Follow if you like

Nov 8, 2011

FOOD PHOTOGRAPHY 1

Follow your heart, but be quiet for a while first. Ask questions, then feel the answer. Learn to trust your heart 
- Anonymous


Food Photography adalah dunia yang menjanjikan keindahan jika kita benar-benar ingin menerokai bidang ini. Dunia food photography di Malaysia tidak setanding dan sehebat di luar negara. Di luar negara, food photography menjanjikan pulangan yang lumayan dan semakin di gilai ramai.

Blog dan foto tidak dapat di pisahkan lebih-lebih lagi jika kita terlibat dalam blog masakan. Bukan resepi yang jadi keutamaan, tapi bagaimana sesuatu masakan itu di sajikan dan di persembahkan. Gambar yang cantik lahir dari keikhlasan kita. Sebagaimana ikhlasnya kita menyajikan hidangan buat keluarga, dengan penuh kasih dan sayang begitulah juga keikhlasan yang terpancar dalam setiap hidangan yang kita persembahkan.

f/3.5 ISO 200. 50mm

Foto yang diambil dengan penuh rasa keikhlasan akan terpancar keikhlasan itu di mata orang yang melihatnya. Oleh itu bila kita ingin mengambil gambar masakan ambillah dengan penuh rasa keikhlasan, dan kecintaan kita terhadap masakan itu sendiri sebagaimana bersemangat dan berkobarnya kita dalam menyediakannya.

Setiap makhluk ciptaan Allah ada keistimewaannya. Begitulah dengan setiap hidangan yang kita sajikan. Dari bahan-bahan asasnya hingalah penyediaannya.. Setiap inci darinya mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, tak kiralah dari segi bentuk, rupa, warna dan rasa.. Begitulah hebatnya kebesaran Allah. Inilah sebenarnya yang ingin kita tonjolkan dalam setiap foto yang kita pamerkan.

Kita tidak disarankan  ambil gambar jika kita berasa dalam keadaan yang kurang selesa atau tidak ceria. Pasti hasilnya akan dapat kita lihat pada kesuraman foto itu sendiri, semangat dan keenakannya juga turut pudar bersama emosi kita. Oleh itu untuk mendapatkan gambar masakan yang terbaik kita perlulah melahirkannya dari dalam diri kita sediri, bersama semangat masakan itu sendiri dan kegairahan kita untuk memberitahu semua... cubalah! anda pasti akan sukakannya...

f/3.5 ISO 100. 50mm

Semakin banyak kita mengenali dan mengetahui tentang camera, cahaya, komposisi dan style. Semakin besar peluang kita untuk mendapat gambar-gambar yang lebih menarik. Resepi dan masakan itu sendiri adalah sangat utama  pada kita dan keluarga, dan biarlah gambar itu sendiri yang berbicara bagaimana ia dapat menghurai momen-momen indah itu.

Bagi jurugambar, memilih kamera bukanlah sesuatu yang sukar, namun tidak bagi sebahagian daripada kita. Apabila berada di kedai kamera, kita di sajikan dengan pelbagai pilihan sehingga membuatkan kita keliru untuk memilih. Sebaik-baiknya jika kita ingin memiliki kamera idaman, belilah terus dari kedai yang menjual kamera itu sendiri jangan beli melalui online. Rasailah sendiri kamera itu, pegang dan cuba dapatkan camera yang bersesuaian dengan citarasa kita mengikut keperluan, bajet kewangan dan yang paling utama kita memahami spesifikasi yang tertera pada camera itu sendiri.

f/5.6 ISO 200. 50mm

Sebelum membeli dapatkan maklumat seperti, megapiksel, lensa, zoom optikal dan fungsi. Sekurang-kurangnya maklumat ini dapat membantu kita membuat pilihan dan bersesuaian dengan keperluan.

Tidak semestinya kita perlu memiliki kamera yang cangih dan mahal untuk mendapatkan foto yang cantik dan menarik. Semuanya bergantung bagaimana kita cuba mempersembahkan setiap foto yang kita rakamkan. Apa yang ingin kita tonjolkan dalam foto itu dan yang paling utama subjek itu sendiri.

Lain orang lain citarasanya, ibarat kita memandu kereta, contoh memandu kereta Mercedes dan BMW sama hebatnya tapi kita akan rasa perbezaannya bila kita sendiri yang memandunya. Oleh itu walaupun banyak pilihan kamera di pasaran, pastikan pilihan yang kita pilih itu bersesuaian dengan jiwa kita kerana kita yang akan menerokainya. Dengan itu luangkanlah sedikit masa untuk mencuba beberapa jenama yang lain supaya kita tidah silap membuat pilihan.
Ita memilih Canon kerana ita rasa cukup serasi dengan Canon

Gambar dari Google

22 comments:

MaMa aDaMaQiL said...

Suke bc en3 k.ita ;) mmg betul camera tu mcm jiwa kite..asben belik' canon eos500d..n dh serasi sgt2..then die nk jual mmg terase xtau nk ckp..sedih sgt2...then bile die belik' camera yg same mcm akk..sy mmg jarag sgt pegang rase mcm bejauh hati pulak..sudahnye dok teperam dlm bag..huhu

atie @ ejay said...

INFO YG MENARIK KAK ITA... kita pkai kmera model yg sama tp atie tak pandai ambik gambar hihi

mamazieza said...

Ita.. Food Bloggers dan kamera bagaikan tak boleh dipisahkan.. tapi mama kalau amik gambar food. hampeh. puas laa org ajar.. mcm tu gak laaa.. hehehe

ibundo said...

gambar yang ita snap memang menarik dan memikat. Memang benar kata ita, kalau ambil gambar secara sambil lewa dan menggelabah nak cepat, memang gambar tak menjadi seperti mana yang kita hendak.

Leen Loyangkuih.com said...

good info kak...macam tau2 aje leen tengah survey2 dslr..hee... canon memang 1st list then nikon...

fizah said...

Terimakasih Ita atas info yang sangat berguna...tu yg saya suka sgt baca blog Ita ni..

Lieya said...

Terbaekkkklah k.ita.... picture meletopss

Chef Hussin said...

Salam. Singgah sini kejap. Nak request.....utk masukkan blog chef di blog ni boleh. Ni link chef.....http://studiomasakanchefhussin.blogspot.com begitu juga jemput kwn2 lain ke blog chef. Btw, shot gambar2 ni menarik....

REEN KHAN said...

saya amat bersetuju dgn apa yg puan azlita katakan.. apa kita yang lahirkan setiap foto2 mengambarkan diri kita situasi kita feel kita..terlalu sukar saya ungkapkan di sini.. tapi jika dah berkasih sayang dan jatuh cinta dgn apa yg kita suka.. tercetuslah dlm blog kita..x semesti kena ada dslr yg canggih tapi kena ada teknik yang betul..dan idea kreatif kita ....

mimie kesuma said...

assalammualaikum kak ita...
betul tu kak...
setiap orang ada style tersendiri...
baru saya tau kak ita guna canon..
dah lama saya nak tau kak ita pakai kamera jenis apa...
saya ngidam nikon D90 kak...lagi baguih lagi nikon D7000.
tp harganya...mak aiii... mahal gila

Cik Puan Izan❤ said...

kak ita ni rajin betul belajar... tak mcm saya...kalau pakai camera canggih tapi tak pandai nak guna tak boleh jgk kan... mcm saya mls nak belajar main snap ajer...heheh...

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita..setuju sangat dengan cadangan akak...best sangat.

Mat Gebu said...

Salam puan....
Terima kasih berkongsi Ilmu, bukan hendak mengiyakan apa puan kata, tapi hakikatnya memang betul, apa2 kita buat dari ke ikhlasan akan terpancar melalui hasilnya....moga puan diberi ketabahan hati....

Kak Rose said...

Ita, tq for sharing... mmg hubby kalau nak bli sesuatu mmg cari info sebanyak mungkin... ruangan forum mmg jadi rujukan yg sangat baik... banyak info pro n cons boleh dapat dari sana...

wpun ada dslr tp kak rose ttp dengan camera canon compact jugak... x tau kenapa malas sangat nak study all the functions.... mmg tabik spring betul ngan ita ni...rajin sangat! keep up the good job!

haniaiman said...

setuju sgt2 ngan kak Ita..saya pun tak expert lagi dalam ambil gambar..tapi saya akan cuba juga..

Noor Hafirdaus said...

gambar saya biasa2 saja pakai compact camera, tak mampu nak pakai camera mcm kak ita lagi. Ada jugala keinginan nak pakai camera kak ita one day nanti bila banyak duit hehehe

KG said...

great minds think a like..i was just browsing how to improve my food styling and pictures, tqs for this info ita!my pics are no where to be compared to yours!

snuMun said...

kak ita! tq for the tips..nnt mun free mun nk try teknik amik pic akk yep! smg Allah berkati akk dgn ilmu yg akk share! *hugs*

Ct Arina said...

gambar akak sume cantik2. mmg ade bakat semulajadi kak ita ni! ;)

F.A.R.A.H. deeb said...

Kak Ita mmg idola saya forever hehe. Dulu pun sy pakai 550D. Memang best. Calit kite seCanonian gurl! ;P

Citarasa Rinduan said...

selalu terpesona dengan hasil tembakan kak ita..

Ummi said...

Fuuuhh...gambar2 dan food style Ita mmg mantoppssss....kalau dah resepi boleh ikut, gambar yang cantik pun apa salahnya jadi ikutan...Ita tidak lokek share ilmu dari A - Z, dr resepi ke cara dan teknik ambil gambar segala...mmg perkongsian terbaiiikk! So,boleh lah masing2 belajar dan memperbaiki/mempelajari teknik dan cuba berusaha menghasilkan suatu gambar yg semakin menarik untuk menarik minat pembaca/pengunjung. Itu salah satu sebab blog Ita meletupss mendadak, itulah trend food blog sekarang, org suka tengok gambar2 cantik, resepi dah jadi yg ke2...Tahniah Ita! janji x curi gambar udah kaaannn...kan... Setiap orang harus cuba dan mempertingkatkan skill masing2 dalam apa jua, tidaklah di takuk lama jek kan... Terima kasih byk Ita.. ^___^

Powered by Blogger.