Follow if you like

Nov 18, 2011

MEE BANDUNG KAK YATI

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu.
Terlebih dahulu ita ingin merakamkan ucapan Taniah! kepada semua pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang di umumkan semalam. Tahniah juga kepada ibu bapa pelajar dan guru-guru yang telah membimbing pelajar2 ke arah kejayaan. Bila baca paper pagi tadi aduh! tersentuh juga hati kecil ita melihat kejayaan anak2 kita.. Kenangan terus terbayang saat anak2 ita mengambil keputusan UPSR beberapa tahun yang telah berlalu. Tak dapat di ungkap dengan kata saat anak2 menunjukkan slip kejayaaan masing2.. Terasa penat lelah mereka telah berbayar dengan kejayaan.. yang di capai..


Kepada yang kurang menyerlah atau yang kurang cemerlang jangan berputus asa.. Ini barulah langkah yang pertama.. Banyak lagi cabaran yang menanti di hadapan.. Banyak lagi ujian yang bakal kita tempuhi.. Kuatkan keazaman dan tingkatkan usaha.  Insyaallah berkat doa dari ibu bapa dan usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti akan membuahkan kejayaan di masa akan datang.

Dah makan tengahari? Masak apa hari ni. Ita masak menu kegemaran anak2 lagi. Bila cuti sekolah bermula masing-masing akan minta menu yang mereka gemari. Setelah setahun merasa air tangan mak cik kantin, bila cuti ni mulalah teringat air tangan mak. Tu yang macam-macam yang di minta..


Hari ni ita buat Mee Bandung lagi. Mee bandung memang menu kegemaran anak2 ita terutamanya Amirul. Semalam Azrul minta buatkan mee bandung kerana dah lama mengidam nak makan mee bandung. So, hari ni ita tunaikanlah permintaan anak bujang ita ni sorang. Abangnya masih belum pulang lagi dari medan perjuangan.. Bila pulang tu nanti pasti minta buatkan  mee bandung lagi.. emmm... kalau dah suka memang tak pernah rasa jemu..


Jom kita intai resepi Mee Bandung yang memang dah menjadi resepi kesukaan anak2. Resepi ni adalah dari kakak ipar ita kak Yati. Kakak ipar ita ni memang pandai memasak. Bukan itu aje dia amat cekap dan tangkas di dapur. Kalau masak sangat pantas macam lipas kudung.  Dapur memang akan sentiasa kemas dan  bersih aje.. kerana dia cukup teliti bila masak dan sangat cepat mengemas. Kalau ita memasak bersama dengan dia.. aduyaiii.. ita masih terkial2 lagi dia dah siap menghidang.. memang respect dekat kakak ipar ita ni sorang..


MEE BANDUNG 
By : Kak Yati

Tulang dan daging - direbus
4 biji kentang - potong bulat2 nipis, digoreng kemudian diblend

Bahan kisar
30 tangkai cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 cwn udang kering - direndam dan dikisar

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
2 kiub daging
1 buku gula melaka (yg kecil)
2 sudu besar kacang tanah - jika suka (ita tak letak)
garam dan gula secukup rasa
udang basah
fish ball
sotong
tomato dibelah 4
karot
bunga kubis
telur



Bahan yg dimakan bersama
daun sawi - di celur
mee kuning
daun sup n daun bawang
bawang goreng
tauhu goreng

Panaskan minyak 1 senduk
Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing.
Masukkan kentang yg telah dikisar masak hingga sedikit garing.
Masukkan daging dan air rebusan tulang masak hingga mendidih.
Masukkan kiub daging, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula melaka.
Masak hingga gula larut.
Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang, sotong, fish ball dan masak hingga sedikit pekat.
Akhir sekali masukkan karot, dan bunga kubis.

Masa menghidang panaskan kuah dan pecahkan telur dlm kuah (jangan kacau) biar hingga telur keras dan bolehlah dihidangkan bersama mee kuning, sawi daun sup daun bawang, bawang goreng, tauhu dan cili jeruk jika suka...


Panduan
Mee ni kuah dia hidangan untuk satu keluarga dalam jumlah 7 - 8 orang.
Kalau nak buat sikit kurangkan bahan.
Biasa ita buat rencah dia lebih, pas tu boleh simpan dalam peti ais.
Kalau nak makan panaskan rencah tu semula tambah udang, daging, sotong fish ball dan bahan-bahan lain kemudiannya..
Jangan lupa tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
Jika nak hidangkan pada tetamu ita buat kuah dia asing dengan bahan mee dan bahan yg di makan bersama.
Kuah ita letak dalam satu bekas besar
Mee di celur dan letak dalam bekas berasingan
Begitu juga dengan sawi dan tauhu
Biasa kalau nak hidang untuk tetamu yg ramai macam kita buat open house telur ita guna telur rebus.
Jadi tetamu boleh ambil sendiri bahan-bahan  mengikut citarasa mereka.

16 comments:

Gee® said...

wow!! nak semangkuk...

khairiah khaizu said...

sedapnyaa....lebih2 lg ble kuahnya dimasak brsama sup tulang....nyamannn uuu!!!! ita nanti buatlaah mee jawa sup tulang...pasti sedap bangat...

aishah jamrek said...

serving untuk berapa orang ya kak ita?

Ida,Japan said...

petang2 jln sini, nmpk mee bandung akak..perut jd lapar..ada pes mee bandung mak pon, nk kena habiskan pes tu dulu..feberet jugaak ni,
gambar yg kt atas tu nmpk classic la k'ita

rahel said...

Selamat petang Kak Azlita..
oww..menyelerakan banget mee bandung tu..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ita..
nampak sedap ler mee bandung tu akak... dah lama dah x buat mee bandung sndiri.. teringin plak nak makan...

F.A.R.A.H. deeb said...

owh feveret tp ... malas nak wat! Hahaha.. nak mintak akak punyelah sket! Hehe...

zinnur'ain the love of my life said...

salam petang kak..
woww ! very yummy looking mee bandung... nak cuba buat lah camni.. hi hi hi..

Tina Othman said...

wah sedapnya kak ita

nonierahman said...

sedapnya kak ita..nonie pon suka mee bandung.nak jugak semangkuk

Ummi said...

Itaaaaaaaaaaaa..naaakkk, naaakk jugak...xleh tahan tengok...huhuuu ^___^

KG said...

hari tu stulang laut, now mee bandung...make me rindu want to go back to ayer baloi!tqs for this recipe!

sitiezahim said...

salam kak ita..yg udang rendam dan kisar tuh, udang kering or udang basah ek..thanks :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

baru nak tanya pasal udang tu.. sitiezahim dah tanya dulu.. hehe..

akak ambik dulu ye resepi ni.. mee bandung pun feberet akak juga ni.. anak sulung pun suka.. cuma anak no. 2 yg payah sikit sbb dia tu kdg2 alergi dgn seafood.. apa2pun.. TQ berkongsi resepi akak ipar ita ni ye..

cik cek said...

Mee Bandung...memang suka...kalau kak cek balik Muo..tak sah kalau tak singgah makan mee bandung...memang sedap...:)

*~ UmmuHusna ~* said...

Salam..kak Ita...sy dah cuba recipe ni...bessstttttt...my hubby mkn bertambah2...tp sy buat utk 3-4 org..tu pon cam xcukup...sbb ada jamu utk tetamu jgk..hihi..thanks yer...

http://kitchenwifcaliph.blogspot.com/2011/11/mee-bandung.html

Powered by Blogger.