Follow if you like

Dec 11, 2011

KUPANG MASAK KETUMBAR

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Selamat berhujung minggu
Dah berapa hari tak masukkan N3 makanan. Sebenarnya ita sedikit sibuk sekarang ni... Dengan jadual harian yang semakin padat dan melayan kerenah anak2 sepanjang cuti sekolah ni. Dalili pon tidak berapa sihat.. dah berapa hari demam.. Hari ni baru nampak kebah sikit demamnya.. Mungkin akibat faktor cuaca yang tak menentu dan keseronokkan dia bila abang2nya ada di rumah, sampai Dalili mengabaikan waktu tidurnya.. tidur lewat malam kerana main game dgn abang2.. Bila dah tidur tak cukup mudah lah penyakit menyerang..

Banyak N3 ita yang tertangguh penyiarannya.. Tak pe lah nanti kalau ada masa ita masukkan satu persatu. Hari ni juga tak dapat nak sembang panjang. Ita nak keluar sekejap lagi.
Sekarang ni ita semakin seronok bermain dengan camera kesayangan ita Canon 550D. Banyak function yang ita baru nak belajar.. Sebenarnya banyak sangat function dalam camera ni yang ita masih tak pasti lagi pengunaannya. Ita banyak belajar dari internet cara ambil gambar. Nak pergi kelas, macam tak de masa aje.. jadi ita selongkar kat internet untuk dapatkan tips dan panduan bagaimana nak gunakan semua function dalam camera tu..


Cuba belajar satu persatu.. Sekarang tengah nak cuba ambil gambar waktu malam yang pada ita sangat susah nak ambil. Kekurangan cahaya membuatkan gambar banyak noise. Tapi sebenarnya ada jalan penyelesaiannya kalau kita tahu handle camera kita ni.. Masih lagi dalam proses pembelajaraan.. kalau dah dapat cara atau kaedah yang betul nanti ita sharekan..

Ok lah kita berbalik pada resepi yang ita ingin kongsikan hari ni. Resepi yang simple aje.. Biasa anak2 ita suka makan kupang masak cili. Tapi kali ni ita tambahkan sikit daun2 yang berbau harum kerana ita sangat sukakan makanan yang berbau harum cam ni.. Tapi ada setengah orang tak suka.. Macam ita juga dulu masa kecik2 ita paling tak suka kalau mak ita masak dan masukkan daun limau perut dan daun kunyit. Ita tak suka baunya.. Tapi sekarang bau tu ita rasa  penambat selera.. Mungkin faktor usia yang membuatkan ita berubah.. hehe


KUPANG MASAK KETUMBAR

Bahan kisar
15 tangkai cili padi thai
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 helai daun limau perut
1 helai daun kunyit
3 pokok akar ketumbar

1 labu bawang besar ~ dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau perut ~ dihiris
3 pokok daun ketumbar ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1 kiub ikan bilis
2 biji tomato belah baji
minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa secukup rasa

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar dan serai hingga harum
Masukkan kiub ikan bilis, sos cili, sos tiram  dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan kupang
Tutup kuali sebentar hingga kupang masak
Masukkan tomato
Akhir sekali taburkan daun limau perut, daun kunyit dan daun ketumbar

11 comments:

ShaSha The Baker said...

lame dah x makan kupang, best nihh.. boleh try nnt

nonierahman said...

Pagi kak ita.nonie x penah makan kupang.hari tue p wedding kat batu pahat sepanjang-panjang jalan ada org jual kupang.tp x pulak singgah membeli.nnt kalau beli kupang bolehla cuba resepi nie.

anymz said...

wow...terkejut akak tgk header baru tu.canggihnya..seb baik lagu sesuai dgn jiwa..haha..
seronok pulak duduk kat dapur ita ni lama2...sambil angkut resepi kupang ni..nak buat nanti..kupang sennag nak dapat kat sini..

KILA said...

Kupang? Rasanya tak pernah makan lagi. Nanti kalau jumpa bolehlah cuba..

CT Delima said...

As'salam Ita

Salam dihari minggu, sempat singgah sebelum keluar :) ct doakan semoga Dalili comel cepat2 sembuh hendaknya. rindu lama tak tengok gambar Dalili senyum di blog Masam Manis ni...hihihi. Kirim salam kat Dalili ya.

Kupang ni fav ct ni Ita. Kalau kat rumah ni hanya CT sorang jer yang makan. sebab zaman kita dulu2 pun kupang ni lah yang ct cari dan korek2 kat pantai Lido tu..sampai leka waktu dah petang...hehehe. Boleh cuba nanti resipi dari Ita ni harum bau daun kunyit tu yang sedap tu :)

quinnie said...

Assalammualaikum kak ita...

saya suka makan lala dari kupang ni...tak pernah jumpa kupang kat pasar sini...biasanya yg dah dikupas je...lala pun dah lama sgt tak makan...saya pun sekarang suka sgt letak daun2 ni sebagai penambah rasa..dulu tak pandai makan jugak..hehehe

bihun goreng tu..boleh je guna resepi bihun goreng biasa yg akak duk selalu buat..cuma tambahkan serbuk kari je sebagai kelainan....kedai mamak kat kg saya yg suka masak cam gini..tapi dulu2 la...sekarang kedai nya dah tak dek rasanya....:)

Wan Anita said...

Assalamualaikum kak ita...sedapnya nampak kulang tu, wan tak pernah masak kupang ni, makan pun sekali sekala jer...nanti blh cuba resepi akak ni...semoga Dalili cepat sihat ye

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

assalamualaikum..sedapnyer nampak masakan kupang ni.dgn kulitnya lagi tu...terliur saya tgk!

rahel said...

Selamat berhari ahad Kak Azlita...
ayoyoooo...ini hari masak kupang ya..hem..enak tu isinya dicelup dlm lada limau..meletops..

Liza said...

salam kak ita....sedapnya tgk kupang tu...dah berapa kali Liza telan air liur ni...bestnya kalau dapat sepiring....hihihihi

Toko Online Kalistajaya said...


http://www.saesalera.com/product/view/31/obat-herbal-keputihan-crystal-x

Powered by Blogger.