Follow if you like

Dec 9, 2011

NASI GORENG BUNGA KANTAN

 Maksud firman Allah SWT:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi.
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesunggguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Anqabut:2-3)

(B) Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Al-Buruuj:10)


Assalamualaikum...

Salam di pagi Jumaat penghulu segala hari.. Semoga semua berada di bawah lindungan dan rahmat Allah..
Semoga hari ini menjanjikan yang lebih baik dari yang semalamnya..
Mulakan hari dengan lafaz Bismillah..

Terlebih dahulu ita ingin mengucapkan terimakasih atas komen dari rakan2 kat FB dan blog berkenaan dgn video kat atas tu..
Heee...... video tu hasil air tangan anak ita Azrul. Anak-anak ita ni mmg suka buat benda2 cam ni.. biasa dorang akan tunjuk bakat masing-masing masa cuti sekolah ni aje lah kan.. bila hari sekolah memang tak berkesempatan..
Mula2 ita tak tau apalah yang di buatkan budak2 ni dok senyap aje dalm bilik berkurung.. Bila dah siap baru lah dia tunjuk pada ita.. wah! berbakat juga anak-anak mak  ni.. hihi Biasalah kan anak2 ni kalau benda2 IT ni memang cepat aje mereka belajar.. jangan tanya maknya mmg tak tau! hehe

Sebagai menghargai bakat dan usaha anak ita, ita abadikan hasil sentuhan anak2 dalam blog ita ni.. Sebagai tanda terima kasih ita juga buat semua sahabat2.. rakan2 blog.. kawan2 kat FB.. follower2 tersayang dan sesiapa sahaja yang sudi menjengah blog ita ni..
Semoga kita sama2 meningkatkan lagi Food Blog supaya semakin mendapat tempat di hati pengunjung2.. blog


Alhamdulillah rezeki anak-anak pagi ni ita hidangkan dengan Nasi Goreng Bunga Kantan.
Sekali lagi resepi ita ambil dari buku Chef kesayangan ita Chef Zaidah. Buku masakan Cita Rasa Malysia 1000 Resepi Unggul. Sebenarnya ita baru sahaja dapatkan buku masakan ni di pasaran. Buku ni sangat tebal dan menghimpunkan 1000 resepi dengan pelbagai citarasa Malaysia yang harus di cuba! Bila ita cuba resepi Nasi Limau Purut hari tu dan ita rasakan ianya sangat sedap! bertambah bersemangat ita nak mencuba semua resepi dalam buku masakan ni.. Ita pasti air tangan Chef Zaidah tidak akan mengecewakan. Kepada yang suka masak atau ingin mempelbagaikan sajian buat keluarga tersayang apa kata dapatkan senaskah buku masakan ini di pasaran.. tak rugi jika kita mencari ilmu..

Nasi goreng ni sedap! satu kelainan kerana menggunakan ikan goreng dalam nasi. Bau harum bunga kantan memang menambat selera. Pada sesiapa yang gemarkan keharuman bau bunga kantan pasti anda juga akan sukakan nasi ini seperti ita..


NASI GORENG BUNGA KANTAN
By : Chef Zaidah
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul

Minyak masak ~ untuk mengoreng terendam
3 keping ikan tenggiri ~ dibersihkan
5 sudu besar margerin ~ ita guna minyak masak
2 batang bunga kantan ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
3 sudu besar kicap manis
1 sudu teh belacan
5 cawan nasi sejuk ~ diperoi
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam ~ secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
2 batang daun bawang ~ dihiris ita guna daun ketumbar
Bawang goreng secukupnya
2 biji telur didadar ~ untuk dimakan bersama atau sebagai hiasan

Bahan Kisar
5 tangkai cili merah ~ buang bijinya
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
~ ita kisar sekali belacan dengan bahan kisar

Panaskan minyak di dalam kuali
Goreng ikan sehingga garing ~ ita gaul dgn kunyit dan garam pas tu baru goreng
Ikan di siat2 ambil isinya sahaja

Panaskan margerin
Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan isi ikan tenggiri
Kemudian masukkan bunga kantan, tomato, kicap manis dan belacan
Gaul rata
Masukkan nasi, lada hitam, garam, serbuk ikan bilis dan kacau hingga sebati.
Ketika menghidang taburkan daun bawang, bawang goreng dan telur dadar.


24 comments:

azira said...
This comment has been removed by the author.
azira said...
This comment has been removed by the author.
azira said...
This comment has been removed by the author.
azira said...

knp k.ita pakai cawan yang dh berkarat tu...biarla seni yang sesuai ye k.ta...apepun, sy suka blog akak ni.. gmbr yang menarik..tang itu, hrp k.ita lebih berhati2 ye..tq..

AZLITA AZIZ said...

Akak tak guna cawan tu ianya hanya props...
btw TQ atas ingatan..

akak hanya ingin mengimbau zaman dulu.. dalam kehidupan masyarakat kita yang serba kekurangan...
Menghayati kepayahan sebelum datangnya kemewahan..

Ummi said...

Itaaaa...mmg mantopsss Video yg disediakan oleh anak2 Ita tuh...mesti diaorg pun tumpang bangga dgn blog maknya, tu pasal diorg watkan video... :)), bertuaaaah emaknya...moga blog Ita pun semakin mantopss....x pernah jemu akak belek gambar2 Ita nih!

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih kak Ummi..

Tu lah kak anak2 ita semua sayang kan blog ita ni.. hari2 dorang bukak dan selalu kita ingat kembali setiap resepi yang telah ita buatkan
rasa terharu jugak bila anak2 menghargai usaha ibunya..

Terasa lebih bahagia bila insan2 yang kita sayang amat menghargai usaha kita..

terima kasih sekali lagi ye kak Ummi

mimie kesuma said...

waaa......cawan bukan sembarang cawan tu kak ita...
beberapa hari lalu,mimi sengaja cr keliling kota dumai...
hanya nak cari cawan yg kata orang '' jadul''....jaman dulu...
tp klasik .
susah bebenor cr cawan tu. dapat 2 biji je...satu 5000..dalam IDR le.dalam rupiah.mkn RM.2,5 kot .
dapat p[iring macam tu jugak.dgn hrg sama.
lagipun sesuai dgn tema cawan tu kak.coz ada tikar di situ.
nice pic.suka kak.....

AZLITA AZIZ said...

Betul tu mimie mmg sukar nak dapat cawan tu sekarang.. akak pon terpaksa pergi cari di kawasan kampung..

yang ni akak cari di Kuala Lipis, dekat Pahang.. hanya ada satu kedai aje yang masih ada jual.. itu pun tauke kedai tu tak nak jual sebab dah berkarat.. hihi tapi akak nak beli jugak sebab klasik sangat dan satu nostlgia.. buat akak.. sebab masa kecik mak akak bagi akak guna cawan ni sebab akak jenis tak boleh pegang barang kaca habis semua pecah..haha

kat-ty said...

Kak ita,some people dont really understand bout d art!!! So,nk terangkn satu2 takut x larat kan!!jd,biarkn je la as long yh memahami lebih ramai dr yg x pahami..g pn standart la akak,org glamer mmg ramai kedengki!!!kekekeke..nyway i like the terms u use secara x sengaja " flower2".. So sweet..keep it la akak!!jdkn ia jargon Yg akak cipta utk folowers akak je...mush love...muahhhsss

ameris said...

org x paham seni mmg susah.
skali tgk dh tau yg akak ni jenis yg menghargai seni. takkan la kita nk guna yg berkarat tu, sedangkan cawan mahal2 dok dlm lemari.
ciri2 tradisional tu mmg ngam kole tu dgn alas tikar mengkuang tu. superb lah kak ita.

kak ita, kalu kt kelantan mmg slalu buat nasi grg ikan ni. org2 kampung tumbuk ikan yg x abis smlm buat grg nasi. mmg sedap tau. sy skrg pn slalu guna ikan grg smlm utk grg nasi. pehhhgggg... bestttt

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahniah ita utk video yg sangat mantops itu! ralit akak dok tengok.. hehe.. mmg berbakat anak2 ita.. tahniah!

pastinya sedap nasi goreng tu kan.. akak kengkadang kalau ada ikan goreng tak habis selalu juga gunakan sebagai rencah nasi goreng.. hehe..

bab cawan berkarat tu.. akak faham sgt2 ianya sekadar props.. hehe.. ada satu lagi barang klasik yg akak dok perati ita gunakan iaitu sudu2 lama yg dah agak kusam.. akak faham pastinya ita dah tak gunakan sudu2 kusam tu utk buat makan2.. it's just a prop utk menghasilkan seni yg sgt indah.. begitu juga dengan tikar mengkuang yg dah koyak2 tu.. ianya juga seni.. sebab tu semua penghasilan foto yg ita hasilnya semuanya berseni.. sangat cantik & tiada tandingannya... TAHNIAH!

nurbeena said...

Rasanya di rumah abah saya masih ada menyimpan cawan tu. cuma dah tak digunakan. bende2 klasic cm tu mmg disayangi.
Alhamdulillah smlm sal dh mencuba resepi prosperity yg kak ita kongsikan.
Gd luck akak, anggaplah sebarang kata2 adalah perangsang untuk akak terus maju.

norhanim md zain said...

terbaik...

cuma yg benar -benar minat dan berseni akan kreatif dlm penghasilan gambar-gambar yg hebat .

Hanim pun kekadang pening juga fikir nak design gambar food yg kita nak..of cox blog ita menjadi rujukkan hanim..

Keep up...terfikir nak cari brg brg lama kan rmh mak pas ni....thanks ita..

mimie kesuma said...

hehhe...
mimie pun ada kenangan dgn cawan jenis itu.
dulu...masa kecik2 slalu pegi rumah nenek masa libur sekolah.
di rumah nenek ada sudu macam cawan tuh jugak.tp dah agak ''geripis'' bagian tepinya.
dah agak berkarat.
budak2 kak.tak tengok2.maen pakai je sudu tu.
sekali ngap.... hah...koyak mulut...
ahhahaha.....
msh ada lah kak tpt mimie yg jual cawan tu.kat pasar dkt rumah tu rupanya.
kalu dekat..nak mimie kirim .
heheheh.... tapi..jauh sangat... :)

khairiah khaizu said...

tak blh tgk la video, blk umah br blh tgk, kt opis ni tenet slow bebenor...saya selalu gak makan nasi goreng nie...kt kedai hihhi...tp tak pernah buat sbb che abang tak suka baunya..hehehe...apa2 pun saya sukaknnya..lalalala

AnGaH said...

Salam..saya selalu mengikuti blog akak ni.suka sangat tengok gambar yang cantik2 dalam blog ni.bertambah lagi dengan video tu..sangat menarik.rasanya cawan tu bukan la satu isu yang besar..apa2 pon tetap sokong akak..

quinnie said...

cantik video yg dihasilkan anak2 kak ita....:)

saya suka nasi goreng taruk bunga kantan...lama btul tak makan..:)

ummi nor said...

Salam, syabas kak ita...meningkat satu tangga lagi gred blog akak ni dengan adanya video tu.tahniah buat anak2 kak ita yg amat memahami minat maknya dan sokongan padu mereka dan bapanya yang jitu terhadap kak ita,saya ingat nak cadangkan kat majalah supaya masukkan resepi2 kak ita nilah...takpekan?

miza said...

1st time nk komen kat blog kak ita ni....

blog ni mmg pic nya sume cantik2...teliti, penuh art, sume2 cantik la

bab cawan berkarat tu...adehh...ssh nk cakap kalo x fhm...x pe kak ita...ramai yg faham

ROHAH said...

salam kak, sedapnya...dah lama tak buat nasi goreng nie..

melati putih said...

tetibe dgn ta sengaje nye lapa tgh2 malam nie
ape pon semua resepi kt blog nie memg best

Addy Razmeen bin Asyraf (Addy Asyraf) said...

Assalamualaikum kak. :) sy selalu jadi silent reader je. skang sy follow akak terus. Lame sgat nie sy xbuka blog makan kgemaran sy. he3 Da ade perubahannye. Keep it up kak. Anyway, sy selalu praktikkn resepi akak. thnx kak. sumenye sedap2 belake. :)

Syimama said...

Hu3.. klasiknya foto tu, bukan saja tang pinggan dan kolenya, tapi sy juga tertarik tang pisau cangkok tu...macam kerambit...takut nak guna.

Powered by Blogger.