Follow if you like

Nov 13, 2011

NASI LEMAK BASMATHI

Assalamualaikum...
Salam di hujung minggu..

Sebenarnya hati ita sedang tak keruan.. memikirkan anak ita Amirul. Esok semua pelajar tingkatan 5 bakal menduduki peperiksaan SPM, dan salah seorang dari mereka adalah anak ita. Dari semalam tak dapat lelapkan mata. Dapatkah Amirul menjawab semua soalan yang di berikan dengan baik. Bila berjauhan dengan anak macam ni, ita rasa macam hati meronta2 nak meneman dia di asrama. Nak menghantar dia setiap hari ke dewan peperiksaan. Begitulah yang ita lakukan semasa anak ita menduduki peperiksaan UPSR 5 tahun yang lalu. Sedar tak sedar ini adalah peperiksaan terakhir Amirul di alam persekolahan.

Besar sangat harapan ita agar Amirul dapat menjawab setiap soalan dengan baik. Semoga di kuatkan semangatnya untuk melakukan yang terbaik buat kali yang terakhir. Ya Allah... kau berilah anakku daya ingatan yang kuat, daya hafalan yang baik, lindungilah Amirul dari sebarang ganguan syaitan dan iblis ketika menjawab soalan dan semoga dia sentiasa berada di bawah petunjukmu.. Ya Allah..

Ya Allah kau jauhkan Amirul dari melakukan sebarang kesilapan. Berilah dia ketenangan dan daya berfikir yang baik supaya dia dapat menjawab setiap soalan tanpa melakukan sebarang kesilapan..
Ya Allah aku memohon dari mu.. agar kau kabulkan segala doa anakku.. berilah kejayaan atas segala usaha yang telah dia lakukan.. Hanya pada mu aku berserah di atas segala ketentuan..

Kepada semua pelajar2 yang bakal menduduku peperiksaan SPM esok, auntie ucapkan selamat berjuang, semoga dapat menjawab dengan jawapan yang paling baik. Sentiasa panjatkan doa padaNya.. Berdoa dan bertawakallah setelah kita berusaha.. semoga setiap apa yang kita lakukan sentiasa berada di bawah rahmatnya dan beroleh kejayaan dengan izinNya..


Menu masakan ita hari ni cukup simple. Mudah dan ringkas. Bila hati tak keruan semua kerja jadi tak kena. Hari ni ita masak nasi lemak aje. Tapi kali ni ita buat sedikit kelainan kerana menggunakan beras Basmathi. Ita memasak nasi lemak ni juga mengikut cara memasak nasik beriani. Nasi lemak ni ita makan bersama sambal ayam. Resepi sambal ayam ni adalah resepi dari mak ita dan merupakan lauk fav ita dari kecil. Ita sengaja menyediakan sambal ayam untuk berikan sedikit kelainan, lagi pula bila Azrul dah balik pastilah lauk ayam sentiasa menemani meja makan setiap masa.

Jom kita intai resepi mudah dan ringkas ni.


NASI LEMAK BASMATHI

2 cawan beras basmathi
di rendam sekejap, cuci bersih dan toskan airnya.

3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - di hiris
2 ing halia - di hiris atau dititik
2 sudu kecil halba
2 helai daun pandan - di siat dan di simpul
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan halba.
Bila dah naik bau, masukkan beras basmathi tadi dan goreng sekejap bersama bahan tumis
Masukkan air dan santan
tambahkan garam secukup rasa.
Bila dah didih pindahkan ke dalam periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa.
Kacau nasi supaya pati santan tidak berketul
Setelah nasi kering bolehlah di hidangkan bersama, sambal tumis ayam, udang atau ikan bilis.
Di makan juga bersama hirisan timun dan telur goreng.


SAMBAL AYAM

1/2 ekor ayam - potong dan cuci bersih
Ayam di lumur garam dan kunyit kemudian di goreng

1 cawan cili kering - potong rendan hingga lembut kemudian dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
sedikit belacan - dikisar
3 batang serai - di titik
sedikit air asam
1 cawan santan
1 kiub ayam
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Tumiskan bahan yang di kisar dalam kuali
Masak hingga bahan tumisan garing.
Masukkan serai dan sedikit air asam
Biar kuah mendidih
Masukkan kiub ayam dan ayam goreng
Rasakan garam dan gulanya
Akhir sekali masukkan santan dan biarkan kuah sedikit pekat.
Sedia untuk di hidangkan

18 comments:

FaFa RaRa said...

sedapnyeeee :D hehe

myra said...

sedap betul msakan kak ita,hari2 wajib tgk blog akk,hehe~

SiTi AISYA said...

sedapnyeee kak,tambah2 perut lapar hik hik,lim masak agi.

Gee® said...

Sama2 lah kita iringi anak2 dgn doa semoga kejayaan menjadi milik mereka... apapon nasi lemak ita sgt mengancam... siap ada telor ros lagi...

rahel said...

Selamat tengah hari Kak Azlita...
waaa..rajin betui masak2 hari ni ek..emm mesti wangi je nasi lemak tu..guna beras basmati lagiii...

mimie kesuma said...

selamat maju jaya buat amirul ^_^
sedapnya nasi lemak tu....
di indonesia kami menyebutnya ''nasi uduk'' di makan bersama kering tempe.itu kak..sambal goreng hati yang ada tempe dan kentang...tak tau lah di malaysia apa namanya..heheh
hari ini masak sate...satay sepnya kalau di malaysia..
tapi belum ada inspirasi nak shoot kak...
zalan2 ke blog kak ita cr wangsit... ^_^

Sari Yusa Ibrahim said...

Mudah2an dipermudahkan, insyaAllah. Anak buah sy pun ada yg tlibat dgn spm esok, belum rasa risau mgkin sbb belum kena anak sndiri. Esok2 sy pun cam kak ita jugak ni. Hehe. Nasi lemak mmg mknn pling selamat bila fikiran dh buntu & otak dah beku. Syabas kerana dlm tak keruan pun msh mmpu mmprsembahkan yg tbaik utk kami peminat Masam Manis ;-)

Hamizah said...

k.ita masak nasi lemak pon boleh mggoda jiwa..nmpak sgt mnyelerakan..


semoga lapang hat teruna akak nk jwb exam ye..doa mak mustajab..insya Allah

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
anak akak pun ambil peperiksaan SPM yer esok.. sama juga macam anak diana.. moga anak2 kita semua dapat menjawab semua soalan ngan tenang dan tepat.. InsyaAllah.. moga mereka beroleh kejayaan ngan cemerlang.. Amin..

wah akak... diana tgk pun dah terliur dah tau tgk ayam n nasi tu... nampak sgt menyelerakan ler akak.. sedaaap :)

Heldamelissa said...

wahhh sedap tu kak nasi lemak...ayam sambal plak tu...

semoga anak akak dpt menjawab soalan dgn baik...good luck!

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak ita.. :)

hari ni pun nani nyaris2 nak wat nasi lemak.. tapi tak jadi sebab memikirkan nak melawat mak dan pak mertua.. takot lewat.. so makan nasi lemak kat gerai je la.. :) hmmmm

tak pernah lagi buat nasi lemak gina beras basmathi ni.. nak try gak la.. sure sah2 jadi nasi sihat.. kan

~Sya~ said...

berkenan plak tgk telur mcm bunga tu...mcm2 idea kak ita ni...

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Yatie doakan moga Amirul di berikan ketenangan sepanjang menduduki peperiksaan SPM thn ni, moga di permudahkan segala urusan dan dpt menjawab soalan dngn baik dan tepat..semoga berjaya dngn cemerlang. Doa ibu adalah terbaik, doakan yg terbaik buat anak2...sentiasalah berzikir utknya... insyaAllah doa tu pasti sampai.

zah777 said...

Salam Ita, apa yg kami sekeluarga lakukan apabila ada yg sdg menghadapi perkara besar dlm hidup i.e exam...kami akan bacakan Surah Yassin selepas solat sunat Dhuhaa. Semoga mereka akan tenang & mampu menjawab mengikut yg dikehendaki soalan, insyaAllah

Ismail N said...

all d best 2 amirul. :D berkat doa ibunya insya-allah berjaya.
Nasi lemak pakai beras basmathi yg power tu.. adehhhh makan sepinggan tak cukup tu...

fazian.batrisyia said...

Semoga anak kak ita berjaya & semua calon SPM juga berjaya. Mak sy juga suka buat nasi lemak guna beras basmathi, berasnya cantik & beras itu juga jadi nasi putih makanan harian.

Vanilla Profiterole said...

alahai..nostalgic nye ada kole teh tu..:)

notyatiblog.blogspot.com said...

nak cuba try lah resepi kak ita nih...ujung minggu ni mesti buat...

Powered by Blogger.