Follow if you like

Nov 16, 2011

STULANG LAUT


Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu


Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri



 Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja


Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri


23 comments:

rahel said...

Selamat petang Kak Azlita
hari ni tak masak2 k?

anymz said...

nostalgia ni ita..teringat masa famili akak dok johor thn 80 dulu..

mak dan ayah akak tinggal di sana tapi akak di nismilan..bila tiba hujung bulan akak kena naik ketapi balik johor.dari stesen ketapi naik teksi mesti lalu tepi laut pantai lido.masa tu keluarga akak tinggal di taman tasik..tapi skang ni semua dah berubah di johor baru tu kan..pantai lido pun dah tak mcm dulu.dah ada danga bay..dulu2 tepi pantai tu ada gerai,ramai org tangkap kupang dsbnya...

ishhhh rindunyaaaaaaaa

cik cek said...

stulang Laut...tetiba kenangan mengimbau kembali....ish2 lamanya tak ke sana....

Mat Gebu said...

Nostalgia....mana2 org johor baharu yang duduk luar daerah, mesti merindui tempat2 ni...

zura said...

Oh Johor negeri ku..

Sari Yusa Ibrahim said...

Johor tanah tumpah darahku

Citarasa Rinduan said...

kalau ke stulang tak makan2 kat depan hotel tu tak sah kan..

nineynur said...

tgh air pasang ni..lau x leh jalan2 kat pasir =)

kzai said...

dh penat2 ajar wat kek..bergurindam dan menyanyi lh plk kan ita..lps kan penat..

kzai said...

opps lupa...baru bln lps gi stulang dan mkn2 kt dpn hotel tu dan juga cuci mata dan poket di zone hotel bebas cukai...tp x sempat nk ambil angin tepi pantai...

lina said...

salam ita - lama nya tak singgah stulang laut. Agak2 nya pasti dh byk berubah :)

It's me... said...

Assalam Ita...
Salam perkenalan..

I am new to your blog. Semuanya gara-gara resepi udang ketak. hehehehheheh
Anyway, saya pun asal dari JB jugak. Skrg nih dah kat P'jaya ler. Bila tgk lirik lagu Tg Puteri nih rasa sayu ler plak.
Anyway, nice blog.

stormz said...

teringat lagu ni sbb dlu kne nyayi koir

nurbeena said...

Nyamannya suasana. Rs terpanggil2 nk kesana.

sudipVSsenduk said...

slalu nyanyi lagu ni masa kecik2 dulu

Oh Oeya said...

Lama tak lepak sini huhuuu.. jom Kak Ita.. pekena sotong kangkung..

Oh! Sotong Kangkunggg.. ohohohoho!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

assalamualaikum...salam kenal.

walau saya orang johor belum pernah sampai sini lagi.huhu

CT Delima said...

As'salam Ita

memang mengamit kenangan di Setulang Laut ni. Tempat manda mandi ct semasa budak2 ikut arwah bapak gi menjala ikan dan ketam. dulu air bersih sekarang nak mandi pun takut..hehehe. Kalau ke Setulang Laut mesti akan lalu Jalan Setulang Darat. Sebelum masuk jalan Zoon bebas cukai akan nampak kedai2 lama. ditepi jalan ada tokong lama tu. Ditulah ct dok membesar kat Barek Hitam. bila lalu kat situ mesti akan ada kata2 yang diulang2 pada anak2...hahaha. sampai dah baisa anak2 dengan dailog yang akan ct katakan..hahaha.

Setulang Laut tempat persinggahan ct anak beranak sebab nak beli rojak petis yang betul kaw2 rasa dia :)

Cahaya Mama said...

selamat petang kak ita,..sy duk johor gak,.hehe,.tp jarang ke Stulang tu,.xde sape suke bawak g jalan2,.huk3,.

nk g ushar masakan akk la,.hehe,.nyummy3,.

~Sya~ said...

klu kat sini sy suka mkn kat kedai pak soh tuh...ikan stim limau dia meletop...

ummi nor said...

Salam kak, JB asyik hujan je ke kak sekarang ni?Tak keluar menu baru ni mesti hujan kot...tapi nyanyi2 pun best juga...teringat masa subjek muzik sekolah rendah dulu nyanyi lagu ni.

Yan said...

malu i jadi org JOhor. Tak penah sampai sini pun.

Lynn Damya said...

Salam, ah sedihnya sbb terngiang2 nyanyian lagu ni... :( sy baru je update psl projek pemulihan sungai segget di JB...hmm entahlah, rindu betul dgn tempat2 ni..rasa membazir pergi cantikkan sg. segget tu sedangkan kita ada pantai yg cantik, tp skang dah jadi tanah swasta..sedih :( rindunya tempat2 ni.. :(

Powered by Blogger.