Follow if you like

Nov 2, 2011

TALI PUSAT TELUR

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..

Beberapa minggu ni ita dapat banyak sangat pertanyaan berkenaan dengan tali pusat pada telur. Ada yang kurang faham apa yang di maksudkan dengan tali pusat telur atau dalam bahasa saintifiknya Chalaza.


 Rujukan : SINI

Chalaza atau tali pusat telur kegunaannya adalah untuk mengikat kedudukan kuning telur dalam cengkerang telur. Telur yang fresh akan menampakkan lagi kejelasan chalaza atau tali pusat pada kuning telur. Kalau telur baru kita akan nampak jelas ada 2 tali pusat telur. Kalau telur yang agak lama sikit kadang kala kita hanya jumpa 1 sahaja chalaza.

Ada sesetengah penyediaan makanan kita mestilah membuang chalaza atau tali pusat ni untuk mengelakkan bau hanyir telur yang akan menusuk bila hidangan ini siap di masak. Biasanya lebih kepada penyediaan kastard atau kuih talam. Ini bertujuan untuk memberikan tekstur pada kastard lebih cantik, licin dan smooth. Lain-lain hidangan tidak disarankan atau terpulang pada citarasa masing-masing.

Untuk mengurangkan bau hanyir pada telur biasanya kita campurkan sedikit esen vanila pada telur dan kocok sedikit telur. Ini dapat membantu mengurangkan bau hanyir telur.

Dalam gambar di bawah jelas kita dapat lihat tali pusat atau chalaza. Tapi telur ni agak lama sikit dan chalaza atau tali pusat yang ita jumpai hanya 1. Telur yang lama macam ni tidak sesuai untuk buat kek. Untuk dapatkan kek yang cantik guna telur baru, yang mana kuning telur masih nampak jelas bulatnya dengan sedikit warna oren keemasan dan chalaza yang kita dapati pada telur tu ada 2.





Semoga penjelasan ita ini dapat membantu adik-adik ita yang bertanya.
Happy baking and cooking!

28 comments:

ameris said...

tak perasan pn telur ada tali pusat jugak. ilmu yg berguna nie. tq kak ita.

AZLITA AZIZ said...

sama2 ameris :D

eza said...

saya pon x tau gak.skarang saya dah tau.tq kak ita.

AZLITA AZIZ said...

sama-sama eza

Hanis Azla said...

saya baru tahu itu tali pusat telur.. tp setiap kali nak masak telur, kalau nampak tu, mmg saya buang..

ninazsyafinaz said...

Buang tali pusat telur..jadi tak terlalu hanyir..selalu buang waktu nak buat puding caramel

AZLITA AZIZ said...

Kalau buat kek chiffon pun ita buang juga sebab kalau tak bau telur tu kuat sangat

Gee® said...

mekacih cikgu...

putris said...

br tau mana tali pusat telur.. selalu jumpa tp xtau lak namanya tali pusat n beri kesan kepada masakan. Terima kasih k.ita..

umi said...

tima kasih cikgu! hihi..

Oh Oeya said...

Suka Kak Ita :)

ummi nor said...

Salam semua, masa sekolah menengah form 1 dalam subjek sains ada dah belajar pasal ni, gambar rajah keluar macam yang K.Ita letak tu, kemudian kena namakan setiap bahagian tu.Saya memang minat subjek sains bab label-melabel ni...hehehe..

Junie Octovian said...

Ilmu yang berguna memang elok dikongsi bersama kerana banyak pahalanya.
Thanks to you Ita...may your life be blessed.

Aini said...

tq kak ita atas ifo yg sangat2 berguna.... :)

~~zAnAfAhMi~~ said...

Emak zana wajib buang talipusat ni kalau buat kuih atau apa2 yg seumpamanya melain utk digoreng, tidak dibuang.
Hingga skrg masih ikut style mak.

maria said...

thanks alot k.ita...patut la kdg2 telur berbau hanyir tp yg kt telur kuning tu ada dot bulat,itupun kena buang jg ka

Cik Eka said...

oh benda tu..eka ingatkan yang merah2 macam darah tu....

tq kak ita

Sari Yusa Ibrahim said...

tali pusat ni okey lagi, bab ketulan2 kecil dalam telur tu yg parah, mencik tau

Mieza said...

kak ita..terima kasih kongsi info..selama ni mieza mmg tatau apa itu tali pusat telur..tali pusat baby je mieza tau heheh

ZarinAziz said...

mekasih kak ita...terjawab sudah persoalan saya...

fazian.batrisyia said...

TQ for sharing...selama ni lebur saje...kadang2 rajin buang jugak...tapi tak tau pulak itu tali pusatnya...itulah pentingnya ilmu & guru kan...kalau tak mahunya kita sesat jalan. Beramal tanpa ilmu pun bahaya jugak...

zihan said...

tq kak ita for the info!:)

Ann Huda (Ate) said...

Tak pernah dengar 'cerita chalaza' walau perasan tali tu tapi tak pernah amik tahu ilmu disebaliknya. Selama ni buat custard masuk jer semua telur. Terima kasih atas info.

azlynna Azlina said...

terima kasih untuk info...akak pun x tau sebelum ni apa itu tali pusat telur...huhuu...

azlynna Azlina said...

terima kasih utk info...

Irfa said...

rasa dah lama hidup tp baru tahu telur ada tali pusat, huhu
anyway tq bebanyak ye ;)

Azizah Binti Ibrahim said...

Terima kasih kongsi ilmu yang bermanfaat

Hidayah Abdul Kadir said...

Ilmu baru..sebelum ni tak pernah tahu kewujudan tali pusat telur & itu penyebab hanyir. Jazakillahu khairan kathira kak ita,. ^^,

Powered by Blogger.