Follow if you like

Nov 10, 2011

SAMBAL TERUNG

Assalamualaikum...

Akhir-akhir ni ita banyak pula dapat permintaan dari adik2 supaya tunjukkan cara ita ambil kesemua gambar masakan ita ni. Ita ni sebenarnya serba salah sebab ita bukanlah pro photographer. Ambil gambar sembrono aje.. Teknik yang ita gunakan ni pun entahkan tepat entahkan tidak. Tapi ita banyak belajar teknik ambil gambar dari youtube, membaca buku2 rujukan dan juga mencari sedikit maklumat tentang food photography di internet. Sebab ita memang minat sangat!!


Bila ita jalan2 di blog masak2 sekarang ni, ita berasa sangat teruja kerana rata2 adik2 ita sudah semakin bijak dan berani mencuba. Banyak sangat perubahan yang dapat kita lihat dan ita merasakan ini adalah satu perkembangan yang sangat baik bagi dunia bloger masakan di Malaysia amnya.

Sebagaimana kata Kak Ummi
"Setiap orang harus cuba dan mempertingkatkan skill masing2 dalam apa jua, tidaklah di takuk lama jek kan..."
Dan ita memang sangat-sangat bersetuju dengan kenyataaan kak Ummi. Tidak salah jika belajar untuk kebaikan dan mempertingkatkan lagi kemahiran. Walaupun kita hanyalah bloger masakan jangan anggap kita bloger  picisan. Sebenarnya pada ita bloger masakan adalah bloger yang sangat hebat. Bukan mudah sebenarnya nak menjadi bloger masakan. Banyak sangat yang perlu kita korbankan..


Insyaallah jika ada kesempatan dan di izinkan Allah ita akan tunjukkan bagaimana ita ambil gambar masakan tu. Tapi yang paling utama mestilah rajin mencuba. Tak rugi sebenarnya mencuba sebab kamera sekarang tak macam kamera dulu yang kita perlu beli filem dan perlu di cuci. Sekarang cukup mudah bila tak suka kita boleh delete aje..

Dah makan dah semua?
Hari ni ita masak yang ringkas aje.. Sambal Terung. Walaupun lauk ni nampak ringkas tapi ianya sedap! kadang-kadang bila kita dah beli bahan-bahan tak tau pulak nak masak apa kan? Bila asyik masak lauk yang sama aje.. nak makan pun macam tak de mood aje. Bila suami ita beli terung ni.. dalam kepala ni dok fikir apalah yang nak di masak dengan terung ni. Ita sebenarnya jarang masak menggunakan terung. Anak-anak pun tak berapa suka sangat makan terung. Lagi pula tidak banyak sangat menu masakan yang menggunakan terung.


Jalan pintas yang ita ambil emm.. apa lagi cari lah My Resepi. Kebetulan banyak pulak resepi yang menggunakan bahan asasnya terung. Dalam sibuk menyemak resepi mata tertarik pula dengan resepi Sambal Terung dari Dayang Jack. Nampaknya ramai juga yang telah mencuba dan rata2 memuji2 kesedapan lauk yang di kongsikan Dayang ni. Tanpa membuang masa ita pon mula lah beroperasi di dapur..

Dan hasilnya memang tidak mengecewakan kami sekeluarga. Terasa pedas, masam dan manis bergabung dalam satu resepi yang sedap! Terima kasih Dayang kerana berkongsi resepi yang mudah, ringkas dan yang paling utama tentulah sedap! Minta izin ye Dayang untuk ita sharekan di sini pula.. harap2 Dayang halalkan lah ye!


SAMBAL TERUNG
by : Dayang Jack
Rujukan : My Resepi

1-2 biji terung panjang/bulat
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan udang kering - dikisar
2 sudu makan cili kisar
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam

Terung di potong, cuci bersih dan di goreng separuh masak.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa.
Tumis hingga kering. 
Tambah cili merah jika suka.
Hidangkan setelah masak.

25 comments:

Tina Othman said...

saya mmg minat sambal terung, kadang2 saya campur terung dalam menu ayam masak merah, pun sedap jugak

zuhaiza's cheese tart said...

ya allah sedapnya kak iyta..terliur perut ibu mengandung nih

cik cek said...

Menu fav kak cek...suka sgt...

Memang kagum ngan kerajinan dan kerativiti Ita....cantik...menarik....

atie @ ejay said...

atie suka terung bakar cicah air asam.. tp suami tak makan terung hihi

Hamizah said...

br je blk dr pasar beli terung..mesti cuba ni..

AllyMcJah said...

Cantiklah Kak Ita telah memberi idea menarik untuk memasak hari ini....

Juwita Jamaludin said...

Amat setuju dgn kenyataan kak ummi.. Ita pun minat gak dgn fotografi walaupun tak pandai ambil gambar.. Nanti akak share ye setting2 kamera tu.. Hihihi.. Menu akak masak walapun simple memang nampak menyelerakan

liana ab malik said...

sedapnya, kalau buat " terung biskut" rangup makan dengan nasi.

CT Delima said...

As'salam Ita

ct pun tak berapa suka makan terung ni. sebab macam alah jer, lepas makan 30 minit kompom mesti perut rasa sebu memanjang.

sukalah tengok periuk tu antik sangat2..hehehe

noorsafone said...

Salam Ita...unik la potongan terung Ita tu..sambal terung yg nampak sedap sangat2..

Kak Rose said...

sedapnya... lama dah kak rose x makan terung. buat sambal cenggini mmg sedap sangat! suker suker!

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
uwaaaaa..lauk kegemaranku ada di sini, Yatie mmng suka betul terung, tak kisahlah masak apa..mesti sedap punyerrrr...waduhhhh cekelat kat bawah ni cantik betulah Ita, kagum dngn bakat semulajadi yg ada pada Ita..tumpang berbangga juga..luv U...muahhhsss..

hAti iNtan said...

salam kak ita..sukalaaahh tgokk blog ni..asik lapo je prutt ni..heheh..tq for sharing

rahel said...

Selamat malam Kak Azlita..
Rahel suka jugak ngan sambal terung..klu pedas2 lagi mantops...hehe..

MamaFaMi said...

Mama juga di takuk lama. Dah puas mencuba, tapi tak jadi gak especially tang props tu. Makin letak macam macam mak nenek, makin hampeh jadinya... Tak apalah, admire gambar Ita aje dahlah....

Effa said...

Salam Kak Ita
Saya nak tanya kak ita ambil tak tempahan kek.
Kek karamel yg mantop tu.
Saya nak buat sendiri mixer dengan oven pun takde.
Lagipun takut kena sumpahan macam kak ita.huhu

wa said...

Salam kak..sambal terung ni simple ..tapi kalau makan..mesti bertambah2 nasi :)

nurul huda said...

nampak sedaaaaaaap.. tp huda tak suke sgt lah makan terung.. tak tawu nape.. tak biasa makan kot.. huhuh

akak try lah buat carrot cake pulak.. sedaaaap jugakk :DD

http://hoodacakura.blogspot.com/2011/11/carrot-cake-nyummy.html

Mat Gebu said...

suka sangat makan terung, asal nama terung je semua ok...terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat..

Ida,Japan said...

slm k'ita, lambat sikit terjah sini, terlepas kapal terbang tadi he..he...dtg sini mmg tak leh pandang lama2 apa yg akak tayang sbb nanti tak jadi nk balik....ida pun jarang2 msk terung sbb suami kureng ngan terung2 ni w'pun ida suka..org jepun buat goreng tempura kak terung ni, letak atas pizza pun ada....
Nak bgtau k'ita...gambar2 yg k'ita mmg ada kelas la..ida tak reti sgt amik gambar kak, pakai snap jer..tak boleh ngadap dia lama2, sbb byk urusan lain harus dibuat,gambar yg tak jadi t'paksa masuk jugak blog..kut2 lepas ni dh tak sempat nk snap lagi dh...

zuwaidah said...

itu la, kebanyakan blog masakan mesti mempamirkan gambar masakan yg cantik2 dan enak belaka. saya pun teruja membaca terus sampai habih. memang seronok dpt ilmu dari blogger2 masakan ini.

Cik Puan Izan❤ said...

feveret saya nih..tapi biasanya saya gantikan udang kering dgn ikan bilis...tak boleh mkn alergik..huhu

Ummi said...

Assalam Ita cayanggg...baru sempat dan terkedek2 datang ke dapur Ita nih...mesti terung dah habis kan..xpa laa, akak cuci mata jek dengan gambar2 Ita yg menarik, tertarikh..biar apapun teknik, asalkan dapat menghasilkan sesuatu yg memuaskan hati kita sendiri sudah cukup...jika ada pulak yg memuji, lg teruja kan... Akak pun byk belajar teknik n angle dr Ita, xpa kaannn...biarlah org kata nak tiru2 pun, janji bkn amik gambar org paste kat blog kita dah la kan...kita berkongsi apa saja seadanya, bukan setakat resepi je kan.. ^___^ muaaahhh!

absolutely emy said...

Cantiknyer.. saya tak suka makan terung sangat.. tapi tiba2 rasa berselera tengok sambal terung ni..

Marsyithah Khidzir said...

Potong terung macam kipas. Cantik sangat!

Balik karang masak jugaklah

Powered by Blogger.