Follow if you like

Nov 29, 2011

KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..
Sebagaimana yang ita janjikan, ita nak sharekan resepi yg pada ita sangat sedap ilham dari Chef kesayangan ita dan mungkin juga mereka yang di luar sana. Resepi Kari Kambing Istimewa dari Dato Chef Wan.

Resepi ni ita ambil dari buku masakan beliau Sedapnyaaa.. 2 yang dah lama berada dalam simpanan ita dan antara buku masakan kesayangan ita. Ita makan lauk kari kambing bersama Nasi Briyani ilham dari anak beliau iaitu Chef Riz. Gabungan air tangan kedua-dua tukang masak ni memang tidak boleh disangkal lagi.. bak kata orang meletupsss!! terangkat bila makan.. terasa berada di awang-awangan..hihi


Lauk kari kambing ni memang sangat sedap! terasa segala rempah ratusnya bergabung dalam satu resepi yang cukup lengkap sajiannya. Kenapalah ita tak cuba dari dulu lagi resepi ni.. memang sedap sangat pada selera ita dan keluarga. Selain kambing , ita rasa sesuai juga jika digantikan dengan daging atau ayam tapi kambing memang terangkatlah kan.. tapi kalau tak boleh makan kambing bolehlah gantikan dengan daging.

Rasa sajian ni tak sama macam kari biasa yang kita selalu buat tu.. Rasanya memang sangat berlainan dan sangat istimewa bersesuaianlah dengan namanya Kari Kambing Istimewa.. Seindah khabar seindah rasa.. sedap sekali..!!


Terima kasih kepada Dato Chef Wan kerana berkongsi resepi istimewa beliau dengan pengemar-pengemar dunia masakan.. Ita sharekan disini untuk dicuba oleh mereka2 yang suka main masak-masak kat dapur tu.. Kalau nak dapatkan banyak lagi resepi istimewa dari Dato Chef Wan, boleh lah dapatkan senaskah buku ni di kedai buku berhampiran. Banyak sangat resepi istimewa dari Dato Chef Wan yang sedap-sedap dalam buku ni untuk kita mencuba!

KARI KAMBING ISTIMEWA CHEF WAN
By: Dato Chef Wan
Rujukan : Buku Masakan Sedapnyaaa...2





1/2 cawan minyak sapi
4 tangkai daun kari
1 kg daging kambing batang pinang ~ dihiris ita guna ribs
2 biji tomato ~ potong baji
1 cawan krim putar
1/2 cawan yogurt
gula secukup rasa ~ ita guna gula melaka
Garam secukup rasa
Segengam Daun ketumbar ~ dicincang

Pes Rempah
15 ulas bawang merah
2 labu bawang besar ~ dipotong
3 cm halia ~ dihiris
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili hijau ~ di buang biji dan hiris
4 kaki akar ketumbar
segengam daun pudina
20 biji lada hitam

Rempah Ratus
6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Rempah Serbuk
1 sudu besar garam marsala ~ yang ni ita tak letak sebab tak de
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar


Campurkan bahan-bahan rempah di dlm mesen pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak sapi di dlm periuk atau kuali yang dalam .
Masukkan daun kari, rempah ratus dan pes rempah.
Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.
Bancuhkan rempah serbuk dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Campurkan dalam rempah yang sedang ditumis bersama-sama daging kambing.
Kacau selalu selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.
Tambahkan air secukupnya untuk meliputi bahan-bahan
Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
Masukkan tomato, krim putar dan yogurt
Perasakan secukupnya dengan gula dan garam.
Taburkan daun ketumbar dan kacau rata.
Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.

16 comments:

hoyahadis said...

wah memang..sedap..resepi ni yang ku cari2..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam.Nampak pun sedap tu.nak gandingkan dgn nasi apa ya untuk lagi terangkat??Resepi chef wan pastinya sedap kan?

tun_telani said...

nmpk sedap.. tp kalau tun makan ni, sure demam seminggu. kalah betul ngan kambing.. terpaksa la cuba dgn ayam kalau bk buat. resepi chef wan mmg semua sedap2!

insheerah said...

waahhhhh besnye, suke sgt kmbing tp tak pnah nk masak pon hehe, blh suh mak masak kn la nt

SiTi AiSya mzm-fc said...

wow bestnya,mengancam habis!! resipi chef wan memang terangkat,sbb dia pakai barang banyak,itula org kata,nak masak sedap jangan 'kedekut' guna barang2 kan..hmm nak cuba buatla..saya suka makan kambing,hehe.makan dgn nasi arab pun ok kan kak Ta?

CA said...

Yuhuuu...kak Ita...

Dapnya daging kambing..pe-be-ret saya ngan hubby tapi tak pernah masak.takotttt...takot tak jadi anda takot bau kambing tu...
camnooo ekkk nak masak jgn ada bau kambing...huhu...

Tina Othman said...

wah sedapnya, nanti nak trylah tapi tukarkan dgn daging

kakchik@ella said...

Mmg nampak sedaplah, kak ita

Chah said...

Tq kak ita share resepi...lama dh saya carik resepi nk masak kambing ni, byk tul bhn2 tu ye...harus dicoba nih...

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita.
tiap hari ada aje hidangan dr akak yang menggiurkan...waaa rajin betul masak2 ek...

Ummi said...

Assalam Ita....waaaaaahhh kari kamben lak....adeeei akak sendiri x penah masak kamben....tu dia, nampak terangkat jek tulang kamben posing...ni kalau cik abg akak nmpak...sah2 suh cari kamben lak kang...hehheee

Yatie said...

mmng nmpk sungguh menyelerakanlah Ita...kalau dapat rasa lagilah bestnya.....

Oh Oeya said...

Oh! Kambinnn... mbekkk! mbekkk! :D

Dap nyerrr kambin nih Kak Ita..

fazian.batrisyia said...

Sedapnya kambing....boleh try jugak ni kalau rajin...semuanya bergantung kepada kerajinan nak main masak2 kat dapur tu...

Itis Rajjah said...

Dah try buat! Sedap ! 1st time masak kambing! Menjadi ahahha

Siti Hanifah Che Hasan said...

Mmg sedap...sy buat 2x dh..hr ni nk buat utk buka puasa..kali ke3..tq k.ita..resepi sblm ni ntah ke mana menghilang.hihi

Powered by Blogger.