Follow if you like

Dec 18, 2011

NASI HIMPIT GORENG

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu >o<

Pagi ni terasa sangat dingin.. dari semalam hujan turun tak berhenti.. Ita sangkakan musim tengkujuh sudah berakhir memandangkan 2 hari sebelum ini cuaca cerah dan matahari bersinar terik.. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari...

Hari ni ita berada dalam delema.. "Yang mana satu idaman kalbu..." Sebenarnya ita dapat beberapa jemputan perkhwinan dan majlis pertunangan di kalangan insan2 yang hampir dengan ita. Tapi.. dalam jarak atau tempat yang jauh antara satu sama lain.. Ita hampir tak tahu mana satu yang ita nak pergi..
Satu majlis pertunangan di Pasir Gudang, satu majlis perkhawinan di Muor dan satu lagi di Umbai, Melaka.

Semalam juga Dalili dan Azrul ajak ita dah ayahnya bawa mereka jalan2.. Mungkin bosan kerana minggu ni Amirul tak de.. dia ke Melaka kerana ada rakannya yang melangsungkan perkhawinan.. Pada mulanya ita kata tak perlulah kita pergi mana2 minggu ni memandangkan abang tak de.. nanti percutian kita terasa tidak lengkap..

Malam tadi sebelum tidur ita telah terbaca diary yang di tulis oleh Dalili yang mengutarakan rasa kecewanya dia apabila cadangannya untuk berjalan2 minggu ini tidak dapat di penuhi oleh mak dan ayah.. Sebak dan serba salah pula rasanya apabila permintaan anak2 tak dapat di penuhi.. Bila saat-saat begini ita selalu meletakkan diri ita di tempat anak2.. dan mula mengigati saat ita berada pada zaman anak2... bagaimana rasa kecewa apabila setiap kali apa yang ita inginkan tidak di penuhi oleh mak dan bapa ita.. Dalam hati sudah timbul perasaan yang diri ini tidak di sayangi...
Entahlah... kan.. apakah keputusan penamat yang bakal ita pilih untuk memuaskan hati semua pihak..

~>> <<~

Pagi ni ita nak berkongsi resepi air tangan Dato Chef Wan yang cukup mudah dan ringkas. Resepi ni ita ambil dari buku masakan beliau Sedapnyaaaa..2.
Resepi yang cukup santai.. sesuai di jadikan sarapan pagi atau makan malam yang simple. 


Resepi ni menggunakan nasi himpit sebagai hero utamanya, dan ita pasti ada ramai juga diluar sana yang tidak gemarkan nasi himpit terutamanya mereka yang tinggal di sebelah Pantai Timur. Tapi bagi mereka yang tinggal di sebelah Selatan, nasi himpit merupakan satu sajian yang sangat di sukai.. tak kiralah di masak apa sekalipun kerana ianya merupkan penganti nasi dan sajian tradisi turun termurun. Nasi himpit di sediakan dengan pelbagai versi dan sentiasa menemani meja hidangan tak kira dalam majlis apa sekalipun..


Penyediaan nasi himpit cukup mudah dan ringkas. Kalau dahulu kala kita rasakan penyediaannya agak rumit kerana beras yang di tanak sedikit lembik harus di tekan atau di penyek2kan sebelum ianya mengeras dan menjadi ketulan nasi yang lembut. Kini ada terdapat nasi himpit yang di jual di pasaran dalam kadar segera. Kita juga boleh sediakan sendiri dengan meletakkan separuh beras kedalam beg plastik empat segi sama dan di rebus hingga masak.

Berbalik pada resepi kita hari ni.. Resepi ni perencahnya sama macam kita goreng mee. Cuma bezanya di sini mee kuning telah digantikan dengan nasi himpit yang merupakan hero dalam masakan kita kali ni.. Tanpa membuang masa mari kita intai-intai resepi dari tukang masak popular Negara Dato Chef Wan

NASI HIMPIT GORENG
By : Dato Chef Wan
Rujukan : Buku Masakan Sedapnyaaa... 2

Sedikit minyak masak
600 gm nasi himpit ~ dipotong kecil
1/2 sudu besar kicap pekat
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1/2 sudu besar cili kisar
4 biji telur ~ dipukul sedikit
100 gm lobak putih jeruk ~ ita tak letak
400 gm dada ayam ~ dipotong kecil
3 keping sosej ayam ~ dipotong kecil
400 gm taugeh
150 gm daun kucai ~ di potong 1 inc

Bahan Sos
50 ml Kicap cair
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
100 ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sedu besar serbuk pati ayam
Sediakan sos.
Kacau semua bahan bersama gula, garam dan serbuk pati ayam. 
Perasakan secukupnya  jika perlu dan ketepikan

Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.
Goreng nasi himpit dengan kicap pekat sehingga rata warnanya.
Angkat dengan sudip berlubang dan ketepikan.

Panaskan kuali sekali lagi dengan baki minyak yang tinggal dalam kuali.
Tumiskan bawang putih dan cili kisar di atas api sederhana sehingga harum.
Kemudian tambahkan nasi himpit yang di goreng tadi dan goreng sekali lagi sehingga rata.
Masukkan telur, lobak putih jeruk, ayam, sosej dan perasakan secukupnya.
Goreng selama 5 minit sehingga ayam masak sepenuhnya 
Masukkan taugeh dan daun kucai
Kacau cepat-cepat dan matikan api
Hidangkan segera





13 comments:

chantekdress said...

Creativenya akak!! Saya tak pernah terfikir nak buat mcm ni.. hehe.. sedap2.. boleh cuba nanti. ;)

Amie said...

kreatif dan inovatif....kagum!

rahel said...

memang menyelerakan betul..konfirm kenyang pagi2 ni..hihi..

Kama Azura bt Sakimin said...

Kak Ita..
Sedapny kak...
menu yang mengancam jiwa dan raga ni.
Nak2 pulak kak Ita yang membuatnya.
Lagilah terancam

cik cek said...

Nasi impit mkn ngan kuah kacang fav akak...lum penah makan nasi impit goreng ...mesti sedap kan...:)

icaland pelangi indah said...

mmg betul ckp kak ita. nasi himpit mmg glamor kat area selatan. raya lepas..(kat perak) lebihkan nasi himpit..ica goreng. mendapat pujian dr suami. siap suruh buat lg..utk jamu kawan2 dia. liciinnn...

Cheq Sue said...

betul kata kak ita tu, kalau belah2 pantai timur memang x berapa nasi impit ni. kalau saya pun memang suka makan dengan kuah kacang je. tapi kadang2 teringin nak cuba, tunggu bila ada nasi impitnya tu... :)

aeinio said...

wohooo cam lontong goreng pon ader gak...

Sheema Shay-rizal said...

lorrr...tak trpikir pon nasik impit bleh buat cengini kaannn??? nak buat lah!!!

MAMANYAII mayiaas said...

SALAM sis, lagu bestnya...............

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ita.. org pantai timur pun pandai & suka gak mkn nasi himpit ni. tapi kami panggil nasi kapit.. hehe.. biasanya dihidang dgn sambal nasi kapit yg diperbuat dari isi ikan, kelapa sangai, lada hitam & lain2 bahan.. hmmm.. tiba2 teringat2 kesedapan nasi kapit dimakan dgn sambal nasi kapit yg lemak2 pedas tu... lama betul tak mkn..

Hefa Azman said...

asslmualaikum,,seronoknya da idea nk msak pe raya thn ni,insyaallah,sya akan cuba resepi saudari ita,,krna telah sudi brkongsi resepi2 dlm blog,di sarwak,kebiasaan..msak rendang,kari,daging msak itam,kuah kacang n kek2,tu biasa,kali kta akan cuba menu ita lak,

Mama Sya said...

yes betul kata Madihaa tu... nasi impit @ nasi kapit sebnarnya tidak asing bg org pantai timur malah mmg antara sought-after-breakfast di sana. bezanya ialah pd cara pemakanannya shj... org pantai barat mungkin lebih prefer dgn kuah lodeh / lontong. di pantai timur, sambal nasi kapit atau kuah nasi kapit tu lebih diminati.

Powered by Blogger.