Monday, November 7, 2011

KACANG POOL

Assalamualaikum...

Salam Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Harap-harap ucapan ini masih belum terlambat lagi ye..

Cuti 2 hari, dapat tenangkan fikiran, rehat-rehat kan badan di samping dapat juga gi jenguk anak ita Amirul di asrama. Alahmdulillah setiap apa yg berlaku itu ada hikmahnya..

Sekarang fikiran dah lapang hati pun dah berbunga ceria.. alhamdulillah kita teruskan kembali dengan niat Lilahitaalla... Semoga mendapat rahmatNya dan sentiasa di bawah petunjukNya..


Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi yang boleh dikatakan cukup popular juga di Johor Bahru. Sebenarnya inilah kali pertama ita makan setelah bertahun-tahun bermaustautin di JB ni. Suami ita pernah makan dan dia kata resepi Kacang Pool Pak Haji ni sedap!
Dalam buku Planta Resepiku Warisanku ni ada lah dititipkan resepi Kacang Pool Pak Haji. Ita pun terasa lah nak mencuba resepi ni.


Kedai Pak Haji ni terletak di No 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak, JB. Kalau terasa nak pekena kacang Pol ni singgah-singgah lah di kedai beliau. Resepi ni adalah hasil ilham dari Pak Haji sendiri. Kalau nak menikmati juadah ringan sebegini tidak boleh lah nak kelang - kabut, kena tenang, barulah boleh menikmati keenakan roti bakar yang lembut dengan kuah kacang pool yang lazat.

Kacang pol ni di hidangkan satu set lengkap dengan roti bakar yang lembut, telur mata lembu dan kuah kacang pol. Kalau makan kat kedai Pak Haji, roti tu juga adalah hasil air tangan Pak Haji sendiri. Tapi yang ita punya kali ni roti tu ita beli yang dah siap dari kedai.. hihi Lagi pula dalam buku ni pun tak di sertakan resepi untuk rotinya.

Cara memakannya pula kenalah pandai mencicah roti dengan telur mata lembu dan kuah kacang pool yang di perahkan sedikit limau nipis untuk menambahkan lagi selera masakan tu..
Untuk resepi yang di berikan sukatan agak banyak. Jika ada yang bercadang untuk mencuba ita rasa buatlah 1/2 daripada bahan-bahan yang di cadangkan. Jom kita menjamu selera...


KACANG POOL 
Resepi : Pak Haji
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku

1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa

Bahan Dimakan Bersama
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis






21 comments:

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ita.. yea.. akak dah kembali.. seronok tau.. leh jamu mata kat sini..:) tak pernah makan.. kalau makan dengan apa2 roti itentu sedapkan..:)

Aini said...

salam kak ita,
saya selalu makan kacang pool kt kedai nie.. Mmg sedap !! Thanks 4 this recepi.. Nk try lar, hehe bnyk ni dpt daging korban hihi...

rahel said...

Mat petang Kak Ita
Rahel dah sampai ni..sioknye nampak kacang pol tu..cicah ngan roti ek? next time nak try gak ni..

Farah Rahim said...

Salam Kak Ita

Woooo cam nampak sedap je kacang pol ni. Saya yg org johor pun tak pernah makan hehehe

nonierahman said...

Kak ita sedapnya kacang pol...hari tue 1st time mkn kat terminal bas larkin,sampai sekarang teringat2....nak cuba buat sendiri xtau bila :)

Jase Jamin said...

2 hari blog cuti.... bukak je takder post baru .. ni baru dapat tgk post terbaru.... Kat KL pun ada dah kacang ni kat Damansara Perdana.. katanyer owner yang sama.... tapi tak tau la....

mai.. said...

salam kak ita,
gambar kacang tu tader ke?yg ni kacang merah yg dalam tin tanpa sos tu ke.. bukan baked beans?tq

Citarasa Rinduan said...

kak ita..
ayu suka makan kat situ tau.. kalau ke p.putri mmg singgah... hehehhehe

Hanim said...

k.ita letak la gmbr kacang tu nak nengok rupenya camne? xpenah lagi tengok yg kimball punye tu....:)

HomeKreation said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Azlita sekeluarga.
Wow, nampak sedap ni.

intan said...

alaaa setahun kt MPTI tahun 1999 dulu xde saper pun citer pasal keenakan kacang phool ni/ kacang phool pak haji ni.dekat sgt dah tu

rapheydhillo said...

Salam Ita,
selalu jadi silent reader je and selalu jugak 'curi' resepi Ita yg always terbaik dr sini.
Sy selalu jugak makan kacang pool Haji ni bila balik jb. Either kat bomba tu or selera johor kat larkin bus station. Memang terangkat. Tp fyi rasanya roti tu bukan Haji yg buat. Sebab pernah nampak dua chinese (apek & nyonya) yg hantar roti tu.

zuraida said...

Ita.. bestnya ada resepi kacang pool kat sini. aida mmg suka gi makan kat larkin bomba tu. tp sejak 5 thn kebelakangan ni, tak dpt nak gi makan sgt sebab anak tak boleh makan kacang parang (fava bean). Dia G6PD. so kalau nak gi makan, tak boleh nak bawa dia.. teringin nak buat, tp nanti dia nampak, mesti dia nak... terbayang2 kesedapannya yummyyyyyyyy

nurul huda said...

lagi 1 tempat kak ita dekat plaza larkin tu.. belakang bus stand larkin.. dah 2 kali huda mkn kacang pool kat situ.. sedap jugak.. roti die pun lembut je.. makan pulak dgn ais jagung.. memang x cukup lah semangkuk.. hehe

Papa-NtiQ said...

Hi Ita..baru minggu lepas saya gi ngan famili makan kacang pool haji kat plaza larkin. Baru download gambar2 kat blog saya nanti senang2 tu jenguk la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal tempat2 makan menarik...

Sunah Sakura said...

salam kak ita...

nak tanya, resepi ni kan macam banyak bawang dia guna, 1 kg bawang merah dan 2 labu bawang putih ye? untuk berapa orang makan ye tu? kalau kita nak kurangkan, maksudnya kacang pool tu pun kene kurangkan dari 1 tin ke?

AZLITA AZIZ said...

salam sunah,

Resepi yang akak salin ni resepi dari buku, rasa-rasa resepi untuk orang berniaga

kalau sunah nak buat guna bawang dalan 8 biji dan bawang putih dalan 3 ulas

daging tu agak-agak lah utk berapa org makan
kacang pool tu tak kisah nak letak lebih pun ok atau nak letak 1/2 tin pun ok!

bahan yang lain tu sunah agak-agak aje ikut secukup rasa..

bawang merah kalau dalam masakan letak lebih tak pe, sebab dia memaniskan dan memekatkan kuah

HusnAizad said...

kak ita saya de try buat kacang pool nie tapi x jadi la...yang akak punya nie warna merah cam de cili...saya nye pucat je...huhuhu.. ade x tips pepe...

Nor'aini Hassan said...

Salam,terima kasih kongsi resepi. Dah cuba dah.sedap. Tp mcmana nak dapatkan warna yg cantik mcm sambal?

Nor'aini Hassan said...

Salam,terima kasih kongsi resepi. Dah cuba dah.sedap. Tp mcmana nak dapatkan warna yg cantik mcm sambal?

Cik D@y@h said...

kak ita,sy baru first time mkn aritu kat bangi.suami suka sgt.selalu nk mkn kt situ je.skang nk cuba buat la ikot resepi akak.thx ye..