Monday, November 28, 2011

NASI BRIYANI 1 MALAYSIA

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Selangkah lagi kita ke minggu baru dan tahun baru dalam klender Islam.  Semoga kita semua mendapat keberkatan, di murahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping insan-insan yang kita sayangi.

Bersempena dengan kedatangan bulan Muharam semalam, ita masak menu yang sedikit special, maklumlah semua bercuti, tapi tak dapat kemana-mana kerana anak yang sulung masih belum lagi pulang. Oleh itu peluang yang ada semalam ita manfaatkan bersama keluarga untuk mencuba resepi yang pada ita sangat istimewa dari dua orang Chef yang popular di tanah air kita.


Resepi yang pertama yang akan ita kongsikan adalah dari Chef Riz yang sekarang ni menjadi salah seorang juri dalam program masakan yang semakin mendapat tempat di hati para penonton.
Sajian hidangan ni pernah Chef Riz tunjukkan dalam segmen Kuliah Master dalam program TV tersebut.


Masa tu ita dok kelang kabut menyalin resepi dengan di bantu oleh anak ita Dalili hihi pulak tu cepat sangat Chef Riz sebut sesuatu bahan sehingga ita semacam putus asa kerana ada bahan2 yang ita tertinggal. Tapi alhamdulillah mungkin rezeki ita untuk merasa air tangan Chef Riz dan akhirnya ita dapat juga mencuba resepi ni yang ita ambil dari Master Chef Malaysia.


Alhamdulillah.. berbaloi juga ita mencuba resepi ni, memang ternyata sedap nasi briyani ni. Biasa nasi briyani yang ada bersekali dengan ayam atau daging cukup sinonim dengan nama Briyani Gam di Johor.
Beras basmathi yang ita beli kali ni tak berapa panjang pulak sebab kedai yang biasa ita beli tu tutup dan tak banyak kedai yang menjual beras basmathi yang panjang2 butiran berasnya. Tak pe lah kan janji nasinya cukup enak sekali dan sedap pula dilawankan dengan lauk pilihan.



Kepada yang teringin nak merasa air tangan Chef Riz, apa kata kita cuba! pasti menjadi kegemaran keluarga.

NASI BRIYANI 1 MALAYSIA
By : Chef Riz
Rujukan : Master Chef Malaysia






500g Beras Basmathi ~ direndam air 40 minit
400ml Stok Ayam
200ml Susu Sejat
1\2 ekor ayam ~ dibersihkan
2 sudu besar Rempah Briyani
60g minyak Sapi
60ml minyak New Vida
Sedikit Daun Pisang
Garam secukup rasa
2 Biji Tomato ~ dicincang
2 Sudu kecil Koma-Koma  atau Zafron ~ direndam
2 sudu besar air panas
60 ml Air Mawar
1\2 cawan Kismis Campuran
1\2 cawan Badam ~ dipanggang

Bahan Tumis
5 Cengkih
6 Buah Pelaga
4 Bunga Lawang
2 Kulit Kayu Manis
2 labu Bawang Besar ~ dihiris
5 ulas Bawang Berah ~ dihiris
4 ulas Bawang Putih ~ dihiris
4cm Halia ~ dititik
2 Batang Serai ~ dititik
4 Daun Pandan ~ disiat & disimpul
 
Bahan Perapan Ayam 
1 cawan Bawang Goreng
1\2 cawan Dadih Asli
1\2 biji Lemon ~ diambil kulit dan jusnya
Sedikit Daun Ketumbar
Segengam kecil Daun Pudina
Bawang putih ~ ambil sedikit dari bahan tumis
Halia ~ ambil sedikit dari bahan tumis
Sedikit lada hitam

Bahan Ayam
Masukan dadih asli, rempah briyani, bawang goreng, bawang putih, halia, dan daun ketumbar, garam serta parutan lemon ke dalam pengisar makanan.
Kisar hingga sebati.
Panaskan minyak sapi dalam kuali.
Ratakan ayam dengan garam dan lada hitam.
Layurkan ayam diatas kuali hingga kuning keemasan tetapi hanya 3 suku masak.
Alihkan kedalam pinggan,sapukan dengan pes rempah.
Ketepikan

Nasi
Panaskan minyak sapi didalam periuk,tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga wangi, masukan bawang besar, merah, bawang putih dan halia.
Goreng hingga kuning keemasan, kemudian masukan badam dan kismis dan buah tomato.
Masukan beras dan kacau rata,kemudian tuangkan air rebusan dan susu.
Tambahkan garam secukup rasa.
Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga nasi menyerap hampir semua air dan mula kering.
Renjiskan nasi dengan air mawar dan air koma-koma.
Susunkan ayam diatas nasi, kemudian taburkan dengan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.
Tutupkan dengan daun pisang, dan kemudian tudung periuk.
Masak selama 25 minit lagi.
Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama lauk ayam Briyani dan sajian sampingan yang lain.


Nasi Briyani ni ita makan bersama lauk yang juga sedap sangat!! resepi dari ayahanda Chef Riz, siapa lagi kalau bukan tukang masak popular dan kesayangan ramai Dato Chef Wan. Lauk ni memang sedap dan memang sangat ngam bila dimakan bersama nasi briyani ni. Ok nanti ita kongsikan resepi sekejap lagi ye!

7 comments:

ilahjy said...

ting tongggg
tuan rumah ada ker kita nak tumpang makan...
kak baru balik dari melaka...malam tadi sampai jem juga kar seremban..hujan renyai2 jer...2 hari lepas lunch kat kedai nasi beriyani di merlimau.. fuhhhh kena nasi agak keras ..kak rasa nasi semalaman..tak habis di jual lagi.. boleh beza antara nasi baru dan lama..pastu abg tanya pandai tak ayang masak mcm nie..kak ilah jwb..mmg pandai..cuma tak rajen macam ita jer hehehe...abg minta masak hari ni..dia posa pula ..huhuu....
sowe pjg lak kak ilah celoteh pagi nie..sabar..anak2 kita sedang SPM. lepas ni nnti pulang lah along tu ya..semoga bawa kejayaan cemerlang nanti...aminnnn

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita...
Rahel dah sampai ni..ada org kat umah tak? Rahel bawak pinggan skali nak minta nasik beriani 1 malaysia tu...thanks kak dah share resepi ni..memang ada jugak terfikir nak try resepi chef Riz ni..

Juwita Jamaludin said...

Nasi beriani sedap kak.. Ita suka boleh la try resepi ni plak selalu guna resepi biasa je..,

A.Damit said...

Assalamualaikum, nak tanya..dadih asli tu apa? And kalau tak pakai saffron, ada beza dalam rasanya tak?

Ummi said...

Yuhuuuuuu... Assalam Ita cayangg...pintu tutup jek xda org eh.. Akak letak nota jek laa..hehe, memula nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat Ita dan keluarga, terima kasih mendoakan akak dan semoga kebaikan yg sama turut menyelubungi kehidupan Ita dan keluarga....amiiin... InsyaAllah keberkatan ukhwah ini kita pelihara dan keikhlasan ditunjuk dgn saling bertegur sapa dan nasihat menasihati kaaan...

Nampak sedap sungguh nasi beriyani 1 Msia tuh..amboiii laju Ita menyalin eh...sempat jgk menjadi nasi tu akhirnya...hehee, xpa, nnt akak try pulak...rajin2 masak Ita eh..muaaahhh, lebiiiuuu :))

Chah said...

aduhh..dah petang baru nyempat nyinggah, sure dh licin nasi tu kan...haha mesti kak ita siap ngan pen & kertas kan masa tengok master chep, saya gak yang nganga je menontonnya...tq for sharing kak...i like like like beriani gam...

CA said...

Salam Kak Ita...
Dah tengah malam bawu nampak briyani...konherm xde belen ekk...takpe janji singgah...saya suka JM briyani...yum..yum...em cam biasa..konherm wesepi masuk list...birra bak buat sendri xleh jawab...