Follow if you like

Oct 9, 2011

WAFER CONE MUFFIN

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
Masa ita merayap2 dan dok skodeng bujang Sedenak ooopppsss!! skodeng dapur dia je ye!.. haaa... jangan ingat lain!! Ita ternampak lah resepi muffin yg comel.. tapi CMG dah buat dalam ice cream cone.. waa.. comellah.. Dalili pun bukan main teruja sangat ingat ice cream betul-betul.. Jadi peluang hujung minggu ni ita manfaatkan dengan membuat wafer muffin bersama anak dara ita ni.. dari dia dok sibuk kata boring.. boring.. jadi bila buat benda2 cam ni hilanglah sikit boring dia tu..


Tapi ita tak jumpa cone yg macam CMG buat tu puas cari kat Jusco tak de pulak bayangan wajah cone tu.. yg ade yg macam ita guna nilah.. tak pe le.. dari tak de kita guna lah yg ni.. Memang payah sikitlah kan nak standkan dia dlm oven tu jadi ita gunakan bakul besi yg berlubang2 tu dapatlah kawan tu bediri tegak.. hehe


Macam2 aje kan idea kreatif dari pakar masak memasak kita ni.. Idea yg macam ni memang sangat sesuai untuk anak2 pasti teruja melihatnya kan.. lagi pulak bila dihias cantik dengan manik2 gula2 lagi lah nampak menarik..

Tapi wafer muffin ni sesuai di makan dan dan tu jugak! sebab kalau di simpan lama lagi pulak bila kita tak letak dalam bekas kedap udara dia memang cepat sangat lemau cone dia tu.. pulak cone yg macam ita guna ni bila dah lemau tu liat lah pulak!


Kepada yg berhajat nak cuba boleh lah mencuba! mesti anak2 suka dan satu kebaikkan nya ia mudah di makan sebab tak bersampah dengan paper cup tu.. hihi
Terima kasih kepada tuan empunya resepi yang mana CMG kata di ambil idea dari Kak Nis Singapore. Tapi maaf ye ita tak dapat cari link kak Nis harap tuang empunya idea tak lah marah bila ita tak link kan ye! bukan sengaja tapi memang tak jumpa cari..

Ita dah dapat link kak Nis di SINI blognya tapi tak dapat cari lagi link muffin ni sebab sever prob. Nanti ita cuba lagi.. terima kasih pada Quinnie yg bagi akak info tentang blog kak Nis yg menurutnya dah lama dah tak berblog.. terima kasih ye!



Terima kasih juga pada CMG yang berkongsikan resepi yg di sukai anak2 kecil ni.. Akak minta izin ye CMG untuk sharekan kat sini pulak!

WAFER CONE MUFFIN
By :CMG

85 g mentega
80 g gula halus
2 biji telur gred A
175 g tepung gandum*
10 g baking powder*(*diayak)
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
20 g kacang hazel, dikisar halus (optional)

12 biji "ice cream wafer cone" jenis pendek
Whipping cream
Chocolate rice
Sedikit Strawberry, didadu kecil

Panaskan oven pada suhu 175C (bergantung pada oven masing2). Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
Gaul rata tepung tadi bersama kacang hazel kisar. Perlahan speed, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
Sudukan lebih kurang 2 camca besar adunan ke dalam wafer cone. Buat hingga siap. Bakar selama 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan biar betul2 sejuk.
Paipkan whipping cream atas muffin tadi dan hias dengan potongan strawberry dan taburkan sedikit chocolate rice. Cara menghias terpulang pada kreativiti masing2...Selamat mencuba!!!

Untuk resepi ni ita gunakan buttercream. Kepada yang bertanya macam mana cara ita buat buttercream kat sini ita sharekan caranya.. Maaf ye lambat ita nak tunjukkan dan hampi2 ita terlupa..



BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap


Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih


Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.


16 comments:

Junie Octovian said...

Adoyai Ita! Payahnya nak disangkut-sangkut pada raga tu. Tapi menarik jugalah kalau buat masa birthday anak2 kan? Good idea la Ita...thanks 4 sharing.

Ell Joella said...

kalau macam ni ice cream McD pun kalah.. :) kalau budak2 tgk ni mst sekelip mata je abis..

Ummi said...

Assalamualaikum Ita, selamat berhujung minggu dgn Dalili yg dah rajin ke dapur tu yea...ada jugaklah peneman...Terima kasih sudi wish n doa besday akak yea...nak amik muaaah sekali, kek xda...hehe. Cantiknya laaa cone stand Ita tuh..unik jek nampak...otak mmg bergeliga tul la Ita nih...ada jek cara nak dpt hasil yg lebih cuuuunn...i liiikkeee..nak wafer letak eskrem jek la Ita... ^__^

izahdaut said...

kak ita dah buat dulu.. saya baru je skodeng resepi ni. sebab ada kon sekerim bebudak ni tak habis. aiskrim nyer dah habis.. hehe.. cun je muffin tu, tapi kalau letak buterkrim tu biasanya kat rumah ni bebudak ni tak suke.tapi sesuia btkrim tuk kek kek la kan kak

Sari Yusa Ibrahim said...

Amboiii, Dalili, bkn main lagi. Dah hilang kot boringnya tu, hihi

aimie amalina said...

oooohhhh myyy
kenapa nmpak cm eskem real
nyummmyy!

Liza said...

Salam kak Ita...akak ni mmg kreatif sgt..Liza suka tgk blog akak...i likeeee

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah.. cantik dan menyelerakan.kak Ros pernah buat kek dalam aiskrim cone.

Ryo Azhar said...

wow akak...bukan takat Dalili je yang suka ni...ryo ni pun teruja dan excited lak nengok mapin ni ha......geram

zura said...

Laa.. muffin rupenyer.. mati2 zura igt eskem msa tgk kt FB td.. terpegun zura tgk hasil kerja Kak Ita.. mmg terbaeekk laa..

quinnie said...

cantik nya..:) kak nis singapore ni memang dah lama tak update blog..hheheh...ni link blog kak nis...http://myperiukbelanga.blogspot.com/

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
wah cantiknya... anak2 mesti suka tgk nie kan akak.. diana sndiri pun dah tergoda.. mmg cantik..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cutenyer muffin!! Dalili mkn berapa btg? ada lagi tak? auntie mintak satu boleh? hehe...

fazian.batrisyia said...

mak ai...bestnya muffin dalam ice cream cone...mau makan lebih drp biasa ni...gemuks la nanti badan ni...

issnita said...

fuhhh....bestnya kak terpukau mata hitam ku....

ct blog said...

suka sangat tgk ni...comelllll....

Powered by Blogger.