Follow if you like

Nov 20, 2011

KELAPA TART berangan lah pulak!!!

"Mak, tengok ni ayah bawak balik apa?" kata Dalili sambil berlari-lari anak mendapatkan Ita di dapur.
"Ya, Allah banyaknya... mana dapat kelapa banyak-banyak ni yah?"
"Ada pokok kelapa tumbang kat hujung jalan sana tu.. di pukul ribut malam tadi kot.."
"Banyaknya.. yah... nak buat apa dengan kelapa banyak-banyak ni... adoiii... tak kan nak di minum semua airnya.. ada kembung perut ni karang.."


Tiba-tiba...

"Anda di beri 1 jam dari sekarang untuk menyediakan hidangan berasaskan kelapa ni.. Anda boleh sediakan apa sahaja hidangan yang anda suka. Tapi ingat! pastikan kelapa muda ni menjadi hero dalam masakan anda.."
" Anda boleh memilih beberapa bahan asas lagi bagi membantu anda menyediakan hidangan ni.. Adakah anda sudah bersedia???"
"Masa yang di berikan untuk menyediakan hidangan ni adalah 1 jam dan masa anda bermula... dari.....SEKARANG..."

Makkkk... aiii... apalah yang ita nak masak dengan kelapa ni.. banyak pulak tu.. Kelapa muda pulak tu.. Kalau nak dijadikan Jelly ada setempayan banyaknya.. Apalah menu yang sesuai nak di jadikan hidangan untuk para juri.. dengan kelapa sebanyak tu..
Peluh dingin mula membasahi dahi. Jari-jemari sudah mula terasa seram sejuk!
Ita terus berlari mendapatkan pak cik Google.. Aduhhhh... cepat.. cepat... dah tak de masa ni...
Yes! dah jumpa.. Kelappatart arghhhh... belasah aje lah.. kita dah tak cukup masa..


Kelentang... Kelentung... terrrrrrr........

"Ingat! walau apapun hidangan yang anda sajikan.. pastikan ianya menepati selera kami"
" Sudah 15 minit berlalu.. sepatutnya sekarang anda sudah tahu apa hidangan yang bakal anda sajikan.."
"ye... baik Chef!"

" Ingat! pemenang dalam cabaran ni bakal berentap dengan chef Otai"
"CHEF OTAI ?????? chef otai mana pulak ni... aduh dah lah kita masih terkial-kial ni.. di sebut-sebut pula nak kena lawan dengan chef otai"

" 45 minit telah berlalu... sepatutnya sekarang anda sudahpun siapkan plating"
"pastikan sajian anda membuka selera dan menarik minat para juri untuk mencuba"
" bersihkan pinggan hidangan anda, kita tak mahu ada finger print atas plating anda tu nanti
Ingat! kebersihan haruslah diutamakan.."

Tik..tok.. tik.. tok..  9..8..7..6..5..4..3..2..1.. kringggggg....
Masa anda sudahpun tamat..
Selangkah anda ke belakang...

Aduh!! dada semakin berombak kencang.. kaki2 sudah terasa bergetar.. Apalah rasa hidangan ni agaknya.. Berdebar2 untuk menunggu giliran nama di panggil...

"AZLITA..."
"saya,  chef"


"emmmmm.... nampak menarik! saya suka persembahan anda"
"Hidangan nampak segar.."
" Kacang badam yang rangup! dan kelapa yang segar!.."
"terasa keenakannya... kemanisan yang cukup! dan terasa kelemakkannya yang memikat!"
" Saya suka hidangan anda.. "
" Apa nama hidangan anda ni..?"
"Kelapa tart, Chef"
" emmm... sedap!! saya suka... berapa harganya???"
" percuma... "
" emmm... bagus!"


" AZLITA, anda adalah pemenang bagi cabaran hari ni..."
" YAHOOOOOOOO!!!!..... terima kasih Chef!!"
" anda tahu apa tugasan anda selepas ni...??"
"tak tau chef"
"anda kemaskan pakaian anda sekarang.. esok kita balik kampung, anda akan berlawan dengan chef otai!!"
"CHEF OTAI??? siapa pula tu chef??"
" Mak saya, esok awak akan berentap dengan mak saya"
" eh! mak awak kan mak mertua saya.... "
" ye! kita tengok, antara anda berdua siapa yang dapat memikat selera saya.."
PULAKKK!!! adoiiii... pengsannnn... kena lawan pulak dengan mak mertua??

" Ingat!! Jika anda menang cabaran ni anda akan di berikan kunci kebal.."
"KUNCI KEBAL???"
" ye!, anda dapat menggunakan kunci itu untuk memilih nak beraya kat kampung siapa tahun depan??"
" waaaaa.... bestnya... yabadabadoooo!!!"


" Mak! Mak! berangan eh!"
Opppsss terlebih sudah!!
Potong stim betul lah Dalili ni tak boleh mak dia nak berangan sikit..kacau daun betul!!

Jom lah kita intai resepi yang sedap ni .. Sebenarnya resepi ni adalah cadangan dari seorang rakan kat FB Ainul Fitri, yang minta ita buatkan resepi ni. Katanya resepi ni cukup popular di Indonesia dan menjadi kegemaran rakyat di sana. Bukan itu aje malahan resepi ni juga menjadi sumber pendapatan suri-suri2 rumah untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Katanya harga kelapa tart ni boleh tahan mahal juga kalau di sana kerana agak payah nak dapatkan kelapa muda dan satu resepi ni memerlukan jumlah kelapa muda yang banyak!

Bila melihatkan hasilnya memang tergoda sungguh dan mmg berangan-rangan untuk merasa hidangan ni. Hidangan ni juga boleh di jadikan  hantaran untk majlis pertunangan dan perkhawinan. Oleh kerana link yang di beri di SINI tidak cukup lengkap cara penyediannya ita cuba dapatkan resepi yang lengkap dari Google dan ini lah hasil yang ita dapat. Ita ada ubah sedikit bahan mengikut selera dan citara ita. Tapi, bahan asas ita masih kekalkan supaya ita dapat menikmati rasa sebenar hidangan yang cukup popular di Indonesia ni. Dan rasanya memang sedap! Cubalah..


KELAPA TART
Nama asal resepi ni : KLAPPERTAART
By : Lesca Boma

1000 ml fresh milk
250 gm gula pasir
50 gm tepung gandum
50 gm tepung custard
50 gm maizena
150 gm mentega
6 biji kuning telur - di kocok
5 biji kelapa muda ambil isinya yang lembut sahaja
100 gm badam panggang cincang
Serbuk kayu manis - ita gantikan dengan kelapa kering


Topping 
6 biji putih telur
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar  tepung gandum - ita gantikan tepung jagung
kismis direndam air panas, toskan
Serbuk kayu manis - ita gantikan kelapa kering


Panaskan oven pada suhu 160C
Sediakan loyang besar isi air panas sebab kita nak masak cara steam bath
Masukkan loyang besar dalam oven
Sediakan beberapa mangkuk aluminium atau mangkuk ramekin yang tahan panas
Boleh juga gunakan casserole

Panaskan 800 ml  fresh milk dan gula pasir
Larutkan tepung gandum, tepung custard dan tepung maizena bersama telur  dengan 200 ml fresh milk
Bila gula dan fresh milk telah mendidih
Masukkan campuran susu dan tepung kedalam susu panas tadi dan terus kacau sampai ia pekat dan meletup-letup
Angkat dari api, masukkan mentega, dan kacau rata.
Masukkan badam  dan serbuk kulit kayu manis jika suka
Masukkan isi  kelapa muda, kacau rata
Masukkan adunan kedalam ramekin atau casserole sampai ¾ penuh.
Masukkan dalam loyang yang berisi air dan bakar secara steam bath  selama 20 - 25 minit dengan suhu 160C. Ita guna api atas dan bawah
Sementara adunan di bakar kita sediakan topping.

Pukul putih telur hingga kembang.
Tambahkan gula castor dan tepung dan pukul lagi hingga kaku dan bertanduk.
Masukkan dalam pipping bag dengan nozel bintang.
Bila adunan dah masak kita keluarkan
Paipkan putih telur atas adunan
Taburkan badam, kismis, atau apa yang kita suka sebagai hiasan topping
Masukkan semula dalam oven dan bakar semula sehingga putih telur kuning keemasan.

Ita gunakan tepung jagung dan mengambil masa yang lama sedikit untuk kuning. Rasa putih telur yang bercampur tepung jagung sama macam kita buat pavlova. Dan rangup bila dah masak.
Ita tak bakar sampai kuning ita bakar sampai putih telur tu keras.


31 comments:

ShaSha The Baker said...

Sedap nye kak Ita!!!!!!!!! Nak jugak

Mamamya said...

heheheee...lawak lah kak ita ni..tersenyum simpul lia baca n3 akak petang ni... :D tp kan ikhlas lia cakap kak ita mmg layak masuk masterchef tu tau! x caya tanya dalili...hihihiiii

kelapa tart...xpenah makan lagik,byk guna kelapa muda ni.kene balik kampung lah nampaknya kait kelapa kat umah mak... :)

nurcahaya said...

sedapnya kak ita.. admire betul dgan hasil kerja tgan kak ita.. n plg suka tgk kak ita shoot makanan.. cantek sgt =)

Halena said...

demam masterchef yek.. mmg kelakar btul la kak ita ni.. mmg gelak besar la baca celoteh akak kali ni..

kak ita mmg terbaekkkkk...

Kasturi Nusi said...

kukiukiu...terbahak2 dan terguling baca celoteh kak ita....demam masterchef la....

caiyo la kak ita...baik punya

nonierahman said...

ƗƗäƗƗä☺ƗƗäƗƗäƗƗä☺ kelaka la kak ita.dah boleh jadi penulis novel kanak-kanak.
Banyak jugak ei pakai kelapa muda.jenuh nak cari.kena tunggu balik kg br dapat nie.nampak sedap!

Mieza Amieza said...

hahaha...kelakar la kak ita nie :)

Nazura Naa said...

mak aii..kretif nyaa akak sorang neh..fuhhh!teruja betol..
hehehe...memang x miss la baca belog k.ita neh..hehe..best2!

rahel said...

selamat petang Kak Azlita
haiya...petang2 begini terus lapar la pulak nengok benda sedap tu...mcm yummy sangat..

ummi nor said...

Salam Kak Ita,

Hahahaha....memang bestlah persembahan akak hari ni, menghiburkan...kelapa tartnya pun tak jemu mata memandang...nak try buatlah lepas ni...thank you akak for sharing!

atie @ ejay said...

haha lawak betullah kak ita nih
hmm nampak menyelerakan:)

Nur Ede said...

cheffffff.......... saya juga suke persembahan yang AZLITA buat... sokong markah penuh untuk AZLITA.. sama sama masuk slot berangan Ita...boleh kan..kan..kannn.. ita, hilang jap kekusutan kat kepala nie...pas join dlm slot berangan ita...hehehe.. lalala..

gadisBunga said...

salam....saya nak try ni!!! nak gi cari kelapa muda!!!

eda said...

hakak ~~nama michael melodi in malay , dalili kan kan kan .. hehehe~~

nonierahman said...

Kak ita lupa nak tanya maizena tue apa?

mokwo® said...

tu lah..mokwo dok intai2 jugak..kot2 ita ade masuk masterchef mesia...tapi tak dek lak...sungguh keciwa...hihi
nampak sedap sungguh tart tuh...tart nih nampaknya lebih mirip puding coz tak dek crust kat bawah...

Hanim said...

hahahaha klakar tol la bila baca blog akak nih. skrg kan musim master chef mesia....kadg2 somi saya pon kata camtu, dia beli barang ape2 siap soh masak cepat tu hehehe. mmmm terliur nengok klapa tart tu tp xmcm tart kan, cam puding je. sedap la tengok...sy suke badam tu...mesti rangup bila mkn...yumyumyum :)

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaa...seronok baca intro Ita, ralit sekali...hahahhahaa...pastu tengok lak Klappertart tuh...fuuuhh...fengsaaaaannnn ^___^

~Sya~ said...

bukan setakat pandai masak rupanya kak ita ni ye..pandai berangan jugak...heheh...lawakla...nti blk kg jgn lupa kutip resepi pantai timur plak ye...

Dapur usang said...

pada mulanya baca n3 ita ingatkan ita ada masuk master chef rupanya dreaming eh?walauapa pun ita memang layak shabas.....

OMR (Rose) said...

Gorgeousnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrr.....haishhh...lapar pulak nampaki kelapa tart nih. Dahla OMR mmg suka kelapa....yummy!

icaland pelangi indah said...

hahahaha... kelakar la kak ita ni.
xpe2..nnt masuk masterchef betul2 ea.. hihihih

Fauzieah @ Chome said...

hahaha..saya mmg selalu singgah blog kak ita nih..suka tgk menu akak yg cantik,menarik,kebaboomm tu..kretip pulak tu..presentation selalunya mmg mabeless..sambil2 tu baca celoteh akak,mmg menghiburkan..keep it up yer kak..good job...

handmade by aida said...

akak memang terbaik...kalu masuk masterchef yang pasti akak juara.....

Madam Lala said...

pandai masak, pandai pulak buat lawak..
jeles tgk kamu pandainyer masak..
madam masak2 madam malas..
makan madam rajin...
huhuh

sitiezahim said...

funnn cunnye gamba kak...dan kompom sedap jugak ni...hehehe

Juwita Jamaludin said...

sedap nampak kak ita.. tentu nya menarik menu tu.. tapi sah2 kat jepun tak leh buat tak de kelapa muda .. huhuhuhuh

Vanilla Profiterole said...

haha. best betul kak ita. ooo kantoi ni kuat berangan ;) haha.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

adoiii.. nampak kelapa muda tu terus terbayang air kelapa muda.. hehe.. lenkali kalu dpt kelapa muda lagi.. boleh ler ita try buat kuih tradisi masyarakat banjar pulak.. kalau tak silap namanya Kalakatar... ramai yg kata sedap.. tp akak lom pernah rasa..

Sue @ Nenie said...

Salam...Wahhhh bestnya dapat kelapa muda...Tart ni mesti best kannnnnn......Ahhhh selalu pun kopipes dan simpan resipi masuk Q tapi..hu hu hu hu tak taulah bila serunnya tibaaaaaa....

Kak Itaaaa...Bak siket vitR tuuuuu

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

Baru tengok gambar aje tp dah dpt rasa mcm sedapnya tart ni.
dulu2 masa kecik2 kat kg mak slalu buatkan air kelapa muda + susu memang sedap sgt2.ini bila tengok resepi ni dah blh byk dah tp nak buatnya tu alahai

Powered by Blogger.