Follow if you like

Nov 3, 2011

Pemanis duka...

Assalamualaikum....

Hehehe kita lupakan sejenak gundah gulana sebentar tadi ye!..aduyaiii... memang kelang kabut di buatnya.. Ita pulak memang cepat sangat panik! Bila masa- masa macam ni mulalah teringat kat anak2.. Kalau anak2 ada tak lah maknya kalut semacam..

Aduyaiii... berjurai-jurai jugak air mata ni.. sayu dan sedih sangat hati ita terasa.. Bila keadaan seperti ini berlaku.. barulah ita terasa penatnya segala apa yg telah ita lakukan hilang hanya dengan sekelip mata.. Betul lah seperti apa yang dikatakan semuanya hanya pinjaman.. kita hanya merancang tapi semuanya atas ketentuan yang maha kuasa juga.. setiap yang berlaku pasti akan berlaku.. Selepas ni ita harus lebih berhati-hati lagi..



Pagi tadi ianya bermula dengan baik.. Ita macam biasa bila celik mata ita pasti akan menatap Masam Manis dulu. Kemudian ita pasti akan singgah dapur kawan-kawan yang lain.. intai2 resepi terkini. Pas tu ita buka FB baca msg, kemudian ita mula jalan-jalan cari makan.. intai2 resepi terbaru dari rakan2 dan resepi yang ita belum cuba.

Ita tingalkan masam manis dengan senyuman.. Ada tugas yang perlu ita selesaikan. Ita nak ambil gambar menu yang ita cuba semalam. Sedang baik punya posing tiba2 suami ita panggil. Suami ita pun macam ita juga, bila celik aje mata  aje dia akan jengah blog ita dulu. Kemudian dia komen apa yang ita tulis, cara ita ambil gambar dan lain-lain yang dirasakan perlu di komen. Sambil sarapan pagi kita akan bincang pasal blog, pasal N3 terbaru dan pasal masakan itu sendiri.


Bila suami ita kata blog ita dah kena block... macam nak gugur rasa jantung ni.. Lemah longlai terasa. Putih mata bila ita menatap skrin... Tak tahu jasad ita berada di mana saat itu, rasa macam terawang-awang..

Ita cuba bawa bertenang walau bercucuran jugaklah air mata ini.. bayangkanlah setiap resepi kesayangan ita telah ita himpunkan di sini. Baru setahun jagung usia blog ita, dan baru sahaja meraikan ulang tahunnya yang pertama.. sedih sangat-sangat..

Kemudian baru ita terbayang dunia ita tampa blog.. boleh ke??? dah setiap hari ita berkepit 24 jam, bolehkah ita laluinya semua tampa Masam Manis??

Masam Manis banyak menceriakan hidup ita , semua rakan-rakan ita ada di sini.. I love my blog so much...

Ok lah kita lupakan sejenak kisah masam yang berlaku, kini kita mulakan dengan manisan.. Untuk merawat kesedihan ita dok makan bubur som-som ni.. aduyaiii.. memang kata orang manis tu satu penawar.. Bubur ni sedap sangat!! bukan sahaja sedap rasanya.. lemak dengan harum bau pandan yang cukup memikat.
Tekstur som-som ni sangat lembut dan halus. Licin aje bila melintas kat anak tekak ita ni..  Pulak bila dihidangkan dengan air gula Melaka yang pekat lagi laaa... tak terkata sedapnya!!

Resepi macam biasa ita ambil kat My Resepi. Resepi di kirimkan oleh kak Fida. Terima kasih kak Fida atas perkongsian ilmu ini. Ianya sangat berbaloi untuk di cuba! Dah bayak resepi dari kak fida yang ita cuba dan hasilnya memang tidak pernah menghampakan..

Sukatan bahan agak banyak! kepada mereka yang ingin mencuba tapi keluarga tak besar ita sarankan buat 1/2 daripada adunan bahan. Cubalah pasti menambat selera insan tersayang!


BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau - opt


SIRAP GULA MELAKA 
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka


 Ini lah alat yang ita guna untuk potong som-som tu.. hihi sebenarnya ia digunakan untuk buang empuluh epal

27 comments:

amniey91 said...

nasib baik xkna block kan..cik AM pn suka blog akak..penuh resepi..:D

zihan said...

tak boleh bayangkan kalau blog akak ni hilang..bukan akak jer sedih tau..ramai lagi peminat setia Masam Manis yg akn bersedih..takpe kak..teruskan usaha murni akak ni yer..biasela ujian dtg dlm pelbagai cara kan..btw sedapnye nmpk bubur som som ni..makan ngn air nisan supe lompat tikam gitu..:)

daridapurjaja said...

Kak Ita, bagusnya suami Kak Ita, so understanding dengan wife dia punya hobi..boleh bawak bincang pasal semua blog ni yer..anyway, bukan Kak Ita jer sedih tadi, saya pun dah nangis...kalau lah JB tu dekat, dah nak sampai dah rumah Kak Ita rasanya...hehe...kembali senyum...

Sari Yusa Ibrahim said...

mesti tadi rasa masin jer tekak masa telan som2 tu ya.. habis tu makan sambil nangis ya.. kesian Kak Ita.. nasib baik pakcik google tak minta buatkan ayam panggang tadi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hanya mereka yg pernah kena je tau macamana rasa bila blog kena block.. huhu.. akak pun terkedu jugak kejap masa kena tu.. tapi mujurlah masih tenang & boleh ikut step by step seperti yg diarahkan.. jd semua dah kembali spt asal.. syukur sgt2.. harap2 lepas ni takdelah lg gangguan tu.. mmg syg sgt2 kat blog & rasa takleh berpisah ngan blog kecuali mati.. hehe..

leelas_sulaiman said...

alhamdulillah semua nyer dh pon kembali spt sediakala...panik gk lh blog kesayangan kita tetiba kena block...kena lebih berhati2 pada masa2 akan dtg yea..hehee

Gee® said...

terasa sejuk jer som-som tu lalu kat tekak... nyaman sungguh... yummy!!

chikadakbiru said...

alhamdulillah..sib baik semuanye dh kembali ok..sungguh sayang kalau tak dpt diselamatkan...:))

resepi bubur som som kak fida nih memang sedap :))

Norsa'adah Ahmad said...

suka tgk blog kak ita. tp tadi tengok tak boleh bukak. moral of the story, kena back up entries kita kan ... mintak2 tak jadi lagi

AyyaD ArieyannA said...

Alhamdulillah, semua dah back to normal. Kalo tak, tak dapat laa nak 'cilok' and cuba resepi kak ita lagi pasnih. Huhu!

Anyway utk bubur nih, yang panjang2 tuh akan buat camane or guna acuan ape ek?

liemaopurut a.k.a ana said...

seb baek tak kene block kak ita. hari2 kene menatap blog ni nak tengok entry kak ita ;p

JaSSNaNi said...

nani pun nak komen yang sama.. ulang balik ayat kat atas2 tu.. 'tadi pagi tengok blog kak ita tapi tak dapat masuk.. kata blog ilang.. mmmmm' ingatkan betul2 ilang.. tak jadi nak tengok karipap comey tu.. ni dah leh masuk.. kreatif betul bubur sum2 ni.. yg panjang2 tu ingat boh dlm plastic icecrem.. jenuh nak menahan panas kan.. rupanya acuan ye..

CT Delima said...

As'salam Ita

Aduhai...seram sejuk juga bila kenangkan kalau betul2 blog kita ni kena block. macam nak tercabut nyawa dari badan. CT dulu pernah kena sekali, tapi Hubby yang bukak macam ita juga. Nasib baik lah Hubby tu pandai dalam IT tak macam CT ni memang buta IT..hehehe. Last2 Hubby buat backup kalau jadi apa2 boleh refer kat situ jer.

Nasib baik ada bubur som som pengubat segala duka lara..nak semangkuk gula nak lebih sikittt jer..hehehe. senyum selaluuuuuu :)

AyyaD ArieyannA said...

@JaSSNaNi : Ade gak terpikir plastik eskrem tp kalo plastik eskrem, besar lg dr tuh rasenye. Tuh laa, nak tau acuan camane yg kak ita gunakan. Nampak sangat menarik! :D

zuwaidah said...

salam kenal, dah mula suka dgn blog ini

icaland pelangi indah said...

tak dapat bayangkan kalau blog masam manis takde. sbb..ica ni..bila celik mata je.. mesti bukak blog masam manis dulu. baru tgk fb. suka tgk gambar2 yg cun2!

rahel said...

Hai Kak Ita..dah lega ek..
emm segar je kaler bubur som2 tu..nyaman..

suriani salim said...

nak tanya sket... kak.. pe eh tajuk lagu kat blog akak ney.. suke lak say dgr..:)

carmello said...

Hai kak Ita.. Salam kenal.. selama ni silent reader blog akak. Bila tetiba takleh bukak tadi blog akak,gelabah saya. hihi syukur dah dah dapat balik bukak. saya suka sangat blog akak ni,bagi semangat kat nak belajar masak.=)

Kak Noor said...

Salam Ita. Kak Noor suka sangat tengok blok Ita. Anak dara Kak Noor pun puji blog Ita. Dari segi ambil gambar tu, memang `thumb up'. Berselera tengok makanan yang disajikan. Lagi satu Kak Noor nak tanya, macam mana blog tu boleh hilang? Kak Noor pun masih baru dalam dunia blog, x tahu yang blog pun boleh hilang.

Diva Fesyen said...

Nasib baik dah ok...kalau tak ...tak tau la nak cari resepi sedap2 macam kak ita ni...

MUMMYdah said...

oo patut pun td thari x blh bukak puas godek2 bru dpt...ingat nk post kt fb ita tutup ker blok nih.. alhamdulillah dah ok..

Citarasa Rinduan said...

syukur alhamdullilah..
memang tahu macamana perasaanya bila yang kita sayang tiba2 hilang sekelip mata.....

tahniah kak azlita

Salina Salehan a.k.a iena chomey said...

alhamdullillah kak, dah ok dah blog ni...domain kan terus la kak blog ni..

E-na Lovely Kitchen said...

Alhamdulillah semua dah ok...byk juga dgr kes mcm ni kak...apa maksud akak kena hantar sepinggan bg google rasa tu...nak buat camna...risau juga kalau terjadi perkara begini...

E-na baru buat n3 simple BC kak fida yg akak suggest dulu ...igt tak, dah lama sgt kan...:p...biasa lah tak tau apa yg di bz kan...

http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/11/pizza-mudah-dari-bun-burger-dan-sos.html

Norliha Bakar said...

kak ita, puas cr alat buang empulur epal ni tak jupe warhhhh. kak ita, kalu leh nak mintak kak ita tunjuk resipi masak musscel/kupang yang bersekali dengan cengkerang dia leh?

Norliha Bakar said...

kak ita, takot blog ni hilang, kak ita wat ler buku. gambar sumer dah ada kan? sayang sungguh

Powered by Blogger.