Follow if you like

Dec 6, 2011

AIR BATU MALAYSIA ~ JAGUNG

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
Nampak gayanya cuaca kt JB dah bertambah baik, matahari pon dah memancar terik.. tapi biasanya kalau siang panas terik cam ni malam nanti hujan lebat..

Bila musim cuti sekolah ni anak-anak ni mulutnya asyik nak mengunyah aje.. Biasa ita setiap kali cuti pasti ita akan buat jajan-jajan untuk anak-anak mengunyah sepanjang hari.. hihi
Biasa bila cuti bermula ita akan penuhkan ice box dengan jajan anak2, dan ini adalah antara jajan yang menjadi kegemaran anak-anak sepanjang zaman.. Air batu Malaysia.


Kalau sebut air batu Malaysia pasti akan terimbau kembali zaman kegemilangan masa anak-anak dahulu. Selalu dok makan air batu Malaysia bila gi sekolah beli kat kantin atau pun kadang-kadang beli kat rumah jiran yg jual air batu Malaysia ni. Masa tu harganya murah aje...10 sebatng. Sekarang rasa2 dah tak dapat lagi 10 sen. Yang selalu Dalili beli dari pak cik bas sekolah dia tu harga 20 sen tapi itu pun air batu oren dan milo.


Masa dulu air batu asam kecut adalah yang sangat popular selain air batu jagung dan nenas. Ita paling suka air batu nenas,  suami ita pula suka asam kecut dan anak-anak pula suka jagung. Jadi bila cuti sekolah bermula air batu ni pasti lah akan ada dalam peti ais. Biasa ita buat satu periuk besar. Suami ita lah yang tolong ikatkan air batu tu.. Suami ita memang rajin tolong ita di dapur lagi2 bila nak sediakan makanan untuk anak2.


Buat air batu jagung ni mudah aje. Untuk dapatkan air batu yang lembut air tu kenalah di masak hingga didih pas tu kita masukkan gula. Gula pun kena banyak kalau tak air batu tu kasar tak halus. Bila gula dah larut barulah masukkan kordial jagung biasa ita guna Red Man. Bila dah didih baru masukkan jagung dalam tin. Jagung dalam tin ni biasa ita guna yang creamer jadi terasa lemaknya.. tambahkan secubit garam untuk lebih rasa lemak.  Bila dah masak tutp api baru masukkan susu cair. Rasalah dulu air tu rasanya biarlah ada manis dan lemak-lemak jagung. Tunggulah hingga air ni tadi betul-betul sejuk baru lah di masukkan dalam plastik air batu. Ikat ketat dan simpan dalam peti ais semalaman. Mudah je kan.. Jom buat!

22 comments:

Lina said...

Alahai... sedapnya nyonyot airbatu malaysia ni.. lama tak buat.. :)

azrinna said...

Teringat zaman kanak-kanak riang dulu menikmati di mana saja ais krim Malaysia.

ainhany said...

creative laa mama azlita nie..Tak rugilah peti aies cmnie...trkenang juga icecream batang nie....sedap, bes dan murah. Tmekasih

nonierahman said...
This comment has been removed by the author.
Rahmah Ram Ram said...

As salam...selalu jadi silent reader tapi hari ni dah tak buleh silent bila nampak eskrem malaysia ni..sedapnya...Tahniah Ita. Resepi pun senang juga untuk di follow... :)

nonierahman said...

Best2..dulu mak sedara buat jual.petang2 ada la budak2 kg dtg membeli.20sen satu.kadang dia buat ais krim kacang hijau.sedap sangat :)

Ladysirna said...

alahai...sedapnya eksrem malaysia macam ni, dah lama tak mkn..

nurbeena said...

saya panggil aiskrim Malaysia. Teringat zaman sekolah ditahun 80an saya tolong ustazah sek agama jual aiskrim n ns lemak.

Chah said...

hahaha.. betulla kak mmg panggil air batu mesia..padahal eskrim....kekeke...sedap tu...asam boi, pastu perisa nangka, pastu kemain lamanya dok tercongok kt tong ais tu nak pilih mana yg lagi panjang...kekeke...

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum kak Ita...sedapnyer..Tun suka yang asam boi tu..tapi yang jagung versi kak ita letak cream jagung ni belum pernah cuba..mesti lagi sedap. Nanti Tun nak try gak lah...Mekasih kak Ita..shared..

Fuadah said...

As salam,

A'a lah...last time jumpa ais krim malaysia zaman sekolah dulu..

Terima kasih share resepi! :)

cik cek said...

Salam Ita...nostalgia tengo eskrem m'sia ni...masa kekecik dok kat berek polis...selalu makcik2 sebelah2 rumah jual eskrem ni...yg jadi pembeli setia kita la...he he...skrg ni macam2 jenis eskrem ada kan..pilih je yg mana nak...bila sesekali buat eskrem ni kat rumah...puas anak2 makan...
Masa atiq ngan mimi kekecik dulu penah la buat...asyik bukak tutp esbok je kejenya...he he...:)

NoorMasri said...

assalamualaikum...akak dtg nak beli eskrem mesia 20sen hehehe

anaBELLA said...

sedanye auntie...teringat ms zmn kecik2 dulu..klu ade lbhn bubur kacng nenek akan wat kn ice cream mcm ni..hehe

Zazliza said...

Sedapnya ice cream kak ni. Teringat zaman kanak2.

Choco Ani said...

Assalamulaikum ita.. sedap nyer terliur ani.. nak wat jugak laa thx for sharing.. rajin tul ita nih

ummi nor said...

Yelah...lama tak makan aiskrim@air batu Malaysia ni...yang paling saya suka air batu kacang hijau,kacang merah, cendol dan soya.Kecik2 dulu rajin buat tapi skrg tak lagi...mungkin kena buat baliklah untuk anak2 merasa kan...

LinRosly said...

Assalamualaikum Ita...


Sedapnya Air Batu - Jagung. Tak Nak Bagi Kak Lin Rasa Ke? Hehehe..

haniQaseh said...

sedapnya aiskrim malaysia nie...anak2 tgk terus suruh kita buat lak...

sukacipta said...

Salam aunty, dh lama xmakan ice cream malaysia nie, sy nk share tips utk wat ice cream ni. Nenek sy dlu jual ice cream nie, dier letak tepung jagung ckit dlm 1/2 sudu kecil utk melembutkan icr cream nie. aunty cuba la, mmg biler kt gigit, rase lembut, senang nk gigit :)

nurul haidar said...

Kak ita, teringin nak try buat eskrem ni. Nampak best, tp tatau sukatan for each ingredients kak ita bagi :(

Kash Kasarable said...

kalaunk buat perisa lain kne masak gak ke,?

Powered by Blogger.