Wednesday, December 14, 2011

NASI KALIO BURUNG PUYUH

Assalamualaikum..

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari kita kecuali....
Dia menggantikannya dgn yang lebih baik
Tetapi...
Itu apabila kita bersabar dan tetap redha dgn segala ketetapanNya

Selamat pagi semua..
Alhamdulillah masih lagi dapat menghidup udara yg nyaman di atas bumi Allah ini.. Semoga hari ini lebih memberi maanfaat dari hari semalam..


Semalam seharian tak dapat bersiaran..
Terlalu sibuk hingga tak ada masa nak mengadap komputer ni..
Taulah kan kalau nak buat sesuatu N3 tu memerlukan masa yang sangat panjang.. Dari mula kita sediakan hidangan.. Food Styling nya.. sesi photographynya... masukkan gambar, pilih gambar,  editing.. nak resize gambar , tulis watermark lagi... pas tu nak mengarang, masukkan resepi.. semuanya memakan masa yang agak panjang..
Bila keadaan internet yang slow.. lagi lah bertambah lambat segala urusan.. Adakala terasa sangat bosan menuggu internet ni.. asyik restart aje..


Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi yang sedap pada selera ita dan keluarga. Resepi sekali lagi ita ambil dari buku masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul hasil ilham Chef Zaidah. Kebetulan hari tu suami ita bawa balik burung puyuh. Tak tahu apalah hidangan yang nak ita sajikan dengan burung puyuh ni. Ita memang tak makan burung puyuh ni.. tapi anak2 ita suka.. Biasa ita goreng aje dan mereka suka meratah aje burung puyuh tu..


Hasil selongkar buku masakan Chef Zaidah ni, ita jumpalah satu resepi masakan yang menggunakan burung puyuh sebagai Heronya.. Tanpa berlengah ita terus kedapur untuk sediakan hidangan yang pada ita cukup menarik ni.. dan pasti rasanya juga sedap! sebab pada hemah ita.. air tangan Chef Zaidah seharusnya di cuba sebab ianya tak pernah menghampakan selera..


Jom kita intai-intai resepi dari Chef Zaidah yang sedap!
Caca membuatnya juga tak rumit sangat.. mudah dan ringkas.. nasinya juga sedap! Nasi ni di cadangkan dimakan bersama burung puyuh tapi ita masakkan satu lauk berkuah yang di makan bersama. Sesuai di masak untuk menjamu tetamu yang bertandang ke rumah.. Biasa asyik masak nasi minyak.. nasi tomato.. nasi ayam.. apa kata kali ni kita berubah pada sesuatu yang baru..


NASI KALIO BURUNG PUYUH
By : Chef Zaidah
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul

500 gm burung puyuh
4 cawan beras basmathi ~ cuci dan toskan
5 ulas bawang merah ~ dikisar
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar puri tomato
1 liter air
250 ml susu segar


Bahan Tumis
1 cm halia ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis

Bersihkan burung puyuh
Perapkan demgan bawang merah kisar, garam dan 1 sudu rempah kurma
Panaskan minyak sapi di dalam kuali
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi
Masukkan baki rempah kurma dan puri tomato gaul rata
Kemudian masukkan burung puyuh dan tumis sehingga burung puyuh separuh masak.
Keluarkan puyuh
Kemudian masukkan air dan susu
Masak hingga mendidih
Masukkan beras dan perasakan dengan garam
Tanak nasi sehingga nasi masak

Puyuh tadi kita goreng dengan minyak
Hidangkan dengan nasi.

20 comments:

Tina Othman said...

minta izin copy resepi ye kak ita, simple je cara masak nasinya, tapi tina pun tak berapa gemar burung puyuh ni, tukar lauk lain pun boleh kan =)

AZLITA AZIZ said...

boleh Tina...

ganti dgn ayam pun akak rasa ok jugak ni..

~~zAnAfAhMi~~ said...

Tengok beras Ita tu rasa nak gigit je gmbr ni, panjang2......sedap tu, zana pun guna beras basmathi utk msk harian. Tp beras ita tu panjang2, jenama apa ye?

Mieza said...

Salam kak ita..sukanye mieza tgk burung puyuh ni..mieza nak cuba la resepi ni nnt :)

CT Delima said...

AS'salam Ita

Selamat pagi..kecur dah ni. Ari Ahad gi pasar tani ada trnampak orang jual burung puyuh ni. satu pelastik tu ada 8 ekor berharga RM17 wowww!

Nak beli kupang tak ada pulak..semua tergendala nak masak. Tapi nak kena cuba buat nasi kalio pulak agaknya jadi masak ker tak erk..hehehe.

Hubby dan ct pun suka meratah jer burung puyuh ni Ita lagi sedap rasanya garing2 gitu :)

Gee® said...

Wow...well done...!!

nurbeena said...

Ns limau purut dh dalam list nk cuba, menjelma pula ns burung puyuh. Wow!

gula merah said...

Sedapnya nasi kak Ita ni...Dah la tgh lapar nih...haih...( kecor air liur )

ZalinZalina said...

Suka kat pantun kak ita yang last sekali tu...terasa ada kakak yang menasihati dan mengingatkan...thanks kak ita..

Sirah said...

kak ita, sy mmg suka makan nasi jenis berempah ni. boleh tak next time tunjukkan step-by-step. sbb selalunya sy buat, sama ada nasi mentah atau terlebih air. rs dah ok, tp presentationnya kurengg lah.

Cheq Sue said...

aduhhhh...terliur sungguh menengok burung puyuh tu...memang saya suka sangat tapi payah nak dapat. InsyaAllah kalau ada nanti nak cuba la resepi ni... tq kak ita

Gallery Mamamimi said...

Salam Kak Ita...saya dr shah alam,selalu tgk n3 akk...blog akk ni buat saya bermotivasi tuk masak n buat blog sekali.. hee.....tapi tahap kerajinan tu ntah bertahan ke idak..moga usaha akk ni menambahkan kerajinan kaum hawa tuk memasak :)

Wan Anita said...

wowww....burung puyuh...bestnya kak ita...peberet ni...nanti nak copy resepi yer kak....

Areniss said...

Burung puyuh..bestnyer...lama dh x mkn nie..

dZana said...

sedapnya akk tgok nasi ita ni.. bila la akk nk rajin2 cam ita ..

guardian_healthy said...
This comment has been removed by the author.
Healty n Beauty said...

salam kak..
sy ni silent reader n follower blog akak..akak sungguh kreatif dr smua segi..mmg bt sy excited nk bc blog akak n jika klpangan sy pn ade jgk cb menu dr blog akak..yg pnting bl bc blog akak sy xbleh brgnjak,msti amik msa sy coz duk ngadap blog akak..hehe..ape kta akak cb masakan arab plak..mandhi ke khabsi ke,ape2la jnji tema arab..msti mnarik nie..k la kak good luck n hepi sokmo..

zuwaidah said...

kalau masuk masterchef ni, for sure you will be the winner.

xcellentlanguage said...

kak, pakai unifi lew.laju sikit

Shaz said...

Cantik tul burung puyuh tu disusun camtuh. Letak dalam nasi yg cun tu, terasa berselera la pulak. Nak kena cuba ni nampaknya.. hehe