Follow if you like

Dec 14, 2011

PENGAT JAGUNG

Assalamualaikum dan selamat petang..

Hidangan apa lah yang di sediakan untuk keluarga hari ni...??
Hari ni ita buat pengat jagung sebagai minum petang ita dan keluarga..
lama rasanya tak buat pengat..
Anak-anak ita semua suka makan pengat terutamanya pengat jagung.
Cuma Amirul ada kurang sikit kalau makan makanan yang manis dan lembut dia suka yang garing , masin2 sikit dan pedas.. macam keropok lekor atau cucur udang.. tapi yang menghairankan anak dara ita ni dia memang suka kalau ita buat pengat.. suka sangat dia makan kadang-kala sampai bertambah-tambah.. Biasa jarang kanak2 suka makan pengat.. Ita dulu masa kecik2 pon memang tak berminat dengan pengat.. kalau mak buat pandang sebelah mata je lah..


 Suami ita memang suka makan manis2. Almaklumlah orang dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni.. mana lah boleh lari dari manisan.. Kadang kala risau juga ita bila melihatkan suami ita yg cukup gemar makan manis2.. bukan apa bimbang akan kesihatannya aje..


Bagi ita pula ita suka sesuatu yang pedas.. Mungkin dah terbiasa dengan hidangan mak ita yang sentiasa pedas.. kalau tak pedas anak-anak semua tak nak masuk dapur.. hihi Tapi sekali sekala suka juga merasa sesuatu kelainan.. tak lah asyik makan yg sama.. aiii.. tekak pon kadang kala dah pandai mengadu bosan tau!

Jom lah kita intai resepi yang ringkas dari ita ni..


PENGAT JAGUNG 

2 tongkol jagung ~ di ambil jagungnya
400 ml santan
300 gm gula pasir ~ boleh kurangkan klu tak suka manis
1 sudu makan tpg kastard
Garam secukup rasa
air secukupnyer
2 sudu besar sago biji
Sedikit gula Melaka


Jagung direbus hingga empuk.
Kemudian masukkan gula, santan, garam dan tepung kastard.
Masak hingga didih.
Masukkan sago biji yg telah dicuci dan ditoskan, kedlm bubur jagung.
Biar seketika hingga sago lembut.
Siap utk dihidangkan.


14 comments:

insheerah said...

mmg seeeddaaapp ^_^

Wan Anita said...

Sedapnya kak ita...adehhh...kat bangi tgh ujan lebat ni...sedap la kalau layan pengat ni....

Gee® said...

ermmm...yummy!!

kakchik@ella said...

bubuh tepung kastard ye? Menarik tu sbb saya sblm ni bubuh sagu je.

Kdg2 saya buat bubur jagung + nangka. Kdg2 saya buat bubur jagung + sedikit beras (resepi mak saya) tanpa sagu.

Mcm2 cara boleh buat, kan.

diana said...

kalau manis sangt tak sedap la pulak..kan>??

catherinnezehal said...

aduhhhh...lapo!!

cik Es ღ said...

love this blog so much !

terbaik la kak ita :)

Ummiakid @ lily said...

menarik...belum pernah buat buh tepung kastard...selalu sago jer...kastard tu sure memainkan rasa dan warna kan Kak ita...nanti boleh cuba buat cara ni pulak.

Amie said...

hallamak....pengsan dibuatnya tengok resepi begini, kena cuba ni sebab selalu pakai sagu biji je,

dah termasuk sini, baru teringat...tadi Amie masak nasi limau purut, sumber dari Mieza, katanya dia ambil dari Kak Ita@Masam Manis, maksudnya dari dapur Ita inlah ye... he he heh kalau betul tekaan Amie, terima kasih kongsi resepi ye Ita... jemput sekali makan nasi limau purut di rumah Amie ye...

Liza said...

salam kak ita...tpg kastad tu utk bg pekat kuah dia ke?

norhanim md zain said...

sedap tengok pengat jagung ita...

kat Kedah pengat jagung dipanggil gak bubur jagung..kalau di masukkan ubi keledek atau pisang di gelar serawa..apa-apa pun gelarannya ..menu ni menjadi pilihan hanim...no 1..

sitiezahim said...

sedapnye..dan gamba pon canttiikkk sangat..:D

Ummi Hajjah said...

Jagung yg terlekat pada empulurnya jangan dibuang...kikis kerana disitulah letak rasa lemak berkrim jagung.

~Sya~ said...

tgk cara kak ita potong jagung tu pun dh menyelerakan..klu sy potong jagung tu abes sememah lantai sume...

Powered by Blogger.