Follow if you like

Dec 26, 2011

Heart Tasty ~ Fill Terima kasih kak Ummi

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama ita idamkan loyang kek yang ada love kat dalam dia ni.. Ita pernah ternampak loyang ni masa search kat google. Boleh order melalui on line tapi.. makan masa lah sikit kan. Mulanya ita dah nak beli secara on line tapi suami ita kata mesti ada jual di KL.

Puas ita merayau2 sekitar KL tapi tak pernah terjumpa. Rasa macam dah putus asa dah nak dapatkan loyang love ni.. Hingga lah pada suatu hari ita terbaca N3 kak Ummi tentang kunjungannya ke Pantry Magic, boleh jenguk kat SINI
Mulanya suami ita yang baca N3 kak Ummi tu.. Suami ita ni dia mmg suka merayau2 dan baca blog2 rakan2 kongsi masak2 ita. Bila dia terbaca tentang Pantry Magic yang kak Ummi khabarkan terus dia ajak ita ke sana.. Suami ita ni mmg tau apa yang ita suka..


Rasanya Bangsar adalah tempat yang paling ita suka pergi.. sebab ita suka makan kat Restoran Rebung kepunyaan Chef Ismail yang mmg terletak di Bangsar. Tapi entah macam mana ita tak pernah pula terperasan ada Pantry Magic kat area situ.. Mungkin sebab kedainya agak di tengah2 dan tersorok sikit mmg sukar nak perasan kedainya tu.. Tu pun ita dah tersesat.. berapa kali pusing2 kat bangsar tu baru lah jumpa..

Mmg seronok berkunjung ke Pantry Magic dan macam biasa dan macam yang kak Ummi khabarkan harga barang yang di jual di situ agak mahal.. biasalah kan kawasan elit macam tu harga mmg boleh tahan... hihi Ita mula mencari kalau ada di jual acuan love ni.. malangnya tak de lah pulak!

Suami ita pulak mengambil peluang untuk bertanya dengan penjual tu kalau2 adalah kan dia sorokkan loyang tu.. Tapi mmg tak de jual sebenarnya kat situ. Alhamdulillah penjual yang baik hati tu minta kami ke Kota Damansara katanya ada sebuah kedai di Sunway Giza yang jual barangan kuih dari Wilton. Bila tanya pukul berapa kedai tu tutup, penjual tu kata dalam pukul 7 petang. Tanpa berlengah kami terus menuju ke Sunway Giza. Jalan pulak jam sana sini kebetulan dengan cuaca hujan dan time orang balik kerja.

Berpandukan arahan yang di berikan akhirnya ita bertemu lah dengan kedai yang menjadi idaman pengemar2 kek. Macam-macam barangan Wilton yang di jual di sana. Rambang mata ita sekejap.. Rasa macam semua ita nak beli. Rasa macam tak nak balik .. geramnya tengok bahan2 membuat kek di situ.. Dan akhirnya ita bertemu juga dengan loyang love yang dah lama ita idamkan ni..



Kepada yang berhajat nak mencari barangan Wilton atau teringin nak dapatkan loyang love macam ita ni bolehlah ke Sunway Giza. Kedainya terletak di deretan rumah kedai berdekatan dengan Standard Chartered Bank.


International Centre of Cake Artistry ICCA
Jalan PJU 5/15
46150 Petaling Jaya

Tel : 603 - 61408835

Kepada yang nak order melalui on line boleh cari di sini : 

Terima kasih pada kak Ummi.. kalau tak kerana N3 kak Ummi tentang Pantry Magic tu sampai sekarang ita masih tak dapat loyang love ni lagi.. hihi


Terima kasih juga atas kiriman skoteng tempoh hari tu ye kak Ummi.. alahai.. kak Ummi buat susah-susah aje.. segan ita.. hihi siap dengan keropok pon ada sekali.. tapi keropok tu tak sempat ita nak ambil gambar kak Ummi.. hihi kat rumah ni mmg semua hantu keropok .. pantang nampak habis semua di goreng tak sempat kawan tu nak berposing.. hihi
Terima kasih sekali lagi ye kak Ummi mmg tak sabar dah ita nak buat dan merasa apalah rasa skoteng ni kan.. hihi tapi asyik tertangguh aje nak buat sebab asyik ujan aje kat JB ni.. nak kukus susah sebab ita kukus kat luar.. hihi bila hujan dah tak dapat nak kukus kuih..
Terima kasih sekali lagi Kak Ummi jasa baik kak Ummi hanya Allah jua yang dapat membalasnya..




19 comments:

aeinio said...

menggoda betul kak ita nih.. kena ada gak satu nih.. bilalaa nak g beli nyerr tuh... huhuhuhu

Fazlinil Irma said...

sy pun baru pegi ICCA minggu lepas. berpusing2 nak cari kedai. bila dah masuk tak jumpa jalan keluar. seronok membelek barang2 kek. rasa nak capai semua tp bila tgok poket. hihii. beli apa yg perlu dulu. :)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Akak..dah agak dah it's ICCA! Love ordered a Mickey And Minnie 3D cake for my daughter's birthday from them. Good job. Pernah upload kat FB lately. Memanglah suka sgt with their baking tools kat kedai dia...adeyyy tak ingat dunia! Products Wilton dia bes kan! Mcm mcm ada. This shop is in my top fav now. Happy you found the cake pan there!!!

And that's one beautiful cake!!!

Ummi said...

Assalam Ita....sama2 kasiiiihhhh...muaaahh, muaaahhh! Waaah dah terpa Pantry Magic, mst byk Ita sambar gak tu kan..hehee. Owh nnt akak terjah pulak la ke Sunway Giza tu...x penah dgr lg nama tempat tuh...mmg cantik loyang tu..Haha..akak ni pun, tengok sume nak...yg ada tu pun belum habis "pecah dara" lagik...adeeii.. InsyaAllah nnt jalan2 cuci mata jgk la kan...hahaahaaa..

Pasal skoteng tu, kebetulan akak terbaca komen Ita kat kuih talam CT Delima tuh...dan kebetulan jugak akak baru dpt skoteng tu bila kawan ofis pergi...byk dlm stok, so apalah salahnya akak bagi sikit. Kalau org lain pun yg teringin sgt, akak tau, akak kirim jgk insyaAllah. Not a big deal, my dear! X sabar nak tunggu kuih skoteng dr Ita..mst cun melecun...hehehe. Muaaahhh!

misshannajr said...

cantiknya kek kak ita tu..ada lob la hehe..dan terasa best sgt ada hubby mcm cik abg kak ita tu..sgt la memahami dan supportive kat isteri..hurm! semoga berbahagia hingga akhir hayat kak..:D

Pink Mama said...

Kedai ni dekat dengan area rumah saya Kak Ita. Selama ni tak pernah pulak perasan, nanti nak pergi check it outlah =)

Jase Jamin said...

hhahaahahha kak ita... jenuh dok pikir Sunway Giza tang mana.... rupanya Kota Damansara tu... selalu dok pi... usha usha tapi tak beli sepatah haram pun.... ada lagi satu kedai Bakery dekat dengan ICCA tu... kenkadang takder kat ICCA tu boleh dapat kat Bakeri tu.. tapi Bakeri tu kecik je .. tak cam ICCA.. n ada barang yang kat bakeri tu sama ngan ICCA tapi lebih murah..

zarina said...

lorong yang sama dengan ICCA tu kedai City Bakers..setentang dengan kedai dobi..kat situ buku dia best2, mesti k.ita suka gak

cik cek said...

cantikkkkk....cantikkkkk...acuan kek tu...nak p cari ni...:)

rahel said...

Salam Kak Azlita..canteknya bentuk love kat tengah2 kek tu..harus gi tinjau2 gak kdi tu...tapi tak tau bila..hihihi..

rahel said...

Salam Kak Azlita..canteknya bentuk love kat tengah2 kek tu..harus gi tinjau2 gak kdi tu...tapi tak tau bila..hihihi..

mum2h said...

Saya pernah pergi kedai ICCA. Boleh meroyan tgk barang2 dia :D

faa.rosli said...

siyesli akak creative...

Salina Salehan a.k.a iena chomey said...

kat kedai tu mmg best2 semuanye...selalu gak g ctu sebab itu aje kedai yang terdekat dgn umah tak sampai 5 minit

marinahunny said...

Alahai comelnye..

...antikapel... said...

kak, sangt teruja kot setiap kali tengok kak punya entry. tp, puas dok saya fikir. mcm mana bentuk love tu terbentuk. adoi, penat pikir...hehe...bila dok pandang loyang tu, tak de plak bentuk love....

thanks kak....dari tak tau langsung, jadi tau...tp sikit je la kalau nak bandingkan ngan orang lain...

raya tahun depan dah buat list kuih raya kak ita yang saya nak try...:)

Ummiakid @ lily said...

cantik loyang tu...dah bestnya ada kwn² yang prihatin kan..??

sarah.belle said...

salam..few months ago ada nak beli loyang ni..tapi xleh nak bayangkan camne love shape ni boleh jd..bile tye org yg keje situ die pun tatau mcm mana bile saye bukak packaging tu nak die tunjukkan..ermm bleh x akak explain kat saya so that nnt sy tak nyesal beli mende ni..hehe

shahrul said...

wehuuu bestnyer..santek kek akak. iols dah lama ngidam nk wat heart cake ni....sib baik dh ada jual loyang nyer.. haruslah iols nk berdesup skng sb dkt ngn opis iols je...thanks akak sb share info...

Powered by Blogger.