Follow if you like

Dec 16, 2011

Photos of the week


SEORANG PENOREH GETAH TUA
Puisi Oleh : A. Ghafar Bahari

Seorang penoreh getah tua
dilukisnya derita bertunda
mengalirkan suci hatinya
putih dan sabar


di kebun getah tua itulah
usianya bertambah
semakin membongkok
kerana setiap hari menunduk
melihat getahnya di mangkok
sakitnya semakin penuh
tumpah ke tanah


dikutipnya kesabaran diri
dari pokok ke pokok
di kutipnya luka diri
diantara semak samun ini
menjadi kepingan - kepingan kenangan
untuk dijemurkan
di atas ampaian
sehinggga menjadi kuning dan kering
sehingga semakin banyak kesabarannya
terjual pada mereka. 



Lokasi : Pusat Kajian Ladang Getah
Kota Tinggi 
Johor

4 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat malam kak ita
cantiknya view...
ayu kalau balik kampung, memang inilah laluannya.. heheheh..

pandai kak snap pic..
tahniah

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Azlita.Intro yang kat atas tu very nice.I like....

xplorer said...

Excellent photo, awak guna lense 35mm ke? Brapa aperture dia?

nazri marie said...

canteknye...

Powered by Blogger.