Follow if you like

Oct 30, 2011

Terima kasih muah! muah!

Assalamualaikum...

Dunia berblog sangat menyeronokkan. Bukan sahaja kita dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan merapatkan hubungan silatulrahim sesama Islam, malah ada kalanya ia menguatkan semangat kita. Kata-kata semangat dan sokongan dari rakan-rakan banyak membantu.

Sepanjang ita berblog banyak sangat ita dapat kiriman hadiah, adakalanya buat ita sangat terharu dan merasakan yang diri ini ama-amat di hargai. Tapi itu bukanlah tujuan asal ita berblog. Tiada niat langsung di hati ini untuk menarik perhatian atau menagih simpati. Apalagi untuk mengejar glamour atau mengecapi dunia populariti.

Ita ikhlas, berblog kerana ita amat menyukai dunia baru ita ini. Keseronokan memiliki dan menemui rakan-rakan baru tidak dapat ita gambarkan dengan kata-kata. Rata-rata mereka yang ita kenali baik-baik belaka, tidak pernah pula hati ini terguris atau kecewa. Semua kata-kata yang di lafazkan pada ita adalah satu teguran untuk ita supaya ita buat yang terbaik dan memperbaiki lagi mutu persembahan ita. Terima kasih semua...

Hari ni ita nak sharekan satu lagi kiriman yang ita terima. Bukan ada niat apa-apa ye! ita sekadar ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada adik Norsuzila Ibrahim, kerana bersusah payah kirimkan hadiah ni untuk ita dan Dalili. Ita suka sangat!! dan Dalili pun suka! asyik pakai tudung ni aje..


Potongan tudungnya juga cantik dan kemas. Kainnya juga lembut dan tak panas. Ita ni sebenarnya amat cerewet kalau nak beli tudung. Almaklumlah muka ita ni lebar dan payah juga nak mencari tudung yang sesuai dengan bentuk muka ita yang lebar ni. Sebab tu ita kalau beli tudung kalau ita rasa macam ngam aje dengan muka ita ni,  ita akan borong semua warna tudung yang sama bentuk dan designnya dan mulalah asyik pakai tudung tu aje.. hihi sampai anak-anak pun dah faham sangat dengan perangai maknya ni..

Tudung ni dikirimkan ila pada anak sedaranya yang bersekolah dengan anak ita Amirul. Bila Amirul bawa pulang hari tu sukanya hati bukan kepalang.... aduyaiii... sayu pula rasa hati ni.. Terima kasih banyak-banyak ila.. Bagaimana lah dapat akak balas semuanya...

Tudung ni dengarnya ila jahit sendiri.. pandai sunguh ila ni kan... berseni juga orangnya..
Akak harap biarlah hubungan persahabatan antara kita ni berkekalan biarpun nanti anak ita dah menamatkan alam persekolahan.. Tak sabar nak terima kunjungan dari ila pula..
Terima kasih sekali lagi ila....

Jom lah kita sama-sama saksikan model yang tak bertauliah ni beraksi dengan koleksi tudung-tudung kesayangan.. hehe

 eceh.. eceh...

 cantik kan tudung saya..

 pergh.. yang ni mahal sikit bayaran model ni.. hihi yaaa... adooo... ooopppsss...terlebih sudah!


Terima kasih dari kami berdua... cayang... muah! muah!
Pada sesiapa yang berkenan dengan koleksi tudung dari kami ni boleh lah contact adik  


23 comments:

::YUSLINA said...

saya pun suke....ni peminat blog kak ita dalam diam....dulu masak main cincai2 jek...sekarang dh jadikan kak ita idola dlm memasak...resepi pun byk dari blog kak ita...cuma jadi ngan idak jek...
salam perkenalan dari saya ye kak ita...

ilahjy said...

alaaa comeiii la dalili dah saling tak tumpah mcm wajah ibu...
long ilah ni kannnn dalili kalu beli tudung mesti kodi2 sebab 4 kakak2 kat rumah ni semua pakai nak ikut warna baju.. kesemua tudung digantung penuh 1 lemari..nasib baik dalili sorg jer.. hehehe. kalu lelaki songkok 1 boleh kongsi baju ...tapi tudung?? kena lah layan juga akak2 tuuu

Syimama said...

Amboi..come2 model ibu n anak ni, cantik tudung + cantik orang, itu yang sepadan. Suka tengok blog n tuan blog sekali. Tq sudi kongsi2 dgn kami yang kureng ni.

Kak Rose said...

Suka sangat tengok model2 ni beraksi.... kalah naomi campbell taw! jangan mare ya ita kak rose gurau jer...

pssttt... sari entah brapa kali masuk sini...cuma kekadang x tinggal jejak je!

Aini said...

love u la kak ita,,,,
saya suke blog kak ita, gambar cantik2, masakan pun sedap2... banyak yg saya cuba dan menjadi kecuali satu MACCAROON !!!

Teruskan usaha kak ita, u're my inspiration ....

leelas_sulaiman said...

hai ita...ye lh...org berbudi kita berbahasa kan? mmg patut pon terima hadiah coz keikhlasan ita berkongsi resp sgt2 kami hargai..pegi klas macaron berbayar balik buat x menjadi tp ikut step by step dr blog ita...menjadi plk..tqsm ita...:))

CT Delima said...

As'salam Ita

Alahai dua2 sangat comel, saling tak tumpah Dalili macam mak dia ..hehehe. tapikan ct suka tengok Dalili senyum sebab ada lesung pipit so sweet. kalau mak dia ct suka bila duk kat dapur memang handal..hehehe

Kak Sam said...

So cute. Suka tengok.

Mat Gebu said...

Tuu diaaa...model xclusif nihh...

liemaopurut a.k.a ana said...

hamboi....mantap tau aksi model ni.tudung2 tu memang nampak lawa dan cantik kak.

Citarasa Rinduan said...

wah...
kalian mmg sangat comel...

kak ieta kan ala2 model muslimah gitu
tahniah dapat hadiah

Yus-HerbalifeCoach said...

alamak kak ita..kebetulan kah...tudung akak sama mcm yus nyer tudung raya thn lepas... hahaha...chemistry kuat ni :)

Ann Huda (Ate) said...

Yup, walau pun Ate berblog tak sampai setahun, itu pun tenggelam timbul, Alhamdulillah bnyk manfaat yg Ate dapat (dan hadiah jugak :)).

Nazura Naa said...

suka blog k.ita sebab gambar comel2 je akak amik..pastu cara2 nak sediakan pape mcm senang je..hehe..suka belog nie..muah2 juga utk k.ita..hee

hasnida said...

suker lepak kt dapur kak ita.. mcm2 menarik kt situ..

Wanieyra said...

Salam kak...

Mak dan anak sama sama cantik.....ira mmg suka singgah sini...

Gee® said...

cewaaahhh.... lepas ni boleh jd model pulak yer...ecece

fazian.batrisyia said...

Kak ita, teruskan berbloging & kongsikan segala resepi yang pernah akak cuba & yg akak suka tau...blog yg mesti sy singgah...

snuMun said...

alahai...mak dan anak sama comel.hehehe...manis ja tgk dalili tu..

Ummi said...

Waaahhh sesekali mak dgn anak dara jadi model...panasss!! Hehee...dua2 sama comeyyyy... Ya la kan Ita, kita berblogging ni rasa bahagia dpt menambah kawan, mengukuhkan ukhwah semua, kalau bab tercalar hati sikit2..ketepikan je la...xyah nak fikir2...biasalah manusia kan... Yg penting, kita kuatkan semangat dan masih boleh terus berkongsi dan perkongsian yg baik adalah amat baik, jadi baik dan baik-baik kaaan...hehehe

Shal said...

Assalam kak ita,
Sy ni skrg hari2 mesti check blog kak ita. Dh jd mcm rutin pulak. Congrats kak ita ur blog mmg menjadi pooojaaan hati ku. Love ur pixs so much. Resepi yg kak ita tunjuk sgt senang utk difahami. Tq kak ita ye. Mmg pd dasar kak ita hnya berblog pasal masakan ttp bg sy, bagi kami yang mencuba jasa kak ita amat besar. Mana tak nya masakan itu buat santapan ahli keluarga, makan sedap hati girang gitew. Barulah ceria slalu. Tq again kak ita, teruskan berblog smoga kak ita sekeluarga diberkati slalu amin

Ibu Aina Iman said...

wahhh...tak sangka. cun nyer tuan tanah nie. anak akak pun cun...
btw kak, sy br follow blog akak..rutin pagi2 saya...bukak blog akak...seronok tgk..hehehehe

KG said...

tiap hari kena jengok rumah you....wah muda remaja!

Powered by Blogger.