iklan

iklan floral cake

iklan ada

Tuesday, November 15, 2011

CHECKERED CAKE

Assalamualaikum

Musim tengkujuh dah bermula. Hari-hari hujan. Faktor hujan amat menyukarkan proses ita nak ambil gambar. Sebagaimana yang ita pernah katakan sebelum ini ita lebih suka menggunakan natural light ketika merakamkan gambar. Pada ita natural light lebih cantik dan gambar nampak hidup. Kita juga dapat bermain dengan bayang-bayang. Sebagaimana yang kita ketahui trend Food Photography sekarang ni banyak bermain dengan bayang-bayang. Itu yang membuatkan gambar nampak cantik dan hidup.


Bila hari hujan memang sukar nak dapatkan cahaya yang cukup. Tambahan pula rumah ita memang di penuhi pokok-pokok dan pastinya akan lebih merumitkan keadaan. Kek ni ita buat semalam, tapi bila kek dah siap hujan turun dengan lebat. Memang sukar nak merakamkan gambar kek ni. Kerana tak boleh ambil gambar, ita simpan semula kek dalam peti ais. Aduh!! kecur liur betul sebab tak dapat merasa.

Suami dan anak-anak ita pun asyik sebut aje.. aiii... bila nak potong kek ni?? tak sabar nak rasa.. hihi
aiii.. zalim betul mak dia ni tau!.. kesian kat anak2 dan suami ita.. saborrr je lah kan..

Seperti yang telah ita janjikan semalam, hari ni ita nak sharekan satu resepi kek yang pada ita bukan sahaja menarik malah rasanya juga sedap! Kek yang sangat lembut dan sangat gebu. Ita terjumpa resepi ni semasa berjalan-jalan kat Google. Bila nampak rupa kek yang sangat rupawan dengan kejadian yang sangat mempersonakan, buatkan hati meronta-ronta  untuk mencuba.


Resepi dari web Keikos Cake and Pastry Friends. Banyak sangat kek yang menarik dan memikat mata yang memandang. Tapi semua resepi adalah berbayar ye! kalau berkenan boleh lah singah di SINI untuk join the club. Untuk resepi Checkered Cake ni di beri percuma siap ada tunjukkan video dan cara-cara membuatnya sekali. Ita tunjukkan juga cara membuatnya di sini untuk memudahkan ita buat rujukan bila nak menyediakannya lagi. Ialah ita bimbang juga kalau resepi dalam web tu di hapuskan satu hari nanti, jadi mudah lah ita merujuk di sini pula.

Kepada pengemar-pengemar kek boleh lah mencuba resepi kek ni. Nampak memang agak rumit dengan step by step yang panjang berjela-jela. Tapi bila dah buat rasa-rasa proses menyediakannya tidaklah sesukar yang di sangkakan. Janji ikut setiap arahan! Pasti anda juga akan mendapat kek yang sangat lembut dan gebu! dan yang paling penting sekali rupa kek yang cukup mengetarkan selera.


CHECKERED CAKE
Rujukan : Keikos Cake and Pastry Friends

KEK PUTIH

190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
110 gm gula castor
70 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
30 gm butter
20 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila - ita tambah

susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair
Kemudian tambahkan esen vanila.

KEK COKLAT

190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
110 gm gula castor
60 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
20 gm serbuk koko
20 gm butter
20 ml susu segar

sama juga seperti kek putih
susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair

KEK SPAN PUTIH


Apa yang kita perlukan ialah loyang berukuran 7 inc.
Alas loyang dengan kertas minyak
Lapik tepi loyang dengan kertas minyak juga.
JANGAN di sapu dengan butter.
Bila dah siap, ketepikan.

Panaskan oven pada suhu 190C. Ita panaskan pada suhu 180C.
Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan.

Sekarang kita nak buat kek.
Proses membuat kek ni lain sedikit, ia menggunakan kaedah double boiler. Oleh itu ikut arahan dalam resepi.
Mula-mula kita masak air dalam periuk yang kecil. Biar air mendidih.
Dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dari periuk tadi, pecahkan telur dan masukkan gula dalam mangkuk tersebut.
Letakkan mangkuk yang berisi gula dan telur di atas periuk yang telah mendidih airnya tadi.
Pastikan dasar mangkuk yang besar tidak menyentuh permukaan air.
Dengan menggunakan mixer, mulakan proses memukul telur dan gula secara double boiler tadi.
Terus memukul sehingga suhu adunan telur mencapai suhu badan (38C - 40C)
Jika tiada thermometer, jangan bimbang anda hanya perlu sentuh adunan dan rasakan suhunya agak2 suam-suam kuku.
Bila adunan dah mencapai suhu badan, tutup api.
Alihkan mangkuk dari periuk tadi dan terus memukul adunan telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu. Ia mengambil masa yang agak panjang.
Anda akan dapati perubahan pada telur iaitu dari warna kuning kepada warna peach dan akhirnya menjadi warna putih.


Ayakkan tepung bersama tepung jagung ke dalam adunan telur tadi.
Dengan menggunakan spatula kaup balik adunan hingga rata.
Secara perlahan-lahan sahaja ye! jangan menggunakan mixer dan jangan pukul kuat-kuat kerana ini akan menganggu proses pengembangan telur tadi dan akan buatkan kek kita turun, atau bentat atau penyek setelah di bakar.
Oleh tu pastikan adunan di pukul secara kaup balik dengan perlahan.

Kemudian tuangkan pula susu dan butter yang telah di cairkan tadi.
Ita tambahkan 1 sudu kecil esen vanila
Dengan menggunakan spatula juga, kaup balik kek sehingga ia benar-benar sebati.
Jangan terlebih pukul adunan, kerana adunan akan hilang kegebuannya nanti akibat terlalu di pukul.

Masukkan adunan yang telah siap tadi ke dalam loyang.
Hentak kan loyang sekali, perlahan aje ye jangan kuat sangat!
Proses ini untuk mengurangkan gelembung udara yang berlebihan pada kek.
Bakar kek hanya menggunakan api bawah sahaja.
Letak loyang pada rak paling bawah.
Bakar pada suhu 190C ( ita bakar suhu 180C )
Proses membakar mengambil masa 25 - 30 minit.
Setelah kek masak terus keluarkan dari oven.
Terbalikkan terus kek atas redai
Proses ini untuk mengelakkan kek mengecut dan penyek akibat faktor tarikan graviti.
Bila kek dah sejuk keluarkan dari loyang.

KEK SPAN COKLAT


Sementara kek berada dalam oven kita buat pula kek coklat.
Kaedah membuat kek coklat sama juga seperti kek putih tadi.
Cuma bezanya kita tambahkan serbuk koko yang kita ayakkan sekali bersama tepung dan tepung jagung.

Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, kita sediakan pula buttercream

BUTTERCREAM 

400 gm butter
230 gm putih telur - anggaran 6 biji buang tali pusatnya
200 gm gula castor
50 ml air

Buttercream ni menggunakan telur. Sebenarnya kita boleh juga gunakan buttercream yang lain jika kita tidak suka butter yang menggunakan telur. Butter yang menggunakan telur ni sedikit hanyir baunya, untuk mengelakkan hanyir jangan masukkan tali pusat telur.
Kita juga boleh tambahkan esen vanila. Tapi esen vanila tu pastikan kita letak pada adunan butter jangan campur dgn adunan putih telur pulak! nanti tak jadi kita punya meringue.


Mula-mula kita satukan gula dan air
Masak atas dapur sehingga gula larut
Dalam masa yang sama kita pukul putih telur.
Bila sirap gula mencapai suhu 117 -120 C
Tuangkan dalam adunan putih telur yang kita sedang pukul tadi.
Teruskan memukul tanpa henti sehingga telur menjadi ringan gebu dan kaku.
Kaku - bila kita terbalikkan loyang telur tidak jatuh.
Pukul adunan putih telur sehingga adunan sejuk.

Jika tiada thermometer untuk mengukur suhu sirap jangan kuatir.
Bila kita tengok gula tu dan larut dan keluar gelembung udara yang besar dan gula dah sedikit pekat dan likat dah ok lah tu.
Bila dah siap ketepikan

Kita pukul butter pula hingga butter kita lembut.
Warna butter bertukar dari kuning ke putih dan sedikit creamy.
Masa memukul ni boleh lah kita tambahkan sedikit esen vanila untuk mengelakakn bau hanyir pada buttercream kita tadi.


Dengan menggunakan spatula, ambil 1/4 adunan putih telur dan satukan dengan adunan buter.
Gaul rata.
Bila dah rata tuang baki selebihnya dan gaul lagi hingga adunan sebati dan bergaul sempurna.
Bila dah siap bolehlah kita mulakan proses melapis kek.

PROSES MELAPIS KEK


Kek yang telah siap di bakar kita potong bahagian atas kek
Kemudian potong kek dan bahagikan kepada 3 lapisan, setiap buku kek.
Hati-hati semasa memotong kerana kek sangat lembut.


Gunakan cutter ring bulat untuk memotong kek kepada bentuk bulatan.
Oleh kerana ita menggunakan loyang yang besar (9 inc) semasa membuat kek ni, ita memerlukan 3 ring bentuk bulatan ni.
Jika menggunakan loyang 7 inc ring bulat yang di cadangkan :
Ring besar - 12 cm (4.7 inc)
Ring kecil - 6 cm (2.4 inc)


Beginilah rupanya kek yang telah di potong. Berhati2 semasa mengeluarkan kek, kerana kek yang terlalu lembut ni mudah patah.


Susun kek berselang seli antara kek coklat dan kek putih. Buat hingga mendapat 6 lapisan kek
Setelah siap boleh lah kita lakukan proses melapis kek pula.


Mulakan dengan lapisan luar yang besar.
Susun atas lapik kek. Sapukan buttercream di sekeliling dalam lubang kek.
Masukkan satu lagi lapisan kek coklat di dalam kek putih.
Sapukan buttercream lagi. Ini adalah untuk melekatkan kek antara satu sama lain.
Jika tidak dilakukan proses ini kek akan tertanggal.


Ulang lagi proses yang sama berselang seli antara kek putih dan kek coklat.


Selepas tu kita sapukan dan ratakan buttercream di atas kek.
Ulang langkah yang sama berselang seli setiap lapisan. Rujuk rajah 2
Buat sehingga semua lapisan siap di lapiskan.
Akhir sekali ratakan buttercream ke seluruh permukaan kek.
Licinkan lapisan dengan alat melicinkan kek atau spatula atau plastik keras.


Beginilah kek yang telah kita ratakan dengan buttercream tadi.
Simpan kek di dalam peti ais paling kurang 2 jam.
Semasa menunggu buttercream mengeras dalam peti ais kita boleh sediakan Chocolate Glaze.

CHOCOLATE GLAZE

300 gm coklat masakan gelap
370 gm Heavy cream

Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.
Untuk Heavy cream pula ita tak ada, lagi pula bimbang kalau yang ada di pasaran tidak ada tanda Halal. Ita gantikan dengan whipping cream. Boleh juga ita rasa gantikan dengan susu cair tapi kurangkan sedikit sukatannya.

Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
Kacau rata sehingga semua coklat melarut.
Kemudian tapis.
Biarkan ia sejuk sepenuhnya.


Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
Alas redai dengan tray atau dulang.
Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek.
Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.


 Mudah aje kan cara membuatnya. Kek ni sangat sesuai sebagai suprised birthday cake. Pasti orang yang mendapat hadiah kek ni teruja dengan kejadian kek yang amat memikat.
Ita di Masam Manis mengucapkan Selamat Mencuba! dan Happy Baking! ^ o ^

106 comments:

INA said...

Salam Kak Ita..terpesona saya nengok kek akak nie..rajin sungguh akak buat kek camnie..tabiklah akak...

snuMun said...

huhu..tbaekla kak ita! kek complicated cmni [pd mun la], tp tq ajar step by step :)

Jase Jamin said...

wow.... kerajinan dan kesabaran tahap dewa dah ni...

zura said...

Assalam kak Ita.. Salute la kak Ita.. memang "telaten" la kak ita nih kata org jawa.. kek yang rumit bagi zura tapi mudah bagi akak.. Entah bila la zura nak cuba kek yg perlukan kesabaran nih..

CT Delima said...

As'salam Ita


tak tahu nak kata apa dah..tersangat cantik dan sememangnya cantik sangat2 lah. nak buatnya pun wadohhhh...kena baca ulang2 baru boleh buat ni...hehehe


tunggu turun JB agaknya boleh tempah tak nanti...hehehee

ninazsyafinaz said...

ooo..camtuh cara dia yerk buat kek chekered...btw.. cake tu potong guna pisau je yer jadikan bentuk ring tuh?

Oh Oeya said...

Wah! Menawan sungguh!

Terbaekkklah Kak Ita :)

mimie kesuma said...

punyalah panjang step2 dy...
dah hbs air liur mimie...cake blm jg siap kak...wkwk
tak pe lah.... kite tgk2 pic kak ita je lah... :)
tentu sronok berjiran dgn kak ita kan.... ^_^
hari2 btandang ke rumah kak ita le ceritanya....

fazian.batrisyia said...

Tak tahan godaaan tgk kek tuh...Kak ita nak sepotongggg....ada lagi ke? Sy cadangkan akak masuk la master chef musim akan datang...masuk tau...

zihan said...

mak aii...cantek banget kak ita oi....mmg rajin banget la kak ita ni..:)

Nazura Naa said...

untung laa k.ita...pndai masak..buat kek gebu2..cookies comel2 je buatannya..hehe...boleh setanding dengan secret recipe dah nie..heheh

Rai said...

ya allah..subhanallah..cantiknya kek ni kak ita...kalau saya sayang nak makan..hehehe...

Ann said...

ooo...camni caranya buat manual... ada juga kedai yg jual loyang tuk buat kek ni tp mahal...bagus kak ita buat step by step sini... bole cuba nanti...tq kak..

geez said...

Akak...penat saya baca cara2 nak buat kek ni, blom buat lg... mesti saya lagi penat.... hehehe...... Memang gigih la akak ni....syabas! Kalah secret recipe...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

speechless
kagum giler ni kaka
org mcm ai ni mmg wajib malas nk buat sebab step dia byk giler....
boley buka kedai cake gini

Najwa Najihah said...

Kak Ita, emang awesome! Kebetulan ibu ada sebut2 tentang buttercream sebab lately ibu suka pulak makan. Masa cuti sem ni boleh cuba. ^_^

BalaDa RiNdU said...

terbaikkkk la kak.. nak cikit.. huhuhu.. terliuk saya ;-)

Noor Hafirdaus said...

wow...kagum terkesima....

Mimiey.. (^-^) said...

sgt cantik!!!!!
kagumla ngan kesabaran kak ita buat kek ni...
mie hanya mampu memandang dari jauh je...huhuhuhu
hulurla barang sepotong 2 kak ita...huhuhuhu

E-na Lovely Kitchen said...

memerlukan kesabaran dan ketelitian yg sgt tinggi utk menghasilkan kek yang hebat ini...thumbs up kak ita!!

liemaopurut a.k.a ana said...

tersangat kagum dengan kehebatan kak ita membaking. memang perlukan kesabaran yang tinggi buat kek ni. tapi memang terbaekk la kak ita

Wani said...

salam kak ita ..bila wani dengar checkered cake !!!! terpegun kejap tengok semua step by step tuuu. bagi wani dah nampak susah la hihi.. salute to kak ita ... tahap kesabaran yang tinggi .. akhirnya .... berbaloi2 dengan hasil sendiri kan :))..teruja tengok kek tu

~Sya~ said...

wow...tak terkata tgk kek kak ita...bertuahnya family akak...

nona said...

sukanya nak cuba kek yg amat kreatif dan amat menyusahkan diri sendiri ni...xsabarnya nak cuba...byk resepi yg saya dh cuba dlm blog kak ita ni..amazing!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ya Allah... speechless!
rajin banget ita buat kek yg renyah gini.. mmg salute!

kalau tak silap.. ada acuan khas juga untk buat kek mcm ni.. tp kejadiannya tidaklah sekemas ni.. mmg yg ita buat ni sgt2 kemas & rapi.. betul kata ita siapa yg dpt kek birthday mcm tu pasti akan teruja!

Niza said...

wah nmpk sgt sedap nak sepotong kak ita. Kagum dgn kesabaran kak ita buat kek yg cantik lagi sedap ni.

Anna Cotton said...

kak ita....subhanallah...cantik sungguh ...tahniah kak..dikurniakan talent yg sebegitu..buat apa jer semua menjadi cantik n kemas...

Reen Tart Nenas said...

akak, complicated nyer. tp mmg la terliur. kagum dgn akak, rajin sgt!

Travel&Food Lovers said...

kak ita...

sy rase nak nangis tengok kejadian kek ni...xpernah terfikir mcm ni...cantik sangat kak...1 day i will try to challenge myself to do this

Liza said...

salam kak ita....cantik kek tu,tp yg xtahan bnyak sgt stepnya...kalau kak ita tlg buat tuk liza blh? hihihihihi ngada2...

Rabiatun Adawyah said...

cantik sangat kak...ghajinnyer akak melapis..cam banyak kerja jer ni..huhuhu...(sound org lazy sebenarnyer nih..hehehe..) banyak alasan kan kak..ekekekee....

Anyway..hasil tangan akak semuanya mabeles,..keep it up, yer cayang! Suka semua hasil tangan akak n tq for sharing. Lebiuu kak..muahhhh...

ZarinAziz said...

ohh!! mcm tu rupa nyer...kena potong bulat2...ingat kan potong panjang2...rajin akak...kalo saya ermmm...memerlukan kesabaran yg tinggi...

Mat Gebu said...

Sungguh teliti dan tertib.....nicee..

cheq da said...

sangat terpegun dan terpukau...

mokwo® said...

kalau ita tak tunjukkan step-by-step nya..memang tak leh nak imagine lerr cam ne buat kek nih....finishing produk yang cantik dan kemas!

cikmanggis said...

masyallah!sungguh teliti sekali.Insyallah boleh buat panduan kerana senang memahami prosesnya.Tahniah:)dan terima kasih.Cantik dan ada kelass!

cik cek said...

Perfect....Ita memang hebat....:D

kzai said...

teruja tgk..speechless!
tima kasih share ilmu ita...

Gee® said...

adoyaiiiii... meleleh airlioq dan air mata... sgt terpesona...

yaumil hidayah said...

salam kak..nama sy yaumil..da lama sy duk follow blog akak ni..tp ni first time sy komen.mang slalu suka tgok gambar2 yg cantik kat blog akak..tp kali ni sy sungguh terpesona dgn kebolehan akak! sampai xleh duk diam la.kena komen gak.haha. mang jaw dropping la akak punya hasil kerja! :D

Shas said...

Cantiknya kek tu!! Suka sgt..

faieza aaroonf said...

masyallah ..susah bebenor nak buat kek ni..alatan pun kena ada mcam2..huhu..nampak gayanya telan air liur je arr...tp memang cantik la kejadiannya...

..::tarabozu::.. said...

cute cake.. must try...i loke!!!

Choco Ani said...

salam ita.. chck out ur blog ptg tadi pas alik keje.. bebukak je aduhaiii kek tu wat ani terliur nak rasa.. syabas.. suka jenguk ur blog tq for sharing

CA said...

Ammpunzz ..tak tercapai dek tahap sabo dan kerajinan saya..

memang tabik spring la kak ita...u'r ma-be-les!!!! muahhh!

Teruskan berkongsi..sharing is caring...

Chah said...

Whoaaaaa!!!!! Checked mate!! Kagum kak mmg kagum!!

rahel said...

Selamat malam Kak Azlita...
apa khabar? ada lagi k kek tu?..nak rase sepotong...

Waa..rajin betul Kak Azlita baking2..siap ngan step by step lagi..mekasih kak krn share resepi kek sodap tu..

Alin Marlini said...

Alin memang kagum ngan Kak Ita. Cantik sangat!

MamaFaMi said...

Terjawab sudah kemusykilan mama tentang bagaimana nak jadikan kek dam ni. Terima kasih Ita.

MisS NaSiHa said...

Ya Allah akak..rajinnya..kagum sy ngn akak ni..

afifah fyfa said...

sedap gilaa kek tuh ! tapi malas nak buat .. hihi ^^

NinaAz said...

BESTNYA...tapi rumitnya nak buat...huuuu

~cik_awa~ said...

wow!! sangat cantik kek nye..teruje plak nk mkn..hehe ^_^

Alisha_Annur said...

wahhhh saya sangat2 kagum !!!

Ummi said...

Assalam Ita cayang, baru sampai ni ha, byk kerja, duk jeling dh semlm, xdan nak komen, ada lg ke x ni?? Weeee lawoo gilossss...kemain tertib la dak Ita ni bila duk dapur...berapa jam nak siapkan semua ni Ita..fengsan la akak kalu camni..x terbuat, masa yg ada secuiittt jek...huhuuu.. Terima kasih share siap sekali dgn step-by-step..terlalu rajin...x tau nak kata apa daaah Ita...senyumm je laaa.. Kalau dpt makan ni lg la best...naaaaakkk :))

mama... said...

Cantiknya kak ita.... ntah bila laa agaknya saya dapat buat kek camni.

Salam perkenalan ;)

::Azura Rahman:: said...

inilah dinamakan seni kek.. cayalah kak ita.. sungguh teliti dan kemas akak buat kek tu.. dari memutar bahan2.. hingga lah menghias kek tu.. teruja zura tgk..

sari said...

ish..ish..kagum btul..x termampu sy nk membuatnya. anyway thx sbb sudi nk share step by step. At least tmbh juge pengetahuan. tahniah!!

Raihan Shaari said...

salam ita... memang kelllaaass kau Ita.. rajin teramat..!! tahniah dan terima kasih banyak sebab sudi share teknik buat kek ni yang amat rumit. Selalunya K.An tengok yang square je. First time tengok versi bulat... hmm, agaknya projek tahun depan le agaknya untuk K.An.. tahun ni, tak sempat.. kejar anak sana-sini...hihihih..

Ucu Faridah said...

jiwa kacau dah ni..meronta2 minta ditunaikan hajat..tak sabor tunggu cuti...akan ku cuba jugak suatu hari nanti...

Roses_Leo09 said...

belum tgk lagi siapa tuan empunya blog, tengok gambar jer hanim dah tau itu mesti kak ita (masam manis). Sah memang kak ita. wow! tahap kesabaran dan kecekalan yang tinggi. Salute abis dengan kak ita. nak sepiring kek boleh kak ita .........

notyatiblog.blogspot.com said...

Salam kak ita...kek yg terbaek...dan menggiurkan...rasa mcm nak amik je gambar tu mkn...huhuhu....solute u la..

gula merah said...

giler superb akak ni...memang hebat..salute untuk akak..sangat cantik, perfect, teliti, mengiurkan...

Syimama said...

Aduh..ita, teliti dan sabarnya. Memang berbaloi hasilnya. akak ni, nak cantik..tapi kurang sabak la.

eima said...

speechless.......kagum sangat...terbaik..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita...Tak terkata-kata....Tabik spring...toing toing toing

norhanim md zain said...

cantik sangat....u the best...

JAHM02 said...

Nice! & rajin nya akak : )

Cahaya Mama said...

kak ita yg sangat rajinnnnnn,..teringin nk rase kak ita punye kek,.hehe,.

arina said...

salam.kak.whipping cream tu guna yg non-dairy atau UHT?

Mrs Hakim said...

Ya Allah Kak Ita...tgk pd step tu mcm nak menangis dibuatnye..tapi bile tgk hasil kek tu..memang puas hati kan..Tahniah Kak Ita. saya nak cube resepi ni satu hari nanti..InsyaAllah..

MrsAziran said...

Assalamualaikum Kak Ita,

Ish..ish..sungguh berbakatla Kak Ita ni, patut masuk Master Chef....
Saya nak buat sebijik cake pun macam tunggang langgang dapur!

Salina Salehan a.k.a iena chomey said...

kak nak order boleh

Kak Sal said...

terpesona ngan kejadian kek nie..walaupun ade step by step..tapi kiter x mampu nak buat..x berkeyakinan nak cuba...huhuhu

Liaamanis Choc said...

Salam Kak Ita, saya baru 1st time tgk page kak ita...ya Allah best yer..banyak panduan dan menarik sangat...teruja nak cuba mcm2 jenis kek..tq kak ita..sy nak cuba la..hehe

ibuRayy4n said...

subhanallah...cantik sgt. TQ ya kak utk step by step ni..dpt 1 lg ilmu br hr ni. ^_^

Aisha Zaki said...

Ya allah kak,i'm a BIG FAN of chocolate cake!This cake win my heart and at the same time tear my heart out!ahahha mesti nyum nyum ni!!!I wish i can bake like you.Will try later insyallah :-)

Shaz said...

TQ for the tutorial...

faa.rosli said...

meleleh air liur baca ni...

amazing tupperware said...

salam kak.... cantiknya kek ni... teringin nak try tp kt mana nk beli cutter utk kek ni yer?

nurulhaiza said...

Kak ita, mana akk beli cake cutter tu? Nurul puas cari tak jumpa..

Mrs.Kate Ismail said...

Ya Allah.. sedapnyer.. lembut nyer.. terasa2 dekat tekak.. thanks for sharing d resepi..

shas said...

Cantiknya.. Teruja everytime tengok kek ni walaupun dah banyak kali ulang ulang tengok kat blog ni...

cik zurah said...

salam,kak nape buttercream saya x menjadi yew??

suraya said...

saya bangga sangat dgn akak

sinar said...

Salam...aku tak suka dengan blog ni..blog yg buat aku sedih...x suka...x suka!!..sebab aku x secreatif Ita, x banyak idea macam Kak Ita. Kalau la Ita ni sebelah umah aku, ari2 aku menenggek kat dapo dia..nak nengok skill yg canggih2..nak mintak resepi yang sedap2. Ita halal ye ambil resepi yang dirasakan leh buat untung sbb kat kem kuantan ni dorang jakun lagi ngan cheese tart n kek yg canggih cenggini. Tq Ita...Andalah Penyelamat Idea.

suraya said...

askum kak ita, nice cake, akak sy nak tny akak ada jual tak ring cutter kalau blh saya nak beli dari akak

Fida Adi said...

luv this blogg!!nampak mcm susah sgt nak wat kek ni..tp bila da tgk step by step rasanya mcm bule wat :)
nak cari ring cutter dulu ;)
thanks sis :)

DawaiKokot said...

salam kak ita...nk tnyela....utk whipped cream tu...gune yg non dairy or yg cooking punye?

gerhana luka said...

salam kak ita, terjawab dah camane nak buat kek yg berbelang camni. berada di blog ni macam menghadiri sebuat kelas pulak rasanya terima kasih kerana tidak lokek berkongsi ilmu. banyak yang saya tahu dengan menyelongkar blog ni sahaja. terima kasih sangat-sangat.

huurun eiin said...

salam akak...kiter sgt adore akak...smua kek2 yg akak wat sumer cantik2 n gambar yg akak ambil smua lawa2...menawan...tq akak kongsi resepi n cara wat...sy da ikut dan da wat jd...tp xsecantik n xsesedap kek akak...huhu...comot2 kek kiter...tq skali lg ea kongsi resepi...
http://huuruneiin.blogspot.com/2012/06/kek-parents-day.html

Lily said...

woooo keeeelassss lah akak niyh...

Asmar Arafad said...

tgh2 BW terjumpa laman ini, kek ni nampak sedap, kalau tak sabar tak boleh buat ni

MiszSareena said...

nak tnye mane ye na cari kek cutter tu ? tmpt sy kecik kecik je ade . .

mardiana akma said...

Salam kak ita....speechless...nampak cantik n nampak sedap sgt...

Yati Marzuki said...

Salam. Nak tnya mana nak dptkan cutter utk kek tu? Ada jual on9 x? Tq...;)

Yati Marzuki said...

Salam. Blh tnya x akk. Mana nk dpt cutter utk kek tu? Ada jual on9 x?;)

Yati Marzuki said...

Salam. Nak tnya mana nak dptkan cutter utk kek tu? Ada jual on9 x? Tq...;)

Samantha Chan said...

Hi Kak, teringin sangat saya nak bake cake ni! Cuma saya tak ada ring cutter yang kak mention. Tumpang tanya, ring cutter ni dijual dalam satu set ke? Nal beli tapi tak pasti macam mana nak bagi tau jurujual... Thanks ya..

Rosmawati Ismail said...

Salam Kak

Sy dah cari cutter tu kat bake with yen, KL size besar tak jumpa.

Akak beli kat mana? share le dgn saya....

Tima Kasih
RoseGapi

Rosmawati Ismail said...

Salam.

Sy dah cari cutter ring tu tapi tak jumpa size besar. Set yg kecik ada ler..

Share le ngan sy akak beli kat mana?

TQ
Rose Gapi

UmieFirdaus said...

ASSALAMUALAIKUM..AKAK SAYA SERONOK TGK BLOG AKAK NI..DGN PHOTONYE YG CANTEK..RESEPI2 YG MENARIK..TERIMA KASIH SUDI BERKONGSI RESEPI..SAYA DAH CUBE RESEPI BLUEBERRY CHEESE TART AKAK..TERIMA KASIH KAK..HANYA ALLAH SHJ YG MEMBLSNYE..

UmieFirdaus said...

ASSALAMUALAIKUM..AKAK SAYA SERONOK TGK BLOG AKAK NI..DGN PHOTONYE YG CANTEK..RESEPI2 YG MENARIK..TERIMA KASIH SUDI BERKONGSI RESEPI..SAYA DAH CUBE RESEPI BLUEBERRY CHEESE TART AKAK..TERIMA KASIH KAK..HANYA ALLAH SHJ YG MEMBLSNYE..

Siti Hajarina said...

Assalammualaikum kak ita.....thanks sgt2 atas perkongsian resepi akk yang sgt2 terbaik. Yg penting sekali, akk ikhlas berkongsi resepi. Dah pelbagai resepi kek n resepi2 lain dalam blog akk ni dah saya cuba. Saya ikut apa yang akk ajar..mudah faham, lengkap dengan gambar, alhamdulillah menjadi. Salah satunya chekered cake ni. Mmg sedap sgt, dah try menjadi. Semua kek yang saya dah buat ikut resepi akk, mmg puas hati. Bila saya buat kek, anak2 saya suka sgt, diorg kate sedap... Tqvm.....

Atty saqera said...

Assalamualaikum Kak Ita, cantik sugguh kek ini, terbaikkk!

Cik Sakura said...

salam k.ita, terliur tengok kek akak ni..cantik sgt..rajin akak..pandai plak tu..nak belajar buat jugak lah..