Follow if you like

Dec 5, 2011

A day at a Zoo...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam satu Malaysia..
Setelah bercuti, hari ni kita mulakan minggu baru dgn semangat dan azam baru..
Macam mana perancangan cuti hujung minggu.. Pastinya menyeronokkan kan??
Pasti riuh rumah dengan jerit pekik dan gelak tawa anak-anak..


Semalam ita dok melayan anak dara ita sorang ni.. Biasalah kalau angin kus-kus dia dah datang.. memang kena lah layan kehendak dia.. kalau tak pasti mogok satu hari.. hihi
Hujung minggu semalam abang2 dia ada lah janji dgn2 member2 dia nak keluar jalan2. Setelah penat bertarung dgn exam, ita izinkan lah dorang tu nak gi.. Tapi.. mak cik ni nak ikut lah pulak! Dah kata tak boleh... Dalili kecik lagi.. nanti kalau hilang sapa yg susah...
Waaa... member pon mogok lah.. Monyok aje satu hari.. aduyaiii... anak dara ita ni mmg kuat merajuk! entah perangai sapa lah yg di ikutnya haha.. kwang.. kwang.. kwang..


Takut angin ribut taufan melanda, ita pon bawa lah dia gi Zoo... untuk mengubat hati yang remuk redam tu.. Lama juga ita tak gi Zoo. Dulu rasa macam tak best aje Zoo Johor tu.. Binatang2 pon macam hidup segan mati tak mau aje.. Tapi bila ita pergi semalam keadaan memang dah jauh berubah.. banyak progress.. Orang pon ramai.. maklumlah cuti sekolah..


Ok jom lah kita layan foto-foto yang sempat ita rakamkan... Agak payah juga sebenarnya nak rakamkan gambar haiwan ni kan mereka sentiasa bergerak dan buatkan gambar jadi goyang.. Cuaca pula panas terik.. lagi lah mencabar rasanya nak merakamkan gambar.. Untuk mengambil gambar luar ita gunakan lens yang boleh zoom.. 70 - 200 mm lens. Seting mode, ita letak kat AV iaitu auto, mudah sebab kita nak ambil gambar benda yang tak tau dok diam-diam kan??  White balance pula ita letak kat Day Light
Jom intai2 aktiviti Dalili hujung minggu... layannnnn!!...









Emmm... macam-macam binatang ada kan... kangroo pun ada dah sekarang.. Bila dah penat pusing-pusing kita rehatkan diri dulu...

Seronoknyaaaaa..... diaaa..

 Jom kita tengok yang ni pulak!.. jangan dekat2 Dalili.. tu buaya darat tu.. haha






Macam2 haiwan reptlia lagi yang ada kat zoo ni.... tapi yang lain tu ita tak boleh ambil gambar sebab ita tak boleh tengok.. aiiii... geli geleman meremang bulu tengkok.. hahaa...

 Tengok apa pulak tu....




Yang tak terkurung aje yang dapat ambil gambar.. yang lain tu banyak sangat jaring dan memang payah ambil gambar.. Sebenarnya banyak lagi ungas2 kat Zoo ni.. semua cantik2...
Ni kita nak kemana pulak ni dalili.....??




Apa yang Dalili intai-intai kat bawah tu...???




 oooooo.... rusa rupanya...

 Ok! Dalili dah nak balik... Nanti Dalili merajuk lagi ye!!!.. kita tengok mak bawa gi mana pulak!
Bye!

23 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

cantiknyerr gambar2 kamera akk nih... xpecially, gmbr anak dara tu sweet jek..

liana ab malik said...
This comment has been removed by the author.
liana ab malik said...

teringat belon upin Qaseh terlepas kat zoo johor...gara2 lalu sebelah parrot..tekejut Qaseh...last2 kena beli angry bird plak..:))

..::Zue::.. said...
This comment has been removed by the author.
darin ulfah said...

Subhanallah, semuanya cantik-cantik belaka..

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh sesekali pi zoo mmg seronok kan...boleh hilang stress kita bila tengok binatang2 ni semua... Ita, akak baca penerangan Ita kat fotography tu...hahaha, mmg fenin kalau baca cepat2..kalau diamati...rasa boleh la slow2 paham, sbb akak ni lemauu sikit bab2 ni..hehehe...apapun thanks sudi lagi kongsi tips photograpy tu..muaaahsss! Cayaanggg dia...

CT Delima said...

As'salam Ita


apa khabar macam lama benar tak jalan2 padahal baru seminggu..hihihi. Biasalah cuti sekolah sibuk dengan kerenah anak2 bujnag semakin membesar. riuh rendah, gaduh2 dah jadi adat lah dalam rumah ni Ita..hahaha. Cuma mama dia jer yang jadi tarzan tak bertauliah marah2 suruh diam naik penat dah..hahaha

zoo johor ni banyak meninggalkan kenangan dari ct kecik samai besar. Dah jadi mak pun masih tetap melayan kerenah anak2 kalau nak kesana. Padahal zoo kat KL ni pun baru sekali ct pegi sebab tak tahan penat nak jalan2..hehehe. Jom lah melawat zoo KL pulak Ita :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..
wahh.. pandai dalili.... merajuk kali ni mak bawak pegi zoo... minggu depan merajuk lagi yer... mana tau kot2 mak bawak dalili pegi mandi manda pulak.. hehe..
seronok juga melawat zoo ni kan.. sesekali cuci2 mata tengok flora & fauna... bagus utk mata & minda..

Mamamya said...

zoo johor mmg dah jauh berubah skrg kan kak..lia pun baru je bawa anak2 ke sini bulan lps... :)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ita cayang...
seronoknya tgk anak dara akak tu... riang gembira ... comel sgt.. ^_^
ermm.. banyak perubahan dah yer zoo johor tu yer akak... semakin cantik n menarik... nnt nak p lagi ler kat sana..

anymz said...

salam ita,usahkan dalili anak dara bongsu akak tu pun sama juga lah..umur dah nak masuk 16 tahun depan tapi sebab bongsu, ngada2 tu ada sikit lebih lah kan..abang pulak ada 4 orang..sedap je lah dia paw abg2..hehe

nurbeena said...

anak pon da mula nak minta jalan2 cuti sekolah ni. tp belum berkesempatan lg.

F.A.R.A.H. deeb said...

Salam kak. Kite baru je balik dari Johor. Ingatkan Johor takde zoo so gi la kat Zoo Melaka hehe... anyway nice pict!

ZuRaNaI said...

cantiknyee gambar!!

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
sesekali jln2 mmng bestkan..yg paling seronok tentulah anak2...kita dok ngikut je sana sini..nak ikut jln2 tu yg tak larat..lagilah cuaca panas terik...huhuu...

ummi nor said...

Salam Kak Ita,

Last year saya ada pergi Zoo Johor tu, this year maybe dah berubah lagi kot!Sesekali pergi zoo tengok haiwan2 tu memang best, menghiburkan terutamnya spesis monyet macam orang utan, memang saya sangat suka...

Ucu Faridah said...

anak perempuan sorang...mestila banyak karenah....

suka tengok tenungan harimau tu...menggoda...

Alin Marlini said...

acam best jek zoo JB dr zoo kl ..hehehe

Bapa Cergas said...
This comment has been removed by the author.
Mama Iman said...

muka dalili sebijik muka kak Ita =D

Nieza said...

belum pernah sampai lagi zoo johor ni kak tapi zoo Finland ni dah sampai la...nanti kalau blk dok Msia bolehla jln ke sana pula. cantik gambar yg akak ambil ni:)

Cik Eka said...

cantiknya gambar akak...semua menarik..akak guna kamera apa yer...geram tengok gambar2 lawa2...

dalili comel..senyuman dia sebiji macam akak kan

Gadis Nikon said...

salam kak ita..kak ita pakai canon 550d kan?mmg la gmbr terbaik...fuhh larat ek akak pegang lens 70-200mm...pergghhh sy pegang hsbnd pnye lens pun x larat...lenguh tu..apa2 pun..akak ada g class ker?pandai akak gunakan nyer..

Powered by Blogger.