Follow if you like

Nov 25, 2011

MASAK LEMAK DAGING SALAI

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah berapa hari ita bercadang nak buat resepi ni, sejak ita melihat Chef Anis buat demo masakan kat kuliah Master Chef dalam program Master Chef yang semakin mendapat tempat di hati para penonton.


Bila melihatkan cara memasak yang cukup simple dengan bahan yang cukup mudah ita pun bercadang nak mencuba. Yang amat membuatkan ita bertambah tertarik untuk mencuba adalah disebabkan pengunaan daun ketumbar dalam masak lemak kali ni. Biasa ita tak pernah menggunakan daun ketumbar untuk diletakkan dalam masak lemak daging. Ita mmg suka sangat aroma daun ketumbar. Tu yang semakin berkobar3 nak merasa air tangan Chef kecil molek dan comel lote ni..


Nampaknya percubaan ita tak sia-sia. Masak Lemak Daging Salai ni memang cukup mengancam rasanya. Aroma daun ketumbar bergabung dengan daun limau perut dan daun kunyit amat membuka selera ita dan keluarga. Ita boleh katakan lauk ni memang cukup sifatnya dan cukup sempurna sekali rasanya . Sedap sangat!


Masak lemak daging salai ni ita boleh katakan ianya sama lah seperti masak lomak cili api. Penggunaan cili api yang banyak dalam masak lemak ni juga memang berasap telinga bila memakannya. Bagi sesiapa yang berhajat nak buat dan rasa2 macam tak berapa tahan pedas,  ita cadangkan supaya kandungan cili api tu dikurangkan.


Untuk menyalai daging pula Chef Anis telah menerangkan kaedah yang cukup mudah dengan membakar dalam oven menggunakan tempurung kelapa. Tapi ita salai atas dapur arang aje.. Tujuan salai ni untuk mendapatkan aroma asap pada daging kita tu nanti. Selepas salai daging perlu di cuci dan buangkan bekas arang dan asap pada daging.

Terima kasih kepada Chef Anis Nabila yang sudi berkongsi resepi yang sedap! untuk para peminat Master Chef. Resepi kali ni ita ambil dari Master Chef Malaysia. Banyak lagi resepi yang menarik untuk kita cuba! Jom rasa menu yang ni dulu...


MASAK LEMAK DAGING SALAI
By: Chef Anis Nabila
Rujukan : Master Chef Malaysia


Daging (dipotong mengikut urat dengan ketebalan 1 inci) - 1 kg
Bawang Kuning (dikisar) - 1 biji
Bawang Merah (dikisar) - 4 biji
Bawang Putih (dikisar) - 6 ulas
Cili Padi (dikisar) - 18 biji
Kunyit Hidup (dikisar) - 1 inci
Daun Ketumbar dan akarnya
Asam Keping - 3 keping
Daun Kunyit - 1 helai
Daun Limau Purut - 4 helai
Serai (dititik) - 4 batang
Lengkuas (dititik) - 3 inci
Santan - 500 ml
Air
Garam dan Gula
Serbuk Kunyit (untuk memerap daging)
Hiasan: Cili Merah, Cili Hijau, Daun Kunyit, Serai

Rendamkan tempurung dan serpihan kayu didalam air untuk seketika dan masukkan ke dalam dulang ketuhar (deep oven tray).
Panaskan seketika didalam ketuhar sehingga menghasilkan asap. Keluarkan dulang tersebut, dan letakkan ‘wire rack’ diatas nya.
Susunkan daging yang telah diperap dengan kunyit dan garam diatas ‘wire rack’ kemudian balutkan dulang dengan pembalut aluminum dan masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar.
Daging perlu disalai sehingga masak. Daging yang telah disalai perlu dihiris nipis (lawan urat).
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar didalam periuk bersama daging dan sedikit air.
Masukkan asam keping, daun limau purut, serai, lengkuas dan rebuskan sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan santan, daun ketumbar, garam dan gula.


7 comments:

Juwita Jamaludin said...

sedap.. ita suka gulai ni kak.. tapi tak pernah guna daun ketumbar.. tentu ada kelainan

Cikgu_Anie said...

sedapnyer...nk cuba gak la...thanks sudi kongsi resepi yg best ni..

Sari Yusa Ibrahim said...

Meleleh air liur kita ni, kak ita. Ada lagi tak?

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ita...
Blm pernah lagi meras daging salai apalagi dimsk lemak begini :P

Emma said...

wah, presentation pon dah meletop! belum rasa lagi, pasti bertambah-tambah..heee

LinRosly said...

Assalamualaikum...

Sedapnya Daging Salai Masak Lemak, Bila Tgh Makan Ni, Mak Mertua Lalu Kat Belakang Pun Tak Nampak..HikHikHik

JaSSNaNi said...

tadi ingat tak nak makan dinner.. saja makan2 main2 je.. dah nampak gulai ni, terasa lapar la pulak.. nak kena goreng telo lah nampaknya ni..

Powered by Blogger.