Follow if you like

Dec 17, 2011

AYAM SAMBAL HUTAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ita selamat sampai ke rumah malam tadi dalam pukul 9 malam. Walaupun kenderan banyak di jalan raya.. tapi alhamdulillah perjalanan lancar dan tiada kesesakkan jalan raya yang berlaku.
Cuaca pun amat baik.. tak hujan.. sepanjang perjalanan mentari sentiasa menemani perjalanan kami.. Mula2 bimbang juga nak ke KL maklumlah banyak sangat terdengar tentang banjir kilat yang melanda bandaraya KL sejak dua tiga hari ni..

Selamat berhujung minggu pada semua..
Hari ni anak ita Amirul nak pergi ambil lesen L. Sekiranya lulus barulah dapat menjalani ujian memandu.. Teringat ita pengalaman menjalani ujian memandu 21 tahun yang lalu.. waa... dah lama juga ita bawa kereta kan.. sedar tak sedar dah 21 tahun usia lesen ita tu.. Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ita belajar memandu dengan Pak Cik ita yang kebetulan memang ada kelas memandu.. jadi.. kami semua adik beradik dan saudara mara semua belajar dengan Pak Cik ita tu.. Teringat lagi pesanan Pak Cik ita seawal2 ita mula pegang stereng.. " ingat jalan raya ni bukan kita sorang yang punya.. Banyak lagi nyawa yang ada atas jalan raya ni.. hati2 bila bawa kereta.. " dan kata2 itu lah yang sering bermain dalam kotak ingatan ita setiap kali ita duduk di kerusi memandu..


Ya! harus berhati2 ketika memandu... ingat insan2 yang kita sayangi..
Sebagai mengigati insan-insan yang ita sayangi.. ini lah sajian atau hidangan yang ita sajikan bersama Nasi Keju buat insan-insan yang ita sayangi..  Ayam Sambal Hutan adalah sajian atau hidangan yang di cadangkan oleh Hjh Alijah Abdullah untuk di makan bersama Nasi Keju. Gandingan yang cukup serasi. Aroma rempah ratusnya memang cukup membuka selera.

Satu penyediaan yang cukup ringkas yang pernah ita sajikan. Menu hidangan yang sangat cepat dan cukup mudah sekali penyediaannya. Dan rasanya juga memang cukup memikat selera kami sekeluarga.
Resepi ni juga ita ambil dari buku masakan Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya... Memang Sedappp..!!
Dalam buku ni banyak koleksi resepi dari pakar-pakar masak Singapura, yang sedap-sedap yang telah di himpunkan oleh Pn. Asmah Laili dan dibukukan dalam satu buku masakan yang telah menjadi kesukaan ita ni.. Ita beli buku ni dah lama dan banyak juga resepi dalam buku ni yang telah ita cuba! dan semuanya memang berbaloi!!.. dan  tak pernah mengecewakan..


Ita memang suka kumpul buku masakan. Terdapat banyak juga koleksi buku masakan yang ita kumpul dari pakar-pakar masak dalam dan luar negara. Dan semua buku itu kini menjadi koleksi buku kesayangan ita.. selain dari buku Photography yang juga antara koleksi peribadi yang kini menjadi kesayangan ita.

Jom kita intai resepi yang cukup simple dan cukup mudah ni.. Terima kasih pada Hjh Alijah Abdullah yang sudi berkongsi resepi istimewa beliau dan juga DJ Radio kesayangan rakyat Singapura Pn Asmah laili yang bersusah payah menghimpunkan koleksi resepi yang terbaik untuk di cuba oleh pengemar2 dunia masakan..


AYAM SAMBAL HUTAN
by : Hjh Alijah Abdullah
Rujukan : Buku Masakan
Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya...
Memang Sedappp!!


1 ekor ayam ~  di buang kulit dan lemak dan dipotong mengikut selera
2 cm lengkuas ~ dititik
2 batang serai ~ dititik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
2 sudu makan biji ketumbar
2 sudu teh jintan halus
15 tangkai lada kering ~ rendam hingga lembut
12 biji bawang merah
8 biji bawang putih
2 cm kunyit hidup

Gaul ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar
Panaskan  1 senduk minyak dan tumis serai dan lengkuas sehingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul rata
Masak hingga bahan rencah garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata
Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat
Taburkan gula dan garam secukup rasa
Enak di makan bersama nasi dan roti.

10 comments:

icaland pelangi indah said...

bahan2 yg ringkas dan cara masa yg mudah. saya mesti cuba!

Choco Ani said...

Assalamulaikum Ita, alhmdulillah segala urusan Ita di permudah kan allah, tgk gambar je dah boleh tahu sedap lauk tu.. Insya allah akan Ani cuba nanti Selamat berhujung minggu Ita..

Wan Anita said...

Assalamualaikum kak ita...tgk pun dah sedap...free nanti blh try ni...selamat berhujung minggu...

JR said...

Resepi hebat...Baca saja perut dah berbunyi.

Entri terbaru di blog JR: "Fatwa Ulamak: Wanita BERDOSA Jika Pegang Timun dan Pisang"

Amie said...

selamat pagi Ita,
pagi2 datang sini memang nak lekat lama-lama sampai habis licin hidangan yang lazat tu baru balik.
Ingatkan tadi gunakan ayam hutan (ayam katik) ....

JaSSNaNi said...

selamat pagi dan assalamualakum..
wahhh sedap resepi ni, nak cuba gak.. mekasih ya.. :)

Nita said...

rasa mcm nak masak harini jugak...tringin tgk smbal mengancam sgt :)

myxa said...

salam, akak nak tanye.. ayam tu kena perap ke dengan bahan2 kisar tu? nak perap brp lama?

CitarasaKu said...

Salam.

Hari ini ternampak resepi awak yang sedap terasa nak cuba tapi saya tak ada stok ayam boleh tak saya gantikan dengan daging.

bahrul ulum said...

Boleh aku minta??aku gak bisa masak

Powered by Blogger.