Friday, November 4, 2011

KUIH BAKAR KENTANG

Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 :
....wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan bersolat...

Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit, dan kerisauan mengcekik, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang!
Sesungguhnya solat itu atas izin Allah boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit selama ini.

Ketika Rasulullah S.A.W dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabbah
... wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan bersolat ( Al Hadis )

Assalamualaikum...

Salam di pagi Jumaat yang barakah..
Cuaca yang redup dan tenang.. Matahari yang seakan-akan bermain sembunyi-sembunyi di balik sang awan..
Apa khabar semua.. pagi ni?
Alhamdulillah kita masih dapat bernafas di bumi Allah. Masih dapat meneruskan amalannya dan meneruskan amanah yang dipikul.
Kepada mereka2 yang ada antara keluarganya yang menunaikan ibadah Haji tahun ini, sama-samalah kita doakan semoga mereka yang pergi selamat menjalani ibadah yang dituntut dan pulang dengan selamat.. ke pangkuan keluarga tersayang...


Teringat ita ketika ibu dan bapa ita pergi menunaikan ibadah Haji dulu.. Masa tu ita masih belasan tahun. Bila mak dan bak pergi , tinggallah kami adik beradik di rumah. Hari Raya Haji terasa sangat sunyi tampa insan yang kita sayangi. Setiap hari ita berdoa semogga mak dan bapa ita selamat kembali.

Dulu-dulu, masa ita kecil2,  ita tak pernah sambut hari Raya Haji. Bila ita tanya pada mak kenapa kita tak sambut Raya Haji macam kita sambut Raya Puasa, mak ita kata Raya Haji hanya untuk orang yang dah pergi haji, Kalau tak pergi haji lagi tak boleh sambut. Sebab itu ita tak pernah kisah sangat tentang kedatangan Raya Haji berbanding Raya Puasa.

Selepas mak ita kembali dari menunaikan haji, barulah kami sekeluarga sambut hari Raya Haji. Barulah ada hidangan pada setiap pagi Raya Haji. Kalau tak hari Raya Haji pada ita sama macam hari-hari biasa aje..

Di Johor sambutan Hari Raya Haji tak semeriah negeri2 sebelah Utara dan Pantai Timur. Bila ita berkhawin dgn suami ita yang berasal dari Kelantan, ita melihat sambutan hari Raya Haji di Kelantan cukup meriah. Kebanyakkan mereka melakukan ibadah korban di rumah, selepas tu mereka bergotong-royong menyediakan juadah untuk majlis kenduri pula. Semua sanak-saudara dan jiran sekampung di jemput.. memang meriah sangat!

 Berbanding di Johor, selepas sembahyang raya, hanya mereka yang terlibat sahaja yang akan ke masjid atau surau untuk melakukan ibadah korban. Daging korban pula di bahagikan atau di agih-agihkan pada penduduk kampung yang kurang berkemampuan. Begitulah rutin hari Raya Haji setiap tahun..


Semalam ita buat kuih bakar. Entah macam terasa-rasa pula nak makan kuih bakar. Mak ita cukup suka buat kuih bakar. Tapi kalau mak ita buat kuih bakar dia tak masuk oven, dia bakar atas dapur menggunakan loyang khas untuk kuih bakar. Loyang yang bertutup dan ada lapik piring berlubang di bawahnya. Acuannya pula sama bentuknya seperti acuan kek chiffon tapi tak boleh buka lah tapak loyang tu..

Pada ita kuih bakar mak ita memang sedap! tapi biasa lah orang lama, mereka tak pernah ada sukatan semua main agak2 dan campak2 aje. Macam2 kuih bakar yang mak ita buat semua benda nak dijadikan kuih bakar. Yang biasa pastinya kuih bakar pandan, bakar ubi .. emmmm.. fav ita tu. kuih bakar pisang, kuih bakar durian, kuih bakar cempedak, kuih bakar sukun, labu , keledek, jagung  dan juga kuih bakar kentang ni..


Tapi yang ita buat ni bukanlah resepi dari mak ita, resepi ni ita ambil dari My Resepi. Resepi di kirimkan oleh Juns11. Sedap kuih bakar kentang ni, manis dia pun sedang2 aje.. tak manis sangat! Kuihnya pun lembut aje. Cara penyediaannya pun cukup mudah dan ringkas. Bahan-bahan yang di perlukan juga cukup simple dan semestinya sentiasa dah bersiap sedia di dapur.

Adunan pun tak banyak cukup lah untuk hidangan sekeluarga. Boleh di jadikan buah tangan untuk jiran-jiran yang mengadakan kenduri kendara. Tapi kalau nak buat kenduri tu kenalah gandakan bahan-bahannya..

Terima kasih pada Juns11 dan My Resepi juga. Hidangan yang sangat sedap! untuk sajian minum petang keluarga.


KUIH BAKAR KENTANG
by : Juns11
Rujukan : My Resepi


2 biji ubi kentang - rebus kemudian di lenyek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Bijan - jika suka

Sediakan loyang 8 inc atau acuan kecil yang tahan dibakar
Leserkan loyang dengan sedikit butter
Panaskan oven pada suhu 170 C

Kacau telur dan gula.
Masukkan tepung dan santan,  kacau rata
Kemudian tapis
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Tuang adunan dalam loyang atau acuan yang telah di griskan tadi
Taburkan bijan jika suka
Bakar dalam oven selama 20 - 30 minit atau sehingga masak
Jika sukakan kerangupan pada kuih tambahkan masa membakar

Boleh juga di bakar terus atas dapur menggunakn loyang kuih bakar.



18 comments:

rahel said...

Mat pagi Kak Ita
cantek2 jer..kuih bakar kentang tu..cam nak ambik seketul..ngan mangkuknye skali..hihi.

Gee® said...

Adussss... comeynyaaa

senseiisya11 said...

Salam Kak ita...
tgk kuih kak Ita rasa lapar je...
mesti sdap kn...ditambah set mangkuk tu cute je tgk...

Sha HomeMade Cake n Choc said...

Salam kak ita, cantik btoi kuih bakar akak tuu, nak seketoi nak buat sarapan leh..ahaks

icaland pelangi indah said...

kuih bakar bentuk hati...^__^

Sari Yusa Ibrahim said...

love love lagi!

Yan said...

Comelnya kuih.

Betul tu Ita, kat Johor mmg tak meriah. Tak sambut sangat. But bila dah pindah ke KLang Valley ni, mmg celebrate. In fact mak abah i mai ke sini since 10 yrs ago..Seronok sangat.

Ida,Japan said...

slm Aidiladha kak Ita....sebelum balik nk mintak kuih yg comei2 tu dulu heee..heee

ilahjy said...

salam dek ita.. kak ilah pun sama buat kuih bakar semalam..tapi kuih bakar jagung.. kemarin kita sama2 buat karipap.. agaknya hari sama apa ya????emmmm..

zuwaidah said...

hi cik ita, selamat pagi jumaat. dingin kan pagi ni, hujan mencurah lebat di KL awal pagi tadi.
kuih bakar kentang...hmmmm makan panas2 waktu hujan sedap kan.

Ummi said...

Assalam Ita cayangg...thanks sudi doakan Ed akak tuh...huhuuu..tu la baru tau perasaan yg Ita alami semasa kehilangan Aboo dulu... Bak mai la sini kuih bakar kentang tu 3 ketuii, buat pengubat lara akak..huhuuu.. Salam aidil adha buat Ita dan family...lebiiuuu :))

CT Delima said...

As'salam Ita

Selamat Hari Raya Aidiladha juga buat Ita dan family. CT raya haji di KL jer, anak2 masih ada exam di sekola agama Ita 8hb baru habis.

Memang sedap kuih bakar ni, tapi memang betul kuih bakar mak2 kita tak payah nak sukat2 tuang tepung masuk itu ni bakar terus siap. Yang bestnya bau dia wangi satu rumah...hehehe. Lepas sejuk berebut nak makan kerak dulu..hahaha

zihan said...

Selamat Hari Raya Aidiladha kak ita..comel betol kuih bkr kentang tu..bentuk love lagi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

betul kata ita tu.. kat pantai timur sambutan raya haji lebih meriah dari raya puasa... hehe.. kat lembah klang ni pun meriah juga dengan xtvt korban di setiap masjid.. cuma xtvt ziarah menziarah biasanya hanya akan dibuat pd hari raya pertama saja.. itupun takdelah semeriah raya puasa & pada hari raya kedua barulah ibadah korban dibuat..

macam berjanji pulak kita.. mlm td pun akak bakar kuih bingka juga.. cuma bezanya akak buat bingka labu... tp mcm biasalah.. akak punya n3 mesti tertunda sbb kena tunggu Q... tak dpt ler nak secargas ita keluar n3 fresh2.. hehe..

slmt hari raya aidiladha buat ita sekeluarga yer...

JUJUE AHMAD said...

wah nmpk sedap je kuih bakar kentang ni.. nnti blh la jue try.. bentuk pn menarik mesti hubby n ank tertarik.. hehehe..

JUJUE AHMAD said...

sedap.. sedap.. sedap..

kavis said...

I'm longing to bake kuih bakar tapi gave up coz tak de loyang kuih bakar pluk..But now I can make one using a silicone tray as Kak Ita buat...Terima Kasih kak..

Cik Puan Izan❤ said...

salam kenal kak ita ^^... saya baru join blog akak. dah lebih 3 bln saya tak aktif berblog tapi blog kak ita wajib saya tgk tiap2 hari siap bookmark lagi...kalau 1 hari tak jengah sini rasa tak lengkap..suka dgn blog nih... cuma baru hari ni terasa nak komen2 dan menonjolkan diri...heheh

okay! psl kuih bakar kentang ni... boleh bakar dlm acuan kertas mufiin tak kak? tq ^^