iklan

iklan floral cake

iklan ada

Saturday, December 3, 2011

FOOD PHOTOGRAPHY 2

assalamualaikum
Selamat pagi semua..
Selamat berhujung minggu..

Buat apa hujung minggu ni? tentu sudah banyak program untuk anak-anak yang di rancang. Maklumlah cuti sekolah... Tentu banyak juga jemputan khawin dalam cuti sekolah ni.. Ada juga yang mengambil peluang ni untuk pulang ke kampung. Walau apa pun aktiviti yang kita atur dan rancangkan.. sentiasa pastikan keselamatan anak-anak.. Bak kata perpatah Melayu 'Jangan terhantuk baru nak terngadah'

Sekarang pun dah masuk musim tengkujuh. Hari-hari hujan di JB ni. Bila tiba musim hujan ni macam-macam pekara yang tidak di sangka-sangka boleh berlaku. Dalam berseronok kadang-kala kita terlupa akan musibah yang sedang menanti... ibarat 'malang yang tidak berbau'. Hari tu masa ita dalam perjalanan ke suatu destinasi ita ternampak sekumpulan kanak2 sedang bermain di tepi parit besar yang deras airnya. Bukan main seronok mereka bermain untuk mengisi kebosanan cuti sekolah. Ita hanya mengharap jangan lah ada musibah yg berlaku kerana air yang deras tu memang nampak seronok bila bermain tapi derasnya air itu tak terlawan dek kudrat anak-anak kecil..


Bila hari-hari hujan, beserta cuaca yang mendung memang amat menyukarkan ita untuk merakamkan gambar. Sebagaimana yang kita ketahui cahaya memang memainkan peranan yang sangat besar dalam penghasilan gambar yang cantik. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat.. begitu juga dengan sesi photo pasti tidak dapat dilaksanakan jika tiada cahaya yang mencukupi.

Ada altenatif lain jika tiada cahaya, kita boleh gunakan flash atau cahaya dari lampu. Tapi bagi ita yang amatur pasti tidak akan dapat gambar yang menarik. Untuk mengambil gambar makanan yang penuh dengan minyak. Menggunakan flash dan lampu bagi ita yang amatur ni.. ita rasakan amat sukar dan kurang sesuai. Lebih-lebih lagi bila kita tidak beberapa mahir mengedit gambar.. Gambar2 akan nampak sangat berkilat dan menyilaukan pandangan..


Ita memang memilih untuk menggunakan natural light untuk mengambil gambar. Tidak menggunakan flash. Hanya bergantung pada beberapa kadbord putih untuk memantul dan membalikkan cahaya. Ita juga pelukan diffuser untuk mengawal cahaya.

Dulu memang agak sukar bagi ita untuk mendapatkan gambar dengan cahaya yang mencukupi. Keadaan dalam rumah yang agak cosy amat membataskan peluang ita untuk mendapatkan gambar dengan cahaya yang mencukupi. Kini semua gambar yang ita rakamkan ita ambil di hadapan pintu dengan cahaya yang masuk direct dan ita mudah untuk mengawalnya.
Ita rasakan faktor cahaya di negara kita juga satu fenomena. Cahaya kita agak sedikit kuning dan silau berbanding dengan negara2 sejuk yang cahayanya agak sekata dan soft. Oleh kerana itu camera yang dicipta ada beberapa fungsi untuk membantu.


Gambar camera di atas ita ambil dari google. Ita memang tak dapat nak ambil gambar camera ita sebab ita hanya ada 1 camera sahaja. Tapi contoh di atas adalah bagaimana ita set camera ita. Cuma ada beberapa bahagian yang ita kena tukar settingnya bergantung pada keadaan cahaya, situasi dan bagaimana gambar yang ingin ita rakamkan.

Kita bermula satu-satu ye ita terangkan bagaimana ita kawal camera ita. Tapi ini cara ita lah kan.. mungkin bagi mereka yang dah pro cara mereka ambil lain.. nanti ada pula pro photoghapher yang gelak guling-guling kang.. haha

1. Aperture ~ eg dlm gambar F4.5
Aperture dalam bahasa mudahnya adalah kadar bukaan cahaya yang mengawal kemasukan cahaya, terus kepada image sensor atau kepada filem. Semakin besar kadar bukaan tersebut, semakin banyak cahaya yang dipantulkan dan dicapture oleh image sensor atau film dan begitulah sebaliknya. Dalam dunia fotografi, aperture dikenali dengan simbol f sebagai contoh f/2.8.

Kadar bukaan yang besar (kemasukan cahaya yang banyak) selalunya mempunyai nombor aperture yang kecil. Sebagai contoh, f/5.6 lebih besar aperturenya berbanding f/3. 2. Tapi sebenarnya f/3.2 membenarkan lebih cahaya memasuki camera berbanding f/5.6. Apa gunanya mengawal aperture? Mengawal aperture atau kadar bukaan cahaya ini mampu menghasilkan gambar yang lebih menarik.

Biasanya aperture yang ita gunakan berbeza setiap kali ita rakamkan gambar. Bergantung kepada sudut dari mana gambar itu ita rakamkan samaada dari pandangan atas, hadapan  atau bawah.
Kalau dari pandangan bawah, ita mahu gambar ita nampak sharp oleh itu ita kena besarkan aperture (f) supaya gambar nampak lebih jelas.
Kalau dari pandangan hadapan, biasa ita mahukan subject nampak jelas tapi kabur pada objek di belakang. Oleh itu ita akan kecilkan aperture (f).


2. Shutter Speed ~ eg 1/500s
Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter ditutup apabila sesuatu image dicapture. Keadaan ini menentukan berapa lama image terdedah kepada cahaya. Semakin laju shutter speed (fast shutter speed), semakin 'sharp' image yang dicapture. Semakin perlahan shutter speed (slow shutter speed), semakin 'blur' image yang dicapture.

Tapi biasanya kalau kita gunakan shutter speed rendah, kita kena pastikan tangan kita tidak goyang ketika kita ambil gambar. Seelok-eloknya kita menggunakan tripod.

Jika kita dah setkan mode Auto di camera kita, semuanya dikawal oleh camera.

3. ISO ~ eg dlm gambar ISOAuto 
ISO ditentukan untuk mengukur betapa sensitifnya Image sensor terhadap cahaya. Semakin kecil nombor ISO , semakin kurang sensitif imeg terhadap cahaya dan semakin kecil yang dapat di capture.
Kadar ISO boleh di naikkan sehingga 3200 pada sesetengah camera dan ada yang mengjangkau sehingga 6400

Untuk memudahkan set lah dekat AUTO sebagaimana dalam gambar. Jadi ISO dikawal sepenuhnya oleh camera. Tapi bagi ita yang suka guna mode M, ita kena selalu tukar ISO bergantug pada cahaya..


4. Mode ~ eg dlm gambar AV
AV mode lebih memudahkan kita ambil gambar. Kita cuma perlu tentukan aperture dan camera yang akan tentukan shutter speednya
Tapi ita lebih suka gunakan M mode. Oleh itu ita kena control kan semua fungsi kamera termasuklah  aperture, ISO dan meter.
Ada banyak fungsi sebenarnya ia bergantung gambar apa yang kita nak rakamkan dan situasi kita ketika itu. Eg mode boleh lihat gambar di bawah juga dari google.


5. Exposure Compensation (meter)
Jika set dekat auto kita dah tak payah kisahkan meter sebab  semua di control sepenuhnya oleh camera. Tapi bagi ita yang menggunakan mode M. Meter sangat penting bagi ita untuk mengawal keterangan dan kegelapan gambar, lebih-lebih lagi ita tak berapa pandai edit gambar oleh itu ita kena pastikan betul-betul yang ita dapat rakamkan gambar mengikut bagaimana gambar yang ita inginkan.


Untuk gambar pertama ita tentukan exposure compensation  berada di bawah tahap '0' atau '-ve' range. Ini kerana komposisi cahaya dan warna gambar adalah agak gelap dengan itu subject akan nampak lebih menonjol.

Untuk gambar kedua gambarnya agak terang dengan berlatarbelakangkan warna putih. Ita juga inginkan suasana 'morning break' oleh itu, ita tentukan exposure compensation berada di tahap '0' atau '+ve' range. Ini kerana komposisi cahaya dan warna gambar agak terang.

6. White Balance (WB)

White balance adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realistik. Dalam keadaan ini objek ‘putih’ pada sesuatu subjek akan dibaca atau di ‘render’ sebagai warna putih (betul-betul putih) di dalam gambar. White balance yang sempurna mengambil kira suhu warna atau lebih dikenali dengan ‘color temperature’ dari sesuatu sumber cahaya.

emmm... faham tak??? Ita pun tak faham.. haha
Ok lah kita terangkan cara mudah faham kita pergi pada satu persatu. Kalau kita lihat kat setting tu dia akan keluar macam-macam simbol ~ AWB , matahari, awan, shade, tungsten, fluorescent, flash, custom white balance. Biasa kita akan set dekat AWB (Auto) aje lebih mudah dan lebih selamat! Tapi apa salahnya jika kita ketahui fungsinya supaya kita tahu dalam situasi apa kita boleh gunakan ia.


AWB (Auto White Balance)
Pilihan ini sesuai dgn semua keadaan foto. Camera secara outomatik mencari ketepatan WB yang sesuai dengan keadaan objek asal.

Day Light
Ini membantu mengembalikan foto yg berada dalam keadaan cahaya yg berlebihan kepada asal seperti situasi siang hari yang terik.

Shade
Menutralkan foto yang mempunyai kesan bayang-bayang. Foto yang kita rakamkan akan memberikan kesan kuning kecoklatan.

Cloudy
Digunakan bagi menambahkan dan memperkuatkan warna kuning seperti warna senja hari.

Tungsten
Digunakan bagi menormalkan objek yg berada dalam lampu mentol. Foto yang dirakamkan akan memberikan warna kebiru-biruan

Fluorescent
Mengembalikan warna objek yang berada berhampiran cahaya lampu fluorescent. Gambar yang terhasil akan kelihatan biru-biru lembut.

Flash
Menghangatkan foto melalui lampu flash yg dapat menghasilkan kesan sejuk dgn warna yang sedikit kekuningan.

Custom White Balance
Ini adalah tetapan manual bagi mencari warna putih yang bersesuaian dgn kehendak gambar. Biasanya mode ini digunakan bagi memberi kesan warna unik.
Gambar akan kelihatan sedikik kemerah-merahan.



Harap penerangan dari ita ni sedikit sebanyak dapat membantu.. Ita pun baru lagi dalam dunia photography ni... kita sama-sama belajar untuk meningkatkan lagi penghasilan gambar masakan kita. Jika ada antara kawan-kawan yang lebih arif silalah berikan tunjuk ajar pada kami yang masih jagung lagi..

23 comments:

mimie kesuma said...

eiiii...kita macam ada ikatan hati pulak kak ita...xixixi
mimie pun posting ttg ni jugak.
tp versi kamera poked le.
tak selengkap n3 kak ita. but...suka lah kak ita.sangat2 membantu.
mana lah tau...satu hari kelak mimie punya kamera nikon tu....
happy weekend kak ita dan keluarga...:)

cik cek said...

Tq Ita atas tip2 photography yang diberi...kak cek masih tak berani nak godek2 kamera tu....amik je yg mana mampu...:)

SiTi AiSya mzm-fc said...

wah hebatnya kak ita..kita pakai camera handfon je,nak hias2 pun x reti.

Gee® said...

thanks for sharing...

rahel said...

Selamat tengah hari Kak Azlita...tima kasih untuk penerangan ini..

Junie Octovian said...

Aiseymen...x fokus pada penerangan la...lebih kepada melihat bun yang nampak sungguh enak itu. Anyway...thanks 4 sharing.

Mat Gebu said...

Terima kasih kak...ini amat2 berguna.....saya share n3 akak ni di wall FB yea...

ZalinZalina said...

TQ for sharing, kak ita...tak sabar lak nak beli kamera mcm kak ita punya...kot la leh shoot gambar mcm kat blog kak ita ni..he he..

Eyriqazz said...

FUHHH,....buat makin teruja untuk angkat dslr..coming soon, coming soon.....

Hana Faza-same person said...

Thanx for sharing.very useful for amateur like me..hehe

Nieza said...

info yang menarik ni kak Ita, nieza selama ni guna AV mode pastu main ngan Aperture dan ISO jer. kalau dok negara sejuk masa time sekrng ni kak gambar lagi ler mencabar nk ambik sebab tak ada matahari pun..cloudy dan gloomy..dlm umah lak semua lampu kuning jer...sabar jer la kan.

apapun tq diatas ilmu yg dikongsi bersama ni.gambar akak memang terbaik:)

Ida,Japan said...

emm....info yg amat berguna kpd semua, tapi ida pakai Nikon, tu pun masih tak brp faham lg nak godek lebih2 kak
tqvm for sharing...mana la tau satu hari nanti nk tukar ke canon pulak he..he

JaSSNaNi said...

wahhh.. best banyak info kat sini.. :)

Mieza said...

TQ kak ita kongsi info..mieza yg baru blk kursus fotografi ni pun tak paham2 kak tentang setting dia semua ni hahaha :)

Shabby said...

wah! terror la kak ita.. thanks 4 the info.. :)

sayang257 said...

Hebat la k.ita.. serba boleh.. saya ni bagi le kamera canggih mana pun rasanya mode auto juga pilihan hatiku.. he..he..

IXORAROXI said...

Salam ziarah..saya selalu terpegun, terpaku melihat gambar2 di blog ini.terimakasih berkongsi ilmu

KG said...

tqs ita, i have learnt so much from you!

snuMun said...

thanks kak ita! insyaAllah mun akan cube folo tunjuk ajar akk ^__^

MfH said...

assalammualaikum
respek dgn puan punya bakat mmasak dan bakat mengambil gambar.....gambar2 yg puan hasilkan buat saya terpikir.....mesti puan pro food photographer......quality gambar yg bg saya sgt baik.....teruskan berkarya dgn hidangan yg lazat dan gambar yg superb.....

Yaz said...

Very good tips...thanks kak ita

Azie said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu. Sangat berguna

suratus syafinas said...

Kakk , sayee first time jumpa blog akk . act , sy just nak tgok cara buat macarons , tapi , cara akk menerang kan yang sangat buad saya faham buad sayee pergi pada entry yg lain . Bila saya baca ntry ni pulak lagii la bertambah .. wooowww . bestt gilee . Act , saye sgt minat bab photographer nii . takde la nak p kelas kan . insyaAllah kalau ade rezeki , i'll join da class . tapi , entry akk memang sgt membantu . jelass ape yg akk terangkan kat saya :) thankss kak ita :D