Follow if you like

Nov 23, 2011

KARI DAGING BERSERAI

Assalamualaikum..

Hari ni tak boleh nak sembang panjang2.. Almaklumlah dah cuti sekolah ni banyak sangat tugas yang menanti. Semua kerja semakin bertambah dgn masa yang cukup terbatas. Kita terus aje pada menu hidangan kita hari ni.

Hari ni ita sediakan Kari Daging Berserai. Biasa kalau anak2 ada di rumah ita mmg suka buat kari atau sambal tumis untuk memudahkan anak2 bila mereka berasa lapar. Kari ni selain kita makan bersama nasi kita boleh juga  makan dengan roti, atau lempeng atau roti canai atau apa-apa hidangan yang kita rasa bersesuaian. Anak-anak bila cuti ni mudah sangat berkeroncong perut mereka di tambah-tambah lagi sekarang ni musim tengkujuh lagi lah cepat sangat lapar. Bila ada kari mudah sikit kerja ita.


Resepi kari daging berserai ni ita ambil dari Dapur Tanpa Sempadan. Ita tertarik dengan resepi kari daging berserai ni kerana ramuannya yang sedikit berbeza dgn cara ita menyediakan hidangan kari. Kari daging berserai CMG menggunakan serai yang di kisar bersama bahan2 kisar yang lain yang membuatkan kari ni beraroma. Penggunaan kerisik dalam kari juga memberikan sedikit kelainan pada kari daging ni yang biasanya bila ita buat kari daging memang ita tak pernah letak kerisik.

Selain itu pengunaan asam keping juga amat menarik minat ita untuk mencuba. Biasa kalau ita masak kari daging ita tak letak asam berbanding jika ita menyediakan kari ikan. Kalau kari ikan, kita mmg kena letak asam kerana kita inginkan kuah kari yang sedikit masam-masam rasanya. Inilah antara beberapa faktor yang mendorong ita untuk mencuba hidangan yang pasti akan memberikan sedikit kelainan .


Ternyata percubaan yang berbaloi. Hidangan kari ni tampil dengan kelasnya yang tersendiri. Sentuhan air tangan CMG mmg tidak dapat dinafikan memberikan satu kelainan pada kari daging itu sendiri. Terasa lemak manis yang terbit dari pengunaan kerisik dan aroma serai yang membuka selera. Rasa sedikit masam yang terbit dari kepingan asam gelugur membuatkan anak2 asyik berulang kedapur.

Terima kasih CMG kerana melahirkan ilham yg cukup kreatif di dapur. Rasa-rasa biarlah akak sharekan di sini pula untuk di cuba oleh mereka yang sukakan kelainan.


KARI DAGING BERSERAI
By : CMG

500 gram daging pejal, hiris nipis dan rebus hingga empuk
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1/2 cawan pati santan
1 camca besar penuh kerisik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka

BAHAN KISAR HALUS
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut


Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
Masukkan cili dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan kisar bersama rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan daging rebus bersama air rebusannya.
Tambah air jika perlu.
Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan kerisik gaul rata
Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi
Siap untuk dihidangkan.

18 comments:

Chah said...

Wahhh saya org pertama dtg tadah pinggan pagi nih...nk rebut ngan anak2 kak ita...kekeke...

Ida,Japan said...

mcm2 versi masak kari ni sebenarnya kak ita...kalau versi letak serai ngan kerisik ni lebih kpd org tua2 melayu kita masak...mak ida suka buh kerisik dlm masakan kari, kalau masak kari tanpa benda tu, lebih kpd kari mamak...semua pesen kari mmg sedap, sbb kari is feberet ida dan husband..gabungan rasa masam, manis dan masin perlu ada dlm masakan kari...kalau tak bubuh sume tu, ida rasa tak perfect

mizzkechique said...

salam kak..sorry out of topic.. sy ni tolong kawan sy (dari malajah online Eternity) nak mintak izin dari akak ni nak letakkan beberapa resepi akak dalam column Resepi.. Jadi, boleh tak akak bagi kebenaran masukkan resepi akak? Ni untuk keluaran bulan Februari.. Jadinya, nak resepi yang ala² Valentine Day.. Nanti kite akan backlink link blog akak dan pihak majalah akan bagi token sebagai hadiah.. Kalau akak setuju, akak boleh emel saya..
=> mizzkechique@yahoo.com


Terima kaseh kak.. =)

nurbeena said...

HUbby sangat2 suka makan kari. Tapi saya tak pernah lg bubuh kerisik. Boleh dicuba ni. menarik

Syaz said...

kak ita sayep sangat teruja nak masak petang nie untuk mkn mlm bersama suamyshayang hehehehheh.....x saba nak balik masakmasak......tq akak atas resepiresepi yang bestbest nie....shayang akak lah...heheehe

nonierahman said...

Sedap nie kak wat breakfast pagii cecah roti,minum petang makan dgn roti jala ngeee.

Sugar 'n' Spice said...

kak ita...kari ni kalo kt kg sy melaka panggey 'Masak Gulai'.... tp x tumis....just reneh hingga air ayam/dagign kering br masuukan santan....hasilnya...wallaweeiii.....mmg thumbs-up..

F.A.R.A.H. deeb said...

Sodapnyeee.. akak! Meh dtg blog saya unt amek tugasan. Akak sudah kena tag! ;P

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ita.. kat meja (opis) akak ni ada roti.. cuma cicahnya yg takde..(pg tadi cicah ngan nescafe aje) kalaulah ada semangkuk kari yg ita masak tu.. hmm.. mmg ngam sangatlah!

DeQWa said...

kalau kt kedah(pantai merdeka) kg sy ...kiteorng panggil gulai acheh....
sbbnye kari tue menggunakan serai yg bnyak..pastu boleh makan ngan lempeng atau ape saje...
kiteorng punye masakn time keramaian @ raye....

myamyza said...

KITE AMIK RESIPI NI YE, ESOK KALAU RAJIN NAK MASAK, HEHE, HALALKAN YE..

Antan Bertingkah said...

Sedapnya tengok kari Ita, anak2 memang suka... tapi ibunya yang malas sikit nak masak kari...

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

kalo belah utara mmg biasa letak kerisek dlm gulai ayam dan daging. tp x penah lg letak serai...boleh la cuba cara ni.. :-)

Gee® said...

Memang betul Ita, musim hujan ni perut asik lapor jer, makan apa pon sedap kan... dpat pulak kari yg mengancam nih... pergh!! kejap aje licin...

rahel said...

Selamat petang Kak Azlita..
Klu dah jumpa kari..macam2 boleh cicah..suka sangat..

sitiezahim said...

salam kak..memang menarik kari tuh..saya dah ada koleksi sikit2 leh tambah koleksi resepi kari ni..hehehe

CA said...

Perghhh....kari daging,,peberet anak2..cicah toti jala...anto semangkuk..bleh...hehe...

Aziela said...

Salam Kak Ita. Terima kasih banyak2 kerana kongsi resipi ni. Saya dah masak dan terbukti sedap. Hubby saya tak habis2 memuji. Saya dah upkan entry tapi copy paste resipi dari entry Kak Ita ni jer. Mohon halalkan yer...

http://therainbowjourney.blogspot.com/2014/10/kari-daging-berserai-untuk-aidil-adha.html

Powered by Blogger.