Follow if you like

Nov 24, 2011

EGG BENEDICT

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..
Dah sarapan ke??
Bila cuti sekolah ni, sebagai ibu pastinya kita sibuk menyediakan hidangan untuk anak-anak. Kadang-kala rasa macam tak cukup waktu untuk menyediakan hidangan. Biasa sarapan pagi ita cuba cari resepi yang seringkas mungkin untuk breakfast anak2,  tapi masih lagi mengekalkan sumber zat seperti protin dan kabohidrat untuk tumbesaran tubuh dan akal yang cerdas.


Untuk mencari resepi yang ringkas  kadang kala bukan sesuatu yang mudah. Silap hari bulan penat2 kita memasak mereka tak sentuh langsung kerana tak serasi dengan citarasa mereka. Oleh itu sebagai penyelamat keadaan ita cuba dapatkan resepi untuk sarapan yang ringkas dari My Resepi.


Bila ita jumpa resepi yang satu ni hati begitu teruja untuk mencuba lebih-lebih lagi bila melihatkan  ramai yang telah mencuba dan memberikan reaksi yang cukup positif. Bahan-bahan pula cukup simple semua di hujung jari aje.. Siapa lah yang tak teringin mencuba jika bahan yang mudah dan pasti satu hidangan yang sedap kan??


Terima kasih kepada Zurin penyumbang resepi yang cukup mudah ini. Pastinya pagi hari akak lebih ceria jika seringkas dan semudah ini menyediakan sarapan untuk keluarga. Terima kasih juga buat My Resepi yang menjadikan pencarian ita lebih bermakna. Kepada yang masih mencari resepi yang mudah dan simple untuk sajian anak-anak cuba lah hidangan ni.. pasti anak2 anda juga akan mengemarinya.


EGG BENEDICT
By : Zurin
Rujukan : My Resepi

Hidangan untuk 2 orang


2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit oregano - ita tambah

Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. 
Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti. 
Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. 
Ita taburkan sedikit oregano
Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
Sedia untuk di nikmati


16 comments:

nonierahman said...

selamat pagi kak ita,resepi nie mmg sedap dan mudah penyediaan nya..

Nur Ede said...

Assalamualaikum.... ita,
Pepagi singgah dapur ita yang sentiasa ceria... membuatkan akak pon turut ceria ngan cuaca pon ceria pagi nie... alhamdulillah... breakfast yang mmg menjadi kegemaran anak...simple,cepat dan penoh dengan khasiat...

Attila razmie said...

emm yummy, memang sedap..penah cuba resepi ni, dah lama xbuat..nnti boleh la buat lg..tgk kak ita buat nampak semuanya sedap huhu..;) eh..lapor lak rase..

ema_amy said...

Assalamulaikum, kak ita..

Wow sedapnyer, ringkas dan padat bahan-bahannya.

Boleh cuba nie...pasti menyelerakan.. yumm..yummm

lina_pg said...

assalam ita, sedap dan nmpk menyelerakan..mesti anak2 suka

zihan said...

bfast yang ringkas dan berkhasiat :)

Cikgu_Anie said...

hi ita salam perkenalan ...bfast yg berkhasiat utk anak2...

Ida,Japan said...

slm k'ita..dh cuti sekolah yer skrg ni, wahh..meriahla rumah k'ita dgn adanya sume anak2...emmm, selalu gak buat egg benedict ni utk b/fast, husband ida suka la kalau ada telur separuh masak cam ni, utk ida lak, ida kasi lebih msk telur tu.he..he,pagi2 mana ida nk sempat snap picture kak..apa2 pun pic2 akak tu alway cun
Kak ita..satu lg ida nk ucapkan bebanyak terima kasih di atas ucapan smlm yer kak..

~Sya~ said...

kak ita ni mcm2 benda ada...tu yg bertambah2 cantik gambar masakan

rahel said...

selamat pagi Kak Azlita...
nampak menyelerakan betul hidangan tu...habis lagi telur ayam dalam reban klu macam ni...hihi

Emma said...

Idea yang sangat bagus, harus dicuba...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menu ni mmg sesuai sgt utk ibu2 bekerja.. nak sediakan mudah & yg penting cepat & sedap! hehe..

notyatiblog.blogspot.com said...

mmg sdp nih...nak kena cuba...telor mmg kegemaran anak2...

Try & Error said...

alahaiiiiii rajin sungguh k.ita nih....ada umah kosong x sebelah umah k.ita...saya ari2 bekpes ngn masam manis k.ita ja.....

F.A.R.A.H. deeb said...

comelnya!

ummuirfan said...

Alhamdulillah...pagi ini sarapan keluarga resepi Ita....disukai buahhati....Jazakillahu khairon atas resepnya salam kenal....

Powered by Blogger.