^.^
Nanti calling2 la...:))

aZuMaya said...

salam kak ita,,,udah nyampei melaka ..kg halaman ku.. jem yea..next time bawa roti,,,gurau jerrr

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ita ke Melaka hari apa? akak pun ke Melaka Sabtu lepas.. memang sesak betul Melaka skrg ni yekk... sana sini membangun.. lain benor Melaka skrg dengan 10 tahun lepas.. hehehe....

Powered by Blogger.