Follow if you like

Dec 15, 2011

GARLIC ROLL

Assalamualaikum..

Tiada bandingannya rasa roti segar, panas dan harum, apatah lagi di sapu dgn butter lalu dimakan perlahan-lahan. Betapa enaknya jika roti itu di buat sendiri..

Ramai yang menyatakan membuat roti itu sukar dan memerlukan kemahiran. sebenarnya tidak. Ragi bahan yg mudah digunakan. Kita tidak akan tersalah, asalkan jangan membantutkan ragi dgn mencampurkan cecair panas. Tidak seperti membuat pastri dan kek, yg memerlukan sentuhan perlahan, menguli doh roti memerlukan masa dan tenaga

Seperkara lagi yg saya pelajari dari jurumasak antarabangsa ialah berlakunya pembaziran, bukannya rasanya yang enak. Ada yg menyatakan doh roti harus dibuat menggunakan cecair suam dan disimpan di tempat panas.. Roti yg dibuat cepat di rumah memanglah baik... tetapi rasa serta teksturnya kurang baik. Lebih baik doh dibiarkan kembang ditempat sejuk pada suhu bilik, kerana doh yg naik perlahan-lahan akan rasa lebih enak. Ia lembut apabila dikunyah dan tidak mengandungi gelembung udara

~ CHEF WAN

Pagi ni ita sajikan anak-anak dengan Garlic Roll bersama Mushroom soup. Anak ita memang suka makan garlic bread dengan mushroom soup. Kalau gi makan kat Pizza Hutt ini adalah sajian yang wajib di order. Kalau kat rumah pon anak-anak ita kerap buat, sekarang mereka dah pandai buat sendiri sebab mudah.. Dalili pon dah pandai buat sendiri. Kebetulan dah ada bahan yang mudah.. Garlic Butter pon memang sentiasa ada.. Bersama Mushroom soup segera.. mudah dan ringkas..

Tapi kali ni ita buat Garlic Roll. Ita ternampak resepi ni masa ita singah di blog Taste of Pearl City milik Umm Mymoonah dan resepi ini merupakan resepi terbaik pilihan beliau sepanjang tahun 2011. Resepi ini adalah milik Suhaina dari blog My Singapore Kitchen. Masa tu ita dah berangan nak buat sebab tau anak-anak mesti suka.. Entah macam mana bila dah sibuk ita hampir terlupa pada resepi yang memang teringin sangat ita cuba ni..



Bila ita jalan-jalan kat blog Madiha ita ternampak Madiha dah pon mencuba Garlic Roll ni dan hasil yang Madiha buat memang sangat memikat ita untuk mencuba.. Ita memang suka selongkar dapor Madiha.. sebab macam-macam resepi yang telah Madiha cuba.. semua nampak menarik.. banyak yang dah masuk list tapi tak tau bila nak buat..



Bila Madiha kata "tak puas makan" lagi lah berkobar2 ita nak mencuba.. dan akhirnya dapat lah ita capaikan hajat untuk mencuba resepi ni.. dan hasilnya memang seperti yang dikata.. walaupun tanpa telur kita dapat hasilkan satu resepi roti yang sangat lembut.. Pulak bila di lapiskan dengan garlic spread yang beraroma daun ketumbar lagi lah.. harum dan menyegarkan.. Ita memang sukakan harum bau daun ketumbar..


Thank you Suhaina for sharing the recipe and Umm Mymoonah is absolutely right. The Garlic Bread is terrific. Soft and rich. Delicious. I like the aroma of the garlic. Fresh and do serve right away.
Terima kasih juga pada Madiha dan rakan-rakan yang lain yang telah mencuba... Ita sharekan pula disini untuk rujukan ita dan rakan-rakan yang teringin mencuba


GARLIC ROLL
By : Suhaina

Ingredients: (makes 8 rolls)
  • Plain Flour- 3 cups
  • Warm Water- 1 cup*
  • Yeast- 1tbps #
  • Salt - 1tsp
  • Sugar- 2 tbps
  • Extra Virgin Olive Oil- 2-3 tbps
Method:
  • Mix everything together except oil with warm water and knead  until you get a smooth dough.
  • Add oil and knead until the dough springs back when you press with yreour finger.
  • Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size.
  • Make the  Garlic Spread
  • Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions.
  • Grease a baking pan or loaf tin with butter.
  • Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking.
  • The rolled out dough must be at least half inch thick.
  • Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it.
  • Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls.
  • Now place the rolls with the cut side up in the greased pan.
  • Repeat the same procedure for the remaining dough.
  • Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer.
  • Sprinkle sesame seeds (optional)
  • Allow to proof for another 20 minutes.
  • In the mean time preheat the oven to 180 degree C.
  • Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread..
  • Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.
* The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.
# I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too.


GARLIC ROLL
By : Suhaina

3 cawan tepung gandum ~ ita guna tepung roti
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil ~ ita letak 2

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

Panduan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan


GARLIC SPREAD
By : Suhaina

Ingredients:
Salted Butter- 50grams
Garlic- 3 grated
Coriander leaves - 2 tbps (chopped)

Method:
Bring butter to room temperature.
Mix everything together.
Can be stored in the chill tray for upto one week.


CARLIC SPREAD
By : Suhana

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam ~ ita tambah
sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.


25 comments:

Gee® said...

Wow...!! nak seketoi wat sarapan...

CT Delima said...

As'salam Ita

Selamat pagi....Alhamdulillah dah kenyang makan garlic bread. my fav too so yummyy! memang ct suka sangat2 kalau ke pizza pun menu ini mesti ada terhidang atas meja. kompom bersih ler...hehehe

tak tahu bila nak mula meroti ni Ita. BM tu dah merajuk kot sebab lama ct tak belai2 dia..hehehe

quinnie said...

kak ita..memang sedap roti ni kan..tak rugi mencuba..saya pun tengok kat dapur kak madiha terus terpikat nak cuba..makan dgn soup memang sedap....:)

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaahhh....nak tumpang sarapan sini lah Ita cayanggg....dah meledak2 tekak tengok roti gebuss Ita nih...alaaah bila nak buat ni eh..ptg esok dah nk pi KL...huhu...Mmg nampak sungguh sedap laaa...lama jgk x jenguk dapur Umm Mymoon tu...hehe

MaMa aDaMaQiL said...

resepi roti yg mudah sgt..rase mcm nk cube buat sesuai utk dibuat bekal semase travel..tq k.ita sudi kongsi resepi :)

Ibu Darwisy said...

x sangke. meleleh air liur sy tgk kak ita punyer garlic bread..nyummmyyyy

norhanim md zain said...

my favourite..

diantara jenis-jenis roti yang menjadi kegemaran hanim...

terliur tengok roti ita...sedap sangat..

khairiah khaizu said...

nampak sedap je ita....mudah sgt...nanti nak buat la...mesti atas dia rangupkan kankan....wallaaaa!!!!

Umm Mymoonah said...

Wow! Looks perfect, buttery garlic aroma from the bread is irresistible isn'it :)

RashAtie said...

nmpk sedap..nnti boleh try

rahel said...

Salam Kak Azlita...cantek banget kejadiannya roti tu..menawan hatiku..sedap ni..kegemaran kita gak..

Yatie said...

cantiknya rotimu itewwwww Itaaaaaa....menyelerakan sungguhhhhhh...

Noli@Ibu Wafa said...

sedapnye nmpak..nk cuba la..tq resipi..hihi

Suhaina said...

Salam Azlita....TO be frank this the best creation of my Garlic Rolls, i have ever seen.Just perfect in all sense. simply amazing ...love all the beautiful clicks....i was looking at the photos for more than 10 minutes... you have captured the true taste of these rolls.
I am very happy that everyone in the blogspehere is really enjoying these easy rolls...Ur post is an inspiration for more people to bake.Thanks dear.

Amie said...

Assalam Ita,
betul kata Ita tu, bukannya susah nak buat roti (walaupun Amie tak mahir buat roti, disebabkan malas nak belajar akhirnya sampai bonda mentua 'pergi' Amie tak juga pandai buat roti (bonda mentua memang pandai buat macam-macam roti), sepupu suami pula ada kilang roti, dan Amie dah minta izin nak belajar buat roti, nak masuk ke kilangnya tapi sampai sekarang belum lagi nak ke sana padahal bukan jauh sangat tempatnya... bilalah nak rajin meroti Amie ni ye...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

You're not only a good cook and baker, but a professional photographer dear! I'm admiring all your captures! Stunned!

Cik Ton said...

Salam. Saya dah jatuh cinta dengan blog ita. gambar2 yang sangat cantik dan menarik. cerita dan resepi pun buat kita terpesona.

QiStinA's said...

salam...selalu singgah sini intai resepi...n dah try resepi nie...mmg sedap... suka tgk resepi n gmbr2 kat sini... semua menarik....

Nieza said...

menarik ni dah lama dah simpan resepi tapi lum try lagi nanti nk buat jugalah:)

..::Zue::.. said...

salam kak ita..

Zue dah buat.. tq.. sedap berbaloi-baloi..
http://tarabozu2.blogspot.com/2012/01/garlic-roll.html

Rini Jy said...

salam kak,
dh buat roti ni, sedap.
thanks kongsi resepi :)

yeni dogan said...

salam ,

saya sudah cuba buat . terima kasih memang sedap dan hubby pun suka .

dari istanbul

Rozi Yusoff said...

saya mesti cuba...
kak ita, terima kasih kerana keikhlasan mu dgn perkongsian resepi.. moga hidupmu lebih diberkati.amin.

rehana nurul amin said...

Sedap!!!

Jemput ke blog sy

http://rehanswardrobe.blogspot.com/2014/11/garlic-bread-sangat-simple-sedap-kenyang.html

cikgu ct said...

saya nak cuba la..anak nak request nak garlic bread..tks

Powered by Blogger.